Saturday, December 24, 2011

Tuhanku


Tuhanku….

ketika hati menangis,

hanya kau saja yg tahu


Tuhanku….


Ketika mereka meninggalkan aku sendiri

Ketika dunia tiada simpati,

Kau tetap mendengar rintihanku

PadaMu tempatku menagih kasih

Ketenangan kurasa mendekatiMu

Syahdu malam tak terasa sunyi


Tuhanku….


Ketika aku dalam kepayahan,

dalam kesendirian dihimpit cubaan

Kau beri aku kesabaran,

pengalaman mengajar arti kematangan

Lantas Kau membuka pintu hatiku,

untuk memberi kemaafan

Pada mereka yang pernah melupakanku


Tuhanku….


Ketika aku buntu

Kau berikan aku kekuatan,

kau tunjukkan aku jalan

Kau tak biarkan aku sendirian


Tuhanku….


Yang Maha Pengasih,

Rahmatmu tak terkira

Syukurku melangit pun tak tercapai

Sungguh aku merasa berdosa karena seringkali lalai

Semoga penyesalanku Kau terima


THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN




Saturday, December 17, 2011

Kehilangan Pelajar Malaysia di Dublin Terjawab - Ariff Alfian Rosli Berkahwin Dengan Teman Lelaki


Pagi2 on internet terkejut jugak baca berita ni.Misteri seorang pelajar Malaysia yang menuntut dalam bidang perubatan di Universiti College Dublin (UCD),Ireland Ariff Alfian Rosli terjawab apabila gambar perkahwinan dengan TEMAN LELAKInya warganegara Ireland, Jonathan di upload di internet.



Ariff Alfian Rosli gagal di hubungi sejak 3tahun lalu. Keluarga pelajar telah 8kali ke Dublin untuk menjejaki Ariff Alfian. Sekali tambang MAS gi Dublin tu dah la lebih MYR10k, 8 kali dah berapa banyak dah duit habis nak cari budak ni je.


Untuk rekod, Ariff Alfian merupakan pelajar tajaan pinjaman boleh ubah PETRONAS ke UK, tetapi setelah selesai A-Level di UK, beliau dihantar menyambung pelajar ke UCD Republik Ireland walaupun tiada pejabat penasihat pelajar PETRONAS di sana. Kat Ireland cuma ada pejabat penasihat pelajar tajaan JPA dengan MARA je. Ariff Alfian juga merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang SMK Seksyen 5 Wangsa Maju tahun 2011.





Akibat tindakan pelajar, bapanya Rosli Harun,56, pesara Pegawai Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM) selaku penjamin berhadapan dengan tuntutan dari pihak PETRONAS sebanyak MYR890 000.

Tak sangka ada juga pelajar malaysia yang bijak pandai ni hanyut sampai macam ni. Apa2 pun perkara ni menjadi iktibar terutama kepada pemegang biasiswa luar negara. Yang buruk itu di jadikan sempadan. Sebagai raktyat Malaysia, sama-sama lah kita doakan semoga Ariff Alfian pulang ke pangkal jalan.




Wednesday, December 14, 2011

Dalam Sujud Terakhir ku

Dalam sujud terakhirku, Ya ALLAH...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud yang terakhirku, Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahaya-Mu
biarkan kemusnahan titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayah-Mu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya unntuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta






Saturday, December 10, 2011

Rasa Di Hati

Bismillahirrahmanirahim,,
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful


Sudah lama tak menconteng di absolutely-is. Sehingga tak bernyawa rasa blog ney. Dalam keadaan hati yang tak menentu, tempat ni la menjadi tempat luahan hati. Sedikit demi sedikit rasa nya entri dalam blog ni dah berubah. Pada asalnya ianya tempat menyatakan kesedihan di hati, kegagalan dan kebuntuan yang di temui, dan tempat mencari kembali satu semangat yang hilang di pertengahan jalan. Lama kelamaan ianya lebih bersifat rawak.

Di malam yang menyaksikan gerhana bulan berlaku ni, aku gagal melepaskan hati dari monolog perasaan. Ya. Memang malam ini fikiran aku melayang tak menentu. Jiwa ku tidak dapat mengecap satu rasa ketenangan, terasa seperti sarang kesedihan dan kegelisahan menyelubungi hati yang tak menentu. Mungkin aku juga kurang mengerti punca nya. Tapi aku yakin ada seseorang di luar sana tahu puncanya.

Hati ini menghadirkan seribu rasa. Seribu rasa yang terus bercampur baur. Ketenangan yang di campur kegelisahan. Kegembiraan yang terpalit sedikit kesedihan. Semua rasa meruntun pada hati yang satu. Ingin sekali aku alirkan nilai2 kesabaran pada hati itu. Membentuk satu jiwa yang tenang dan penuh tawaduk.

Ingin ku ajar hati ini mencari ketenangan melalui zikir kepada Mu. Ingin ku didik jiwa ini menjadi lembut melalui ayat2 Mu. Ingin ku hampar kasih di hati ini hanya kerana Mu, ingin ku satukan seribu rasa itu menjadi sesuatu yg menguatkan jiwa ku.

Ingin ku bersujud ke pada Mu,meruntuhkan dinding2 kesombongan dalam diriku,
Ingin ku alirkan air mata dalam doa ku, agar basah ladang hati yang gersang,

Ya ALLAH pencipta hati ini, hadirkanlah rasa ketenangan dalam setiap getaran hati ini


Sunday, November 27, 2011

Di Subuh Itu

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Di saat subuh yg penuh ketenangan,,
ada manusia yg sedang menaiki motor
mahupun menggunakan kaki menuju tempat azan dilaungkan,,
ada manusia sedang mengalunkan irama indah ayat2 suci Illahi,
tidak kurang juga yg tidak henti2 memuji penciptanya melalui zikrullah,,
ada manusia yg larut dalam kenikmatan bersujud pada pemilik alam,
ada yang sedang menangis menadah tangan mengharap pengampunan Yang Maha Pemaaf.

Di saat subuh yang penuh ketenangan itu juga,
ada manusia yang larut di dalam selimut di buai angin subuh,
ada manusia yang sudah berada di depan komputer riba
hingga tidak mendengar azan yg memanggilnya,
ada manusia sibuk menghafal rumus dan segala teori serta falsafah
hingga terlupa mengingati penciptanya,
tidak kurang juga yang sedang menonton movie yang baru di download
hingga terlupa bersujud pada pemilik alam,
ada manusia yang sedang bersiap2 ke kerja mencari rezki
tetapi sama sekali tidak terfikir untuk melaksanakan subuh nya,
ada yg telah bangun tetapi kembali meliputi tubuhnya dengan selimut,
ada manusia yang merenung jauh tetapi bukan pada sejadahnya.

Di subuh itu,,
di manakah kita tergolong??
ingatkah kita untuk bersujud merendah diri??
ingatkah kita menadah tangan memohon ampun??
ingatkah kita untuk mengingati zat yang berkuasa??

semoga kita sama2 tergolong di kalangan yang mengimbangi dunia dan akhirat...



Sunday, November 20, 2011

Galaxy Note - Reflect Your Desires



Mesti ramai yang dah tahu and try smartphone terbaru samsung ni kan. Galaxy note. Mula-mula tgok rasa konfius pulak gadjet ni dalam kategori tablet ke smartphone. Apa tak nye, skrin HD super AMOLED yang pertama dihasilkan sebesar 5.3 inches. Size terbesar untuk smartphone. Bila genggam gadjet ni, rasa macam pelik je. Kalau letak dalam poket seluar jeans yg ketat tu rasa sgt2 tak selesa, tp nasib baik galaxy note ni nipis je. Lama-lama ok la kot.

Menggunakan platform android 2.3 Gingerbread 1.4GHz pemprosesan dwi-teras, sikit pun tak jadi masalah bagi galaxy note untuk run pelbagai application dalam satu masa. Application boleh di aktifkan dalam masa 0.2-o.3 saat. Laju tak?? tapi ni bukan yang terhebat dalam dunia smartphone kini...HTC sensation xe masih lagi yang terpantas dengan 1.5GHz.

Kalau tengok dari kamera 8mp mahupun kualiti audio yang di hasilkan, mungkin kualiti galaxy note sudah banyak ada pada smartphone2 yg lain. Tapi ada yang sangat special pada galaxy note ni - stylus Smart pen (S-pen). Waktu gune S-pen ni dekat skrin sebesar 5.3inchi tu, serius rasa macam tulis dekat notepad. Rasa dan hasil nya sama dengan menggunakan pen carrera rm1.50 yang cepat habis dakwat tu dkat atas memo pad. Siap boleh sketch2 lagi. Kalau tak percaya. boleh la beli galaxy note ni, pastu skecth la puas-puas dekat skrin dia. Kalau handwriting korang lawa macam handwriting awek-awek yang cun tu (boley percaye ke handwriting awek yg cun tu lawa?),, lawa la jadi hasil yang korang dapat lihat dekat skrin tu,,, tapi kalau tulisan korang buruk macam tulisan aku,, insyaALLAH korang boleh baca jugak apa korang tulis dekat skrin tu selepas bersusah payah merenung..haha




Keunikan S-pen ni diperkuat lagi dengan S-memo, built in software pada smartphone ni. Untuk mereka yang suka mencatat, memang sesuai sangat la.. Nak hantar email pun boleh guna handwriting sendiri je.. Tapi perlu diingatkan sekali lagi ye... pastikan handwriting korang tu mestilah tersangat2 lawa...

Kalau ada sesiapa nak beli smartphone ni, adalah di syorkan untuk menggunakan bersama dengan smarphone plan mana-mana telco. Takpun pastikan kawasan kediaman anda or universiti2 ataupun office2 yang anda duduk tu ada wifi yang laju sebab galaxy note mampu menyokong HSDPA sehingga 21 Mbps!! tapi malangnya, tak taw nak duduk dekat mana dalam malaysia yang boleh dapat internet laju macam tu....gadjet2 semua dah maju n hebat2, tapi bila lah provider internet kat negara ni nak upgrade kan. Kalau kat universiti tu,, pihak universiti jangan la kedekot sangat sampai amek plan wifi yang murah.. Lembap taw x!!

ok..in a nutshell, galaxy note is one of the brilliant choice to those who want the high end exclusive smartphone...(pehal tibe2 kuar bhasa orang putih lak ni)... Galaxy note merupakan smartphone yg berbaloi-baloi.. Ciri nya sangat unik dan tak ada pada smartphone lain setakat ni. Gadjet yang dijamin oleh samsung malaysia selama setahun ni boleh di dapati pada harga MYR2299..
#Kalau nasib baik dapat lah free skrin protector 8ringgit tu ye dengan satu phone case....

Wednesday, November 9, 2011

Di Mana Tuhan??

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Seorang pemuda yang segak terpelajar., bekerjaya, mempunyai kereta dan rumah mewah, di temani oleh kekasih hatinya yang tidak kurang jelita. Pada zahirnya sangat sempurna di mata sesiapapun. Mampu memukau bukan sahaja mana2 gadis yang memandangnya, tetapi juga ibu dan bapa mana2 gadis. Cukup sempurna pada mata kasar.

Tetapi bagi pemuda itu, ada sesuatu yang kurang dalam dirinya. Ada yang hilang atau mungkin langsung tidak pernah di temui. Cukup sempurna pada luaran, tapi batinnya kosong. Berjalan memijak bumi menongkah langit. Pemuda itu sering tertanya, wujudkah tuhan? jika wujud seperti yang diperkatakan kepadanya sejak kecil, di manakah tuhan?? Atau mungkin tuhan hanya wujud dalam cerita masyarakat kuno hingga terbawa2 ke alaf ini.

Pemuda itu melihat burung berterbangan di langit. Pemuda itu berfikir adakah itu bukti kewujudan tuhan? teknologi kini telah mencipta aircraft yang jauh lebih besar dari burung itu dan mampu meluncur jauh lebih laju. Pemuda itu melihat ke lautan. Jauh di dasar lautan itu ada ikan berenang dengan tenang melengkapkan ekosistem dasar laut. Pemuda itu bertanya adakah itu bukti kewujudan tuhan? teknologi kini telah mencipta kapal selam yang beratnya bertan2 dan mampu membawa manusia ke dasar laut seperti ikan itu. Pemuda itu berjalan lagi merentas bumi Ilahi. Tertangkap oleh mata pemuda itu pohon yang sangat indah dengan bunga menguntum dan di basihi titisan embun pagi.. Sekali lagi pemuda itu bertanya di dalam hati, adakah itu bukti adanya tuhan? Teknologi kini telah berjaya mengklon bunga-bunga tersebut bahkan juga haiwan-haiwan. Pelbagai proses pembakaan mampu dilakukan sehingga menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari baka asalnya. Itulah yang difikirkan oleh pemuda tersebut.

Pemuda itu berkata. Jika benar itu semua bukti kewujudan tuhan, maka tuhan adalah teknologi!! Teknologi telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari burung dan ikan itu, sesuatu yang lebih baik dari bunga itu bahkan teknologi telah mencipta jantung berkuasa bateri untuk terus menghidupkan manusia. Dengan angkuhnya pemuda itu mengatakan tuhannya ialah teknologi lalu berlari pulang ke rumah. Pemuda itu mencapai tablet samsung 10.1 nya lalu membuka berita dengan hanya menyentuh skrin tablet. Sangat hebat yang dikatakan teknologi. Swap2 ke paparan seterusnya sehingga ke news hari ini. Pemuda tersebut membaca. GADIS DI CHINA MELAKUKAN APA SAHAJA UNTUK MEMILIKI IPAD2.. membaca berita seterusnya... REMAJA MEMBUNUH IBUNYA DAN MENCURI BARANG PERHIASAN UNTUK MEMBELI IPHONE4S...... siapa pula tuhan bagi mereka ini??? Mereka bertuhankan IPHONE dan IPAD dan itu adalah cara pengabadian diri mereka kepada tuhan????

Pemuda itu mula terfikir, jika tuhan itu adalah teknologi... mana pergi sifat tuhan yang di katakan Maha Adil??? Teknologi hanya untuk si kaya.. si miskin di tinggalkan. Teknologi hanya membuatkan yang berkuasa lebih berkuasa, dan yang tertindas makin tertindas. TEKNOLOGI BUKAN TUHAN.. Teknologi hanya mampu mengisi masa, tetapi sama sekali tidak mengisi rohani dan jiwa yang kosong!!

Pemuda tersebut membuka jendela...tertangkap oleh matanya sinaran matahari terik, secara automatik matanya tertutup. Siapakah yang menjadikan spontaneos process itu??? Isyaratnya di hantar oleh otak. Siapa pula yang menjadikan matahari yang sinarannya cukup terik itu?? Sama sekali bukan otak. Siapa pula yang menjadikan langit biru yang di lihatnya itu??? Sama sekali bukan teknologi. Benarkah yang menciptakannya adalah tuhan.. Jika benar, di mana tuhan???

Tiba-tiba terdengar satu seruan memecah langit senja...

ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR,,,
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,,,
AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH,,
MARILAH SEMBAHYANG,,
MARILAH KEPADA KEJAYAAN,,
ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR,,
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH...


Bergetar hati itu. Tuhan yang di cari pemuda itu telah di jumpai. Tuhan yang di cari itu ada dalam getaran nadi....Tuhan yang di cari itu ada dalam hembusan nafas... Tuhan yang di cari tu ada dalam jaringan2 yang tersambung dalam minda....


Sesungguhnya tuhan itu lebih rapat dari biji mata hitam dan mata putih...

Sesungguhnya tuhan itu lebih dekat dengan kita dari urat leher.....


#sehebat mana pun kita, memijak tanah menongkah langit, kita tidak lebih dari seorang hamba. Walau kita hebat di mata dunia, belom tentu kita hebat pada Pencipta.. begitu juga sebaliknya, walau kita hina di mata dunia, belom tentu kita hina pada Pencipta. Dekatkan diri pada Pencipta, isi kan jiwa yang kosong dgn ayat-ayat NYA,, semoga nur yang kian malap dalam diri akan kembali memberi cahaya yang benderang..InsyaALLAH.....
=)

Sunday, November 6, 2011

Happy Eid Adha!!

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,


Alhamdulillah, tahun ini kita sama2 lagi dapat meraikan Aidil Adha.. Satu perayaan yang memberi makna kepada seluruh umat Islam.Tahun ni aku di beri kesempatan untuk terlibat dengan aktiviti sembelihan ibadah korban...cehh..ayat macam aku yang sembelih je.....padahal duduk tepi tengok je...pemalas punya budak!




ok.....di kesempatan in, absolutely-is mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha.. semoga perayaan ini memberi erti dalam jiwa setiap di antara kita, mengajar makna keikhlasan, kesederhanaan dan kesyukuran kepada Pencipta atas nikmat-Nya yang tak terkira pada semua makhluk.

semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok jauh lebih baik dari hari ini..=)


Saturday, November 5, 2011

Dunia Kini - Pensyarah Rogol Pelajar?

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Kalau ada sesiapa baca surat khabar Metro 2hari lepas, mesti jumpa tajuk ni. Sebenarnya dah lali dah baca masalah-masalah kriminal yang berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara. Manusia sekarang otak asyik fikir nak buat jenayah je..

Kes pensyarah rogol pelajar ni dah di laporkan dua kali dari dua institusi pengajian tinggi yang berbeza. Kes yang berlaku pada dua hari lepas dilaporkan di sebuah kolej swasta di Cheras, yang satu lagi pulak dilaporkan minggu lepas, berlaku di sebuah IPTA di lembah Klang. IPTA di lembah klang? Ok... IPTA ni merupakan IPTA yang ternama dan dalam kelas tersendiri. Macam mana lah lecturer yg bodoh ni boleh sesat kat IPTA ternama macam tu.

Apa yang aku nak highlight kat sini bukan pasal kes jenayah yg memang berlaku hari2, tapi pasal betapa runtuhnya nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Macam dunia ni dah tak selamat kan? Tu belom masuk lagi masalah perhimpunan besar-besaran yang ingin diadakan oleh golongan songsang(homoseksual)... Uishh..macam2 masalah sekarang,,dunia2

#kepada siswi2 di luar sana,, memandangkan lecturer anda mungkin tidak boleh dipercayai, kalau nak jumpa lecturer tu ajak lah kawan ye..=)

Wednesday, October 26, 2011

Game Review - Pro Evolution Soccer 2012

Kali pertama membuat review untuk game. Game yg di pilih - Pro Evolution Soccer (PES 2012). Game football keluaran konami yang tidak asing lagi terutama bagi gamers asia. Kalau di euro, fifa jauh lebih popular.

Aku try game ni dalam platform PS3 dan juga PC tapi aku lagi berminat buat review untuk platform PC. Menggunakan ASUS Republic of Gamers G74SX, aku rasa tak de masalah untuk run game ni pada spec yg maksimum.


Lepas aku try, bagi aku KONAMI telah membuat beberapa kesilapan dalam PES2012. Memang gameplay PES2012 lebih realistik dari versi terdahulu,tapi malangnya tak disokong oleh grafik yang berkualiti. Kualiti grafik PES2012 bagi aku sekadar memuaskan, tidak banyak perubahan dari versi terdahulu, atau mungkin lebih rendah dari keluaran 2010. Untuk game yang lahir pada 2011-2012, ianya agak mengecewakan.


Kesungguhan KONAMI untuk membawa PES ke arah lebih realistik harus di puji dengan beberapa gesture baru oleh pemain dapat di lihat. Suatu penambahbaikan, tapi kesilapan yang sama masih lagi di lakukan dala
m pengawalan "power gauge" seperti PES2011 yang mernerima kritikan hebat. Suatu lagi kesilapan besar dapat di lihat apabila bermain dengan menekan button "run" secara konsisten, player yang di kawal mungkin akan tiba2 berhenti berlari untuk seketika. Kesilapan ini di akui KONAMI, n kalau tak silap, mereka akan fix error ni dan mereleasekan 1 update dalam bulan november. So kita tunggu je.





Apapapun, bagi aku overall game genre sukan bola sepak ney agak memuaskan. Terdapat banyak kekurangan yang harus di baiki untuk versi akan datang. Berbaloi untuk MYR12 versi cetak rompak, dan sesuatu yang kekurangan value of money utk MYR142 versi original.

Personal rating - 3.8/5.0








Saturday, October 22, 2011

Congrate Sis!!!

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH, the Most Gracious The Most Merciful..


Agak lama tak menjengah blog ni. Waktu cuti ni memang malas nak bukak sangat internet.. Agak sibuk bila kat rumah... sibuk dengan tidur, tv, game, jalan2 n etc..

Sebenarnya post ni sepatutnya dah di buat seminggu lepas. Terlambat sikit. Tapi takpe. Entri kali ni khas untuk mengucapkan tahniah kepada kakak yang paling rapat dengan ku yang baru sahaja bergraduasi. Congrate my sis!!! Serius gembira utk akak. Dengan ini secara rasminya dalam family tinggal aku je yang masih lagi tak habis belajar..haha





#kulit dah menjadi gelap sehingga 2 skala tona akibat berjemur lama sewaktu majlis graduasi,,
#berat badan mencecah 58kg, naik 3kg dari biasa setelah bercuti lebih dari sebulan... Berat badan tertinggi dalam sejarah hidup, sama seperti berat badan di matrikulasi dulu.....haha



Monday, October 10, 2011

Review Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Bismillahirahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...



Review sikit pasal satu cerita dari indonesia ni. Sebenarnya aku bukanlah peminat cerita2 dari negara seberang...lebih tepat lagi aku bukan peminat cerita..semua cerita pun aku tak de la minat sangat..just tengok sikit-sikit je...tapi kenapa aku rasa terpanggil untuk tengok cerita ni.



Ku Pinang Kau Dengan Bismillah,, satu tajuk yang aku rasa cukup istimewa.. cerita ni or lebih tepat lagi sinetron ni bernuansa islamik, mengisahkan tentang seorang siswa, Amar (Dimas Anggara) yang mengikuti perkuliahan dalam bidang agama di kota Istanbul, turki. Demi mendapat wang tambahan yang akan dikirimkan untuk orang tuanya, Amar sering menerima pekerjaan sambilan.Di Turki, Amar tinggal di bersama teman kuliahnya, Nordin(Ramzi), mahasiswa yang berasal dari Malaysia .Amar menyikapi agama dengan pemikiran-pemikiran modern dan liberal, sebaliknya Nordin menafsirkan ilmu agama Islam dengan cara yang cenderung kepada fundamental. Sikap yang berlawanan itu kerap menimbulkan konflik di antara Amar dan Nordin.


Watak utama lain ialah Nirvana(Natasya Rizki),merupakan seorang fashion designer yang sudah memiliki nama dan pelanggan tersendiri. Nirvana adalah lulusan London College of Fashion. Malangnya Nirvana sama sekali tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai agama yg di anutinya, agama Islam. Oleh itu sinetron yang bertemakan keagamaan dan percintaan ini lebih memaparkan dua insan yang berbeza latar belakang mencari erti sebuah ketenangan hati dengan mengenal Pencipta dan juga erti kesabaran dan keikhlasan. Konflik yang di ungkap dalam cerita ini jelas memaparkan keyakinan hamba kepada takdir Ilahi.. sesungguhnya ALLAH itu lebih dekat dengan manusia dari urat leher.

Sinetron ini di tayangkan setiap hari di saluran SCTV pukul 1900 waktu Indonesia barat.. erkkkk... sinetron ni tak masuk malaysia rasanya. Aku boleh tengok pun sebab dekat johor boleh dapat siaran indonesia n singapore dengan jelas tanpa memerlukan ASTRO..haha... so sesiapa dari malaysia yang rasa2 nak tengok cerita ney,, boley la ke johor ye,....pp



Tuesday, October 4, 2011

Semester Break - New Hobby..



Masuk minggu ke 4 cuti semester. Hidup tanpa perlu menghafal rumus2, menyiapkan assignment dan memahami buku yang beratus2 muka surat ternyata sangat tenang. Siapa yang tak suka cuti,, betul tak? Mungkin pada sesetengah siswa, cuti yang panjang sangat membosankan..tetapi bagi aku ianya jauh mengembirakan berbanding perkuliahan yang penjang (kemalasan penulis blog terserlah)


sepanjang cuti ini, menghabiskan masa bersama keluarga tercinta,,, berjumpa yang tercinta,, (eh..eh...sapa tu?)..keluar dari kepompong universiti tercinta yang hanya beberapa ekar luasnya,, menjengah kehidupan di luar sana..





Dalam cuti semester ini, aku telah menanam, hobi yang baru.. mula berjinak2 dengan remote control (RC) helikopter....(cettt..hobi macam budak2 je)... helikopter pertama yang berjaya dimiliki ialah SYMA S111G.

S111G keluaran SYMA ini ialah RC heli 3.5ch dengan built in GYRO.. sangat mudah untuk diterbangkan berbanding RC heli 6ch. RC heli ini mampu terbang sehingga 10meter dari kawalan...kepada sesiapa yang berminat untuk berjinak2 dengan permainan ney, aku sangat mengesyorkan model ni sebab ciri double protectionnya membuatkan ianya lebih lasak berbanding model2 lain di pasaran. setakat aku guna ni, rasa-rasanya sebelum mahir aku dah jatuhkan heli ni lebih 20kali,,tetapi masih boleh terbang dengan stabil....tahan tak?? lepas ni boleh lah terbangkan heli 4ch dengan 6ch pulak.. bagi mereka yang merasakan heli RC 6ch ni mudah untuk diterbangkan,,jangkaan itu salah sama sekali. Kalau tak percaya, cuba lah beli satu, tengok berapa kali jatuh...hee


YOUR OWN SPACE IN THE SKY




Sedikit pesanan dari penulis blog, jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam.. semoga kita sama2 tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi. Bagi siswa2 IPTA Malaysia,, selamat menunaikan tanggungjawab anda...=)




Thursday, September 29, 2011

Monolog Manifestasi Jiwa

Bismilahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,


Sekian lama meninggalkan blog ini. Kembali dengan entri yang tidak perlu di fahami oleh sesiapa pun. Sekadar monolog diri jiwaku yang kian lemah terheret oleh pelbagai rasa.

Duduk menghadap laptop. Hati terkurung oleh jasad yang lemah longlai. Mencari jalan keluar dari seribu perasaan yang membelengu. Cuti semester telah bermula 2minggu yang lalu. Mungkin di luar sana sesi perkuliahan baru masuk minggu ketiga bagi kebanyakkan siswa. atau mungkin minggu keempat. Perkuliahan yang setara oleh kebanyakan universiti sama sekali tidak teraplikasikan di tempat ku belajar.

Lupakan sahaja soal sistem itu. Terima apa adanya kerana belajar menerima itu adalah yang terbaik untuk setiap insan yang bergelar hamba. Menerima satu suratan takdir dengan penuh keikhlasan. Pada saat matahari baru menampakkan sinarnya di pagi hari ini, hatiku sama sekali tidak tenteram. Merasai sakit yang tak menentu. Dan aku sendiri tak dapat menentukan apakah kesakitan itu. Yang pasti ianya lebih menyakitkan dari tapak kaki ku yang tertusuk objek asing yang tajam,, jauh lebih menyesakkan dari kesesakan pagi hari di metropolitan.

Memandang keluar dengan pandangan kosong. Ingin ku isi sesuatu untuk hari ini. Sesuatu yang lebih bermakna.

"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN"

Ingin ku hidupkan kerinduan di hati,, ingin ku selami makna cinta. Cinta yang di ajar kan oleh junjungan ku dan junjungan seluruh umat Islam di muka bumi. Cinta hamba kepada Pencipta. Pencipta kepada segala penciptaan. Pencipta apa yang ada di langit dan di bumi, mahupun di antaranya.

"KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLIH"

Ingin ku nasihatkan hati ini. Nasihat untuk melakukan jihad yang terbesar. Bukan seperti jihad yang di fahami oleh kapitalis mahupun penganas tanpa akal waras. Tetapi jihad dalam mengatakan yang benar. Yang benar dalam setiap perkataan yang diucap, setiap langkahan oleh kaki, mahupun dalam setaip hembusan nafas.

"DAN MEREKA SALING MENASIHATI DALAM KEBENARAN"

Ingin ku ajarkan hati ini sebuah pengertian. Seribu satu erti kesabaran. Kesabaran dalam apa jua keadaan. Kesabaran yang menangkan hati yang tak keruan. Kesabaran yang membawa kepda keikhlasan jiwa.

"DAN MEREKA JUGA SALING MENASIHATI DALAM KESABARAN"


Semoga pada akhir penghidupan ini,, aku tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.


Thursday, September 1, 2011

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
DIA anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah



Tuesday, August 30, 2011

Langit Syawal Menjengah,.,..


Ramadhan telah melabuhkan tirai... Langit Syawal mula menjengah tatkala takbir raya berkumandang di segenap pelusuk dunia.

Takbir itu memasuki rongga2 jiwa yang kosong...sungguh mendamaikan..nikmat kedamaian ad dalam gema takbir itu...

Ya ALLAH...bukti kekuasaan MU...kau hadirkan ketenangan dengan menyebut nama MU..


kepda semua saudara seagama di seluruh dunia...sama ada di benua ini atau benua sana, seberang lautan sini atau di lautan seberang sana, di bawah langit sebelah sini ataupun di bawah langit sebelah sana....
Selamat menyambut Aidil Fitri maaf zahir mahupun batin.... semoga perjuangan melawan hawa nafsu akan di teruskan...semoga nikmat beragama akan dapat dirasai.....



Sunday, August 28, 2011

Hapus Air Matamu, dan Jangan Bersedih....

Bismillahirrahmanirrahim,,
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful...


Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi sebelah sini... Duduk di hadapan laptop menunggu waktu berbuka.. fikiran melayang entah kemana..

Alhamdulillah berkesempatan kembali ke absolutely-is setelah lama menyepi... baru sahaja di sibukkan dengan test yang tak putus2.. dan...selepas ini akan di sibukkan dengan peperiksaan akhir semester pula..

Dua hari lagi syawal bakal kunjung tiba.. mungkin orang2 di luar sana menanti nya dengan penuh keriangan. Anak2 sibuk dengan baju barunya,, ibu2 sedang sibuk menghias rumah, dan ayah2 sedang sibuk menservis kereta dan mengilatkannya semampu mungkin...

Ramadhan ini bakal berakhir... maafkan aku Ramadhan kerana aku tidak menyempurnakan semua janji2 ku. Seringkali aku lupa dan lalai... Sesungguhnya manusia penuh dengan kekhilafan.

Hatiku tidak begitu teruja untuk menyambut Syawal kali ini.. menyambut hari kemenangan.. Ku bawa hati ku bermonolog. Mungkin kerana Syawal kali ini akan bertembung dengan peperiksaan akhir semester ku menyebabkan bibir ini sukar melakar senyuman???

Bukan pertama kali rasanya aku menghadapi peperiksaan dalam bulan syawal... Sewaktu zaman sekolah dulu lagi dah banyak kali rasanya... Tapi mengapa kali ini aku rasa resah gelisah.. Mungkin kerana aku rasakan aku kurang bersedia dengan subjek2 yang aku ambil semester ini??

"Ya ALLAH pencipta hati,,, aku pinta ketenangan dari Mu, hilangkan resah gelisah dalam hati ku,, agar ku ketemu Nur di lubuk hati yang banyak berdosa ini"

Aku rasakan ada satu tanggungjawab yang ku pikul untuk peperiksaan kali ini.. Ku teringat almari di rumahku, di penuhi dengan piala2.. Piala2 yang satu ketika dulu melakar senyuman di bibir ibu bapaku,. Aku tahu sepanjang zaman persekolahan ku, aku pasti tidak akan mengecewakan ibu bapa ku dengan keputusan yang ku bawa pulang.. Aku puas melihat senyuman mereka...Ingin ku berlari memeluk mereka.

Kini sudah beberapa tahun aku melangkah ke institusi pengajian tinggi untuk mencari ijazah ku..mengutip ilmu di perjalanan,, tapi mengapa aku merasakan aku sangat lemah... langkahan ku tidak seperti dulu,,, seringkali aku cuba bangkit tetapi sesuatu menyesakkan hati..

Ku sapu air mataku petang ramadhan ke 28 ini.ku hilangkan kesedihan dalam hati.. Ya...2 hari lagi adalah hari kemenangan seluruh umat Islam di dunia.. kemenangan melawan hawa nafsu yang seringkali menjadi raja pada hati yang alpa... dan aku...... akan ku laksanakan satu tanggungjwab ku setelah menyambut syawal ini.....

Peperiksaan akhir semester ini,,, semester yang benar2 menguji hati dan diri... Peperiksaan ini adalah satu tanggungjwab bagi ku..... Tanggungjawab bagi ku untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah menerjah ruang hidupku.... Tanggungjawab bagi ku memberi senyuman kepda ibu bapaku..... tanggungjwab bagi ku untuk memberi kepuasan diri melihat senyuman mereka...tanggungjawab bagi ku sebagai perantau pencari ilmu....


" Ya ALLAH,,,tanpa pertolngan Mu aku hanya hamba Mu yang lemah. KAu tiupkan kekuatan dalam jiwa ku,, KAU hadirkan lah sesuatu yang indah,,, hanya ENGKAU yang mengetahui yang terbaik untuk hamba Mu.... Aku letakkan pergantungan ku kepda MU,,,, TUHAN PEMEGANG TAKDIR SEKALIAN ALAM"





Thursday, August 11, 2011

11% Pelajar KELANTAN Hadapi Masalah Mental????



opss..Orang2 Kelantan kalu bace tajuk post ni jangan mara dulu ye... Itu adalah fakta yang di keluarkan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian(HUSM). Antara 10-11 peratus remaja khususnya pelajar di negeri Kelantan menghadapi masalah mental dan menerima rawatan di HUSM.Lebih 700orang pelajar negeri ini menerima rawatan di klinik psiakitri HUSM setiap minggu dengan kes berulang... ramai kan??? Kalau tak percaya klik sini.

Tapi bukan bermakna mereka yang menerima rawatan psiakiatri tu semua mempunyai masalah mental disorder ye... Mungkin di sebabkan tekanan dari dunia yang kian mencabar...(yeke??)
Maklumlah sistem pendidikan semakin berkembang sekaligus memberi impak kepda pelajar2 untuk terus bersaing agar tidak ketinggalan dalam apa2 jua bidang sekalipun..

Tapi,, betul ke tekanan pelajaran dan sistem pendidikan kini yang menyebabkan pelajar2 ney terpakse menerima rawatan dari klinik psiakiatri?? Tak tahu la kan...apa2 pun semoga mereka yang mengalami gangguan mental mahu pun emosi dapat mengatasi nya dengan bantuan rawatan yg disediakan..


#kalau dah lecturer bagi 61 soklan assignment suruh siapkan waktu ujung minggu...3 soklan nak buat ambil mase 1jam.....sapa yang tak mengalami tekanan mental, betul tak???



Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday - Path of Journey Is Your Choice -




#wordless wednesday ialah segmen di mana pada hari rabu blogger akan post gambar tanpa penerangan.... lets picture do the talking..

Thursday, July 28, 2011

Aku Cari Satu Cinta

Bismilahirrahmanirrahim.
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful...


Membuang pandang jauh ke arah malam yang tenang. Melihat bintang2 di langit yg suatu masa dahulu seringkali menjadi teman ku... Entah kenapa aku rasakan aku semakin jauh.... jauh dari apa yang ku kejar....jauh dari apa yang ku cari..

Dalam kelam malam itu,,, ada gadis yang sibuk berbual2 dengan kekasih hatinya.... ada pemuda yang tidak habis2 mengucapkan kata cinta kepda wanita pujaannya..... ada pelajar yang di timbuni buku2 yang banyak,,, ada remaja yang di temani laptopnya..... dan ada hamba yang menangis dalam kesendirian...

Entah kenapa hatiku merasa begitu kosong..bermonolog tanpa sebab..mencari sesuatu untuk mengisi rongga2 yang kosong itu... Mencari jawapan kepada kekosongan.....
Dalam kelam itu hati terus mencari,,,,,

Ku isi dengan hiburan seperti remaja tadi,,,,
ternyata tidak ku temui jawapan dari kekosongan itu...


Ku teruskan pencarian....

Pencarian mencari satu cinta,,,,
bukan cinta yang hanya pada kata2 dan bait2 indah,,,
bukan cinta dari hati yang terdorong oleh nafsu,,,

bukan cinta dari hamba yang pasti akan berubah...

bukan sekadar satu cinta yang fana,,,
bukan hanya satu cinta yg memenuhi kekosongan jiwa......


Ku tahu cinta itu ada,,,
dalam setiap nafas yang ku hirup,
dalam setiap aliran darah ku yang mengalir,,
dalam setiap degupan nadiku yang berdetak...
cinta itu terselit dengan indah...
cinta Pencipta kepda makhluk ciptaan Nya


Akan tetapi,,,
adakah ku balas cinta itu???
atau ku nafikan cinta itu???

tanpa cinta Nya tidak mungkin aq berdiri,,
tanpa cinta Nya aku hanya hamba yang rugi,,

ingin ku cari cinta dalam hati,,,

bukan sekadar cinta dengan kata,,,
bukan sekadar cinta yang ada pasan
g surut nya,,
dalam malam penuh ketenangan,,
ingin ku dambakan cinta itu,,,

Pencipta kepda rasa cinta,,
Hadirkanlah aku rasa cinta itu,,,,


Aku cari satu cinta
Cinta hamba kepda Pencipta


Cukuplah Allah bagiku;

ALLAH IS ENOUGH FOR ME



Sunday, July 24, 2011

UTP = Universiti Teknologi Petroleum - Jangan Buat Lawak La!



Panjang nya tajuk post ni. Sebenarnya benda ni ramai orang dah tahu. Sama ada pelajar UTP mahupun masyarakat di luar sana, benda ni dah lama tersebar. Pertukaran nama Universiti Teknologi PETRONAS kepada Universiti Teknologi PETROLEUM (tak taw la huruf besar sume ke tak petroleum tu nanti).. Bagi aku, ianya tidak lagi menjadi khabar angin setelah kenalan yg berkhidmat di sektor pengurusan UTP di KLCC mengatakan perkara yang sama . Mungkin tunggu masa yang sesuai je untuk di umumkan.

Aku malas nak komen panjang lebar pasal benda ni. Menurut sumber, pertukaran di sebabkan untuk mengurangkan kebergantungan UTP pada PETRONAS.... ok... satu alasan yang sangat tidak munasabah.. Bukankah tujuan asal PETRONAS menerima pelawaan kerajaan menubuhkan sebuah univrsiti adalah atas dasar hikmat bakti kepda masyarakat??

Sebuah universiti bukan hanya memberi pendidikan tinggi kepada siswa dan siswa malah ia sepatutnya menjadi satu jenama. Jika UM sedang berbangga dengan QS World Universiti Ranking nye, USM mengorak langkah sebagai satu2 nya universiti berstatus apex di Malaysia, UKM sentiasa mempamer kebolehan dalam bidang penyelidikan dan sumbangan kepda negara sesuai dengan tarafnya sebagai research universiti, UTM semakin dikenali sebagai hub kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi Malaysia dan MMU semakin mendapat tempat setelah diiktiraf sebagai satu2 nya pusat pendidikan tinggi swasta negara yang disenaraikan dalam carta 200 top universiti ASIA pada tahun 2010, UTP pula sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana adanya nama "PETRONAS". Tidak di nafikan bukan ranking dunia yang di kejar oleh sesebuah universiti. Sebagai universiti yang masih muda dalam arena pendidikan tinggi Malaysia, UTP seharusnya berbangga dapat mencapai "tier 5" dalam penyelarasan universiti oleh MQA dan juga kejayaan-kejayaan lain yang di capai oleh universiti tersebut.

Di kalangan pelajar2 cemerlang terutamanya pelajar sekolah berasrama penuh, UTP sememangnya memiliki "woww" faktor yang tersendiri. "woww" faktor itu terletak pada nama "PETRONAS". Rasa-rasanya jika di buat bancian, kebanyakan pelajar2 cemerlang peringkat SPM mahupun matrikulasi memilih UTP sebagai destinasi seterusnya kerana wujudnya nama "PETRONAS" pada universiti tersebut..PETRONAS..... Satu nama yang di anggap sebagai simbol kejayaan, kecemerlangan, kekuatan dan kemegahan negara.Perkataan PETRONAS sememangnya memberi impak yang besar kepada pencapaian UTP. Sememangnya pada tahun ini telah di saksikan dua buah universiti bertukar nama, Universiti Industri Selangor(UNISEL) kepada Universiti Selangor dan juga Universiti Darul Iman (UDM) bertukar kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA)...perlukah UTP juga bertukar kepada nama kepda PETROLEUM yang lebih sinonim dengan cecair berwarna hitam pekat itu???

Jika dahulu, sewaktu latihan industri ataupun internship, ada rakan-rakan mahupun mak cik-mak cik yang bertanya datang dari universiti mana,, cukup dengan menyebut Universiti PETRONAS mampu menutup mulut2 itu....bagaimana pula keadaan setelah universiti ini bertukar nama??? Mungkin keadaan berikut yang akan berlaku...

Mak cik A : Anak datang dari universiti mana ni??
Siswa B : Universiti Tekonologi PETROLEUM....(sambil senyum buat2)
Mak cik A : Petroleum yang minyak tu ke?? Patut la muke itam je....main dengan minyak je ea....

.......


Pertukaran nama ni juga mungkin memberi impak kepada kehidupan dan menjadi mimpi yang tidak berapa indah kepada pelajar nya seperti berikut...

Jejaka A terlihat seorang gadis B dari jauh lalu mendekati nya...

Jejaka A : Hai...baru keje kat sini ke? nama siapa?
Gadis B : A'ah...tengah praktikal... Nama "Aaaaa"...panggil "A" je...(sambil buat muke cute)
Jejaka A : Owhhh..study mana??
Gadis B : Universiti Teknologi PETROLEUM je....(buat muke cute untuk kali ke dua)
Jejaka A : owwhhh...(Dalam hati jejaka A tu.,, uni PETROLEUM???... ganas giler awek neyy....mesti idup dengan minyak je neyy)......sambil melangkah pergi meniggalkan gadis B tanpa mengetahui apakah sebenarnya Uni Tek Petroleum itu......

..........

Ye,,,,,,perkataan "PETROLEUM" itu sedikit sebanyak telah menutup dan menghilangkan keayuan yang ad pada gadis tersebut... (cube awek tadi cakap....dari UKM je...xpun dari UiTM je..cormfirm laki tu tak lari punye)

Nampak macam sesuatu yang sangat bodoh?? Benda inilah yang akan berlaku kepada palajar2 setelah nama se gah Universiti Teknologi PETRONAS bertukar kepada Universiti Teknologi PETROLEUM.... kalau tidak percaya....saksikan sendiri setelah nama PETRONAS itu bertukar,,,,

Kesimpulan,, bagi aku,,, pertukaran nama itu adalah sangat tidak releven.. Sepatutnya universiti menumpukan lebih perhatian dalam memperkasa pengajaran dan penyelidikan demi melahirkan modal insan yang kompetitif untuk menerajui negara kelak. Nama itu adalah jenama bagi sesebuah universiti..... Jenama itulah yang akan di angkat oleh universiti tersebut...

#sekadar pendapat dari penulis...jika ada apa2 komen atau sebagainya...sila tinggal di ruangan komen...=)



Friday, July 22, 2011

IPTA dan IPTS Berbeza???

Berkesempatan menjengah blog ni setelah melalui minggu yang dipenuhi test dan assignment. Result upu bagi mereka yg terlibat telah keluar dalam seminggu lepas.41,267 calon ditawarkan tempat mengikuti ijazah sarjana muda di IPTA. Tahniah kepada adik2, akaq2 dan abg2 yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, masih banyak lagi peluang untuk anda menimba ilmu.....life is an acedamy..

Dulu aku pernah katakan matrikulasi kpm dan program asasi ipta adalah antara pilihan yang terbaik untuk lepasan spm..Mesti bila tgok result upu yg kuar tu, korang paham kenapa aku ckp mcm tu dulu..70% pelajar dari kos2 kritikal di IPTA adalah diambil dari lepasan matrik and asasi IPTA sendiri..ok.. Berbalik kepada topik, aku nak bincangkan perbezaan IPTA dan IPTS... Perlu diingatkan segala yang dinyatakan adalah berdasarkan pendapat aku sendiri, dengan sedikit penglaman aku berada di IPTA dan IPTS ., sedikit pengetahuan am dan juga perkongsian dengan rakan2 ku yang berada di kedua2 institusi tersebut. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu lepasan2 matrikulasi, stpm dan setaraf yang bkal melanjutkan pelajaran di IPT ataupun yg ingin memilih antara IPTA dan IPTS. Juga ingin di tegaskan, post ini SAMA SEKALI TIDAK MEMBEZA-BEZA KAN KEDUA2 KATEGORI IPT.

Secara am nya, kedua2 IPT ini mempunyai fungsi yang sama, sukatan pelajaran yang hampir sama (seperti yang di selaraskan MQA)... oleh itu tidak akan timbul ada tempat yang susah mahupun senang. walaupun begitu,, setiap univrsiti itu unik dengan caranya tersendiri. (Sebab tu la ada cadangan untuk memberi kuasa autonomi)

Untuk pengetahuan, IPTA terbahagi kepada 4 kategori: Universiti Apex(USM), Universiti Penyelidikan(USM,UM,UKM,UPM,UTM), Universiti Komprehensif, dan Universiti Berfokus manakala pembahagian Universiti Swasta adalah kurang jelas. Setakat ini masih belum ada universiti swasta yang mampu mencapai taraf Apex mahupun Penyelidikan. IPTA dipelopori oleh 5buah universiti terkemuka (USM,UTM,UM,UKM,UPM) manakala universiti swasta lebih diterajui oleh 2 buah universiti (Multimedia University,Universiti Teknologi PETRONAS) manakala dalam bidang sains kesihatan,International Medical University(IMU) lebih dikenali di kalangan pelajar2 cemerlang.




Perbezaan yg paling mudah dilihat adalah dari segi yuran pengajian. Rata2 IPTA melatakkan yuran sekitar RM1000 satu sem manakala IPTS bergantung kepada course, sekitar rm50k untuk kejuruteraan, RM90k untuk pharmacy dan RM300k untuk perubatan. Mungkin ada yang mengatakan kemudahan di IPTS adalah lebih baik,, tetapi bagi aku kemudahan dari segi pembelajaran di kedua2 IPT adalah lebih kurang sama, tetapi kemudahan untuk pelajar sememangnya IPTA mempunyai sedikit kelebihan. Rata2 IPTA mempunyai keluasan kampus yang sangat besar seperti UUM dan UKM. Kalau nak rasa naik shuttle bus dari fakulti ke fakulti, ataupun nk naik rapid kl keluar, IPTA la jawapannya. IPTS tak kan ada benda ney..(factor size kampus).


Dari segi pergaulan dengan rakan. Benda ney sangat subjektif. Tetapi apa yang membuatkan aku kategorikan ia sebagai satu perbezaan, kebanyakan IPTS adalah berpusat kepda stu, dua atau tiga fakulti sahaja. Contohnya IMU berfokus kepada Sains kesihatan, UTP dan MMU memfokuskan teknologi dan kejuruteraan. Pergaulan lebih kepda dalam satu fakulti. Berbeza dengan IPTA, prgaulan tidak terbatas kepda 1 fakulti. Jika anda seorang pelajar kejuruteraan, kemungkinan untuk bergaul dengan pelajar guaman juga adalah sgt tinggi. Benda ney ada pros and cons nye. Mungkin apabila semua plajar mengambil jurusan yang lebih kurang sme, adalah lebih mudah untuk belajar. Mungkin juga dengan bercampur gaul dengan bermacam2 fakulti dan jurusan akan lebih membuka minda pelajar tersebut.

Benda lain yang aku perasan dalam tempoh aku belajar di kedua2 tempat ney ialah keterbukaan pemikiran pelajar. Sekali lagi sesuatu yang subjektif. Bukan aku nak kata pelajar ini lebih berfikiran terbuka, pelajar ini tidak.. tetapi skop pemikiran mungkin akan berbeza. Tak paham maksud aku?? Benda yang paling mudah ialah cuba tanyakan kepada pelajar IPTS MUET yang amek untuk masuk U tu requirement MQA ke ap? atau pun cuba tanyakan name2 universiti penyelidikan. Mengikut pemerhatian aku sendiri ramai kawan2 aku di IPTS tak dapat jawab soklan2 ney.. Kalau tak percaya or rasa nak bantah.... cuba tanye student IPTS..."TITAS stand for what????" MQA requirement kan tu.. tu soklan yang budak2 IPTS rasanya tak dapat jawab. Kalau nak tanya student IPTA pulakk..cube tanya International Baccalaureate tu ap? mesti ramai kantoi punye..

Dari segi suara pelajar,, atau pun kata lainnya adalah fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),, secara jujur aku katakan, MPP di mana2 IPTS kurang memainkan peranan seperti yang berlaku di IPTA. Mungkin kerana faktor bilangan pelajar itu sendri. Pilihan Raya Kampus (PRK) di IPTS adalah tidak sama seperti di IPTA... Jika di UKM akan dapat dilihat ASPIRASI dan Gabungan Mahasiswa (GMUKM) sewaktu PRK, di IPTS seolah2 PRK ini "mati" dan tidak "bernyawa". Apa2 pun, Terdapat juga IPTS yang suara pelajar nye masih dapat di dengar seperti di Universiti Selangor (UNISEL).


Selain dari perbezaan2 macam tu, kalau di kira dari segi sokongan kerajaan, IPTA mungkin akan mendapat sedikit kelebihan. setelah USM menjadi universiti Apex dengan permohonan 3buah universiti swasta(MMU, UNITEN,UTP) tidak di senarai pendek.. 5buah universiti penyelidakn juga adalah dari universiti awam. Mungkin ada IPTS yang meletakkan target untuk menjadi universiti bertaraf research ni, tetapi nampaknya dengan hasrat kerajaan meletakkan universiti penyelidikan ke-6 negara adalah dari universiti dalam bidang sains sosial, mungkin sukar untuk IPTS mencapai status ini. Apa2 pun fakta ini bukan berpihak kepda institut awam, sebenarnya institusi swasta negara kebanyakannya menjalin hubungan dengan universiti terkemuka dari luar dan juga syarikat2 yang besar. Contohnya. Universiti Perdana yang baru ditubuhkan adalah mengambil sylibus dari Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Secara kesimpulannya, bagi aku memang IPTA dan IPTS berbeza dari banyak segi. Tapi perlu diingatkan tiada mana2 institusi lebih superior berbanding yang lain. Pucuk pangkal nye ialah pelajar itu sendiri. Walaupun graduan itu dari MIT or CAMBRIDGE sekalipun belom tentu kualitinye terjamin.Walau di mana anda berada,,,juz do the best..=)

#ditegaskan sekali lagi, post ini sekdar pendapat pensendirian, berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pergaulan dengan rakan2...tidak berpihak kepda mana2..anda bebas mengemukakan pendpat di sini..kalau x setuju or ap2 boleh tinggalkan komen



Wednesday, July 20, 2011

Mengapa Aku Yang Di Uji??

Bismillahirahmanirahim
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Ujian demi ujian datang menimpa... Hati itu terus di uji.. Kadang2 aku rasakan aku sangat lemah.. Hidup ini ialah satu ujian. Ujian itu lah yang membentuk diriku sekarang..

Tidak perlu aku katakan ap yang berlaku... Apa yang pasti aku semakin lemah..... Lemah untuk menyusuri liku ini... Kekuatan hati itu hilang entah kemana. Aku ingin mencari kekuatan itu.. Kekuatan yang sering ku jumpa dalam kedamaian malam yang gelap.....

Ku teruskan pencarian mencari kekuatan.. Tetapi aku rasakan aku semakin jauh...... semakin jauh dari destinasi yang ku cari...

Mengapa begitu????

Bukankah ujian itu akan membentuk kekuatan hati..



Lama aku melayan perasaan... Hatiku hilang dalam kelam malam..Aku rasakan diri ku semakin jauh.... semakin jauh dari Pencipta.....bukankah ujian itu seharusnya mendekatkan lagi diriku kepada Pencipta ku???

Terlintas di benakku..

MENGAPA AKU YANG DIUJI?????


aku tidak mengerti,, Aku mencapai naskah di hadapan ku,,,aku membelik2 naskah itu,,,,mungkinkah akan ku jumpa kekuatan yang ku cari dalam naskah itu???


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Surah Al-Ankabut ayat 2

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
Surah Al-Imran ayat 139


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Surah Al-Baqarah ayat 216


Aku sedari,, kekuatan yang ku cari itu terselit dalam ayat2 Pecipta ku... Terselit dengan indah..
Bukti cinta Pencipta kepda hamba-Nya..

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal
Surah At-Taubah ayat 129



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...