Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Kronologi Lambang-lambang dalam Hidup


Hye gals..terima kasih kerana sudi singgah .guy x perlu ye,p... Entah kenapa malam ni rasa macam past oriented sikit.. Macam teringat-ingat je kisah dulu-dulu kan... So entry kali ni aku malas nak bebel panjang sangat...just post lambang2 yang pernah or msih sebati dengan diri ni..


Ni lambang yang first aku kenal rasa-rasanya selepas lambang-lambang power rangers and yang seumpama dengan nya..ok... aku dulu kindergarden kat kemas je.. bukan dekat smart readers ke ap benda nak alah yang beratus-ratus sebulan tu..dah lama dah tinggal zaman ni.. huu

Lepas habis grade dari kemas tu,, aku sambung kat sini pulakk. Kat sini aku pernah jadi ketua pengawas...penah jadi pengawas yang kene tarik tali leher dengan guru disiplin sebab tak buat report,, and macam la... budak tak berapa nak baik..macam ni la..ada 1 fact yang menarik time kat sini.. tiap-tiap final exam tak penah tak dapat no 1...hahaahaah.....budget pandai la kan... padahal,,,,,,,,hmmmm

Then after upsr,, pergi sekolah menengah.,, percaya or tak..aku ni pernah sekolah kat sekolah menengah agama..
Ye..sekolah menengah agama segamat.. 2minggu, seminggu orientasi seminggu masuk kelas aku terus bla.. Homesick time ni.. asal?? gelak?? tu namanya aku sayang kan rumah..ppp..

lepas tu.....


MRSM Batu Pahat destinasi kehidupan aku seterusnya.. ..jangan tak tahu,, aku pernah merasa duduk MRSM ni.,,,, tapi ni bukan destinasi persekolahan aku yang terakhir,,





\


SMK Bandar Tenggara 2, SMK Bandar Tenggara, Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Berasrama Penuh Sains Seremban (SASER),#tak ikut kronologi sangat ye...... Nah...tu semua sekolah-sekolah yang melengkapkan zaman persekolahan peringkat menengah aku.. Banyak bukan??? Biasa la muka-muka macam aku ni mesti banyak sekolah.. Bukan sebab kene buang taw!!! Saja je.. banyak tempat kite pergi makin banyak pengalaman..heee..sampai cikgu math aku panggil aku pelarian.. So., kalau korang tengok lambang-lambang tu,, aku adalah acuan daripada 4 jenis sekolah,, sekolah menengah agama, MRSM, sekolah harian (SMK) dan sekolah berasrama penuh (SBP)...haaa..korang ada? sapa yang dapat acuan daripada keempat-empat jenis sekolah ni,, boleh contact aku ye.,,aku belanje....#tak sedar poket sentiase kempis... And one thing,, zaman sekolah menengah aku.,, aku tak pernah dapat no lain selain no 1 dalam peperiksaan akhir tahun... Pehhhh..bila ingat-ingat balik,, boleh tahan jugak kan aku,, tapi sayang nya,, bila aku compare dengan sekarang rasa macam,,,,haishhhhh,,, no comment lahh... banyak benda kat sekolah ni yang mengajar aku..ye la kan,, nama pun sekolah

After spm... destinasi seterusnya....

Kolej matrikulasi johor (KMJ),, terletak berhampiran dengan tempat yang konon-kononnya ada macam-macam lagenda la,, or mungkin mitos,, gunung ledang.,, Ok...frankly speakk,, banyak-banyak tempat,, yes,, matrikulasi tempat paling best pernah aku jejak.. Setuju tak sesiapa yang pernah masuk KMJ tahun 2009??? Aku ada kat tempat ni sekejap je..around 1month maybe,, Tapi impaknya sangat besar...Tak percaya????

"Kami generasi harapan,, membentuk citra mulia,,, berdisiplin ketrampilan mercu tanda kejayaan"

Haa..amacam ex kmj? terbukti kan?,, Duduk sebulan sampai sekarang lagu dia aku ingat,,,, memang aku tak nafikan... kat sini aku belajar banyak pasal hidup, Tempat ni ajar aku jadi lebih matang.. tempat ni jugak ajar aku kenal apa itu erti sebenar kehidupan, suka duka,,gelak, tawa,, nangis hiba,,pengkhianatan, plastikk...eh eh...melalut suda... Apa-apa pun,, aku nak cakap " I LOVE KMJ" walaupun jodoh kita tak lama..

After sebulan kat situ,,

UiTM mana?? Ok..ada 2 uitm sebenarnya,...,, 1st is INTEC.. 2nd is UiTM Kuala Pilah,,, but I'm officially INTEC student. Panjangnya.. International Education Center, UiTM Seksyen 17, Shah Alam...huhh...penat taip.. kat sini aku ambil A-level medicine,,, batch ke 10,, ALM10,, 10A1 ke ap sebutnya dah lupa,, Dalam kelas ni, ad around 25orang yang dapat offer jpa direct program,,, Pastu macam mana ada UiTM Kuala Pilah kan? haaa...kalau tibe2 aku kene penyakit past oriented,, aku cerita ea.. Apa-apa pun,, aku nak cakap dekat sini,, aku adalah salah seorang product UiTM walaupun nama UiTM tak pernah ada dalam sijil aku.. Aku pernah menjadi pelajar UiTM and sincerely,, its a good university.. Sesiapa yang cakap UiTM ni universiti sampah,,, sila mintak maaf sebelum menyesal ok?? we are totally not rubbish!!

"Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan,, Untuk Negaraku"

Yea!!..... student-student UiTM,, jangan lupa atas tu lagu korang..haha


Dannnnn..

Selapas itu,,,





Mana satu ni??haha.. Lambang kat atas ni tu,, Aku rasa macam duduk kat separuh sekolah separuh universiti ... Kalau sesiapa nak mendengar perkataan senior junior ke,, sophomore perasan senior ke.,,, datang la ke tempat ni..haha..just joke.. But sincerely,, the life style is not like in any of the university I went before..,,, Way of thinking of students is also little bit different.. Kenapa aku cakap tempat ni lain sikit dari tempat-tempat aku pergi sebelum ni,, biar aku je yang tahu... Tapi kalau korang tanya sebab kenapa rasa macam tu,, bagi aku jawapan nya mudahh,. Sebab kebanyakan pelajar di sini merupakan product-product SBP and MRSM... selapas hidup di asrama,, mereka terus ke sini.......tanpa pernah melihat perjalanan dunia di institusi lain..,, Setaip tempat tu ada style tersendiri kan...masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang kerbau menguakk....hee..erkkkk..betul ke peribahasa aku ni...haha

Semoga setiap langkahan dalam hidup ini mendekatkan lagi diri dengan Pencipta


Sunday, January 22, 2012

Kembali ke Bumi Itu..

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Salam and hai to all readers. Lama rasanya tak menconteng di absolutely-is.. Busy sikit packing barang semua. Maklumlah semester baru dah nak bermula. Waktu pelajar2 universiti lain semua tengah bergembira dengan cuti semester yang baru bermula, waktu tu lah aku sibuk nak register sem baru. Haishh..pelik betul sistem universiti tercinta ku ini. Tapi tak apa... pahit ke manis ke or even kelat, telan je la kan.

Cuti 4bulan yang dulu di tunggu-tunggu dah pun habis. Rasa macam sekejap je. Kalau bagi setahun pun aku akan cakap sekejap jugak. Seriously bagi aku tidak ada tempat di dunia nyata ini yang mampu membuatkan hatiku gembira dan tenang seperti di rumah. So, aku amat-amatlah menyokong slogan "rumahku syurgaku"..heee..

Actually tak ada semangat pun nak balik ke universiti ni. Dengan kaki aku yang tak beroperate tu..haha..sebut pasal operate ni,, tak jadi nak pergi operate 17hb hari tu, Tunggu cuti-cuti sem yang akan datang je lah.Let hope it will not become worse. Apa-apa pun aku dah pun berada di bawah langit sebelah sini., untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar.Tak banyak pun berubah tempat ni dari 4bulan dulu...bajet macam 4tahun je kan nak berubah-ubah..





Semperna semester baru yang akan bermula ni, rasa macam tak complete pulak kan kalau azam untuk sem ni tak buat. Tapi kalau buat pun tercapai ke??? haha.. Whatever is it, try to do the best, enjoy the life as long as it will not bring you away from ALLAH,, and not forget one thing..

"BIAR SAMPAI KE BINTANG, JANGAN BERHENTI DI BULAN"


Sunday, July 24, 2011

UTP = Universiti Teknologi Petroleum - Jangan Buat Lawak La!



Panjang nya tajuk post ni. Sebenarnya benda ni ramai orang dah tahu. Sama ada pelajar UTP mahupun masyarakat di luar sana, benda ni dah lama tersebar. Pertukaran nama Universiti Teknologi PETRONAS kepada Universiti Teknologi PETROLEUM (tak taw la huruf besar sume ke tak petroleum tu nanti).. Bagi aku, ianya tidak lagi menjadi khabar angin setelah kenalan yg berkhidmat di sektor pengurusan UTP di KLCC mengatakan perkara yang sama . Mungkin tunggu masa yang sesuai je untuk di umumkan.

Aku malas nak komen panjang lebar pasal benda ni. Menurut sumber, pertukaran di sebabkan untuk mengurangkan kebergantungan UTP pada PETRONAS.... ok... satu alasan yang sangat tidak munasabah.. Bukankah tujuan asal PETRONAS menerima pelawaan kerajaan menubuhkan sebuah univrsiti adalah atas dasar hikmat bakti kepda masyarakat??

Sebuah universiti bukan hanya memberi pendidikan tinggi kepada siswa dan siswa malah ia sepatutnya menjadi satu jenama. Jika UM sedang berbangga dengan QS World Universiti Ranking nye, USM mengorak langkah sebagai satu2 nya universiti berstatus apex di Malaysia, UKM sentiasa mempamer kebolehan dalam bidang penyelidikan dan sumbangan kepda negara sesuai dengan tarafnya sebagai research universiti, UTM semakin dikenali sebagai hub kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi Malaysia dan MMU semakin mendapat tempat setelah diiktiraf sebagai satu2 nya pusat pendidikan tinggi swasta negara yang disenaraikan dalam carta 200 top universiti ASIA pada tahun 2010, UTP pula sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana adanya nama "PETRONAS". Tidak di nafikan bukan ranking dunia yang di kejar oleh sesebuah universiti. Sebagai universiti yang masih muda dalam arena pendidikan tinggi Malaysia, UTP seharusnya berbangga dapat mencapai "tier 5" dalam penyelarasan universiti oleh MQA dan juga kejayaan-kejayaan lain yang di capai oleh universiti tersebut.

Di kalangan pelajar2 cemerlang terutamanya pelajar sekolah berasrama penuh, UTP sememangnya memiliki "woww" faktor yang tersendiri. "woww" faktor itu terletak pada nama "PETRONAS". Rasa-rasanya jika di buat bancian, kebanyakan pelajar2 cemerlang peringkat SPM mahupun matrikulasi memilih UTP sebagai destinasi seterusnya kerana wujudnya nama "PETRONAS" pada universiti tersebut..PETRONAS..... Satu nama yang di anggap sebagai simbol kejayaan, kecemerlangan, kekuatan dan kemegahan negara.Perkataan PETRONAS sememangnya memberi impak yang besar kepada pencapaian UTP. Sememangnya pada tahun ini telah di saksikan dua buah universiti bertukar nama, Universiti Industri Selangor(UNISEL) kepada Universiti Selangor dan juga Universiti Darul Iman (UDM) bertukar kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA)...perlukah UTP juga bertukar kepada nama kepda PETROLEUM yang lebih sinonim dengan cecair berwarna hitam pekat itu???

Jika dahulu, sewaktu latihan industri ataupun internship, ada rakan-rakan mahupun mak cik-mak cik yang bertanya datang dari universiti mana,, cukup dengan menyebut Universiti PETRONAS mampu menutup mulut2 itu....bagaimana pula keadaan setelah universiti ini bertukar nama??? Mungkin keadaan berikut yang akan berlaku...

Mak cik A : Anak datang dari universiti mana ni??
Siswa B : Universiti Tekonologi PETROLEUM....(sambil senyum buat2)
Mak cik A : Petroleum yang minyak tu ke?? Patut la muke itam je....main dengan minyak je ea....

.......


Pertukaran nama ni juga mungkin memberi impak kepada kehidupan dan menjadi mimpi yang tidak berapa indah kepada pelajar nya seperti berikut...

Jejaka A terlihat seorang gadis B dari jauh lalu mendekati nya...

Jejaka A : Hai...baru keje kat sini ke? nama siapa?
Gadis B : A'ah...tengah praktikal... Nama "Aaaaa"...panggil "A" je...(sambil buat muke cute)
Jejaka A : Owhhh..study mana??
Gadis B : Universiti Teknologi PETROLEUM je....(buat muke cute untuk kali ke dua)
Jejaka A : owwhhh...(Dalam hati jejaka A tu.,, uni PETROLEUM???... ganas giler awek neyy....mesti idup dengan minyak je neyy)......sambil melangkah pergi meniggalkan gadis B tanpa mengetahui apakah sebenarnya Uni Tek Petroleum itu......

..........

Ye,,,,,,perkataan "PETROLEUM" itu sedikit sebanyak telah menutup dan menghilangkan keayuan yang ad pada gadis tersebut... (cube awek tadi cakap....dari UKM je...xpun dari UiTM je..cormfirm laki tu tak lari punye)

Nampak macam sesuatu yang sangat bodoh?? Benda inilah yang akan berlaku kepada palajar2 setelah nama se gah Universiti Teknologi PETRONAS bertukar kepada Universiti Teknologi PETROLEUM.... kalau tidak percaya....saksikan sendiri setelah nama PETRONAS itu bertukar,,,,

Kesimpulan,, bagi aku,,, pertukaran nama itu adalah sangat tidak releven.. Sepatutnya universiti menumpukan lebih perhatian dalam memperkasa pengajaran dan penyelidikan demi melahirkan modal insan yang kompetitif untuk menerajui negara kelak. Nama itu adalah jenama bagi sesebuah universiti..... Jenama itulah yang akan di angkat oleh universiti tersebut...

#sekadar pendapat dari penulis...jika ada apa2 komen atau sebagainya...sila tinggal di ruangan komen...=)



Friday, July 22, 2011

IPTA dan IPTS Berbeza???

Berkesempatan menjengah blog ni setelah melalui minggu yang dipenuhi test dan assignment. Result upu bagi mereka yg terlibat telah keluar dalam seminggu lepas.41,267 calon ditawarkan tempat mengikuti ijazah sarjana muda di IPTA. Tahniah kepada adik2, akaq2 dan abg2 yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, masih banyak lagi peluang untuk anda menimba ilmu.....life is an acedamy..

Dulu aku pernah katakan matrikulasi kpm dan program asasi ipta adalah antara pilihan yang terbaik untuk lepasan spm..Mesti bila tgok result upu yg kuar tu, korang paham kenapa aku ckp mcm tu dulu..70% pelajar dari kos2 kritikal di IPTA adalah diambil dari lepasan matrik and asasi IPTA sendiri..ok.. Berbalik kepada topik, aku nak bincangkan perbezaan IPTA dan IPTS... Perlu diingatkan segala yang dinyatakan adalah berdasarkan pendapat aku sendiri, dengan sedikit penglaman aku berada di IPTA dan IPTS ., sedikit pengetahuan am dan juga perkongsian dengan rakan2 ku yang berada di kedua2 institusi tersebut. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu lepasan2 matrikulasi, stpm dan setaraf yang bkal melanjutkan pelajaran di IPT ataupun yg ingin memilih antara IPTA dan IPTS. Juga ingin di tegaskan, post ini SAMA SEKALI TIDAK MEMBEZA-BEZA KAN KEDUA2 KATEGORI IPT.

Secara am nya, kedua2 IPT ini mempunyai fungsi yang sama, sukatan pelajaran yang hampir sama (seperti yang di selaraskan MQA)... oleh itu tidak akan timbul ada tempat yang susah mahupun senang. walaupun begitu,, setiap univrsiti itu unik dengan caranya tersendiri. (Sebab tu la ada cadangan untuk memberi kuasa autonomi)

Untuk pengetahuan, IPTA terbahagi kepada 4 kategori: Universiti Apex(USM), Universiti Penyelidikan(USM,UM,UKM,UPM,UTM), Universiti Komprehensif, dan Universiti Berfokus manakala pembahagian Universiti Swasta adalah kurang jelas. Setakat ini masih belum ada universiti swasta yang mampu mencapai taraf Apex mahupun Penyelidikan. IPTA dipelopori oleh 5buah universiti terkemuka (USM,UTM,UM,UKM,UPM) manakala universiti swasta lebih diterajui oleh 2 buah universiti (Multimedia University,Universiti Teknologi PETRONAS) manakala dalam bidang sains kesihatan,International Medical University(IMU) lebih dikenali di kalangan pelajar2 cemerlang.




Perbezaan yg paling mudah dilihat adalah dari segi yuran pengajian. Rata2 IPTA melatakkan yuran sekitar RM1000 satu sem manakala IPTS bergantung kepada course, sekitar rm50k untuk kejuruteraan, RM90k untuk pharmacy dan RM300k untuk perubatan. Mungkin ada yang mengatakan kemudahan di IPTS adalah lebih baik,, tetapi bagi aku kemudahan dari segi pembelajaran di kedua2 IPT adalah lebih kurang sama, tetapi kemudahan untuk pelajar sememangnya IPTA mempunyai sedikit kelebihan. Rata2 IPTA mempunyai keluasan kampus yang sangat besar seperti UUM dan UKM. Kalau nak rasa naik shuttle bus dari fakulti ke fakulti, ataupun nk naik rapid kl keluar, IPTA la jawapannya. IPTS tak kan ada benda ney..(factor size kampus).


Dari segi pergaulan dengan rakan. Benda ney sangat subjektif. Tetapi apa yang membuatkan aku kategorikan ia sebagai satu perbezaan, kebanyakan IPTS adalah berpusat kepda stu, dua atau tiga fakulti sahaja. Contohnya IMU berfokus kepada Sains kesihatan, UTP dan MMU memfokuskan teknologi dan kejuruteraan. Pergaulan lebih kepda dalam satu fakulti. Berbeza dengan IPTA, prgaulan tidak terbatas kepda 1 fakulti. Jika anda seorang pelajar kejuruteraan, kemungkinan untuk bergaul dengan pelajar guaman juga adalah sgt tinggi. Benda ney ada pros and cons nye. Mungkin apabila semua plajar mengambil jurusan yang lebih kurang sme, adalah lebih mudah untuk belajar. Mungkin juga dengan bercampur gaul dengan bermacam2 fakulti dan jurusan akan lebih membuka minda pelajar tersebut.

Benda lain yang aku perasan dalam tempoh aku belajar di kedua2 tempat ney ialah keterbukaan pemikiran pelajar. Sekali lagi sesuatu yang subjektif. Bukan aku nak kata pelajar ini lebih berfikiran terbuka, pelajar ini tidak.. tetapi skop pemikiran mungkin akan berbeza. Tak paham maksud aku?? Benda yang paling mudah ialah cuba tanyakan kepada pelajar IPTS MUET yang amek untuk masuk U tu requirement MQA ke ap? atau pun cuba tanyakan name2 universiti penyelidikan. Mengikut pemerhatian aku sendiri ramai kawan2 aku di IPTS tak dapat jawab soklan2 ney.. Kalau tak percaya or rasa nak bantah.... cuba tanye student IPTS..."TITAS stand for what????" MQA requirement kan tu.. tu soklan yang budak2 IPTS rasanya tak dapat jawab. Kalau nak tanya student IPTA pulakk..cube tanya International Baccalaureate tu ap? mesti ramai kantoi punye..

Dari segi suara pelajar,, atau pun kata lainnya adalah fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),, secara jujur aku katakan, MPP di mana2 IPTS kurang memainkan peranan seperti yang berlaku di IPTA. Mungkin kerana faktor bilangan pelajar itu sendri. Pilihan Raya Kampus (PRK) di IPTS adalah tidak sama seperti di IPTA... Jika di UKM akan dapat dilihat ASPIRASI dan Gabungan Mahasiswa (GMUKM) sewaktu PRK, di IPTS seolah2 PRK ini "mati" dan tidak "bernyawa". Apa2 pun, Terdapat juga IPTS yang suara pelajar nye masih dapat di dengar seperti di Universiti Selangor (UNISEL).


Selain dari perbezaan2 macam tu, kalau di kira dari segi sokongan kerajaan, IPTA mungkin akan mendapat sedikit kelebihan. setelah USM menjadi universiti Apex dengan permohonan 3buah universiti swasta(MMU, UNITEN,UTP) tidak di senarai pendek.. 5buah universiti penyelidakn juga adalah dari universiti awam. Mungkin ada IPTS yang meletakkan target untuk menjadi universiti bertaraf research ni, tetapi nampaknya dengan hasrat kerajaan meletakkan universiti penyelidikan ke-6 negara adalah dari universiti dalam bidang sains sosial, mungkin sukar untuk IPTS mencapai status ini. Apa2 pun fakta ini bukan berpihak kepda institut awam, sebenarnya institusi swasta negara kebanyakannya menjalin hubungan dengan universiti terkemuka dari luar dan juga syarikat2 yang besar. Contohnya. Universiti Perdana yang baru ditubuhkan adalah mengambil sylibus dari Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Secara kesimpulannya, bagi aku memang IPTA dan IPTS berbeza dari banyak segi. Tapi perlu diingatkan tiada mana2 institusi lebih superior berbanding yang lain. Pucuk pangkal nye ialah pelajar itu sendiri. Walaupun graduan itu dari MIT or CAMBRIDGE sekalipun belom tentu kualitinye terjamin.Walau di mana anda berada,,,juz do the best..=)

#ditegaskan sekali lagi, post ini sekdar pendapat pensendirian, berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pergaulan dengan rakan2...tidak berpihak kepda mana2..anda bebas mengemukakan pendpat di sini..kalau x setuju or ap2 boleh tinggalkan komen



Sunday, July 3, 2011

Sabar......Sabar...Sabar...


Ye....saya bersabar.....sabar itu separuh dari iman kan...


#apa maksud pembayaran secara manual tu..huuuu





Friday, June 3, 2011

Mengimbas Masa Lalu - Suatu Ketetapan.. (utk mereka yang merasakan tidak berada di tempat yg sepatutnya)


Bismillahirahmanirrahim.

In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...

#entri ini akan menggantikan kata nama 'ana' kepada aku'...

Membuka berita harian online untuk mengetahui berita2 terkini(dah lame tak baca surat khabar sebenarnye). Scroll dari satu tajuk ke tajuk yang laen.. Tiba-tiba terbaca pasal luahan seorang pelajar pasal biasiswa JPA..ok... surat pelajar yang di publish tu lebih kurang macam kat bawah ney..

"Kami pelajar2 spm 2010 berasa amat kecewa kerana tidak terpilih untuk mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN) walaupun keputusan kami 8A+ dan ke atas... Kami merasakan tidak bermakna keputusan spm kami apabila keputusan rayuan yg di keluarkan JPA mengatakan 98 orang pelajar 9A+ akan ditaja ke IPTS dan pelajar 8A+ di taja di Matrikulasi.......bla......bla....bla.........."

Pelajar yang hantar surat ni mesti rasa tak puas hati dan kecewa kan.. Apa2 pun, pendapat aku secara persendirian, pelajar2 ni perlu belajar sesuatu yang lebih bermakna...dan belajar menerima,, ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Apa-apa pun, persepsi setiap orang tu berbeza.

Sebagai perkongsian, aku telah melalui zaman persekolahan aku. Alhamdulillah, sewaktu zaman persekolahan aku tidak la berhadapan dengan banyak masalah.. Dengan izin dan nikmat dari-Nya, aku menamatkan zaman persekolahan aku dengan keputusan 10A1 dalam SPM..tapi aku takde lah pandai mane pun, melambak lagi orang yang dapat jauh lagi bagus. 21A pun ada time aku SPM tu dulu..

So..lepas SPM, macam biasa,, masa memohon apa2 yang patut. Seriously, aku pun tak taw sangat apa yang aku nak lepas SPM dulu..so aku apply je apa2. Biasiswa JPA aku apply perubatan, aku mohon biasiswa kementerian pelajaran malaysia (KPM) untuk study oversea kos biologi dan pendidikan (KPM ada untuk pendidikan je, sebab tu aku mohon pendidikan). UPU dengan matrik tu standard la memang dah isi awal2 dah. Tapi
sume kos yang aku mohon ni relate dengan sains hayat.. Bukan sebab aku minat sangat biologi, tapi sebab aku amat tidak meminati physics. Time sekolah dulu, physics ni dah jadi macam waktu tido aku dah. Tapi entah kenapa, tangan aku ni gatal je nak isi borang Universiti Teknologi Petronas(UTP). dah tahu UTP tu ada engineering je., aku memang sangat2 allergic dengan engineering2 ni (tak minat) tapi aku apply jugak... saja je nak test2..(niat awal dah tak baik)..

Ok,,di pendekkan cerita,, aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Asasi Sains Hayat UM (PASUM), program alpha MMU.. asasi UniKL kat kolej mara Kuala Nerang under mara (yang ni aku pun pelik macam mana boleh dapat,tak de apply pun), Biasiswa KPM untuk ke United Kingdom..biasiswa petronas untuk kejuruteraan kimia UTP......dan JPA-perubatan Ireland..

Bila dapat sume tu,, aku pun tak tahu nak pilih mana satu. Waktu pendaftaran Matrik dengan UM tu awal dari yg len.. UniKL dengan MMU pulak aku dah tolak awal2. Entah mengapa dan entah
bagaimana, tiba-tiba hati aku kuat mengatakan..."Is....MATRIK".... So, aku pun pergi mendaftar kat KMJ,,, Kenapa matrik yang dipilih??? why must matrik?? why that? why this?? kawan2 aku dan masyarakat sekeliling mula mempersoalkan kemasukan aku ke matrik. bagi budak-budak asrama penuh, matrikulasi ni merupakan tempat SPM leaver yang tak dapat tawaran mana-mana melainkan diploma. Kalau aku masuk matrik, sama lah macam result SPM aku teruk giler,,pastu nak repent dekat matrik. Kira result SPM aku tu sia-sia je (ni pandangan orang ramai, student2 matrik jgn mara ye=).

Ok..sebenarnya aku niat nak masuk matrik ni pun sekejap je.. Bagi aku ruang dan masa untuk aku berfik
ir jalan untuk aku.Lepas aku dapat jawapan, aku keluarlah.Tapi entah kenape dekat matrik, aku rase satu kelainan. Aku berkenalan dengan ramai kawan yang baik dan sama perangai macam aku, kehidupan pun sangat teratur. Bagi pendapat aku, tanggapan masyarakat terutamanya budak2 yang sangat cemerlang waktu SPM dulu mengenai program matrikulasi adalah salah sama sekali.. Lama-kelamaan hati aku semakin terpaut dengan matrik. Tapi aku terus berfikir, perlukah aku duduk di matrik ini dan menerima apa yang orang kata dan mensia-siakan result SPM aku? (mcm yang orang selalu ckap, matrik ni untk orang yang takde choice)..aku mula memikirkan tawaran JPA medic ireland. tawaran bernilai jutaan ringgit yang memang susah nak dapat. kalau memang betul2 pandai baru boleh dapat Ireland ney (tp aku xpandai mana pun!)

Then, after 2weeks dkat matrik. surat UTP sampai ke rumah aku. Ye,,aku mendapat tawaran Kejuruteraan Kimia UTP biasiswa PETRONAS.. Kejuruteraan?? NO! Aku apply ni dulu saja nak test je..tak de niat pun nak pergi (benda ni tak elok sbab ttup pluang orang lain nak dpt UTP,tp aku tak pikir pun sume tu dulu). Dalam hati aku mula timbul satu rasa seolah-olah aku sangat bagus (sekarang dah berubah..ni masa zaman tak matang dulu).. aku mula terfikir,, ye..memang orang cakap UTP susah nak masuk..tp aku kan dpat 10A1 SPM..PMR aku 8A..UPSR aku 5A dan seumur hidup aku.. dari aku darjah satu sampai tamat form5, no yang paling teruk pernah aku dapat ialah no 3 dalam keseluruhan..tu pun masa aku darjah 1.. yang laen sume dapat no 1... so.. why I must go to UTP??? Bagi aku UTP hanya lah sebuah IPTS yang tak ada unik nya melainkan nama "PETRONAS" dekat ujung. Aku sepatutnya berada dekat UK ke AUSSY ke IRELAND ke..(aku tulis benda ni bukan untuk ap,, aku just nak tunjuk macam mana fikiran aku yang mula di hasut oleh rasa bangga dan seumpama dengan nya yang tak sepatut nya ada pada diri seorang hamba sperti aku...sbgai iktibar utk aku dan anda smua). Masa aku masuk matrik. aku tak fikir pulak sume ney.. tp waktu tu, aku telah mula kehilangan diri aku yang sebenar..Alhamdulillah sekarang tak lagi=) Surat tawaran UTP tu aku tak bukak pun..aku just ambil lepas tu biar je surat tu kat atas meja tanpa terusik...

Lepas hampir sebulan dekat matrik..aku masih lagi tidak menjumpai jawapan yang aku cari. Mungkin bagi sesetengah orang..adalah amat bodoh untuk memikirkan antara matrik dan JPA...mesti la jawapan nye JPA... tapi tidak bagi aku...Aku mula berasa selesa belajar di matrik tu...penuh kesederhanaan. Hati aku hari ke hari semakin berbelah bagi.. Jauh di sudut hati aku,, aku amat menginginkan untuk meneruskan program matrikulasi.. tapi lama-kelamaan..oleh kerana terlalu ramai yang mengatakan keputusan itu sangat bodoh dan tidak berasas..aku pun semakin lama semakin menafikan rasa di hati ku untuk terus di matrik...



Akibat banyak mendengar suara2 kenalan dan masyarakat am nya.. aku pun keluar dari matrik.. dan menerima tawaran JPA untuk ke Ireland... ternyata itu bukan lah jawapan yang ad dalam hati ku,,tetapi kaki ku tetap bergerak ke arah jalan itu.. Kehidupan aku yang sangat mencabar bermula selepas aku mendaftar program tersebut.. di situ aku mulai merasai pahitnya kegagalan dan manisnya kemenangan... aku merasai jatuh bangun nya hidup aku...dan mula belajar pengalaman baru yang mematangkan diri.,.serta mula merasai deraian air mata yang menguatkan hati.

Dan akhirnya...............entah kenapa dan entah bagaimana, jalan ini membawa aku ke bumi ini.......




Tempat yang tidak terfikir oleh benakku,,,
tempat yang suatu ketika dahulu surat tawarannya aku hanya mencampakkan ke meja.,, tempat yang sememangnya tidak mahu ku langkahkan kaki ke situ,,,...

Apa yang aku ingin sampaikan dari entry yang panjang lebar ni...

"Kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kita... Kadang-kadang kita merasakan kita sepatutnya berada di tempat yang jauh lebih baik...tapi takdir mengatakan kita harus di sini"

Hanya Pengatur Sekalian Alam yang Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya..... Ketentuan-Nya adalah satu rahsia.... yang penuh hikmah,,agar kita berfikir dan belajar menerimanya...sesuatu yang hebat pasti menanti di sebalik ketentuan itu......



Sunday, August 22, 2010

UiTM Di Hatiku...

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Kesejukan malam dan renyai air hujan membawa ana merentas waktu. Merentas dimensi masa yang tak mungkin kembali. Terpahat dengan indah sebagai sebuah kenangan. Sebuah nama, sebuah cerita.


Masa sekali lagi menyesatkan ana. Gagal mengikuti frequency masa. Akibat nya, minda ini tertinggal pada sebuah dunia yg telah ditinggalkan. Sepanjang hujung minggu ini, ana ditemani seorang sahabat ana yg berkunjung ke UTP. Sahabat ana,bekas pelajar UTP yg kini berada di UiTM Kampus Seksyen 17 Shah Alam., atau lebih
dikenali sebagai International Education Centre (INTEC). Terbukti ukhwah itu tidak mengenal jarak dan tempat.

Sungguh, ana amat merindui INTEC. Kampus yg telah mengajar ana erti kehidupan, keutuhan ikatan ukhwah, definisi sebuah tawa dan erti sebuah tangis. INTEC UiTM, tempat berlegar-legar nya ana sebelum melangkah ke bumi UTP. Sehingga kini, ana tidak pasti langkahan ke bumi UTP ini adalah atas kerelaan ana atau tidak. Yang pasti, bumi ini yg tertulis untuk ana. Semoga ia tertulis dengan indah.

Setelah berbulan-bulan hidup di UTP, tidak keterlaluan jika ana katakan UiTM tetap di hati. Secara jujurnya, ana jauh merindui kehidupan di INTEC dan sangat2 tidak bersedia untuk meniti hari2 di bumi UTP ini. Sesekali ter
asa suatu kesedihan di hati mengimbau masa lalu.



Tapi, adalah amat pelik jika seseorang disesat
kan oleh masa kan. Walau apa pun yg dihamparkan di hadapan, itulah jalan nya. Jalan yg tersedia. Tersedia dengan penuh hikmah. Semoga langkahan keesokan hari bukan lagi langkahan yg lemah beralunkan penyesalan,, bertemankan kesedihan, tetapi langkahan itu mencipta sebuah detik baru. Mengurai sebuah rahsia. Mencari erti keindahan yg tersirat.





Its Tyme for FINAL...

Bismilahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful..


FINAL..juz around the corner. Hopefully will use the remaining time to the fullfillness. Two days of weekends doing nothing. A frenz come at the wrong tyme actually, but never mind. Juz a simple thing. Will do 'something' for final from today. Promised it.


Hopefully diz sem will end with something that much much better than the previous. Pray hard for it. Believe ALLAH is always with me..

......final mood..........


Tuesday, July 13, 2010

Yang Tertulis

Bismillahirrahmannirrahim,,
In the name of Allah,,the Most Gracious the Most Merciful..

Malam yg mendamaikan.. tak sedamai hati yang tak menentu.. satu persoalan tanpa jawapan. satu kesedihan tanpa sebab.. Tiada yang menemani..hanya keyboard menjadi teman, lcd menjadi tatapan,, fikiran melayang tanpa paksi, blogging menjadi pilihan...musik sentimental memecah sunyi malam..

Ana yang tak dapat mengenal pasti,, ana yang gagal menafsir.. menyesatkan diri ana dalam ruang yang ana cipta sendiri...ruang yang semakin menyesakkan. Sesak oleh objek yang tak wujud.


Sesekali terlintas di benak ini,, mengapa ana di sini?,, mengapa bukan di sana?.. Mengapa begini? Mengapa begitu? Kenapa harus seperti ini? Kenapa bukan seperti itu?? Tak terungkai oleh hati.. apatah lagi tertutur oleh bahasa. Tak terjawab oleh akal, apatah lagi terdefinasi oleh perlakuan. Adakah ana yang sesat di sini? Atau ana yang memilih di sini..

Setahu ana,, ana tidak penah selemah ini dalam langkah ana. Ana menoleh ke belakang. Telah jauh ana bergerak,, tidak mungkin ana berpatah,, ana terburu oleh masa., di bawa arus nadi yang berdetak.. Ana melihat kehadapan. Ya Allah...panjang nya perjalanan ini. Jauh ke atas.. Mendaki curam, Suatu jalan yang terlindung oleh kabut. Tak mungkin ana melihatnya sebelum ana melalui nya..
Langkah ana lemah di pertengahan,,,,mungkin di bawah.. Longlai untuk ana menapak. Sebab ana sendiri tak pasti perlukah ana menapak?Bejalan?Berlari? Atau kembali berpatah Ke tempat yang ana rindu.Ana mengikut arus masa,.



Ana tahu masa tak membenarkan ana untuk terus hanyut. Tak memberi kesempatan untuk ana mengulang waktu. Semakin jauh ana melalui jalan ini. Sesekali ana menoleh kembali ke belakang,, Titis air mengalir ke pipi ana,,pipi yang sememang nya selalu di basihi titisan air yang keluar tanpa disengajakan. Tapi ana sedar, inilah yang tertulis. Tertulis dengan penuh hikmah.


Ya ALLAH...sesungguhnya engkau Yang Maha Mengetahui yang tersurat dan yang tersirat. Yang nyata dan yang terlindung. Kau tabahkan hati hamba Mu ini dalam melalui jalan yang telah ditetapkan. Semoga aku semakin mendekati Mu Ya ALLAH..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...