Monday, June 18, 2012

Apple iWatchz


Hari ni seharian mengadap laptop ni cari maklumat untuk assignment. Penat rasanya. dah lama-lama ngadap laptop tu apa salahnya cuci mata kejap kan...

nak keluar melepak dekat pasar raya memang tak ada masa je sejak-sejak ni. so tengok kedai-kedai online je la.. Try usha zalora... dorang tak restock lagi barang baru..boring sama je.. Bukak apple store... okay, I catch something interesting.



Apple iWatchz. Jam tangan apple. tapi bukan macam smartwatch sony tu. Apple iWatchz ni sebenarnya adalah watchband khas untuk ipod nano. Kat depan iWatch ni ad klip yang memang fix untuk ipod nano gen ke 6..Nak ubahkan ipod nano korang tu jadi jam tangan, guna lah iWatchz ni. 


So function ipod nano tu dah tambah lagi satu, jadi jam tangan..cool kan?? aku rasa product dari apple ni memang cool-cool.


harga untuk iWatch ni bergantung kepada material dia. Untuk yang rubber, harganya myr64 je. kalau stainless steel or leather pulak ada yang myr290.. senang cerita range iWatch ni dari myr64 sampai la myr290. kalau korang berminat, boleh usha apple store ye=)


Aku rasa product-product apple ni dah tak mahal macam dulu. Harga barang-barang apple dah semakin mampu milik. mac pro dengan ipad dah lebih kurang sama je dengan produk lain. kalau mahal pun, sikit je lebihnya.. tapi aku rasa apple tetap produk yang terbaik, dari kategori ultrabook sampai lah smartphone, tablet dan pemain muzik ni...

#ios6 akan dilancarkan tak lama lagi.. iphone4, ipad2, new ipad dan ipod 4th gen ke atas akan menerima update dari apple ni tak lama lagi =) 





Sunday, June 17, 2012

Andai Malam Ini Terakhir Untukku


Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..

Badan rasa macam tak sedap dari semalam.. Mungkin nak demam kot.. Tak apa lah.. sekurang-kurangnya terhapus jugak kan dosa-dosa kecil yang melambak sangat ni. =)

Aku sekarang tersangat-sangat la sibuk. Rasanya sepanjang aku belajar ni, sem ni lah jam kredit yang paling banyak aku ambil..Rasanya macam masa aku padat sangat pulak.. kalau ambil kira assignment dengan lab report yang pelik-pelik, tambah lagi masa tidur yang tak boleh nak di kurangkan memang full la jadual aku! tapi bagus jugak macam tu, at least aku lebih menghargai masa..

Baca tajuk entri tu,pernah tak korang terfikir, kalau malam ni malam terakhir untuk korang.. apa agaknya korang nak buat ye?.. kadang-kadang aku terfikir jugak,, siapa tahu esok lusa tiada lagi malam seperti hari ni.. kan... kalau aku, ada beberapa benda yang aku rasa nak buat...

Tengok bintang puas-puas...

dah lama rasa aku tak merenung ke langit malam. dulu-dulu memang ni lah kerja aku, macam orang tak ada kerja..,. teringat dulu-dulu time dekat matrik, dekat intec, zaman muda-muda dulu, bila jiwa aku berkecamuk, aku akan bukak sikit tingkat dekat hostel tu, ataupun pergi kat taman permainan dekat dengan hostel, duduk termenung sambil menatap langit, cari-cari bintang, habiskan masa dalam sejuk malam tu, lupakan sekejap apa yang berlaku, cuba refleksi diri walaupun seringkali gagal..haha.. tapi sekrang dah lama pulak aku tak buat benda ni. Cuba jengah tingkap tadi.. tak ada bintang yang sudi terangi gelap malam hari ni =(


mintak maaf dekat orang sekeliling...

yang ni sentiasa aku nk buat tapi tak terluah pulak. maaf. tak kira lah dekat siapa pun.. Aku ni ikut mood.. kalau aku cakap aku sibuk mean aku akan ignore semua orang kat sekeliling aku, kalau ada bunyi mesej handset 5800 yang kejap bunyi kejap tak tu, aku biar je.. kalau hari ini ada hari jadi sesiapa dan aku wish seringkas yang mungkin. aku mintak maaf. kalau ada sesiapa yang aku terlebih gurau sampai menunjukkan reaksi tersinggung or ada orang buat lawak tapi aku tak gelak pun aku mintak maaf. tapi selalunya aku mintak maaf dalam hati je.. tak tahu nak ucapkan kata maaf tu macam mana.. Ada sesiapa boleh ajar???

keluar jalan-jalan dengan adik beradik...

akak-akak ku, tak de rasa nak keluar pergi jalan ke??? ..like our kids time... don;t u miss that??..hahahaa


Buat mereka tersenyum..


Ni benda yang paling aku nak buat... 21 tahun mereka  memberi kebahagian dalam hidupku... dan akan terus menerus memberi kebahagian dalam hidup ini,, memandu aku kembali apabila aku hilang arah, memberi inspirasi apabila ilham kian kelam, menyeka air mata tatkali membasahi pipi, dan meraikan kegembiraan untuk segala yang menyenangkan.. Luv u my mom and dad.,.




gambar atas tu,sebahagian hadiah yang aku dapat sepanajang zaman persekolahan dulu-dulu.. kalau dekat u ni,, nak dapat satu sijil yang ada tulis anugerah dekan pun susah..hahaha.. tak apa, semoga ALLAH permudahkan urusanku dalam usaha memberi kegembiraan kepada mak dan abah.. =)

Mengucap kata taubat...

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...