Saturday, July 31, 2010

Kimia Dalam Hidup


Bismillahirrahmanirrahim..

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.



Kimia dalam hidup. Satu rasa tentang kehidupan. Penuh dengan rasa dan rahsia. Perjalanan ke arah satu penghujung,, bermula dari titik permulaan yang lain.

Kadang2 ana rasakan hidup ini sangat mengembirakan, mengukir senyuman, memahat kenangan, mencipta detik kebahagiaan, menuju suatu cahaya yang benderang. Tapi di sebalik dimensi yang lain, ana rasakan hidup ini penuh kesuraman, diiringi alunan kesedihan, bertemankan kesepian, suatu jalan penuh rahsia, suatu lorong tanpa cahaya, suatu pengharapan tanpa penghujung.


Itulah yang ana anggap sebagai kimia dalam hidup. Seribu rasa tentang kehidupan. Rasa yang timbul akibat dari sesuatu. Seperti suatu reaksi antara dua element kimia aktif. Suatu rasa yang sering berubah. Tak ubah seperti methatesis reaction yang sering mengambil tempat. Suatu rasa emosi yang tak stabil. Bayangan kepada element yang mencari elektron menuju kestabilan.

Ana harap reaksi rasa itu mendatangkan kegembiraan, perubahan itu ke arah ketenangan, emosi itu berjaya mencapai kestabilan. Semoga jalan ini bebas dari kesamaran. Semoga didepan wujud destinasi penuh benderang. Semoga rahsia itu terurai dengan indah.


#entry di type sewaktu penulis dalam kesedihan yg tak pasti




Monday, July 26, 2010

Wahai Khaliq Ku,,

Bismillahirrahmnirrahim,,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Wahai pencipta hati..
Yang menjadi pelengkap sanubari,
Agar setiap perasaanku tak terkurung rasa ragu denganMu.
Agar setiap pilihanku berlandaskan syariatMu.
Agar setiap detik jantungku hanyalah untuk memuji kebesaranMu.

Wahai pencipta akal.
Yang mengurniakan manusia lebih baik dari lain-lain ciptaanNya.
Agar kami dapt berfikir dan merenung akan kewujudanMu.
Agar kami dapat menidakkan segala yang palsu dan yang mendustakanMu.

Wahai pencipta lidah.
Yang menjadikan manusia fasih untuk berbicara.
Agar kami dapat menyusun huruf-huruf menjadi satu cerita.
Agar kami dapat merengek dan merintih padaMu.
Agar kami dapat menyempurnakan segala tuntutanMu.

Wahai Tuhan yang Esa,
Engkaulah segala-galanya..
aku tahu dan sesungguhnya,
Engkau Maha Mengetahui,
apa yang terdetik dalam sanubari ini..
dalam pemikiran ini..
dalam kegelisahan ini..
dalam diam ini..

Aku malu memohon ampun dari Mu,
kerna aku akan terus melakukan dosa,
walaupun kemaafan sudah ku pinta..
aku hamba yang lalai Ya Allah......maafkan aku..ampuni aku,
pegangi hatiku Ya Allah



Saturday, July 24, 2010

::::CiRCle:::::

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful.




Bulatan itu.
Bulatan yang sering dirindu-rindukan.
Rinduku hanya keranaNya.

Bulatan itu.
Saat dipertemu, cuba untuk mengenal,
memecah dinding - dinding yang mungkin wujud antara dua jasad.
atas takdir Allah jua,
ikatan aqidah yang suci ini,
hati-hati itu disatukan.

Bulatan itu.
Mula memahami erti ukhuwwah sebenar,
Cuba memahami gerak gaya hati-hati yang berada di dalamnya.
belajar erti berlapang dada apabila ditegur,
ditegur kerana kasih sayang keranaNya.

Masakan bulatan itu bisa meninggalkan kesan besar pada jiwa manusia,
tatkala hati-hati di dalam bulatan itu dilanggar jalan tarbiyyah Allah.

berkongsi suka,
berkongsi duka,
berkongsi rasa,
berkongsi tawa dan air mata.

Mula memahami akan islam sesyumulnya.
Mula belajar bertadabbur al-Qur'an, mengamati seerah,
lebih dari itu,
mula memahami kewajipan tugas da'wah,
mula belajar gerak kerja,
demi menegakkan kalimah Haq di atas muka bumi,
membawa manusia kembali pada Allah.

Dan kini,
ditakdirkan Allah, perlu meninggalkan bumi itu,
untuk berangkat ke bumi lain,
di tempat orang,
akan bertemu dengan jiwa-jiwa lain,
yang tetap berada di dalam bulatan,
yang mungkin waqi' nya sangat berbeza,

akan tetapi
ruhnya akan tetap sama,
kaedah atau method da'wahnya tetap sama.
perjuangan tetap sama,
matlamat tetap sama,

Allah ghoyatuna.

InsyaAllah. Aku sangat-sangat berharap ya Allah!

Aku cukup yakin,
bulatan-bulatan yang kita diami,
sungguh memberi makna yang cukup besar dalam hidup seseorang
biarpun bulatan itu kecil, atau sederhana atau mungkin sekali besar,
namun,
tersimpan rahsia
yang utama,
rahsia - rahsia kalimahNya yang agung.

Saat bulatan, bertemu bulatan yang lain,
memegang panji yang sama,
sungguh dekat keterikatan itu,
semata-mata berukhuwwah keranaNya.

Saat dan ketika Rasulullah SAW,
mentarbiyyah para sahabat secara direct di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam,
yang hasilnya,
jiwa para sahabat yang cukup kental memperjuangkan al-haq di atas pelusuk bumi.
tidak takut menghadapi musuh biarpun lapar dan dahaga mencengkam jasad mereka,
semata-mata demi meninggikan kalimah Allah.
Begitulah jua pada kita.
Bulatan yang kita fahami,
bukan sekadar duduk-duduk,
malah setelah duduk,
perlu bangun menggegarkan jiwa-jiwa lain yang mungkin ketiduran
atau dalam kemamaian.

"bermula dengan tasbih kafarah,
dan berakhir dengan al-fatihah.."

Ya Allah, eratkan hati-hati insan di dalam bulatan-bulatan itu,
Kau kurniakanlah sebaik-baik hidayahMu dalam jalan ini,
agar bulatan itu bisa membentuk lebih banyak lagi bulatan lain
semata-mata keranaMu.
agar bulatan-bulatan individu muslim itu membentuk daulah islamiyyah,
hingga

"tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata..."
(Al-Baqarah, 2:193)

Terus tegar, memasakkan matlamat yang jitu
di atas muka bumi.

Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali Imran, 3:103)



Thursday, July 22, 2010

Titipan...

Bismillahiirrahmanirrahim...
In the Name of Allah the Most Gracious the Most Merciful..


sematkan angan
hingga mencapai bintang keberkatan
jadikanlah kerdipan kelopak matamu
dalam kerdipan murah hati

Bila hati meragu,
segera jelaskan kepada-NYA
bahawa digugusan galaksi

sinar terang menerpa pagi.

Bersiaplah Menghadapi
waktu Dhuha selanjutnya!



"Aku memohon cinta-Mu (Ya Allah),
cinta sesiapa yang mencintai Engkau &
mencintai amal yang membawa aku
dekat kepada Engkau"

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)


Apabila kamu merasa letih kerana membuat kebaikan,
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan itu akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
(Saidina Ali r.a.)









Thursday, July 15, 2010

Mencari Yang Hilang

Bismillahirrahmanirrahim,,,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Segala puji bagi Allah, dengan izin Nya ana masih lagi bernafas di bumi ini., masih mampu melangkah, masih mampu ketawa, tersenyum, menangis dan masih boleh berfikir.

Sebuah kisah yang tak sempurna. Pencarian tanpa penghujung. Malam ini sungguh menyentuh kalbu ana. Entah kenapa dan mengapa, terasa suatu kerinduan dalam diri ini. Tatkala azan Isyak kedengaran di pelusuk alam, tiba2 mengalir deraian air mata di pipi ini.


Ana melangkah,, melihat kubah masjid, menjengah ke dalam,, Ya Allah..rindu nya ana!!!! Rindu pada suasana ini. Suatu ketenangan menyelinap di hati. Ketenangan yang di cari. Deraian air mata membashi pipi tanpa di sedari. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah memberi ana merasai ketenangan ini lagi.


Keluar menjengah langit malam. Dalam kepekatan malam, terlihat satu kerdipan. Ana rindu bintang itu!!. Bintang yang sering kali menemani ana dahulu. Di saat ana bersendirian, di saat tiada siapa untuk di ajak berbicara, di saat hati merasa kesedihan, di saat bibir mengukir senyuman, di saat jiwa tak menentu, di saat berlinangnya air di mata...bintang itulah menjadi teman ana. Menjadi nadi ana di sepanjang kegelapan. Walaupun bintang itu jauh dari tempat ana berpijak, melihat nya terasa begitu mendamaikan.


Ciptaan Tuhan yang Maha Bijaksana. Tersentuh hati ini melihat langit malam. Terdetik rasa2 insaf dalam naluri ini. Setelah sekian lama ana merasa sesuatu yang hilang. Ana mencari ketenangan itu. Ketenangan yang ada pada langit malam. Keinsafan yang wujud dalam laungan azan. Terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat yang telah Engkau berikan pada hambaMU ini.



Tuesday, July 13, 2010

Yang Tertulis

Bismillahirrahmannirrahim,,
In the name of Allah,,the Most Gracious the Most Merciful..

Malam yg mendamaikan.. tak sedamai hati yang tak menentu.. satu persoalan tanpa jawapan. satu kesedihan tanpa sebab.. Tiada yang menemani..hanya keyboard menjadi teman, lcd menjadi tatapan,, fikiran melayang tanpa paksi, blogging menjadi pilihan...musik sentimental memecah sunyi malam..

Ana yang tak dapat mengenal pasti,, ana yang gagal menafsir.. menyesatkan diri ana dalam ruang yang ana cipta sendiri...ruang yang semakin menyesakkan. Sesak oleh objek yang tak wujud.


Sesekali terlintas di benak ini,, mengapa ana di sini?,, mengapa bukan di sana?.. Mengapa begini? Mengapa begitu? Kenapa harus seperti ini? Kenapa bukan seperti itu?? Tak terungkai oleh hati.. apatah lagi tertutur oleh bahasa. Tak terjawab oleh akal, apatah lagi terdefinasi oleh perlakuan. Adakah ana yang sesat di sini? Atau ana yang memilih di sini..

Setahu ana,, ana tidak penah selemah ini dalam langkah ana. Ana menoleh ke belakang. Telah jauh ana bergerak,, tidak mungkin ana berpatah,, ana terburu oleh masa., di bawa arus nadi yang berdetak.. Ana melihat kehadapan. Ya Allah...panjang nya perjalanan ini. Jauh ke atas.. Mendaki curam, Suatu jalan yang terlindung oleh kabut. Tak mungkin ana melihatnya sebelum ana melalui nya..
Langkah ana lemah di pertengahan,,,,mungkin di bawah.. Longlai untuk ana menapak. Sebab ana sendiri tak pasti perlukah ana menapak?Bejalan?Berlari? Atau kembali berpatah Ke tempat yang ana rindu.Ana mengikut arus masa,.



Ana tahu masa tak membenarkan ana untuk terus hanyut. Tak memberi kesempatan untuk ana mengulang waktu. Semakin jauh ana melalui jalan ini. Sesekali ana menoleh kembali ke belakang,, Titis air mengalir ke pipi ana,,pipi yang sememang nya selalu di basihi titisan air yang keluar tanpa disengajakan. Tapi ana sedar, inilah yang tertulis. Tertulis dengan penuh hikmah.


Ya ALLAH...sesungguhnya engkau Yang Maha Mengetahui yang tersurat dan yang tersirat. Yang nyata dan yang terlindung. Kau tabahkan hati hamba Mu ini dalam melalui jalan yang telah ditetapkan. Semoga aku semakin mendekati Mu Ya ALLAH..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...