Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Review I Miss You


Anyohaseyo peeps! Back to dramaland again.. Baru je berpeluang menghabiskan sebuah drama. Lepas ni aku akan berhenti kejap tengok drama-drama or apa-apa cerita yang panjang memandangkan aku akan mula sibuk dengan perkuliahan.

So kali ni aku akan buat review untuk drama yang baru je aku habiskan tadi. Bogosipda atau dalam english nya Missing You aka I Miss You, ditayangkan di siaran MBC menggantikan slot yang di tinggalkan Arang & The Magistrate.


I Miss You bergenre melodrama, atau ada yang mengklafikasikannya dalam "heavy drama". Drama ni berkisar mengenai seorang gadis berusia 15tahun, Lee Soo Yeon yang dipinggirkan di sekolah kerana dikatakan anak seorang pembunuh. Kerana status nya sebagai anak pembunuh, dia tidak mempunyai walau seorang sahabat. Ibu Soo Yeon juga seringkali bersikap kisar kerana tekanan emosi. Senang cakap, Soo-Yeon adalah seorang gadis yang menyedihkan.

Dalam pada itu, Han Jung- Woo, anak seorang ahli perniagaan telah tertarik dengan Soo-Yeon dan mereka menjalani cinta pertama mereka. Malangnya tidak berapa lama lepas tu, satu tragedi berlaku dan memisahkan Jung-Woo dan Soo-Yeon. Selepas 14tahun berlalu, Soo-Yeon yang selama ini dibawa ke Perancis kembali ke Seoul bersama dengan seorang lelaki, Hyun-Joon yang menyamar menjadi Harry Borrison. Plot berkembang apabila Harry sebenarnya mempunyai perancangan untuk membalas dendam kepada keluarga Wung-Joo atas apa yang berlaku 14tahun dahulu.

Lebih kurang macam tu lah cerita ni. Bagi aku cerita ni agak menarik dengan bayak persoalan-persoalan dan teka teki yang timbul. Permulaan cerita agak menarik, tetapi sedikit membosankan di beberapa episod pertengahan tetapi kembali menarik menuju penghujung. Mempunyai penceritaan yang kuat, just aku rasa kurang chemistry antara dua watak utama, Soo Yeon dan Jung-Woo ketika mereka di pertemukan kembali. Aku lagi menyukai watak Harry. Aku lagi suka kalau Harry yang bersama Soo Yeon,, because he deserve more. and in fact, Harry yang paling menderita antara semua.

Kalau korang tercari-cari cerita apa nak tengok untuk masa lapang korang tu, Missing You ni sangat di recommend. tapi jangan harapkan cerita ni banyak scene-scene yang sweet2 macam kebiasaan drama dari South Korea ye.. cerita ni beratmosphere menyedihkan dan lebih banyak memaparkan penderitaan dalaman watak.. 

satu ayat yang aku paling ingat dalam drama ni:

 "Aku menangis bukan kerana sedih,, tetapi kerana angin yang berhembus"



The words “Be well” seemed so sad
So tears are already welling up
They fill up in between my eyes
So I try to hide it with my hand

I heard you telling me to be happy
But when I said I couldn’t go on without you
You said this is all for me
And I really hated you

Tears are falling – drip drip drip
My smile is disappearing – more and more and more
Because you once lived in my heart that I called love
And you have left me

Rain is falling – drip drip drip
I wonder if the skies know how I feel
I cover my eyes so I won’t hurt more, so I won’t see you anymore

I’m still in the same spot
Because you might turn around and come back
I count the memories one, two, three
As I stand in this place alone









Monday, December 3, 2012

Best Korean Drama 2012


Memandangkan aku sekarang mempunyai masa terluang yang sangat banyak.. maka banyak la drama-drama yang berjaya aku habiskan sepanjang percutian ni. Untuk kali ni aku akan recap top 3 drama dari korea yang telah nominated untuk korean drama award yang akan di umumkn keputusan penuh pada tahun hadapan... list ni bukan daripada aku tapi dari undian orang ramai ye =)


1. Faith / The Great Doctor..

Dekat korea drama ni menggunakan nama Shinui,, ataupun faith.. tapi bila di komersialkan, tukar pulak jadi the great doctor. Mendapat undi lebih 4000 dalam masa seminggu undian di buka.. Really tell how strong this drama right?


Bertemakan cinta time travel mengisahkan seorang general dari zaman dinasti Goryea, Choi Yong yang merentas masa ke tahun 2012 untuk mendapatkan seorang doktor demi menyelamatkan nyawa permaisuri yang yang tercedera sewaktu perjalanan untuk pertabalan di raja.. Kalau korang tak pernah mengetahui sejarah General Choi Yong yang terkenal kat korea tu, boleh baca kat sini..

Kalau korang berminat dengan lakonan lee min ho dalam boys Over Flower, Personal Preferance mahupun City Hunter,,dalam drama ni Min ho memegang watak General Choi Yong,, tak banyak bezanya dengan watak Lee Yoon Sung dalam City Hunter,,, masih lagi seorang mesin bunuh yang hebat..

Bagi aku apa yang menarik dalam drama ni ialah chemistry yang di wujudkan antara Dr. Yoo Eun Soo yang di lakonkan oleh Kim Heo Seon dan juga Choi Yong (Lee Min Ho).. tapi ending dia agak twist sikit..



Aku memang recommend cerita ni.. 20 episode yang penuh dengan scene-scene menarik..

2. Arang And The Magistrate..

Akhirnya, sesuatu yang segar dari korea,,, tiada kene mengena dengan time travel mahupun story mengenai raja2,,,  Plot cerita yang sangat unik.. apa tak nya,, pernah tak korang terfikir mengenai cerita dari persepsi seorang hantu??? *penjodoh bilangan untuk hantu "seorang" ke*


Arang and the magistrate (Alangsattojeon)   mempunyai keunikan tersendiri.. Cerita bertemakan romantik, fantasi dan juga supernatural.. berkisar seorang gadis yang merupakan anak hakim di sebuah daerah terpencil yang mati dengan penuh misteri. Selepas kematiannya, roh gadis tersebut bangkit tetapi hilang ingatan, dan di gelar Arang di kalangan hantu-hantu.. hidup sebagai hantu yang berkeliaran selama 3tahun, akhirnya Arang membuat keputusan untuk mencari punca kematiannya dan mengingat kembali kisah hidupnya..

Untuk mendapat pembelaan kepada kematiannya, Arang telah mendampingi seorang hakim yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan hantu ataupun roh.. Setelah itu,, kisah hidup Arang mula terurai sedikit demi sedikit. Arang mula mengingat kisah hidupnya, namanya dan juga perangai nya ketika hidup. Ketika hidup, Arang merupakan gadis yang pendiam, menjaga tertib, dan telah bertunang sebelum di temui mati dengan keadaaan sangat misteri dan  diselubungi perkara-perkara ritual ataupun mistik.Get it??


bagi aku, plot cerita ni sangat menarik,, segar, sesuatu yang unik. Jika anda mengangap drama ini memaparkan kisah hantu yang seram-seram, sangkaan anda meleset. Arang merupakan hantu yang sangat ceria dan degil.,,..dan.... Arang sangat sweet okayy. tema cinta antara Arang ketika hidup dengan tunangnya dan juga Arang yang telah mati  dengan hakim sesuatu yang sangat menarik..

Antara drama korea yang menarik hati aku sepanjang tahun ni. Satu ungkapan untuk cerita ni.. Arang make this drama really beautiful in its own way

3. Innocent Man

Tajuk cerita ni sebenarnya Sesang Eodiedo Eobneun Chakhan Namja (the Nice Guy Never Seen Anywhere In The World), di komesialkan dengan nama Innocent Man.. Mendapat undian 3000++ dalam masa seminggu,., seribu kurang daripada Faith. 

Membawa tema melodrama, berkisarkan seorang lelaki yang ingin membalas dendam kepada perempuan yang di cintai nya melalui perempuan lain. sesuai dengan konsep melodrama, drama ni lebih banyak bermain dengan kata dan emosi.


kalau ikut pendapat aku, cerita ni mempunyai turun naiknya dan aku kategorikan sebagai biasa-biasa je. Episode pertama agak menarik dengan memaparkan watak Kang Ma Ru (Song Joong Ki), seorang pelajar kedoktoran tahun ke 3 meninggalkan pengajiannya semata-mata untuk menyelamatkan kekasihnya Jae Hee (Park Si-Yeon) yang telah membunuh orang dengan tidak sengaja.

Setelah keluar dari penjara, kehidupan Ma Ru mula kehilangan arah dan di takdirkan semula untuk berjumpa dengan Jae Hee tetapi keadaan telah berbeza. Jae Hee telah berkahwin dengan Direktor sebuah syarikat ternama dan mempunyai seorang anak tiri, Suh Eun Gee (Moon Chae Won). Untuk membalas dendam kepda Jae Hee, Ma Ru telah menggunakan Eun Gee, tanpa di sedari dirinya telah jatuh cinta dengan eun Gee. Plot cerita ni berkembang apabila Ma Ru membiarkan dirinya terlibat dalam kemalangan dengan Eun Gee  kerana telah hilang semangat untuk terus hidup. kemalangan tersebut membuatkan Eun Gee hilang ingatan secara total dan Ma Ru mendapat kesan sampingan pada kepala. sehingga akhirnya Ma Ru menyelitkan harapan di dalam hati,  
"semoga di kelahiran yang akan datang, aku akan bertemu dengan Suh Eun Gee lagi dan pada saat itu aku ingin bercinta denganya seperti layaknya orang biasa-biasa, dan mulai nya dari awal" (Innocent Man eps 20,kang Ma Ru,2012)


Perjalanan cerita ni agak lambat berbanding Faith mahupun Arang. Lebih banyak bermain perasaan dan kata. One word untuk cerita ni.... Suh Eun Gee.. Chae Won yang membawa watak Eun Gee yang baru sahaja menerima korean best actress award dan juga best couple award pada tahun 2011 menerusi drama Princess' Man sekali lagi menunjukkan kemampuan berlakonnya. Kali ni Chae Won cuba menonjolkan watak Eun Gee yang degil,mandiri. penuh dengan kebencian dan ketidakpercayaan serta mempunyai pandangan yang menakotkan melalui ekor mata..menggoda tuuu...auwww..


Tapi rasanya watak Princess Se Ryung yang dilakonkan Chae Won dalam Princess' Man tu lagi hebat. Yupp..dalam banyak-banyak drama korea yang aku tengok, Princess' man paling best aku rasa,.. sebab tu lah menang best korean drama award untuk tahun lepas kan..



#aku bukan peminat drama korea ke apa, aku just tengok apa yang best bagi aku.. kalau hari ni aku tengok drama korea, mungkin besok lusa aku tengok drama dari thai, filipine. zimbabwe pun mungkin =)



Monday, September 17, 2012

New Stuffs for Holidays


 2 barang baru untuk mengisi cuti ni...


 

gitar baru Ibarra.. boleh tahan gak harga gitar ni,, kurang sikit je dari biasiswa sebulan... tapi puas hati..



Asus Republic of gamers... ASUS ROG ni menggunakan processor 3rd gen i7 dgn  3770K 3.50GHz... kalau tekan satu button kat atas dia, boleh overclock sampai 4.5-4.6 GHz.. dengan graphic card NVIDIA GeForce GTX680 2GB GDDR5 serta RAM 16gb ddr3, dan led monitor 24inch memang puas hati untuk orang yg suke main game macam aku ni... satu je masalah dia,, cooling system dia, walaupun guna liquid, temperature processor kejap je dah over 80 degriced






Saturday, July 28, 2012

Spectra Tune Up Test - The Power To Surprise






Okay, semalam aku dah cakap akan update blog ni after aku test drive balik kereta aku tu...
so, siang tadi aku dah pun test drive sejauh 50km and aku rasa kereta aku dah kembali seperti normal.. kecuali allignment mungkin lari sikit.

Memang aku berniat nak test high speed kia aku ni.. so nak tengok hasil tune up dia???



Aku telah memecut lebih 170km sejam dengan "overdrive button". Untuk capai kelajuan 170km/h ni, memang overdrive button dekat bawah gear kereta spectra ni perlu di on.. erkk.. Dia bila tekan tulis Overdrive off.. Function button ni untuk naikkan rpm. Tapi memang minyak jadi mangsanya.. 

Ok.. aku rasa drive shaft dah berfungsi dengan betul. Tak de lagi bunyi pelik.. Kereta pun dah balance walaupun pada kelajuan mencapai 170km/h.. Tapi bila dekat-dekat dengan 180km/h tu, aku dah tak berani nak push lagi  walaupun aku tahu engine Kia ni masih boleh menampung untuk takat kelajuan seterusnya.


HID headlamp pun dah pasang. So,warna nyalaan lampu pun dah berubah.. Sebenarnya bercadang nak pasang LED Daylight.. Tapi cina tu cakap takut leak nanti.. So tak jadi.... Aku rasa cukup dah tune up untuk spectra aku tahun ni.. Kalau total dah lebih MYR4000 dah pun.Masa untuk berjimat pulak. =)










Friday, July 27, 2012

Spectra Tune Up Part 1


Pagi tadi pergi ke bengkel.. ambil barang yang aku order macam aku cakap dalam post lepas.... Beberapa komponen dalam spectra tu pun aku dah tukar.. dan tuning balik.... list barang - barang yg di tukar :

2 drive shaft original by kia (import from Korea ) - MYR 2500
drive shaft oil seal by kia - MYR95
Sumo Synthetic Pro Auto Transmission Fluid Type 4 - MYR 180
Balancing 4 wheel - MYR 20
Shogun Battery NS70 - MYR250
Castrol Fully Synthetic Oil engin - MYR 209
Oil Filter by Kia - MYR 15
Flush gear + Labour - MYR 280

Engine Tune Up Setting

Total - MYR3549
          ~MYR3550


Ok... dah mcam harga beli motor baru dah rasa.. besok merancang untuk test drive balik spectra ni... test top speed sekali.. hasil tune up akan di update...



Monday, July 9, 2012

Original Beat Tour


Baru-baru ni aku telah mendapatkan original earphone beat tour by dr dre ni..ok. sekali lagi duit telah di bazirkan..



Mungkin ramai yang mempertikaikan kenapa harga earphone ni sampai separuh daripada harga newipad tu.. Sedangkan produk tiruan monster beat tour ni melambak dekat pasaran dan di katakan mempunyai kualiti hampir 90% sama dengan original dengan harga pun murah 90%.. Boleh percaya ke????


ok..setelah mencuba beat tour ni, aku rasa aku tahu sebab apa harga nya agak mahal... kualiti bunyi yang di keluarkan beat tour ni aku rasa sangat hebat dan mustahil untuk mendapatkan kualiti sound yang seumpama dengan nya dari earphone murah dan sangat jauh berbeza dari produck tiruan monster beat walaupun grade oem. Lagi-lagi apabila membuat sound check dengan ipod... kualiti sound dari beat tour ni tak berkurang walaupun volume di buka sampai maksimum..

walaupun harganya agak mahal,, tapi aku rasa sesuatu yang berbaloi..ada warranty by monster beat lagi setahun untuk apa jua kerosakan..

 trust me you get what you pay... every single cent have a value..



 



Life too short to to listen to bad earphone.





Sunday, May 27, 2012

3 Benda Kegilaan ku


Baru week-week first kuliah start ni rasa macam rajin pulak nak update blog... tak apa.. lepas ni mungkin lama menyepi.. tengok jadual dan nama subjek yang daftar sem ni, rasa macam tak kan berpeluang je nak update entry lagi...

Entry kali ni, aku just  nak list out  benda apa yang membuatkan duit-duit aku sentiasa mengalir keluar..untuk panduan aku jugak nanti..haha.... Bila aku fikirkan, aku ni sebenarnya banyak habiskan duit dekat 3 benda.... Apa boleh buat.... Aku memang gila  kan ketiga-tiga tu!!!


PAKAIAN

Ok..siapa cakap lelaki akan pakai pakaian yang sama untuk hampir setiap masa dan tak suka habiskan duit kat pakaian??? Aku rasa benda ni lah yang paling banyak menghabiskan duit aku.Dah la kat kedai tu baju lelaki susah nak jumpa yang murah berbanding perempuan..


Aku memang suka beli pakaian. tak kira lah baju ke seluar ke... Walaupun dah banyak, aku tetap akan membeli yang baru, sampai ada tu aku pakai tak sampai 3 kali pun,, terus terperuk kat almari..sampai lah satu almari besar kat rumah aku,yang sizenya untuk menyimpan pakaian suami isteri penuh dengan pakaian aku seorang je... Kat hostel pun lebih kurang jugak, tapi memandangkan almari yang  ada kat hostel ni kecil dan rumah aku pun memang jauh yang teramat dari universiti ni, so aku hanya mampu membawa tak sampai dari satu persepuluh dari pakaian kat dalam  almari tu ke sini......



One day nanti kalau aku kahwin, aku tak kisah kalau isteri suka stop dekat kedai baju.. Sebab aku pun suka jugak!Tempat yang memang jadi favourite aku untuk habiskan duit bab-bab pakaian ni ialah romp boutique dan zara boutique.. rasanya koramg pun tahu mana ni...Selalu jugak aku dapatkan online je especially dari http://www.zalora.com.my/


Bagi aku, pemakaian adalah salah satu cara ekspresi diri... Atau perkataan lain, diri itu di eksperesi kan melalui pakaian... apa kau belit2 ni Is.. Tapi aku rasa memang kebiasaan masyarakat Asia memang suka kumpul pakaian.. Not like american yang boleh pakai satu t-shirt or singlet then pergi berjalan tak kira lah masuk hutan ke masuk shopping complex sama ja.. Orang Asia memang suka kan fesyen dan menganggap fesyen adalah satu cara ekpresi yang terbaik.


GADJET

Gadjet  aku rasa memang jadi kegilaan ramai, termasuk lah aku, tapi sayang, budget tak pernah nak cukup...sebab tu lah handset nokia 5800 yang dah masuk dua tahun setengah tu tak bertukar-tukar dan takde niat pun nak tukar. Harap-harap tak rosak dalam2,3 tahun lagi..=)

Gadjet memang aku tak boleh nak elak,, sebab kebanyakkan kan nya bagi aku memang keperluan macam laptop, handset, kamera, GPS untuk orang yang selalu sesat jalan macam aku memang lah penting..

Tapi ada dua gadjet yang memang menjadi kesayangan selepas laptop dan handset yang memang bertahta di hati dan sentiasa jadi peneman terutamanya waktu nak tidur dan dalam perjalanan jauh yang membosankan...iaitu ipod nano dan juga original monster beat studio by dr dre...



ipod dengan monster beat ni memang gabungan yang aku rasa berbaloi aku spend duit.. Monster beat ni aku dapat kan dekat official website monsterbeat malaysia.. Klik sini kalau korang berminat...... Ada dua je tempat yang boleh dapatkan monster beat yang original,, iaitu dari Apple store or IMAC,, n dari website dia..




BUKU..

Wahhh,, bagusnya giler buku.. tapi  sayang bukan semua buku yang aku beli aku baca sampai habis..hahaa..




Buku memang jadi favourite aku untuk di beli tapi tak semstinya untuk di baca... Sama jugak macam pakaian tadi,, satu bilik kat rumah aku tu dah di penuhi dengan buku sampai aku susah dah nak susun... Kebanyakan buku yang aku beli biasanya dalam genre novel tarbiyyah dewasa. Ada jugak yang bukan fiction macam "Iskandar adalah Zulqarnain', 'Why Men Don't Listen' and 'Women Don't Read Map' dan macam-macam lagi lah...

kalau genre novel, buku Habiburrahman El Shirazi memang pilihan utama, Dari dalam mihrab cinta sampai bumi cinta, aku rasa garapan dia sangat menarik... Kalau aku kira-kira,, buku yang aku beli boleh buat perpustakaan mini dah.. Tapi ada jugak dari buku-buku tu aku tak habis baca, baca suku n etc.. Macam Sebarkan Cinta tulisan Fatimah Syarha.. Fatimah Syarha ni penulis popular malaysia rasanya tapi mungkin cara dia menulis tak sama dengan cita rasa aku,,, so aku baca 100muka surat je buku tu dari 700++.. tapi bukan bermakna tak best ye..Lain orang kan lain cita rasa.. Ada satu buku yang di tambah kat koleksi aku, "Pemilik cintaku Setelah ALLAH dan Rasul",, ni pun tulisan Fatimah Syarha jugak tapi yg ni cormform habis baca.hee


3 kategori benda dekat atas ni memang susah aku nak resist.... Tapi apa-apa pun, jangan sampai terlebih membazir,.tak elok... pesanan dari diri sendiri untuk diri sendiri dan sesiapa yg sudi di pesan.



    



Monday, May 21, 2012

Lantera Cinta Albaicin

Bismillahirrahmanirahim
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Rasa macam dah lama tak buat review untuk buku kan. So post kali ni story pasal buku sikit.

Lantera Cinta Albaicin., judul yang keberapa tak tahu dah,,., rasa macam dah penuh je rak buku kat rumah tu.... Tak sangka sejak dari sekolah menengah sampai sekarang banyak jugak novel yang aku beli n baca.. Memang kalau aku masuk kedai buku, area first yang aku akan pergi and melekat paling lama ialah kawasan novel... Satu-satu novel aku tengok cover dia,,, lepas tu diri lama-lama kat situ..ahha



Ok...berbalik kepada review buku. Lantera Cinta Albaicin ni novel dari genre tarbiah dewasa. Aku tambah novel ni kat koleksi aku sebab genre dia and aku tertarik dengan cover dan perkataan "Albaicin" kat tajuk tu. Novel ni sebenarnya berkisarkan tentang pandangan sinis masyarakat barat yang menganggap Islam sebagai agama yang mengekang hak asasi manusia dan keghairahan mesyarakat barat yang melabelkan Islam sebagai agama teroris dan agama ortodoks. Islam di anggap sebagai agama yang memundurkan peradaban dan pemikiran. Tema ini diangkat melalui watak Muhammad Salehuddin yang ingin memerdekakan pemikiran orang-orang yang skeptical terhadap Islam.

Cerita ini berlatarbelakangkan bumi Granada, Sepanyol. Permulaan cerita ni mengisahkan Muhammad Salehuddin menjejakkan kaki ke bumi Granada untuk melunasi ikrar yang sudah terpateri untuk membantu memastikan cahaya dari obor Islam terus menerangi lorong suram di tanah al- Andalus.

Bagi aku, penceritaan dalam cerita ni boleh dikatakan biasa sahaja. Teknik penceritaan agak mudah.Tapi penulis banyak cover kelemahan yang ada dengan cuba menghidupkan suasana di Granada.. Secara overall sebuah buku yang agak bagus... tapi bukan yang terbaik pernah aku baca untuk genre macam ni... mengangkat tema yg menarik dan menggunakan tagline "dalam berkongsi cahaya, dia di uji dengan persona" ,, tapi aku rasa macam momentum dia tak berapa sampai.. atau aku yang tak hayati..haha... Aku rasa untuk genre ni, buku terbaik yang pernah aku baca ialah Bumi Cinta karya Habiburrahman El- Sharazi.. Mungkin sebab aku membandingkan buku ni dengan karya best seller Bumi Cinta dan teknik pencerirtaan di bumi Russia,, so aku rasa buku ni berada pada tahap memuaskan.. 

Ayat yang paling sesuai boleh aku rumuskan untuk menggambarkan keseluruhan buku ni...

"Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji ALLAH kadangkala penuh teka-teki".



 




Tuesday, October 4, 2011

Semester Break - New Hobby..



Masuk minggu ke 4 cuti semester. Hidup tanpa perlu menghafal rumus2, menyiapkan assignment dan memahami buku yang beratus2 muka surat ternyata sangat tenang. Siapa yang tak suka cuti,, betul tak? Mungkin pada sesetengah siswa, cuti yang panjang sangat membosankan..tetapi bagi aku ianya jauh mengembirakan berbanding perkuliahan yang penjang (kemalasan penulis blog terserlah)


sepanjang cuti ini, menghabiskan masa bersama keluarga tercinta,,, berjumpa yang tercinta,, (eh..eh...sapa tu?)..keluar dari kepompong universiti tercinta yang hanya beberapa ekar luasnya,, menjengah kehidupan di luar sana..





Dalam cuti semester ini, aku telah menanam, hobi yang baru.. mula berjinak2 dengan remote control (RC) helikopter....(cettt..hobi macam budak2 je)... helikopter pertama yang berjaya dimiliki ialah SYMA S111G.

S111G keluaran SYMA ini ialah RC heli 3.5ch dengan built in GYRO.. sangat mudah untuk diterbangkan berbanding RC heli 6ch. RC heli ini mampu terbang sehingga 10meter dari kawalan...kepada sesiapa yang berminat untuk berjinak2 dengan permainan ney, aku sangat mengesyorkan model ni sebab ciri double protectionnya membuatkan ianya lebih lasak berbanding model2 lain di pasaran. setakat aku guna ni, rasa-rasanya sebelum mahir aku dah jatuhkan heli ni lebih 20kali,,tetapi masih boleh terbang dengan stabil....tahan tak?? lepas ni boleh lah terbangkan heli 4ch dengan 6ch pulak.. bagi mereka yang merasakan heli RC 6ch ni mudah untuk diterbangkan,,jangkaan itu salah sama sekali. Kalau tak percaya, cuba lah beli satu, tengok berapa kali jatuh...hee


YOUR OWN SPACE IN THE SKY




Sedikit pesanan dari penulis blog, jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam.. semoga kita sama2 tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi. Bagi siswa2 IPTA Malaysia,, selamat menunaikan tanggungjawab anda...=)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...