Showing posts with label Kenyataan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Perasaan. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

...Result...


Keputusan peperiksaan akhir semester bagi perkuliahan semester lepas dah di keluarkan beberapa hari lalu sebenarnya... tapi memandangkan amat susah nak cari masa terluang untuk bukak blog ni, update ni dah tertunda beberapa hari sebelum di post..

Cerita pasal keputusan sem lepas, Alhamdulillah..  walaupun bukan yang terbaik pernah aku dapat sepanjang pengajian dekat universiti ni, tapi jauh lebih baik dari apa yang aku jangkakan dan mencapai target aku di permulaan sem. Lepas ni aku tak boleh berhenti setakat Dean List, mesti berusaha untuk mendapatkan 4flat sebanyak mungkin. InsyaALLAH.

Subjek sem lepas nak kata susah tu, takdelah terlalu susah, pun bukan terlalu senang,,, antara faham dengan tak la senang cerita. Ada lagi 4sem dan satu sessi praktikal tinggal untuk aku menamatkan pengajian.. Harap-harap aku mampu mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama untuk ku hadiahkan kepada ibu bapa ku, kepada mereka yang pernah mengajarkan secara langsung mahupun tidak, dan kepada penaja ku.. Ameenn..

Apa-apa pun.. ingat satu perkara,

"Jika kita berusaha dan menyerahkan yang selebihnya pada Penulis Takdir, pasti bantuan  dari NYA akan datang.. jika berasa lemah di pertengahan jalan, yakinlah rezeki ALLAH itu pasti datang dari arah yang tidak di sangka-sangka"



Friday, March 30, 2012

AMPUNKAN AKU

Bismillahiirahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,,


Baru balik dari test. Ekotkan planning asal kat otak, lepas balik nak buat assingment sikit. Nak free kan weekend, tak plan pun nak bukak blogspot ni, tapi bila habis test hilang semua mood.

Rasa sangat2 down sekarang ni. Kecewa dengan kesilapan sendiri. Aku rasa tak pernah aku buat silap macam ni. Nak kata soalan test tu susah, biasa je soklan tu. Tak susah pun. Tak mustahil untuk dapat markah penuh. Tapi entah kenapa dengan aku ni.

Benda yang paling penting sekali dalam test tu aku dah tersalah kira. Rasa-rasanya 80% of my mark will be lost just because of that mistake. Tak tahu macam mana boleh silap padahal aku tahu benda tu siap ajar orang lagi. Dah berkali-kali buat benda yang sama. Dah ingat dah pun flow nak jawab soklan. Seriosly rasa sangat kecewa. 1st time dalam hidup rasa sangat kecewa dengan kesalahan yang bodoh di lakukan dalam exam.

Balik-balik aku terus capai handset. Scroll sampai no yang di save dengan nama 'rumah'... Nothing can make me calm except my parent voice.. Really miss them...really miss home..

Aku mula berfikir, kenapa aku boleh buat silap yang besar time test tadi. Kenapa bila aku rasa aku dah bersedia, aku rasa aku paham semua benda untuk subtopic tu, aku masih terlepas pandang dan melakukan kesilapan. Mengapa mesti ada seolah2 satu hijab yang menghalang aku membuat pengiraan dengan betul sewaktu dalam dewan peperiksaan???

Cuba untuk menenangkan diri. Let bygone be bygone. Aku yakin ada sesuatu yang Penguasa Alam nak sampaikan pada aku.Aku tahu ada hikmah di sebalik kesalahan tu. Sesuatu benda itu pasti tertulis dengan penuh hikmah.

Seorang sahabat berkata pada aku "Tuhan nak bagi tahu tak kan setiap masa kita akan betul".. Ya, mungkin itulah hikmahnya. Kadang-kadang kita perlu berada di bawah untuk menghilangkan semua keegoan kita sewaktu berada di atas.

Selama ni, kalau aku dengar orang salah jawab time exam, lepas tu dia cakap tersalah kira or ter careless and seumpanya, aku hanya mendengar tanpa perasaan dan terdetik sinis di hati, betul ke TERsalah or sememangnya salah. Salah tetap salah. hari ini TUHAN tunjuk kat aku apa orang tu rasa. Tuhan tunjuk kat aku dengan jelas. Betapa aku selama ini menongkah langit. Betapa sombong aku memijak bumi. Jelas di tunjukkan kepada aku.

Silap itu datang dari diri. Kesalahan itu berpunca dari diri. Ye selama ini walaupun bibir aku cakap test itu ini susah, tapi di hati kadang2 bercanggah.Tapi kali ini, walaupun test itu senang, tapi aku yang silap. Hari ini aku dapat satu pengajaran yang berharga. Pasti ada sebab di sebalik yang berlaku. Mungkin balasan dari dosa-dosa ku yang mungkin lebih banyak dari pepasir. Dosa dengan ibu bapa, sahabat handai, kenalan, alam sekeliling dan lain-lain. Dosa yang tidak terhitung dan tidak pula di akhiri dengan taubat.

Ambil masa untuk merefleksi diri. Tiada yang berkuasa melainkan Yang Pencipta. Tiada yang menentukan melainkan Pengatur Alam. Tiada yang lebih mengetahui dari Pemilik segala Ilmu.

Tiada yang pemurah melainkan Yang Maha Pengumpun...

Izinkan aku untuk mengucap kata taubat ke hadrat MU....









Tuesday, January 31, 2012

Kronologi Lambang-lambang dalam Hidup


Hye gals..terima kasih kerana sudi singgah .guy x perlu ye,p... Entah kenapa malam ni rasa macam past oriented sikit.. Macam teringat-ingat je kisah dulu-dulu kan... So entry kali ni aku malas nak bebel panjang sangat...just post lambang2 yang pernah or msih sebati dengan diri ni..


Ni lambang yang first aku kenal rasa-rasanya selepas lambang-lambang power rangers and yang seumpama dengan nya..ok... aku dulu kindergarden kat kemas je.. bukan dekat smart readers ke ap benda nak alah yang beratus-ratus sebulan tu..dah lama dah tinggal zaman ni.. huu

Lepas habis grade dari kemas tu,, aku sambung kat sini pulakk. Kat sini aku pernah jadi ketua pengawas...penah jadi pengawas yang kene tarik tali leher dengan guru disiplin sebab tak buat report,, and macam la... budak tak berapa nak baik..macam ni la..ada 1 fact yang menarik time kat sini.. tiap-tiap final exam tak penah tak dapat no 1...hahaahaah.....budget pandai la kan... padahal,,,,,,,,hmmmm

Then after upsr,, pergi sekolah menengah.,, percaya or tak..aku ni pernah sekolah kat sekolah menengah agama..
Ye..sekolah menengah agama segamat.. 2minggu, seminggu orientasi seminggu masuk kelas aku terus bla.. Homesick time ni.. asal?? gelak?? tu namanya aku sayang kan rumah..ppp..

lepas tu.....


MRSM Batu Pahat destinasi kehidupan aku seterusnya.. ..jangan tak tahu,, aku pernah merasa duduk MRSM ni.,,,, tapi ni bukan destinasi persekolahan aku yang terakhir,,





\


SMK Bandar Tenggara 2, SMK Bandar Tenggara, Sekolah Tinggi Kluang, Sekolah Berasrama Penuh Sains Seremban (SASER),#tak ikut kronologi sangat ye...... Nah...tu semua sekolah-sekolah yang melengkapkan zaman persekolahan peringkat menengah aku.. Banyak bukan??? Biasa la muka-muka macam aku ni mesti banyak sekolah.. Bukan sebab kene buang taw!!! Saja je.. banyak tempat kite pergi makin banyak pengalaman..heee..sampai cikgu math aku panggil aku pelarian.. So., kalau korang tengok lambang-lambang tu,, aku adalah acuan daripada 4 jenis sekolah,, sekolah menengah agama, MRSM, sekolah harian (SMK) dan sekolah berasrama penuh (SBP)...haaa..korang ada? sapa yang dapat acuan daripada keempat-empat jenis sekolah ni,, boleh contact aku ye.,,aku belanje....#tak sedar poket sentiase kempis... And one thing,, zaman sekolah menengah aku.,, aku tak pernah dapat no lain selain no 1 dalam peperiksaan akhir tahun... Pehhhh..bila ingat-ingat balik,, boleh tahan jugak kan aku,, tapi sayang nya,, bila aku compare dengan sekarang rasa macam,,,,haishhhhh,,, no comment lahh... banyak benda kat sekolah ni yang mengajar aku..ye la kan,, nama pun sekolah

After spm... destinasi seterusnya....

Kolej matrikulasi johor (KMJ),, terletak berhampiran dengan tempat yang konon-kononnya ada macam-macam lagenda la,, or mungkin mitos,, gunung ledang.,, Ok...frankly speakk,, banyak-banyak tempat,, yes,, matrikulasi tempat paling best pernah aku jejak.. Setuju tak sesiapa yang pernah masuk KMJ tahun 2009??? Aku ada kat tempat ni sekejap je..around 1month maybe,, Tapi impaknya sangat besar...Tak percaya????

"Kami generasi harapan,, membentuk citra mulia,,, berdisiplin ketrampilan mercu tanda kejayaan"

Haa..amacam ex kmj? terbukti kan?,, Duduk sebulan sampai sekarang lagu dia aku ingat,,,, memang aku tak nafikan... kat sini aku belajar banyak pasal hidup, Tempat ni ajar aku jadi lebih matang.. tempat ni jugak ajar aku kenal apa itu erti sebenar kehidupan, suka duka,,gelak, tawa,, nangis hiba,,pengkhianatan, plastikk...eh eh...melalut suda... Apa-apa pun,, aku nak cakap " I LOVE KMJ" walaupun jodoh kita tak lama..

After sebulan kat situ,,

UiTM mana?? Ok..ada 2 uitm sebenarnya,...,, 1st is INTEC.. 2nd is UiTM Kuala Pilah,,, but I'm officially INTEC student. Panjangnya.. International Education Center, UiTM Seksyen 17, Shah Alam...huhh...penat taip.. kat sini aku ambil A-level medicine,,, batch ke 10,, ALM10,, 10A1 ke ap sebutnya dah lupa,, Dalam kelas ni, ad around 25orang yang dapat offer jpa direct program,,, Pastu macam mana ada UiTM Kuala Pilah kan? haaa...kalau tibe2 aku kene penyakit past oriented,, aku cerita ea.. Apa-apa pun,, aku nak cakap dekat sini,, aku adalah salah seorang product UiTM walaupun nama UiTM tak pernah ada dalam sijil aku.. Aku pernah menjadi pelajar UiTM and sincerely,, its a good university.. Sesiapa yang cakap UiTM ni universiti sampah,,, sila mintak maaf sebelum menyesal ok?? we are totally not rubbish!!

"Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan,, Untuk Negaraku"

Yea!!..... student-student UiTM,, jangan lupa atas tu lagu korang..haha


Dannnnn..

Selapas itu,,,





Mana satu ni??haha.. Lambang kat atas ni tu,, Aku rasa macam duduk kat separuh sekolah separuh universiti ... Kalau sesiapa nak mendengar perkataan senior junior ke,, sophomore perasan senior ke.,,, datang la ke tempat ni..haha..just joke.. But sincerely,, the life style is not like in any of the university I went before..,,, Way of thinking of students is also little bit different.. Kenapa aku cakap tempat ni lain sikit dari tempat-tempat aku pergi sebelum ni,, biar aku je yang tahu... Tapi kalau korang tanya sebab kenapa rasa macam tu,, bagi aku jawapan nya mudahh,. Sebab kebanyakan pelajar di sini merupakan product-product SBP and MRSM... selapas hidup di asrama,, mereka terus ke sini.......tanpa pernah melihat perjalanan dunia di institusi lain..,, Setaip tempat tu ada style tersendiri kan...masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang kerbau menguakk....hee..erkkkk..betul ke peribahasa aku ni...haha

Semoga setiap langkahan dalam hidup ini mendekatkan lagi diri dengan Pencipta


Saturday, December 10, 2011

Rasa Di Hati

Bismillahirrahmanirahim,,
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful


Sudah lama tak menconteng di absolutely-is. Sehingga tak bernyawa rasa blog ney. Dalam keadaan hati yang tak menentu, tempat ni la menjadi tempat luahan hati. Sedikit demi sedikit rasa nya entri dalam blog ni dah berubah. Pada asalnya ianya tempat menyatakan kesedihan di hati, kegagalan dan kebuntuan yang di temui, dan tempat mencari kembali satu semangat yang hilang di pertengahan jalan. Lama kelamaan ianya lebih bersifat rawak.

Di malam yang menyaksikan gerhana bulan berlaku ni, aku gagal melepaskan hati dari monolog perasaan. Ya. Memang malam ini fikiran aku melayang tak menentu. Jiwa ku tidak dapat mengecap satu rasa ketenangan, terasa seperti sarang kesedihan dan kegelisahan menyelubungi hati yang tak menentu. Mungkin aku juga kurang mengerti punca nya. Tapi aku yakin ada seseorang di luar sana tahu puncanya.

Hati ini menghadirkan seribu rasa. Seribu rasa yang terus bercampur baur. Ketenangan yang di campur kegelisahan. Kegembiraan yang terpalit sedikit kesedihan. Semua rasa meruntun pada hati yang satu. Ingin sekali aku alirkan nilai2 kesabaran pada hati itu. Membentuk satu jiwa yang tenang dan penuh tawaduk.

Ingin ku ajar hati ini mencari ketenangan melalui zikir kepada Mu. Ingin ku didik jiwa ini menjadi lembut melalui ayat2 Mu. Ingin ku hampar kasih di hati ini hanya kerana Mu, ingin ku satukan seribu rasa itu menjadi sesuatu yg menguatkan jiwa ku.

Ingin ku bersujud ke pada Mu,meruntuhkan dinding2 kesombongan dalam diriku,
Ingin ku alirkan air mata dalam doa ku, agar basah ladang hati yang gersang,

Ya ALLAH pencipta hati ini, hadirkanlah rasa ketenangan dalam setiap getaran hati ini


Thursday, September 29, 2011

Monolog Manifestasi Jiwa

Bismilahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,


Sekian lama meninggalkan blog ini. Kembali dengan entri yang tidak perlu di fahami oleh sesiapa pun. Sekadar monolog diri jiwaku yang kian lemah terheret oleh pelbagai rasa.

Duduk menghadap laptop. Hati terkurung oleh jasad yang lemah longlai. Mencari jalan keluar dari seribu perasaan yang membelengu. Cuti semester telah bermula 2minggu yang lalu. Mungkin di luar sana sesi perkuliahan baru masuk minggu ketiga bagi kebanyakkan siswa. atau mungkin minggu keempat. Perkuliahan yang setara oleh kebanyakan universiti sama sekali tidak teraplikasikan di tempat ku belajar.

Lupakan sahaja soal sistem itu. Terima apa adanya kerana belajar menerima itu adalah yang terbaik untuk setiap insan yang bergelar hamba. Menerima satu suratan takdir dengan penuh keikhlasan. Pada saat matahari baru menampakkan sinarnya di pagi hari ini, hatiku sama sekali tidak tenteram. Merasai sakit yang tak menentu. Dan aku sendiri tak dapat menentukan apakah kesakitan itu. Yang pasti ianya lebih menyakitkan dari tapak kaki ku yang tertusuk objek asing yang tajam,, jauh lebih menyesakkan dari kesesakan pagi hari di metropolitan.

Memandang keluar dengan pandangan kosong. Ingin ku isi sesuatu untuk hari ini. Sesuatu yang lebih bermakna.

"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN"

Ingin ku hidupkan kerinduan di hati,, ingin ku selami makna cinta. Cinta yang di ajar kan oleh junjungan ku dan junjungan seluruh umat Islam di muka bumi. Cinta hamba kepada Pencipta. Pencipta kepada segala penciptaan. Pencipta apa yang ada di langit dan di bumi, mahupun di antaranya.

"KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLIH"

Ingin ku nasihatkan hati ini. Nasihat untuk melakukan jihad yang terbesar. Bukan seperti jihad yang di fahami oleh kapitalis mahupun penganas tanpa akal waras. Tetapi jihad dalam mengatakan yang benar. Yang benar dalam setiap perkataan yang diucap, setiap langkahan oleh kaki, mahupun dalam setaip hembusan nafas.

"DAN MEREKA SALING MENASIHATI DALAM KEBENARAN"

Ingin ku ajarkan hati ini sebuah pengertian. Seribu satu erti kesabaran. Kesabaran dalam apa jua keadaan. Kesabaran yang menangkan hati yang tak keruan. Kesabaran yang membawa kepda keikhlasan jiwa.

"DAN MEREKA JUGA SALING MENASIHATI DALAM KESABARAN"


Semoga pada akhir penghidupan ini,, aku tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.


Friday, June 3, 2011

Mengimbas Masa Lalu - Suatu Ketetapan.. (utk mereka yang merasakan tidak berada di tempat yg sepatutnya)


Bismillahirahmanirrahim.

In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...

#entri ini akan menggantikan kata nama 'ana' kepada aku'...

Membuka berita harian online untuk mengetahui berita2 terkini(dah lame tak baca surat khabar sebenarnye). Scroll dari satu tajuk ke tajuk yang laen.. Tiba-tiba terbaca pasal luahan seorang pelajar pasal biasiswa JPA..ok... surat pelajar yang di publish tu lebih kurang macam kat bawah ney..

"Kami pelajar2 spm 2010 berasa amat kecewa kerana tidak terpilih untuk mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN) walaupun keputusan kami 8A+ dan ke atas... Kami merasakan tidak bermakna keputusan spm kami apabila keputusan rayuan yg di keluarkan JPA mengatakan 98 orang pelajar 9A+ akan ditaja ke IPTS dan pelajar 8A+ di taja di Matrikulasi.......bla......bla....bla.........."

Pelajar yang hantar surat ni mesti rasa tak puas hati dan kecewa kan.. Apa2 pun, pendapat aku secara persendirian, pelajar2 ni perlu belajar sesuatu yang lebih bermakna...dan belajar menerima,, ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Apa-apa pun, persepsi setiap orang tu berbeza.

Sebagai perkongsian, aku telah melalui zaman persekolahan aku. Alhamdulillah, sewaktu zaman persekolahan aku tidak la berhadapan dengan banyak masalah.. Dengan izin dan nikmat dari-Nya, aku menamatkan zaman persekolahan aku dengan keputusan 10A1 dalam SPM..tapi aku takde lah pandai mane pun, melambak lagi orang yang dapat jauh lagi bagus. 21A pun ada time aku SPM tu dulu..

So..lepas SPM, macam biasa,, masa memohon apa2 yang patut. Seriously, aku pun tak taw sangat apa yang aku nak lepas SPM dulu..so aku apply je apa2. Biasiswa JPA aku apply perubatan, aku mohon biasiswa kementerian pelajaran malaysia (KPM) untuk study oversea kos biologi dan pendidikan (KPM ada untuk pendidikan je, sebab tu aku mohon pendidikan). UPU dengan matrik tu standard la memang dah isi awal2 dah. Tapi
sume kos yang aku mohon ni relate dengan sains hayat.. Bukan sebab aku minat sangat biologi, tapi sebab aku amat tidak meminati physics. Time sekolah dulu, physics ni dah jadi macam waktu tido aku dah. Tapi entah kenapa, tangan aku ni gatal je nak isi borang Universiti Teknologi Petronas(UTP). dah tahu UTP tu ada engineering je., aku memang sangat2 allergic dengan engineering2 ni (tak minat) tapi aku apply jugak... saja je nak test2..(niat awal dah tak baik)..

Ok,,di pendekkan cerita,, aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Asasi Sains Hayat UM (PASUM), program alpha MMU.. asasi UniKL kat kolej mara Kuala Nerang under mara (yang ni aku pun pelik macam mana boleh dapat,tak de apply pun), Biasiswa KPM untuk ke United Kingdom..biasiswa petronas untuk kejuruteraan kimia UTP......dan JPA-perubatan Ireland..

Bila dapat sume tu,, aku pun tak tahu nak pilih mana satu. Waktu pendaftaran Matrik dengan UM tu awal dari yg len.. UniKL dengan MMU pulak aku dah tolak awal2. Entah mengapa dan entah
bagaimana, tiba-tiba hati aku kuat mengatakan..."Is....MATRIK".... So, aku pun pergi mendaftar kat KMJ,,, Kenapa matrik yang dipilih??? why must matrik?? why that? why this?? kawan2 aku dan masyarakat sekeliling mula mempersoalkan kemasukan aku ke matrik. bagi budak-budak asrama penuh, matrikulasi ni merupakan tempat SPM leaver yang tak dapat tawaran mana-mana melainkan diploma. Kalau aku masuk matrik, sama lah macam result SPM aku teruk giler,,pastu nak repent dekat matrik. Kira result SPM aku tu sia-sia je (ni pandangan orang ramai, student2 matrik jgn mara ye=).

Ok..sebenarnya aku niat nak masuk matrik ni pun sekejap je.. Bagi aku ruang dan masa untuk aku berfik
ir jalan untuk aku.Lepas aku dapat jawapan, aku keluarlah.Tapi entah kenape dekat matrik, aku rase satu kelainan. Aku berkenalan dengan ramai kawan yang baik dan sama perangai macam aku, kehidupan pun sangat teratur. Bagi pendapat aku, tanggapan masyarakat terutamanya budak2 yang sangat cemerlang waktu SPM dulu mengenai program matrikulasi adalah salah sama sekali.. Lama-kelamaan hati aku semakin terpaut dengan matrik. Tapi aku terus berfikir, perlukah aku duduk di matrik ini dan menerima apa yang orang kata dan mensia-siakan result SPM aku? (mcm yang orang selalu ckap, matrik ni untk orang yang takde choice)..aku mula memikirkan tawaran JPA medic ireland. tawaran bernilai jutaan ringgit yang memang susah nak dapat. kalau memang betul2 pandai baru boleh dapat Ireland ney (tp aku xpandai mana pun!)

Then, after 2weeks dkat matrik. surat UTP sampai ke rumah aku. Ye,,aku mendapat tawaran Kejuruteraan Kimia UTP biasiswa PETRONAS.. Kejuruteraan?? NO! Aku apply ni dulu saja nak test je..tak de niat pun nak pergi (benda ni tak elok sbab ttup pluang orang lain nak dpt UTP,tp aku tak pikir pun sume tu dulu). Dalam hati aku mula timbul satu rasa seolah-olah aku sangat bagus (sekarang dah berubah..ni masa zaman tak matang dulu).. aku mula terfikir,, ye..memang orang cakap UTP susah nak masuk..tp aku kan dpat 10A1 SPM..PMR aku 8A..UPSR aku 5A dan seumur hidup aku.. dari aku darjah satu sampai tamat form5, no yang paling teruk pernah aku dapat ialah no 3 dalam keseluruhan..tu pun masa aku darjah 1.. yang laen sume dapat no 1... so.. why I must go to UTP??? Bagi aku UTP hanya lah sebuah IPTS yang tak ada unik nya melainkan nama "PETRONAS" dekat ujung. Aku sepatutnya berada dekat UK ke AUSSY ke IRELAND ke..(aku tulis benda ni bukan untuk ap,, aku just nak tunjuk macam mana fikiran aku yang mula di hasut oleh rasa bangga dan seumpama dengan nya yang tak sepatut nya ada pada diri seorang hamba sperti aku...sbgai iktibar utk aku dan anda smua). Masa aku masuk matrik. aku tak fikir pulak sume ney.. tp waktu tu, aku telah mula kehilangan diri aku yang sebenar..Alhamdulillah sekarang tak lagi=) Surat tawaran UTP tu aku tak bukak pun..aku just ambil lepas tu biar je surat tu kat atas meja tanpa terusik...

Lepas hampir sebulan dekat matrik..aku masih lagi tidak menjumpai jawapan yang aku cari. Mungkin bagi sesetengah orang..adalah amat bodoh untuk memikirkan antara matrik dan JPA...mesti la jawapan nye JPA... tapi tidak bagi aku...Aku mula berasa selesa belajar di matrik tu...penuh kesederhanaan. Hati aku hari ke hari semakin berbelah bagi.. Jauh di sudut hati aku,, aku amat menginginkan untuk meneruskan program matrikulasi.. tapi lama-kelamaan..oleh kerana terlalu ramai yang mengatakan keputusan itu sangat bodoh dan tidak berasas..aku pun semakin lama semakin menafikan rasa di hati ku untuk terus di matrik...



Akibat banyak mendengar suara2 kenalan dan masyarakat am nya.. aku pun keluar dari matrik.. dan menerima tawaran JPA untuk ke Ireland... ternyata itu bukan lah jawapan yang ad dalam hati ku,,tetapi kaki ku tetap bergerak ke arah jalan itu.. Kehidupan aku yang sangat mencabar bermula selepas aku mendaftar program tersebut.. di situ aku mulai merasai pahitnya kegagalan dan manisnya kemenangan... aku merasai jatuh bangun nya hidup aku...dan mula belajar pengalaman baru yang mematangkan diri.,.serta mula merasai deraian air mata yang menguatkan hati.

Dan akhirnya...............entah kenapa dan entah bagaimana, jalan ini membawa aku ke bumi ini.......




Tempat yang tidak terfikir oleh benakku,,,
tempat yang suatu ketika dahulu surat tawarannya aku hanya mencampakkan ke meja.,, tempat yang sememangnya tidak mahu ku langkahkan kaki ke situ,,,...

Apa yang aku ingin sampaikan dari entry yang panjang lebar ni...

"Kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kita... Kadang-kadang kita merasakan kita sepatutnya berada di tempat yang jauh lebih baik...tapi takdir mengatakan kita harus di sini"

Hanya Pengatur Sekalian Alam yang Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya..... Ketentuan-Nya adalah satu rahsia.... yang penuh hikmah,,agar kita berfikir dan belajar menerimanya...sesuatu yang hebat pasti menanti di sebalik ketentuan itu......



Wednesday, March 30, 2011

Di Gelap Malam..

Bismillahirrahmanirrahim,,
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful..


Di gelap malam, kelihatan seorang remaja sedang leka bermain game. di sudut yg lain, seorang pelajar sedang di ulit oleh buku2...dan seorang gadis sedang tersenyum sendirian di hadapan laptop.

Di satu tempat yang lain, seorang ibu sedang menidurkan anak nya, seorang bapa sedang mencari nafkah untuk keluarganya, seorang doktor sedang merawat pesakitnya, seorang arkitek sedang sibuk dengan lukisan2 nya, dan seorang pengemis sedang berjalan di kaki lima....


Dalam gelap malam itu juga, seorang anak muda sedang berseronok di pusat hiburan, dan seorang hamba sedang mengadu rindu pada Pencipta Nya.

Di manakah ana dalam gelap malam itu??? Sedang sibuk bermain game?? Sedang tersenyum di hadapan laptop?? Atau sedang sibuk merayau2 tanpa tujuan tidak ubah seperti seorang pengemis yg sedang merayau2 di kaki lima?

Di gelap malam itu......mungkinkah ana seperti hamba yg sedang mengadu kasih kepada Pencipta? atau seperti manusia sombong yg berjalan dengan bangga di bumi ILAHI????

Demi waktu Dhuha dan demi malam apabila sunyi,,
Tuhanmu tidak meningglkan kamu dan tidak pula membencimu,
(Dhuha, 1-3)

Adakah di gelap malam itu engkau telah melupakan tuhanmu???
Di saat hamba2 itu sedang merendahkan dahi bersujud kepda Penguasa Alam,, dimanakah engkau????

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh......."
Al-Asr 1-3

Di saat daun2 berguguran itu sedang bertasbih, di saat embun2 itu sedang memuji pencipta, apakah yg engkau lakukan????


Di saat oksigen bergabung dengan molekul darah, di saat nadi berdetak, di saat synapse neuron2 di akalmu membentuk sambungan, apakah engkau menafikan nikmat itu?????

Duhai diri ini,, jika engkau menafikan nikmat itu,, bagaimana pula dengan nikmat yg engkau lihat dengan mata kasar mu sendiri???

UPSR:5A
PMR :8A
SPM : 10A1

Sememangnye engkau memang pernah di uji dengan kegagalan..kegagalan yg menderaikan air mata di pipi mu.,, yg membentuk luka di hatimu,,

"Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan,kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah."


Nikmat apakah lagi yg ingin engkau ingkari?????


Dalam perjalanan di gelap malam ini,, dengar la jeritan hati itu,, jeritan hati yg mencari erti kesyukuran. Jeritan hati yg menginginkan ketenangan dari Ayat-ayat Nya, jeritan hati yg ingin merasai damainya malam itu!!!


Semoga gelap malam itu akan di akhiri dengan cahaya yg benderang.

Saturday, January 22, 2011

Biarkan Hati Itu Terus Berbicara..

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful..


21 January 2011,

Pulang ke tempat perjuangan ana...meneruskan tugas sebagai seorang pelajar....memulakan semester perkuliahan yg baru,..di tempat yg masih lagi terasa asing...walaupun telah setahun berpijak di bumi itu..

Kekuatan hati itu hilang entah kemana....mungkinkah ia ditiup udara lalu atau tersejat oleh mentari pagi??? Yang pasti kelemahan itu diungkap dengan titisan air mengalir di pipi...

sudah lebih setahun masa berlalu...meninggalkan kisah yg lampau...mengimbas kembali luka2 yg pernah tercalar di hati..jelas sekali lukanya masih tersisa...walaupun cuba ditampal dengan suatu cerita...ianya tetap berbekas...

Namun luka2 yg memedihkan itu lah yg mengajar ana erti sebuah kehidupan.... memberi ana pandangan kepada hakikat dunia sebenar..... mencorakkan diri ana yg berdiri sekarang.....

Tiada yg lebih baik melainkan yang telah ditetapkan untuk kamu oleh tuhan Mu..kerana hanya Dia lah Yang Maha Mengetahui tiap2 sesuatu..

Hati itu mencari kekuatan... mencari kekuatan menerima ketentuan.... Mencari kekuatan mengubah kekecewaan kepada sebuah destinasi yg hebat...

Dalam deraian air mata itu hati ini mengenal pencipta Nya...kerana tangisan itu langkahan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Nya... dan kaki itu masih lagi melangkah...dengan segenap keringat yg ada...hati itu msih lagi mencari...stu pencarian supaya lebih mengenal Pencipta Hati........

Kerana setiap ketentuan itu di atur dengan penuh hikmah dan bijaksana oleh Pencipta Alam

Friday, December 17, 2010

Kerana Air Mata,Ia Terlahir,.

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH,the Most Gracious the Most Merciful..



Sudah lama tak menjengah blog ney..Kesibukan yg melanda dunia seorang pelajar. Final exam tinggal 2minggu je lagi..xtaw la dah sedia ke belum..Apa-apa pun..usaha dan tawakal tu pokok yg paling utama. Ana serahkan segalanya pada Yang Mengenggam Takdir..


Melihat kembali post2 terdahulu.....sudah lebih dari setahun usia blog ney..dengan post sebanyak 83...dan kebanyakan yg berkunjung ke blog ini adalah dari Malaysia,Indonesia, Ireland dan USA (statistik nuffnang).

Sebenarnya,,blog ini mula2 terlahir setelah ana menerima satu ujian dalam hidup. Setelah pertama kali ana tersilap langkah dalam membuat keputusan. Setelah berderai air mata ana, sesuatu kekecewaan yg tak mungkin ana perbaiki kembali...kecelaruan yg masih segar dalam ingatan....impak nya jelas terasa sehingga kini..walaupun sudah lebih dari setahun.

Jujur ana katakan, hampir ana berputus asa ketika itu..... Seorang budak yg belum pernah kenal apa itu erti kekecewaan dlam kamus hidupnya telah tersungkur dlam satu perjalanan yg panjang.... Ketika itu,,budak itu menangis keseorangan..tidak berkongsi dengan sesiapa pun.....hanya pada Illahi hati merintih...

Dalam kesedihan yg seolah2 tak berpenghujung itu...budak itu terbaca satu potongan ayat yg jelas maksudnya

"Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya dengan usaha yg sepertinya sia2,ALLAH tahu betapa keras engkau telah berusaha.Ketika kau menangis sekian lama dan hatimu masih berasa pedih,ALLAH sudah pun menghitung air matamu".

Dari situ la terlahirnya www.absolutely-is.blogspot.com.... dengan bertemakan keinsafan, kedukaan, kegembiraan, kecelaruan,, perjalananku menyusuri liku kehidupan..

Disini lah tempat ana berbicara dengan hati ana...megubat satu kepiluan. Mencari penawar pada hati yg kian lemah.. Mencari kembali sinar cahaya dalam satu kegelapan. Cuba keluar dari tempat ia terjatuh. Melupakan yg pahit,,,menguatkan sanubari...mencari jawapan kepda satu pencarian.

"Aku tidak yakin pada diriku sendiri,oleh itu hanya pada Mu lah aku bergantung harap, pada Mu lah aku menyerahkan segala pergantungan"...

Di sini..ana mula kan kembali pencarian mencari diri ana..mulakan bicara yg masih dalam lingkungan kefahaman manusia tetapi tidak difahami sepenuhnya.,.mula mengungkap segala monolog....mendekatkan diri pada Penguasa Alam...menginsafi segala kesalahan..belajar dari kesilapan yg dulu..,.kesilapan hati dalam membuat keputusan....walaupun ianya terkesan sehingga ke hari ini,,...dan mungkin hari yg mendatang..

"Ingin ku bersujud kepada Pencipta ku..sujud yg tidak mahu ku angkat wajahku...ampuni aku atas segala kekhilafan ku..ajari aku menerima takdir Mu,.,,bimbingi hatiku dalam membuat keputusan,,temani aku dalam langkahku...jangan kau biarkan aku tersasar.."



Sunday, November 28, 2010

Biarkan Hati Itu Menangis..

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Hujung minggu,,seharian ana di ulik buku yg membentangkan formula2 physics yg x berapa di fahami itu...Membelek-belek subjek yg pernah membuat ana menangis suatu ketika dulu..pernah dahulu ana berhasrat meninggalkan subjek ini..kerana ana mengetahui ana jauh lebih meminati proses imunisasi badan dari proses pergerakan arus elektrik.

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)


Hujan tanpa henti di luar. Membasahi bumi Tuhan. Deraian air yg turun,,hasil dari kondensasi dengan udara sejuk di atas menjadi bukti kekuasaan Yang Maha Mencipta.

Membuka fb sebentar.....rasa nye xingin lagi untuk membuka nya. Tiada sesuatu yg menggembirakan....akan ana deactive fb yg merugikan mse itu..

Menjengah gelap malam.. Tiada satu bintang yg kelihatan.. Semuanya larut dalam gelap. Tiada seorang yang menemani. Sendirian dalam gelap itu, Tapi ana yakin.. dalam kepekatan itu,, ada yg sentiasa menemani.

Malam ini,, seorang anak manja ini terasa ingin menitiskan air mata. Titisan air mata penenang hati. Terkenang akan ana secebis kehidupan. Teringat akan ana suatu destinasi yg diimpikan.

"Ya ALLAH, tidak ada yang mencegah jika Engkau memberi,,dan tidak ada yg memberi jika Engkau mencegah,,tidak ada yang dapat menolak apa yg Engkau takdirkan".

Ana yakin jalan ini yg ditakdirkan utk ana. Suatu jalan yg di takdirkan dengan penuh hikmah. Ana di sini adalah atas kehendak-Nya. Meskipun tidak pernah dilewati akal utk ana di sini. Tetapi hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaik untuk setiap hamba-Nya.

"Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendak ku dalam setiap bahagian hidupku".

Suatu malam penuh misteri. Mengungkap kesedihan hati. Tidak perlu ditafsir kesedihan itu.

"Ingatlah yg menulis ujian atasmu adalah yg menulis nikmat untukmu"

Ingin ana bersujud di gelap malam ini. Mengungkap semua kesedihan yg bersarang di lubuk hati. Ana perlukan ketabahan hati..meneruskan langkah kaki ini. Langkah di tempat yg ditakdirkan.. Ingin sekali ana untuk kedepan. Melupakan segenap kisah di belakang. Bergerak di atas takdir yg ditentukan-Nya.

"Dunia ini untuk kegembiraan. Akan tetapi kegembiraan itu di bungkus dengan kesusahan dan derita. Dunia adalah jambatan yg tidak kekal untuk di lalui ke negeri baqa"
(Imam As-Shafie)

Di bumi ini ana berpijak.Di sini ana berada. Jalan ini ialah jalan ana.. Tidak mungkin ana berpaling. Jangan biarkan ana mengeluh.

Lebih setahun dahulu pernah diri ini berkata,,di sini bukan tempat ana.. Tetapi kini takdir mengatakan,, inilah tempat ana....dan ana mengetahui....yg di takdirkan itu adalah yg terbaek untuk ana.

#walaupun di bibir terukir senyuman,,kedengaran gelak tawa...hanya ALLAH yg mengetahui,,,betapa ana merindui biology 4.00 di atas kertas ana...


Friday, November 12, 2010

Khianat Mengkhianati Lumrah Dunia?

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Selepas menunaikan solat subuh...trus membuka laptop..ad sesuatu yg hendak di coretkan oleh budak mentah ini..(ishh..bukan nak bace al-Mathurat dlu..)

Sudah lame tidak berbloging. Sibuk dengan test yg banyak n sekarang mid sem break. Macam yg ana katakan dulu...rumah bukan tempat yg sesuai untuk menghabiskan masa di hadapan laptop.. habiskan masa dengan family lagi bermakna..btul x????


Ada sesuatu yg berlaku membuat kan hati ana menjerit2 hendak mencoretkannya di sini. Nak menconteng2 di dinding..takot nanti di katakan vandalisme..so conteng kat sini je la...
Suatu hari yg amat mengejutkan ana..Kenapa?? Sebab mulai hari ini budak mentah ini mula lebih mengenali dunia.. Mengenali sesuatu benda yg tidak pernah dikenalinya dulu. Ya.. pagi ini mengguris hati ana. Satu gurisan yg tak terlihat oleh mata..tapi cukup untuk dirasai oleh jiwa.

Perkara yg berlaku hari ini mula membuatkan ana terfikir.. Inikah yg di katakan 'dunia'???. Fitnah bertaburan di merata2. Khianat menjadi lumrah bagi makhluk2 perosak bumi ini. Kenapa??? Bersalahkah ana sehingga menjada mangsa kepada pesakit2 psikologi ini??? Pesakit2 yg hilang pertimbangan akal.. pesakit2 yg tidak mampu berfikir.. Pesakit2 yg hilang ingatan sampai lupa bahawa setiap amalan baik buruknye sentiasa di catat..


Tidak kah mereka mengetahui setiap umat Islam itu bersaudara dan menfitnah saudara itu adalah salah satu dari dosa2 besar??????

Dan diantara ciri2 orang fasik ialah:
Apabila berkata mereka berdusta..

Dimanakah hilangnya norma2 kehidupan???
Di manakah wujud nya erti persahabatan???

Disini ana mencoretkan sesuatu buatmu..
untuk disematkan dalam kalbumu..

Duhai sahabat..

Telah lama diri ini meminta maaf darimu..

walaupun kekadang terfikir di benak,

salahkah aku sehingga memerlukan kemaafan mu??????


Duhai sahabat..
sungguh diri ini tidak pernah mengharapkan,,
dirimu meminta kemaafan dariku,,

bukan tiada maaf bagi mu,,
tetapi mintalah keampunan,
dari TUHAN mu,

Duhai sahabat,,
andai dikau terlupa..
sudilah aq mengingatkan nya,

telah dijanjikan tuhan,
apabila fitnah keluar dari mulutmu,
segala amalan mu akan diberikan kepada,
yg menjadi mangsa tomohan mu,
sungguh begitu budimankah dikau wahai sahabat???????


Duhai sahabat,,

tidakkah ada lagi,,
neuron2 di benak mu,,

yg mampu mengingati,,
definasi persahabatan????????

Duhai sahabat,,

teringat akan daku sebuah pesanan,

jika kamu ingin menjadi baik,
bersahabat la dengan orang2 yg baik,
kini aku mulai terfikir,
perlukah aku menukarkan perkataan 'sahabat'
dalam stanza2 di atas dengan sesuatu yg lain?????

Ya..

Di pinggiran ini aku berdiri,
bukan untuk memarahi mu,
apatah lagi menyalahkan mu,

tidak layak bagi ku menasihatimu,,
apatah lagi mengajarmu,,


tetapi ingatlah duhai sahabat,

hidup ini bersifat sementara,,
akhirat jua lah yg kekal buat selama-lamanya,
selagi masih ada molekul2 oksigen
yg bergabung dengan darah2 mu,

selagi itu lah aku mengharapkan dirimu,

tidak tertipu oleh tipu daya syaitan.

Hentikan lah semua ini duhai sahabat ku,

malulah kamu kepada dirimu,
dan kepada tuhan mu,
coretan ini bukan untuk menyatakan kebencian ku kepadamu,

apatah lagi untuk menyakiti hatimu,

tetapi sekadar peringatan untukku,
dan juga untuk diri mu,duhai Sahabatku...



Friday, October 15, 2010

Stanza Dari Hati..

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.


Sejenak...
Aku merenung masa depan..

Terkadang jauh aku membawa diri menyelusuri jalan2 silam

Lama aku bermonolog mencari buah-buah fikiran
Hingga akhirnya aku tersedar........

SUDAH BEGITU JAUH PENTAS DUNIAWI INI KU RENTASI!!!

Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku perolehi
Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan

Terkadang aku tertawa-tawa bahagia dengan anugerahMu

Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu
Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku


Ada begitu banyak nikmatNya yang aku dapat

Ada begitu banyak rahmatNya yang aku dakap

Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku

Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku
Semuanya menjadi satu.....


Ingin mengeluh
tetapi aku terlalu
TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi
Ingin meminta
tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya

Ingin mengadu
tetapi mer
asakan terlalu manja hingga tidak betah diuji tuk kesekian kali
Ingin meratap
tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..

lalu kesemua ini milikNya


Akhirnya..

hanya yang aku punya....sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya
Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..
Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...
Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,,,,
Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..
Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak bisa aku ungkapkan
dengan bicara kata
Hanya satu yang ku pohon.......

"Tuhan..........tolong jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata,

Kerna aku tidak mampu walau sesaat,
hidup tanpa cinta dan perhatianMu
,
Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah,
Tidak mampu aku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..
Tidak mampu aku kuat terus Ya Allah.
Andai Engkau tiada disisiku"

Disetiap kali aku memerlukan-Mu
Kulihat langitMu yang terbentang luas..
Dapat kurasakan selaut cintaMu yang meluas untukku
Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku




Berderai mata hati ku,
mendera semua harapan,
selaksa cintaku padanya,
ikatan suci romantika naungan-Mu..

Meski sejuta cinta menyapa,
masih cenderung ku pada nya,
Tuhan, satukan hati kami,
di bawah cinta Mu,
alirkan bahagia di redha Mu.

Ku tidurkan mimipi indah ini,
pada Mu yang menggenggam takdir,
kusandarkan harapan ku ini,
pada-Mu ya Illahi, ku simpan dalam rongga hati

Stanza Cinta


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...