Showing posts with label Secangkir. Show all posts
Showing posts with label Secangkir. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha =)


Bismillahirahmanirrahim,
In the name of ALLAH the most Gracious the Most Merciful...


kepada seluruh umat Islam di muka bumi tidak kira di benua Asia, eropah, afrika, amerika utara dan selatan, oceania  mahupun antartika, absolutely-is mengucapkan selamat menyambut aidil adha pada 10 Zulhijjah esok hari..

Kepada sesiapa yang menunaikan ibadah haji,, semoga mendapat keberkatan dan keampunan Ilahi... kepada sesiapa yang akan melakukan ibadah korban, lakukanlah seikhlas hati kerana Nya dan ketahuilah dan yakinlah bahawa setitis darah yang mengalir dari leher haiwan korban itu, dosanya dan dosa ahli keluarganya akn di ampunkan oleh Yang Maha Pengampun.. InsyaAllah...

dan kepada yang berpuasa pada hari ini, 9 zulhijjah, 'hari Arafah' atau erti lainnya 'Hari Tahu', iaitu hari di mana Nabi adam a.s mengerti akan jati dirinya, hari di mana Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahwa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari Nya dan juga hari dimana ayat Al-Quran yang terakhir turun, semoga dosa kita semua akan di ampunkan Allah s.w.t.

Walaupun warna kulit, rambut dan mata kita mungkin berbeza,, tapi warna darah, daging dan tulang kita tetap sama.. Kita percaya akan kebenaran yang sama, dan kita mencari keberkatan yang sama... semoga di jalan kebenaran itu kita akan menjadi umat Islam yang bersaudara..

"hidup indah bila mencari keberkatan"


happy eid adha and salam ukhwah people! =)  







Saturday, September 29, 2012

...Result...


Keputusan peperiksaan akhir semester bagi perkuliahan semester lepas dah di keluarkan beberapa hari lalu sebenarnya... tapi memandangkan amat susah nak cari masa terluang untuk bukak blog ni, update ni dah tertunda beberapa hari sebelum di post..

Cerita pasal keputusan sem lepas, Alhamdulillah..  walaupun bukan yang terbaik pernah aku dapat sepanjang pengajian dekat universiti ni, tapi jauh lebih baik dari apa yang aku jangkakan dan mencapai target aku di permulaan sem. Lepas ni aku tak boleh berhenti setakat Dean List, mesti berusaha untuk mendapatkan 4flat sebanyak mungkin. InsyaALLAH.

Subjek sem lepas nak kata susah tu, takdelah terlalu susah, pun bukan terlalu senang,,, antara faham dengan tak la senang cerita. Ada lagi 4sem dan satu sessi praktikal tinggal untuk aku menamatkan pengajian.. Harap-harap aku mampu mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama untuk ku hadiahkan kepada ibu bapa ku, kepada mereka yang pernah mengajarkan secara langsung mahupun tidak, dan kepada penaja ku.. Ameenn..

Apa-apa pun.. ingat satu perkara,

"Jika kita berusaha dan menyerahkan yang selebihnya pada Penulis Takdir, pasti bantuan  dari NYA akan datang.. jika berasa lemah di pertengahan jalan, yakinlah rezeki ALLAH itu pasti datang dari arah yang tidak di sangka-sangka"



Monday, July 16, 2012

"Aku Dapat Cambridge"


Result upu untuk untuk lepasan-lepasan stpm dgn matrik dah di umumkn beberapa hari yg lalu,,

so, melambak lah share dan tweet yg berbaur macam ni...

"yea!! dpt UPM....tapi kos permakanan.. tak minat lah...macam mana erk?...erm.."
#tak payah nak ber erm2 la,, clu da course tu dlm offer, memang ko kene amek kos tu pun minat tak minat...

"dpt UNIMAS,,,,tapi I dduk KL...jauh la, rasa macam xmo g pulak.boleh x dpt dekat sikit"...
#xpayah nak berasa-rasa lah.. dah U tu yg ameq ko, pegi je la

 "Tahniah!..Nama bla bla bla, IC xxxx-xx-yyyy.Sukacita dimaklumkan anda di tawarkan bidang pengajian perubatan selama 5tahun di UNIVERSITI MALAYA.sila sahkan surat penerimaan sebelum xx"...
#baru belajar copy paste ke sampai semua nak di copy..

" Akhirnya.....dapat USM,,, pergigian,, Yea Kubang Kerian... I;m coming on september!!"
 #  semangat nye, jgn sampai bulan 12 nanti ko ckp kenapalah aku ada kat sini bukan kat sana..


Ada yang lagi advance ni....

"Dapat UKM,,, tapi dapat offer scholarship pergi cambridge jugak,,, LAW...agak-agak nak terima mana erk,," 
dalam hati si peng-update (mesti ramai comment ni jap lagi)

 ..... selang beberapa saat....

"waaa...pandainyaaa... tahniah awak.." (puji banyak2 la lagi)

" pergi lah cambridge tu,, bukan sng nak dpat taw...." (of course,I know it)

"awak,, awak pergi cambridge tu ye,, bukan calang-calang orang boleh dpt,, u're really selected u know "  ( aku tahu la,, saje je update nak markett)

"law tuu......cambrdge lagi...confirm dpt kerja t nih...dah pergi oversea jgn lupe owg2 dekat m'sia ni pulak ye... (ehemmm..ko dpt mane??)

segala comment pun di balas,,,

"thanzz uolss for the advices.. really appreciate it..=)   (I don't even need ur advice)


See,,benda yang selalu berlaku...
berapa ramai yg hipokrit terutama dalam mengupdate status atau men tweet... 

kalau boleh nak satu alam tahu....apa yg dia dpt, buat2 bingung dgn pilihan,,, lpas tu ayat biasa,,, "tengss semua untuk nasihat kowg..,,, ".....

Sebagai perkongsian,, 
#tak perlu nak di hebohkan kepada seantaro dunia dan semester alam apa yang anda kecapi or sebagainya.. sebab bukan semua orang di luar sana bergembira dengan kejayaan anda dan bersedih atas kegagalan anda..
# kalau buat sesuatu, jangan ada sikap hipokrit dan seangkatan...=)))





Sunday, April 8, 2012

Week 12

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful


Sehari suntuk menghabiskan masa mengadap projek dan cuba untuk men 'figure out' cara nak jawab,, padahal tak banyak soalan pun. Lama kan? Tak tawu la soalan tu susah atau aku ney yang masih tak bnyak input yang tersimpan kat memori.. Terpaksa rujuk balik note dan mencari-cari dalam buku..
Rasa malas sangat nak sambung buat kerje.. Malas...penat,,mood tak sampai,, mula rasa rindu kat rumah,,, semua rasa tu di blend kan dengan sempurna menjadi satu. 

Minggu depan bermula perkuliahan minggu ke 12 untuk sem ni... Erkk..dah minggu ke 12 dah?? Mean dah nak final exam.. Dengan markah test yang ke laut.. Tak apa la..Just try the best... Macam tu lah tiap2 sem.. Awal2 cakap nak try supaya sem ni lagi baik dari sebelum nye...tapi tetap lebih kurang je...haha..

Apa yang aku nak point out kat sini bukan pasal final yang makin dekat... Tapi pasal sikap manusia... Mungkin bukan semua manusia tapi kebanyakkan.. Kita semua mengharapkan hari ini lebih baik dari hari semalam dan begitu lah seterusnya.. Terselit dekat doa kita... Tapi pernah tak terfikir apa yang kita lakukan untuk jadi lebih baik dari sebelumnya... Apa yang kita lakukan?? Hari-hari kita adalah sama atau hampir sama.. Terus-menerus melakukan benda yang sama... Lebih baik dari semalam ke tu??

Begitu lah lumrah manusia.. Sukar untuk berganjak dari tempat asal.Begitu mudah terleka.. Hanya gemar berkata tapi tidak merealisasi.. Azam tinggi menggunung tapi sayang tak sama dengan usaha yang di lakukan...

Pucuk pangkalnya ada pada diri... Kita yang pilih sama ada hari ini kita akan menjadi lebih baik atau sebaliknya =)


“ ..Barangsiapa yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, maka beruntunglah dia, Tetapi jika hari ini lebih buruk dari hari semalam, maka celakalah dia, dan rugilah bagi dirinya jika hari ini masih sama dengan hari semalam...”







Wednesday, March 21, 2012

...21...


Bismilahirrahmanirrahim..

In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Post pertama pada usia 21tahun secara official.. dah tua dah aku ni..dah lebih dua puluh...

Dah 21kali hari jadi aku lalui...Apa maknanya 21 tu??

bagi aku,,semakin banyak hari jadi yang di lalui,, bermakna semakin pendek masa kita untuk tinggal di dunia ini,,, semakin hampir kita dengan penamat kepada hidup.

Hari jadi itu satu peringatan. Peringatan untuk kita lebih memperciapkan diri untuk menempuh hari2 yang mendatang..



Hari jadi itu satu simbolik.. Simbolik kepada tanggungjawab yang semakin bertambah. Tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH.. tanggungjawab sebagai seorang muslim, tangungjawab sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang adik kepada 3orang akak, tanggungjawab sebagai seorang pelajar,tanggungjawab sebagai seorang pemegang biasiswa yang menggunakan duit rakyat, tangungjawab sebagai seorang sahabat, tanggungjawab sebagai belia,, tanggungjawab sebagai seorang warganaegara malaysia (wajib daftar mengundi untuk plihanraya ni).....dan...tanggungjwab sebagai seorang lelaki...

Hari jadi lambang kematangan. Kematangan dari segi pemikiran, tingkah laku dan akhlak.Tidak seharusnya berperangai seperti kanak-kanak baru masuk sekolah menengah. Tahu untuk membawa diri sesuai dengan keadaan..

Hari jadi waktu yang sesuai untuk menrefleksi diri. Lihat diri sendiri. Berapa banyak dosa dan maksiat yang di lakukan. Berapa banyak menyusahkan keluarga dan orang lain. Berapa banyak menguris perasaan orang..


tak tahu la ni masa tahun bila

Semoga dengan bertambahnya usia ini, semakin hampir hati ini dengan Pencipta..

Masa kian berlalu. semoga masa yang berbaki di atas bumi ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya..=)







Thursday, January 26, 2012

...Kembali...


Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful.


Saat ini aku terendap lara
Tenggelam didalam penyesalan
Ketika semua seakan pergi
Hempaskan aku di jalan Mu
Diatas kertas putih ini
Ku goreskan hitamnya jiwa
Bersama lautan dosa
Tergambar jelas di satu sisi
Sucikan jiwaku Tuhan
Biarkanlah meraih Mu
Menembus dimensi waktu
Kembali dijalan Mu,
Jalan yang sangat ku rindui......






Monday, January 23, 2012

....Ketika.....

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful


Ketika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah.
Ketika tangan letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah.
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.
Ikhlaskan semuanya & dekatlah padaNya.

Agar tunduk disaat yang lain angkuh,
Agar teguh disaat yang lain runtuh,
Agar tegar di saat yang lain terlempar..
Sesungguhnya padaMu tempat aku berserah.

Tak sedar mengabaikan perasaan,
Senyuman untuk kebahagiaan..
Namun menahan kesakitan.
Tak semua mengerti erti sebenar,
Hanya diri dan DIA yang endah..
Biar kosong tiada erti,
Aku simpan jadi indah.


Mata bisa melihat,
Mulut bisa bicara,
Tapi hati tidak mengerti,
Apa yang tersirat hatta tersurat,
Diri tidak minta simpati,
Tidak minta dipeduli,
Terpulang pada diri,
Jika ada yang memahami,
Itu kurniaan Ilahi.

Keliru dengan kehidupan,
Namun tekad hati minta kurniaan,
Tuhan, berikan ketabahan,
Pada diri yang kian lemah.

Diberi nikmat sakit hanya berganti hari,
Namun nikmat sihat bertahun abad,
tanda diri diuji,
Mohon diberikan Kekuatan.

Ya Allah,
Kau lebih mengetahui....
Dilangit dan dibumi,
Diri ini hanya Hamba yang sentiasa meminta dariMu,
lindungi diri dalam kebaikan mahupun keburukan,
Berikan ketabahan, berikan kekuatan...
Untuk sisa hidup yang kian tinggal.
Hanya PadaMu...
Allah Yang Maha Agung.








Sunday, January 22, 2012

Kembali ke Bumi Itu..

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Salam and hai to all readers. Lama rasanya tak menconteng di absolutely-is.. Busy sikit packing barang semua. Maklumlah semester baru dah nak bermula. Waktu pelajar2 universiti lain semua tengah bergembira dengan cuti semester yang baru bermula, waktu tu lah aku sibuk nak register sem baru. Haishh..pelik betul sistem universiti tercinta ku ini. Tapi tak apa... pahit ke manis ke or even kelat, telan je la kan.

Cuti 4bulan yang dulu di tunggu-tunggu dah pun habis. Rasa macam sekejap je. Kalau bagi setahun pun aku akan cakap sekejap jugak. Seriously bagi aku tidak ada tempat di dunia nyata ini yang mampu membuatkan hatiku gembira dan tenang seperti di rumah. So, aku amat-amatlah menyokong slogan "rumahku syurgaku"..heee..

Actually tak ada semangat pun nak balik ke universiti ni. Dengan kaki aku yang tak beroperate tu..haha..sebut pasal operate ni,, tak jadi nak pergi operate 17hb hari tu, Tunggu cuti-cuti sem yang akan datang je lah.Let hope it will not become worse. Apa-apa pun aku dah pun berada di bawah langit sebelah sini., untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar.Tak banyak pun berubah tempat ni dari 4bulan dulu...bajet macam 4tahun je kan nak berubah-ubah..





Semperna semester baru yang akan bermula ni, rasa macam tak complete pulak kan kalau azam untuk sem ni tak buat. Tapi kalau buat pun tercapai ke??? haha.. Whatever is it, try to do the best, enjoy the life as long as it will not bring you away from ALLAH,, and not forget one thing..

"BIAR SAMPAI KE BINTANG, JANGAN BERHENTI DI BULAN"


Tuesday, January 3, 2012

Demonstrasi Simbol Kebangkitan Siswa???



Hari ketiga untuk tahun 2012. Untuk kanak-kanak di luar sana, selamat kembali ke sekolah. Best la kan pakai baju baru kasut baru walaupun perangai tak berapa nak baru. Duit rm100 yang dapat hari tu dah habis beli cd games n top up handset belom? Untuk pelajar-pelajar universiti awam tempatan pulak, dah update status fb dengan tweeter pasal final exam yang susah tu tak??(__!)


Mesti korang semua dah maklum pasal "sambutan ambang tahun baru" yang memang gempak kat depan pintu pagar UPSI tu kan? Lepas tu semalam pulak mesti korang alert dengan pendakwaan gambar di fb Amalina Che Bakri yang dapat 17A1 SPM dulu tu berpakaian seksi. Betul tak?? Kalau cakap pasal berita Amalina tu, aku memang no comment selagi empunya badan tak keluarkan apa2 statement. Sebab dulu pun Amalina ni pernah di kaitkan dengan berita gagal A-level,, tapi ternyata khabar angin je, instead dia buat double degree lagi dekat edinburgh. Untuk berita yang pakai seksi ni pulak, tak tahu la betul ke tak tapi biarlah je kan. Just as Malaysian and Muslim, doakan yang baik je untuk dia. Ada jugak tanya kawan2 dekat edinburgh pasal benda ni tapi tetap tak ada jawapan yang pasti. For me,tak perlu nak kecoh2 orang yang jauh di ufuk UK tu sampai mengaibkan orang. Cerita kat surat khabar Metro pasal budak 13tahun kene tangkap khalwat and seorang ibu bawak anak satu tahun pegi hotel untuk cover line dia buat maksiat tu tak nak kecoh pulak. Bukan ke tu lagi menunjukkan betapa runtuhnya moral masyarakat kini ?? To all Malaysian, jangan jadi seperti kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.....tapi kalau dah memang rabun dekat, nak buat macam mana kan...ok...apa aku mengarut ney?

Stop cerita pasal Amalina Che Bakri. Berbalik pada tajuk asal post....Demonstrasi Simbol Kebangkitan Siswa...sebenarnya dah lama nak lontarkan opinion yang tak bernas ni kat sini, tapi nak buat macam mana, maklumlah musim-musim "exam" ni memang susa nak update..haha... Kalau kita lihat trend baru-baru ni, mahasiswa ataupun golongan-golongan pelajar universiti ini banyak memberontak terutama sekali pasal AUKU dan juga mengenai pucuk pemerintahan negara masa kini. First sekali pasal AUKU. Korang tahu pasal AUKU ataupun nama panjang dia Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan pindaannya pada 1995? Tak tahu?? Kalau tak tahu pergi google sendiri ye. Tapi rasanya kalau korang yang mengaku pelajar mana-mana universiti cakap tak tahu, better renung-renungkan lah..Akta tu terlaksana untuk korang. Bukan untuk adik korang kat sekolah ataupun abang korang yang kat tempat kerja tu.

Ramai yang menganggap AUKU terutamanya pada seksyen 15 ( kalau nak tahu lebih lanjut, cari rujukan sendiri ye) telah membuatkan pelajar universiti tak ubah seperti katak bawah tempurung. Kegemilangan mahasiswa pada zaman 70'an telah terhapus. Tapi sejauh mana kebenaran dakwaan tu? Ok, bagi pandangan aku sendiri yang tak berapa
bernas ni, AUKU sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran siswa seterusnya mengongkong pemikiran dalam satu bulatan sahaja. Siswa sekarang hanya mementingkan akademik. Penah dengar tak pelajar or sesiapa sahaja yang bercakap " belajar la habis dulu, dapat degree, tak payah nak sibuk-sibuk hal politik ni"...tak pun ada yang cakap, "aku tak peduli la dengan apa-apa hal yang berlaku kat luar sana, tengok buku tak pun layan movie lagi bagus"...tak kurang juga yang mengatakan better history than politics. Ok, bagi aku orang yang cakap macam ni tak patut duduk dekat universiti. Sedar tak betapa sempitnya pemikiran tu? Pucuk pimpinan negara akan datang terletak pada mereka yang bergelar pelajar sekarang, tapi kalau pelajar sendiri terlalu pasif dan menutup pemikiran mereka dari realiti dunia sebenar, layakkah mereka meneraju pimpinan negara masa datang? Tepuk dada tanya selera. Anda tahu jawapannya. Keimpulannya AUKU ini perlu di kaji dengan lebih mendalam sebelum apa-apa keputusan di ambil.

Walaubagaimanapun, bukan bermaksud mahasiswa dengan sewenangnya meletakkan kuasa di tangan mereka untuk mendesak masyarakat menerima apa yang mereka anggap perjuangan itu. Konsep negara kita bukan dengan membuat perhimpunan beramai-ramai mahupun menunjuk perasaan yang berkecamuk tu di mana-mana dengan berbaring di jalanan. Bagi aku, apa yang berlaku dekat UPSI baru-baru ni bukanlah satu tindakan matang apalagi diadakan di hadapan universiti yang melahirkan bakal pendidik. Rasanya MQA dah letakkan syarat semua universiti wajib ambil subjek HAKAM.. so, dah terlupa ke macam mana cara menyerahkan memorandum or tak percaya dengan peranan SUHAKAM? Kalau rasa-rasa tak puas hati sangat, tunjukkanlah kuasa anda sebagai pengundi pada masa akan datang. Rasa-rasanya rata2 siswa dah mencapai umur 21..betul tak??hee..

Apa-apa pun setiap yang berlaku menjadi pengajaran untuk semua pihak. Aku tak berpendapat ada pihak yang betul 100% dan sebaliknya. Dunia ini tak ada yang sempurna. Tak perlu untuk aku mengatakan pendirian ke arah mana. Undi itu rahsia,,betul tak?haha... apa yang aku nak sampaikan, setaip yang berdaftar dengan mana-mana pusat pengajian tinggi tu, tak kira lah awam ke swasta, harus lah berfikiran lebih matang dan tidak terbatas oleh dinding-dinding yang membelenggu perkembangan fikiran. Kematangan ini penting untuk pengawalan emosi yang seterusnya di zahirkan dengan tindak tanduk..










Monday, January 2, 2012

2012...

Bisillahirrahmanirrahim
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful.


Hi readers.. hopefully all in top of their health..bajet macam ada orang baca je..ok..the first post for 2012..not too late to wish all of you happy new years!! keep whatever happen in 2011 in your diary or seal it in your memory. Let start of something new.

No need to summarize all kind of things in 2011...just a waste..what I can said, nothing big happen for the last year, its just more to playing around with emotion and building a character towards emotionless and immortal human.....and you know what, this year i'm going to 21....not officially 21 YEARS OLD!!....oppsss...rasa macam dah tua..bukan dah tua ok..tp mencecah umur baligh politik...dah layak mengundi tahu tak!!..haha.. Years by years seem rapidly change.. Time and tide wait for no man... Rasa macam baru semalam je aku nangis2 sebab tak nak masuk darjah 1....................ok..yang ni serius tipu.(__!)

Semperna 2012 ni..nak buat azam baru tak?? If korang nak buat,, baguslah...semoga korang lebih bersemangat dalam menempuh dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang datang dari setiap sudut.....but for me personally,,tak perlu la nak azam2 segala...all of those determinations if only on the paper, not in your deep heart core lastly will end up as rubbish..nothing more than that....... nampak sangat perngai teruk..ishhh...

Whatever is it, just pray 2012 and upcoming years will be much better and always in ALLAH's bless.

Ok gals,, that all for 1st post in this year,,hope u enjoys ur life in correct way...for all the siswa-siswi of IPTA in Malaysia,, gud luck for your final exam,,, kalau ada IPTS yang dah nak exam pun gud luck jugak.. and for kids out there,,selamat menamatkan cuti perekolahan anda.







Wednesday, December 14, 2011

Dalam Sujud Terakhir ku

Dalam sujud terakhirku, Ya ALLAH...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud yang terakhirku, Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahaya-Mu
biarkan kemusnahan titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayah-Mu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya unntuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta






Sunday, November 27, 2011

Di Subuh Itu

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Di saat subuh yg penuh ketenangan,,
ada manusia yg sedang menaiki motor
mahupun menggunakan kaki menuju tempat azan dilaungkan,,
ada manusia sedang mengalunkan irama indah ayat2 suci Illahi,
tidak kurang juga yg tidak henti2 memuji penciptanya melalui zikrullah,,
ada manusia yg larut dalam kenikmatan bersujud pada pemilik alam,
ada yang sedang menangis menadah tangan mengharap pengampunan Yang Maha Pemaaf.

Di saat subuh yang penuh ketenangan itu juga,
ada manusia yang larut di dalam selimut di buai angin subuh,
ada manusia yang sudah berada di depan komputer riba
hingga tidak mendengar azan yg memanggilnya,
ada manusia sibuk menghafal rumus dan segala teori serta falsafah
hingga terlupa mengingati penciptanya,
tidak kurang juga yang sedang menonton movie yang baru di download
hingga terlupa bersujud pada pemilik alam,
ada manusia yang sedang bersiap2 ke kerja mencari rezki
tetapi sama sekali tidak terfikir untuk melaksanakan subuh nya,
ada yg telah bangun tetapi kembali meliputi tubuhnya dengan selimut,
ada manusia yang merenung jauh tetapi bukan pada sejadahnya.

Di subuh itu,,
di manakah kita tergolong??
ingatkah kita untuk bersujud merendah diri??
ingatkah kita menadah tangan memohon ampun??
ingatkah kita untuk mengingati zat yang berkuasa??

semoga kita sama2 tergolong di kalangan yang mengimbangi dunia dan akhirat...



Sunday, November 6, 2011

Happy Eid Adha!!

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,


Alhamdulillah, tahun ini kita sama2 lagi dapat meraikan Aidil Adha.. Satu perayaan yang memberi makna kepada seluruh umat Islam.Tahun ni aku di beri kesempatan untuk terlibat dengan aktiviti sembelihan ibadah korban...cehh..ayat macam aku yang sembelih je.....padahal duduk tepi tengok je...pemalas punya budak!




ok.....di kesempatan in, absolutely-is mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha.. semoga perayaan ini memberi erti dalam jiwa setiap di antara kita, mengajar makna keikhlasan, kesederhanaan dan kesyukuran kepada Pencipta atas nikmat-Nya yang tak terkira pada semua makhluk.

semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok jauh lebih baik dari hari ini..=)


Saturday, October 22, 2011

Congrate Sis!!!

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH, the Most Gracious The Most Merciful..


Agak lama tak menjengah blog ni. Waktu cuti ni memang malas nak bukak sangat internet.. Agak sibuk bila kat rumah... sibuk dengan tidur, tv, game, jalan2 n etc..

Sebenarnya post ni sepatutnya dah di buat seminggu lepas. Terlambat sikit. Tapi takpe. Entri kali ni khas untuk mengucapkan tahniah kepada kakak yang paling rapat dengan ku yang baru sahaja bergraduasi. Congrate my sis!!! Serius gembira utk akak. Dengan ini secara rasminya dalam family tinggal aku je yang masih lagi tak habis belajar..haha





#kulit dah menjadi gelap sehingga 2 skala tona akibat berjemur lama sewaktu majlis graduasi,,
#berat badan mencecah 58kg, naik 3kg dari biasa setelah bercuti lebih dari sebulan... Berat badan tertinggi dalam sejarah hidup, sama seperti berat badan di matrikulasi dulu.....haha



Tuesday, August 30, 2011

Langit Syawal Menjengah,.,..


Ramadhan telah melabuhkan tirai... Langit Syawal mula menjengah tatkala takbir raya berkumandang di segenap pelusuk dunia.

Takbir itu memasuki rongga2 jiwa yang kosong...sungguh mendamaikan..nikmat kedamaian ad dalam gema takbir itu...

Ya ALLAH...bukti kekuasaan MU...kau hadirkan ketenangan dengan menyebut nama MU..


kepda semua saudara seagama di seluruh dunia...sama ada di benua ini atau benua sana, seberang lautan sini atau di lautan seberang sana, di bawah langit sebelah sini ataupun di bawah langit sebelah sana....
Selamat menyambut Aidil Fitri maaf zahir mahupun batin.... semoga perjuangan melawan hawa nafsu akan di teruskan...semoga nikmat beragama akan dapat dirasai.....



Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday - Path of Journey Is Your Choice -




#wordless wednesday ialah segmen di mana pada hari rabu blogger akan post gambar tanpa penerangan.... lets picture do the talking..

Saturday, May 28, 2011

Its All About "AMANAH"

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful..






File yang mana yang paling anda tertarik untuk buka?
A- jangan bukak
B- ko bukak yang ni je
C- ni pun jangan bukak


Jawapan saya : A dan C.
Tapi kerana amanah, dan kita tahu Siapa yang Maha Melihat, maka kita tahu jawapan yang paling tepat.=)


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu Mengetahui.” (Al-Anfal: 27)




Tuesday, May 10, 2011

-Beauty of Math-


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

dan

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

So:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:


While Hard Work and Knowledge will get you close,
and Attitude will
get you there,
It's the Love of God
that will put you over the top....



Wednesday, May 4, 2011

Demi Waktu Dhuha

Bismillahirrahmanirahim.
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful.


“Ya Allah
bahawasanya waktu duha itu waktu duha Mu,
kecantikan itu ialah kecantikan Mu,
keindahan itu keindahan Mu,
kekuatan itu kekuatan Mu,
kekuasaan itu kekuasaan Mu
dan perlindungan itu perlindungan Mu “.

” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit ,
turunkanlah,
dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah,
jika sukar, mudahkanlah,
jika haram sucikanlah. ,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu duha,
keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hamba Mu yang soleh"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...