Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.. Kesejukan malam dan renyai air hujan membawa ana merentas waktu. Merentas dimensi masa yang tak mungkin kembali. Terpahat dengan indah sebagai sebuah kenangan. Sebuah nama, sebuah cerita.
Masa sekali lagi menyesatkan ana. Gagal mengikuti frequency masa. Akibat nya, minda ini tertinggal pada sebuah dunia yg telah ditinggalkan. Sepanjang hujung minggu ini, ana ditemani seorang sahabat ana yg berkunjung ke UTP. Sahabat ana,bekas pelajar UTP yg kini berada di UiTM Kampus Seksyen 17 Shah Alam., atau lebih dikenali sebagai International Education Centre (INTEC). Terbukti ukhwah itu tidak mengenal jarak dan tempat.
Sungguh, ana amat merindui INTEC. Kampus yg telah mengajar ana erti kehidupan, keutuhan ikatan ukhwah, definisi sebuah tawa dan erti sebuah tangis. INTEC UiTM, tempat berlegar-legar nya ana sebelum melangkah ke bumi UTP. Sehingga kini, ana tidak pasti langkahan ke bumi UTP ini adalah atas kerelaan ana atau tidak. Yang pasti, bumi ini yg tertulis untuk ana. Semoga ia tertulis dengan indah.
Setelah berbulan-bulan hidup di UTP, tidak keterlaluan jika ana katakan UiTM tetap di hati. Secara jujurnya, ana jauh merindui kehidupan di INTEC dan sangat2 tidak bersedia untuk meniti hari2 di bumi UTP ini. Sesekali terasa suatu kesedihan di hati mengimbau masa lalu.
Tapi, adalah amat pelik jika seseorang disesatkan oleh masa kan. Walau apa pun yg dihamparkan di hadapan, itulah jalan nya. Jalan yg tersedia. Tersedia dengan penuh hikmah.Semoga langkahan keesokan hari bukan lagi langkahan yg lemah beralunkan penyesalan,, bertemankan kesedihan, tetapi langkahan itu mencipta sebuah detik baru. Mengurai sebuah rahsia. Mencari erti keindahan yg tersirat.
Bismilahirrahmanirrahim.. In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful..
FINAL..juz around the corner. Hopefully will use the remaining time to the fullfillness. Two days of weekends doing nothing. A frenz come at the wrong tyme actually, but never mind. Juz a simple thing. Will do 'something' for final from today. Promised it.
Hopefully diz sem will end with something that much much better than the previous. Pray hard for it. Believe ALLAH is always with me..
Bismillahirrahmanirrahim, In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Begitulah Ramadhan berkunjung lagi Pada keriuhan kita dengan kehidupan dini Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja, Serta mengingatkan kita, Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya. Namun adakah benar kita memaknainya? atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?
Begitulah kita. Berbeza dengan mereka Mereka para sahabat Rasul tercinta Mereka menyambut ramadhan dengan air mata Rintihan taubat dan serta kemerduan alunan Al-quran Sedangkan kita menyambut Ramadhan dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka
Mereka menyambut ramadhan dengan ketaatan, Serta lamanya berdiri di atas sejadah Kita menyambut ramadhan dengan pembaziran menggila serta lapar dan dahaga.
Bezanya kita dengan mereka Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini Untuk menyedut rahmahNya menyedut maghfirahNya Serta menyedut perlepasan dari api nerakaNya Sedangkan kita menantinya dengan keperitan. ‘Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!’ Tapi takpe pada kita: raya akan kunjung tiba! Boleh peragakan baju dan langsir baru Serta handbag dan kasut baru Alangkah bezanya kita dan mereka!
Pemergian ramadhan bagi mereka ditangisi air mata Pemergian ramadhan bagi kita diiringi sorak ria serta juadah raya Masjid nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan safff manusia di sepertiga akhir ramadhan Pesta ibadahnya meriah dengan tarawikh dan tahajud serta tilawah Alquran Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya merasai kenikmatan seribu bulan itu. Sedangkan masjid kita suram belaka, Semu dari ibadah, solat mahupun al-Quran. seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.
Bismillahirrahmanirrahim,, In the Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..
Kesejukan malam mencengkam tubuh. Kepenatan setelah membelek-belek helaian demi helaian buku. Sebulan lagi, final akan bermula. Sungguh ana tidak mahu lagi seperti baru melangkah masuk ke UTP beberapa bulan dahulu. Waktu itu, ana kehilangan diri ana. Kehilangan dalam pencarian mencari erti sebenar-benarnya diri ini. Alhamdulillah,kini ana dipertemukan kembali dengan diri ana. Diri ana yang dulu. Diri ana yang ana rindui.
Kembali kepada tajuk entry. Kenapa air mata itu mudah mengalir? Ana tiada idea untuk menjawab soalan ney. Ada sesetengah orang yang amat sukar sekali untuk menitiskan air mata,walaupun setitik, tapi jelas tu bukan ana. Secara jujurnya ana memang mudah menitiskan air mata. Cuma orang2 di sekeliling ana yang tak tahu dan tak perasan. *biasa la, pandai cover..hee*
Cukup dengan memandang langit malam yang gelap boleh membuatkan air mata menitis di pipi ana. Cukup bersendirian di dalam bilik merenung ke arah air tenang di tasik membuat kan jiwa ini tersentuh. Kenapa begitu? Kerana itu adalah ana. Sebenar-benarnya diri ana. Ana tiada jawapan kenapa ana begitu mudah tersentuh dengan alam sekeliling ana. Ana mudah disentuh oleh gelap malam, mudah di sentuh oleh langit berhiaskan bintang, mudah tersentuh dengan alunan tenang air, mudah tersentuh dengan pandangan langit membiru dan mudah tersentuh oleh pandangan hijau melapang.
Begitu lemah diri ini. Begitu lalai hati ini. Ana mengharapkan pandangan langit biru menyentuh hati ana ke arah keinsafan, gelap malam membuai jiwa ana ke arah ketenangan, hiasan bintang benderang memacu diri ana ke arah impian, alunan tenang air membawa fikiran ke arah kedamaian dan lapangan menghijau mencetus pengharapan dalam diri. Pengharapan semoga diri ini sentiasa bersedia di tarbiyyah dan mentarbiyyah.
Wahai tuhan pencipta alam, pegangi lah hati hamba Mu ini ke arah jalan yang di redhai Mu
Bismillahirrahmanirrahim, In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful..
Salam Alaik~
Berjalan-jalan di kedai Buku Popular tanpa sebarang tujuan. Hanya meninjau-ninjau segenap ruangan kedai. Membelek-belek buku yang di pamerkan. Kedai buku sememangnya menjadi destinasi wajib bagi ana apabila keluar dan sejujurnya juga ana amat tertarik dengan buku.(buku kimia, physic and seumpama dengannya tak valid untuk statement ney k.).
Langkah ana terhenti apabila sampai di satu ruangan bertulis "Malay Novel Reader's Choice". Mata ana tertangkap pada deretan abjad yang berbunyi "Biarlah YM Berbicara". Deretan abjad itu bagaikan magnet yang menarik ana untuk membelek2 novel sederhana tebal, membaca sedikit sinopsis.,.......dan seterusnya......... membawanya ke cashier.
Sememangnya dulu ana memang mempunyai minat membaca novel2 n buku2 ney,Banyak buku telah ana habiskan dengan jayanya. Antara yang menjadi mangsa ialah Setulus Janji, Hatiku di Harajuku, Bagaikan Puteri, Adam dan Hawa...dan.....banyak lagi lah..malas nak type,tapi minat itu semakin hari semakin pudar, sehinggalah hari berjumpa "Biarlah YM Berbicara".
Sampai di bilik, ana menyelak muka surat pertama, "ermm.biase2 je",,Kedua...,"novel yg dlu lagi best kot", ketiga....."tak ada apa2 pun"....keempat,,"boleh la",,,,kelima,,,,,keenam,,,,,ketujuh,,, lapan,,,,sembilan,,,,,,,tiga puluh lima,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,enam puluh ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,....................... ............................................145.... TIDAKKK!!!!!!!!!!... sekali lagi ana dah terjerat. Terjerat dengan dunia novelis. Terjerat oleh bait kata,,, Terjerat oleh permainan rasa,, Terjerat oleh hobi lama.
Tanpa ana sedari, dah beratus muka surat ana lepasi.Kali ini ana betul-betul terjebak. Sama seperti beberapa tahun dahulu. Tu la..gatal pegi beli, sape suruh..kan dah...... Ana telah terpana dan terkesima. Terpana oleh permainan monolog. Terkesima oleh penyusunan abjad. "Biarlah YM Berbicara" sekali lagi menghidupkan kembali hobi lama ana tu. Fuhhh..
Ok..cerita sikit tentang novel yang menyaksikan ana sekali lagi terpana dan terkesima tu. Novel ney berkisar tentang Nurul Fatiha Adiya yg mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang, dan simpati, keliru apabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu, dan perjalanan simpang siur permainan duniawi.Dah. Cerita sikit je.. Kalau tak nanti entry ney panjang sangat. Tak abes2 ana cerita.....heeee.
Andai ada ingkar dihati, menepis wujud disisi, Andai bibir kelu untuk hujani, bicara indah pada kemarau hati, aku rela jemari menjadi penganti, menarikan irama cinta kita, bialah saja hati terus berbicara.....