Wednesday, September 22, 2010

Pencinta Calculus -Apakah Yang Di Kejar 1-

Bismilahirrahmanirahim.
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...


Melayan perasaan sejenak. Masih memikirkan mimpi yang terkisar..timbul pertanyaan yang berulang-ulang di benak sama seperti mimpi itu yang berulang. Kisah mimpi yang diceritakan dalam post sebelum ney masih menggangu minda yg gagal menjadi pentafsir.

Terlihat buku Chemistry di atas meja. Melihat jadual dihadapan. Calculus yang dirindui. Sudah setahun ana meninggalkan subjek tu. 1st time mengenal calculus semasa di INTEC. Menyaksikan detik terpaut nye hati pada dunia calculus. Tapi hati tiba-tiba meragui. Adakah ana masih mampu mencintai Calculus tatkala di UTP? Adakah cinta itu tetap sama? Setelah setahun ditinggal kan.. Bersua kembali di tempat yg jauh berbeza. Semoga cinta lama itu bersemi kembali.



Melihat VAIO tertera i7 dihadapan, sebuah handset touchscreen di sisi,, Sebuah Sony DSLR di atas meja dan juga buku Chemistry kepunyaan ana. Terdetik di hati. Seorang ahli photography kah yg menghuni bilik ini? Pencinta gadjet? Atau seorang pelajar?? Apa yg ana boleh katakan,, penghuni nya adalah ana sendiri.

Teringat sewaktu zaman persekolah, SMKBT, High School Kluang, Sains Seremban.. tempat2 yg pernah mengajar ana. Terasa begitu mudah. Sehingga lah kepada SPM. Then, kolej Matrikulasi Johor ke INTEC dan dengan kerelaan yg tak pasti akhirnye ke UTP. Tapi mengapa apabila sampai ke destinasi terakhir yg di nyatakan tu terasa begitu sukar??

Terlalai melihat DSLR di atas meja.Terlintas di fikiran, bukankah dulu seorang ahli physic dan kedoktoran, Al-Biruni menuntut ilmu dengan keadaan yg sangat sederhana?. Al Ghazali belajar dalam kemiskinan? al khawarizmi apatah lagi. Di dunia barat Plato mencari falsafah dalam serba kekurangan. Tetapi akhirnya daripada kesederhanaan itu mereka menggegar dunia.

Melihat dunia sekarang. Daripada ana melihat orang lain.. Lebih baik ana melihat diri ana kini. Zaman sekolah dulu pen, kertas, calculator memenuhi meja. Sekarang DSLR, VAIO dan lain2 mengambil tempat. Perlukah DSLR tu untuk menangkap structure ester?Perlukah i7 yg lagi sesuai untuk main game tu untuk menyiapkan sekadar kerja online atau autocad??? (i5 dah la..hee). Melihat keliling, ada yang bekerja sambil belajar untuk menambahkan pendapatan katanya. Ada yang melakukan berbagai2 lagi cara, masuk berbagai2 lagi program untuk menambahkan duit khabarnya. PTPTN sekarang tak cukup beli buku ke?? Biasiswa JPA tak cukup nak bayar hostel?? Atau duit petronas tak cukup nak makan???

Telah di firman kan bahawa sesungguhnya orang yang menuntut ilmu dengan penuh kesabaran dan kesederhanaan adalah orang yang menuju kejayaan.

Wahai Pencipta Alam, aku mohon keampunan Mu. Pegangilah hatiku tuhan yang Maha Penyayang.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...