Showing posts with label Book. Show all posts
Showing posts with label Book. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Lantera Cinta Albaicin

Bismillahirrahmanirahim
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Rasa macam dah lama tak buat review untuk buku kan. So post kali ni story pasal buku sikit.

Lantera Cinta Albaicin., judul yang keberapa tak tahu dah,,., rasa macam dah penuh je rak buku kat rumah tu.... Tak sangka sejak dari sekolah menengah sampai sekarang banyak jugak novel yang aku beli n baca.. Memang kalau aku masuk kedai buku, area first yang aku akan pergi and melekat paling lama ialah kawasan novel... Satu-satu novel aku tengok cover dia,,, lepas tu diri lama-lama kat situ..ahha



Ok...berbalik kepada review buku. Lantera Cinta Albaicin ni novel dari genre tarbiah dewasa. Aku tambah novel ni kat koleksi aku sebab genre dia and aku tertarik dengan cover dan perkataan "Albaicin" kat tajuk tu. Novel ni sebenarnya berkisarkan tentang pandangan sinis masyarakat barat yang menganggap Islam sebagai agama yang mengekang hak asasi manusia dan keghairahan mesyarakat barat yang melabelkan Islam sebagai agama teroris dan agama ortodoks. Islam di anggap sebagai agama yang memundurkan peradaban dan pemikiran. Tema ini diangkat melalui watak Muhammad Salehuddin yang ingin memerdekakan pemikiran orang-orang yang skeptical terhadap Islam.

Cerita ini berlatarbelakangkan bumi Granada, Sepanyol. Permulaan cerita ni mengisahkan Muhammad Salehuddin menjejakkan kaki ke bumi Granada untuk melunasi ikrar yang sudah terpateri untuk membantu memastikan cahaya dari obor Islam terus menerangi lorong suram di tanah al- Andalus.

Bagi aku, penceritaan dalam cerita ni boleh dikatakan biasa sahaja. Teknik penceritaan agak mudah.Tapi penulis banyak cover kelemahan yang ada dengan cuba menghidupkan suasana di Granada.. Secara overall sebuah buku yang agak bagus... tapi bukan yang terbaik pernah aku baca untuk genre macam ni... mengangkat tema yg menarik dan menggunakan tagline "dalam berkongsi cahaya, dia di uji dengan persona" ,, tapi aku rasa macam momentum dia tak berapa sampai.. atau aku yang tak hayati..haha... Aku rasa untuk genre ni, buku terbaik yang pernah aku baca ialah Bumi Cinta karya Habiburrahman El- Sharazi.. Mungkin sebab aku membandingkan buku ni dengan karya best seller Bumi Cinta dan teknik pencerirtaan di bumi Russia,, so aku rasa buku ni berada pada tahap memuaskan.. 

Ayat yang paling sesuai boleh aku rumuskan untuk menggambarkan keseluruhan buku ni...

"Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji ALLAH kadangkala penuh teka-teki".



 




Wednesday, December 9, 2009

Segalanya Bermula Apabila Tulisan Berbicara

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..



Dah banyak kali dah ana try, akhirnya ada pun peluang untuk post entry pasal novel ney. Kalau mention je pasal novel mesti kedengaran suara kat luar sane "ape kes novel2 ney., tak layan ar". dan kalau anda dilahirkan untuk menjadi seorang yang berjiwa lembut, mesti terdetik dalam hati "emm,dah berpuluh2 novel aku baca, malas ar nak baca entry ni!" Seperti biasanya ana langsung tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu. Tiada kaitan dengan ana.

Minat ney sebenarnya bermula dari ana sekolah menengah lagi. Kalau tak silap masa form3. Memang tak dapat ana nafikan ana dilahirkan untuk tertarik dengan huruf2 dan nombor2(ecece, tp seriusly..xtpu). Minat terhadap dunia pembacaan ini bermula daripada pengruh yang dibawa oleh senior ana (asyraf and k.ila). Diorang ney memang banyak giler koleksi novel. Dah tiap2 hari ana tengok diorang membaca,satu hari tu ana memberanikan diri untuk mencuba. Maklumlah jiwa muda remaja, sentiasa bergolak untuk mencuba sesuatu yang baru. Tp ana sangat bersyukur, walaupun ana sama dengan remaja normal yg lain yg sentiasa cenderung untuk mencuba, tidak pernah terdetik di hati ana untuk mencuba rokok or pape je yg terlarang seperti segelintir teman2 ana. Ana masih dikurniakan kewarasan akal.. Adalah lebih baik untuk tertarik dengan huruf2 yang bersusun berbanding dengan benda2 yg merosakkan diri sendiri. Betul x? hehe.


Berbalik ke topik asal.Bila ana mintak pinjam, senior ana syorkan satu buku ney. Setulus Janji karya Aina Emir. Bila ana bace sinopsis nye, berkata dalam hati ana, "cis, cerita jiwang rupenya"..Dengan hati yang berat ana pun membelek muka pertama...kedua....ketiga.....dan tanpa ana sedari, ana telah terjebak! kini di muka 90. nak tak nak ana teruskan jugak pembacaan sebab dah tersangkut. Lepas tu, ana pulangkan balik n mintak pinjam buku lain. Kali ney dia kasi buku Gerimis di Hati.. Ternyata pengalaman dulu tidak dapat menyelamatkan ana. Sekali lagi ana terjerat bila selakan demi selakan ana lakukan. Apakan daya, ana hanyalah manusia biasa..hehehe

Lepas tu ana pinjam sebuah lagi. Yang Teridah dan juga Hatiku di Harajuku. Kali ney ana betul2 terkesima dan terpana. Hebat betul idea2 yang cuba disampaikan oleh pengarangnya. Tidak! ana telah terperangkap. apa yang menjadi igauan kini menjadi kenyataan. Tu lah, siapa suruh gatal2 try..kan dah kena. Ana telah mula terperangkap dalam dunia pembacaan novelis. Mulut kata tak suka citer2 jiwang ney.. tp dalam hati jauh menyimpang. Satu demi satu buku ana habiskan..


Apabila memasuki f4, minat ana terhadap dunia pembacaan telah berkurangan dan hampir terkubur. Ana lebih menumpukan kepada pembacaan akademik dan ilmiah. Maklumlah nak SPM lah katakan.. hehe..
Sehinggalah tiba hari itu............


2tahun kemudian...
Usiaku menjangkau 18tahun..tidak lag
i bergelar pelajar sekolah.. Alam persekolahan telah ana tinggalkan selepas ana tidak layak lagi bersekolah di mana2 sekolah. Ana membawa diri ke Institusi Pengajian Tinggi,,,hehe.. satu hari ketika ana melawat kedai kegemaran ana, yakni kedai buku (ecece...tp mmg betul lah)..sejarah berulang kembali.. Bagai terserempak dengan kenangan lama.. novel Bagaikan Puteri menjadi mangsa ana. Pabila bergelar pelajar INTEC, ana dapati ramai pula yang berkongsi minat dengan ana.. Budaya membaca merupakan budaya yang popular sekali..walaupun pembacaan nya benda2 yang jiwang..hik3.. Selepas itu KetikaCinta Bertasbih(yg ney pengaruh dari ida aishya n zahidah) pula menjadi mangsa, diikuti Adam dan Hawa (ney plak pngaruh dari fara..) dan Ungu Karmila.. Pada ana, semuanya amat menarik dengan gaya penceritaan yang berbeza dan mengangkat perspektif yang berlainan. semua buku2 ini mempunyai nilai2 estetika tersendiri. mungkin ada yang memperlekehkan hobi ana ini dengan mengatakan "it just a story..untuk mereka yang suka berfantasi"..tp ikut suka hang la. Ana langsung tak peduli. Bagi ana adalah lebih baik ana bersama dengan buku2 ney daripada menghabiskan masa mengadap game seperti yang dilakukan oleh kebanyakan remaja kini. Ternyata pendapat ana ney dikongsi oleh kebanyakan kesatria2 INTEC.



Daripada kita membuang masa tak tentu hala dengan berbuat benda2 tak berfaedah, kan elok kalau kita memantapkan pemikiran kita. Kita adalah aset negara. Kalau berkualiti asetnya, di hormatilah pemiliknya, kan? Andai kita lalai serta lupa, masa akan lari sia2, jiwa kosong tak berharga,dunia bukan syurga..


Monday, October 19, 2009

Ketika Cinta Bertasbih.....melihat permata di dasarnya

Entry kali ney aku nak ubah perkataan 'aku'/'saya'/'I'/'me' kpd 'ana' (pengaruh bdak mansoura ngan kairo ar ney)..

ok... kali ney ana nak bercerita tentang sebuah buku karya penulis yang tidak asing lagi dalam dunia novelis.. nama Habibburahman El Shirazy mula2 dikenali di Malaysia melalui karya nya Ayat-ayat Cinta yg mendapat best seller....

Ketika Cinta Bertasbih
.....melihat tajuk ini, ana yakin ramai penggemar2 novel genre sebegini telah khatam membaca nya.... Novel ini sebenarnya ana baca setelah 'dipengaruhi' oleh seorang kenalan ana...credit kepada kak Ida Aisyah..hik3..

Bai
klah....kalau ana nak mengupas pasal novel ney ana rasa nanti jadi terlalu panjang pulak entry ney..jd ana cerita kan sedikit je lah ye..clu nak taw lebih lanjut baca novel ney sendiri...

Dwilogi Ketika Cinta Bertasbih menceritakan kan tentang seorang mahasiswa Indonesia yg menuntut di Kairo, Mesir.. beliau terpaksa menundakan kuliah dan mencari rezeki di bumi Mesir setelah kematian bapanya..dalam pada itu beliau dipertemukan dengan seorang gadis cantik dan moden..

Dwilogi ini lebih berkisar kepada perjalanan kehidupan yg berliku...sekaligus memberi pencerahan jiwa dan mendalami rahsia Illahi... Tidak dapat ana sangkal novel ini sememangnya memberi kesan kepada ana....tapi bukan kesan dominan lah...mungkin kerana ana ney masih remaja...cetek lagi pemikiran bak kata pepatah 'masih setaon jagung'.. Disebalik semua itu ana dapat merasai erti pengorbanan dalam kehidupan. realiti masyarakat sekarang yg tidak lagi peduli tentang kefahaman ISLAM dalam kehidupan. Perasaan ingin kasih dan dikasihi dalam diri manusia.......




Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
Dan percintaan!”


- Anna Althafunnisa' : Ketika Cinta Bertasbih..



Thursday, October 8, 2009

Don't Be Sad....

Nak bercerita cket tentang satu buku ney....Melihat tulisan yg tertera kat cover buku ney.. confirm peminat2 buku berunsur religion n penggemar2 international book knal sgat ngan buku ney....


DON'T BE SAD-ALLAH WITH US.. tajuk yg diberi untuk sebuah buku yg kukira penuh dgan ayat2 yg memberi keinsafan. Kalau bahasa arab dia aq xtaw!

Buku ney sebenarnya merupakan hadiah dari SPRM time aq SPM dulu.. Dah lebih kurang 6bulan buku ney tersimpan rapi kat rak buku aq tanpa disentuh.. Tak pandai menghargai langsung!!!

Tp alhamdulillah lah sejak seminggu lepas hati aq terbuka gak untuk membelek2 buku ney.. Ternyata buku yg disempurnakan oleh 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni dan diterbitkan oleh International Islamic Publishing House Riyadh, Saudi Arabia ney mampu menarik perhatian aq untuk memahami dan menafsir setiap untaian kata hinggalah ke muka surat yg terakhir.. Memang aq tak nafikan buku ney secara langsung mengajak kita sama2 memahami erti Islam yg sebenar... Kenapalah setelah 6bulan buku ney terperap barulah aq perasan kewujudan buku ney dalam koleksi aq??!!!!!!



"O' Allah, I seek refuge in you from anxiety and grief, from inability and laziness, from avarice and cowardice, from being engrossed by debt, and from being overpowered by men."


"Allah is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...