Showing posts with label Pengembaraan. Show all posts
Showing posts with label Pengembaraan. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

The Untold Story ~Kisah Aku~


Memandangkan cerita Faith aka The Great Doctor kat SBS tu dah habis, setiap malam aku akan jadi masa lapang. Aku rasa aku akan ada lebih banyak masa lagi untuk jengah-jengah blog ni.. Untuk orang-orang yang banyak masa terbuang tu, boleh la cuba-cuba tengok drama korea Faith ni kalau korang berminat.. Mendapat rekomendasi dari aku.. Ingat senang ke nak dapat rekomen dari orang yang suka mengkritik ni??

Intro aku dah pelik sangat dah ni.. Aku tak berminat nak buat apa-apa review kat sini.. Macam takde guna sebab ada beribu-ribu dah reviewnya. Kali ni aku nak conteng pasal diri aku je.. Apa aku peduli kalau korang tak mahu baca,.. bukan masalah aku..Tak tahu lah apa masalah dengan mental ni, aku rasa macam nak mengingat kembali masa-masa silam je. Aku sangat membenci sejarah, tapi aku  sangat teror bab2 sejarah ni taw!!.. percayalah..

Down memory lane.. Lebih 20 tahun dulu aku start ekspedisi aku kat dunia ni,, Tapi aku tak ingat sangat lah apa-apa waktu kecik-kecik dulu..neuron tak berapa nak bersambung. Aku cuma ingat aku pernah jatuh tergolek dalam longkang. Tinggal kesan parut sikit kat kepala. Nasib tak pecah tempurung kepala tu..Ntah berapa tahun ntah masa tu..

Lepas itu aku ingat aku masuk tadika.. Tadika kemas aku dulu tu bertentangan dengan taski.. zaman aku dulu aku tak pasti lah ada tak smart reader ke apa nak alah.. yang penting aku tak pergi.. okayy.. waktu zaman tadika dulu,, ada satu benda yang memang aku ingat,,, waktu tu periksa akhir tahun.. paper apa tak tahu.. yang aku tahu soalan dia ada berkaitan dengan warnakan gambar la.. So dengan konfiden dan yakin nya aku ambil  pensel warna dan memulakan operasi mewarna tanpa melihat ke kiri dan ke kanan.. tiba-tiba ketekunan aku terhenti sebab ada budak depan aku tegur aku gunakan warna yang sama dengan dia. Kalau tak silap, aku warna gambar baju kaler biru,, sama dengan budak tu kalerkan gambar baju warna biru.. dengan segala kebengapan tahap tadika nya,, budak tu pun menuduh aku tiru dia.. haram jadah... siap dia bagi tahu cikgu tadika tu lagi jerit-jerit cakap aku tiru.. kurang ajar betul.. Nasib baik aku budak tadika yang masih tak belajar perkataan-perkataan superb untuk memaki orang.. berkat tuduhan tak bijak budak tu.. markah aku di tolak 10 oleh cikgu tadika.. owhh.. sangat tak guna!


Aku dapat no 5 time tadika dulu.. ni sume sebab 10 markah aku kena tolak.. aishh.. so tamatlah tadika aku dengan majlis konvokesyen nya.. lepas tu aku masuk sekolah rendah.. sekolah rendah bandar tenggara, dalam daerah kulai. sekarang dah tukar kulaijaya, tak tahulah apa yang jayanya.. Macam biasalah masuk darjah satu.. beg dah la berat.. nak masuk class pun takot-takot. Lepas balik class, aku akan kira balik semua buku aku cukup tak.. Kalau buku tak cukup,, balik rumah aku menangis.haha,.. aku sangat baik dan rajin waktu sekolah dulu.. masa darjah satu, periksa mid sem aku dapat no 3.. Aku sangat-sangat tak puas hati.. aku sangat ego untuk mengakui ada 2orang lagi kat depan aku,..So aku pun start lah belajar.. yeaa!!! periksa akhir tahun darjah satu aku dapat no 1.... dan no tu berkekalan tak kira aku di sekolah mana sampai lah aku tingkatan 5..Apa tak nya, start aku darjah 2, mak aku hari-hari buat soklan matametik untuk aku, satu hari aku wajib menjawab seratus soalan matematik.tak kurang dari tu. tu tak termasuk subjek lain..fulamak...nasib baik aku tabah..haha

Dekat johor, pagi sebelum sekolah biasa or petang selepas sessi sekolah, akan ada sekolah agama.. Sekolah agama ni kalau fail tak boleh naik darjah.. bukan semua negeri macam tu rasa.. Aku boleh tahan lah jugak suka pergi sekolah rendah, jarang ponteng, tapi sekolah agama ni aku malas betul nak pergi,., asik muka aku je ponteng.. Guru kelas aku dah la tak murid friendly langsung.. Last-last aku sendiri memberhentikan diri dari sekolah agama...

Waktu darjah dua dengan darjah 3, aku pergi sekolah dengan van.. waktu balik sekolah,, sementara nak tunggu van tu, aku akan main bertumbuk-tumbuk dengan sorang budak ni kat tepi longkang.. macam taekwando lah konon.. abis kotor baju.. haishh.. waktu darjah 3, aku jadi ketua pengawas untuk sessi petang.. Fulamak.. dalam sekolah ketua pengawas. keluar gate main tumbuk-tumbuk kejar-kejar, lompat-lompat longkang.,, Style tak? Zaman aku dulu ada periksa PTS... kalau korang tak sezaman dengan aku, maybe korang tak tahu, PTS berdiri untuk Penilaian Tahap Satu. Soalan dia macam uji IQ. siapa lepas periksa tu, dapat lompat terus darjah 5, skip darjah 4.. Tu lah peksa pertama dalam dewan secara formal yang aku ambil. Aku lepas PTS tu.. so dapat lompat darjah 5.. sekolah aku ada 5orang lepas. Tapi bila dah lepas tu aku tak mau lompat pulak... Damnn.. tak guna punye IS!!! kalau tak bulan 10 hari tu mesti aku dah grade dah, takde nak belajar kat U lagi..dah boleh kerja.. kumpul wet kawen..lala..

Darjah 4, 5,6 masuk kelas sessi pagi.. Waktu tu aku pengawas.. macam biasa,, budak baik mesti jadi pengawas kan.. Adalah satu hari tu,, ada perjumpaan pengawas dengan guru disiplin,  Garang tak bertempat cikgu disiplin ni.. Tak padan dengan ketinggian... Dalam perjumpaan tu, dia mintak tengok buku laporan pengawas aku.. Adoiii.. aku dah la tak pernah buat laporan.. kat buku tu cuma 1 muka surat je bertulis.. tu pun tak penuh.. Amik ko cikgu tu mengamuk kat aku,, siap tarik tali leher yang abah aku tolong ikatkan lagii.. Ganas betul cikgu tu,, aku buat muka tak tahu je.. Ada aku kisah nak belasah aku ke apa..Keganasan dan kegarangan hanya menimbulkan kebencian di hati, aku tetap tak update pun buku laporan pengawas aku tu//haha.. Waktu berlalu,aku dah darjah 6. ada periksa UPSR.. cikgu aku cakap UPSR ni ibarat tapak,,, kalau kukuh tapak tu, maka kukuh lah bangunan yang akan di bina nanti. Terpengaruh dengan dakyah yang di bawa oleh cikgu aku tu, aku dengan kawan-kawan aku pun belajar lah dengan rajinnya. Waktu tu, aku tak naik van dah, aku naik basikal pergi sekolah... Sekolah rendah aku dulu ada buat kelas malam pukul 8 balik pukul 10.. kelas malam tu pun aku naik basikal dengan kawan-kawan.. Aku gerak pukul 7.20 malam.. sampai rumah member,, layan play station one satu round.. lepas tu sambung kayuh basikal pergi rumah kawan satu lagi.. Nampak rumah orang ada pokok jambu air dengan mata kucing... kawan aku akan pergi rembat buah tu dari pokok rumah orang.. lepas tu kongsi makan dengan aku.. tak guna betul... Lepas dah pergi rumah kawan semua, baru pergi sekolah ramai-ramai.. Sampai sekolah dah penat.. cikgu ajar kat depan, aku sampai lalaland kat belakang.. Waktu darjah 6 dulu, aku budak yang sangat suka buat bising.. cikgu aku pindahkan tempat duduk aku 5 kali, tapi tak kira aku duduk sebelah siapa, or belakang siapa, tahap kebisingan aku tak berubah.. Last-last cikgu pindahkan aku dekat penjuru kelas.. tempat tong sampah kelas. siut je.. Ini sangat tidak adil tawu!!!

Berkat kebisingan aku dan kegigihan aku menghabiskan semua level dalam play station yang aku main hari-hari waktu tu, aku lepas UPSR dengan cemerlang. Say bye-bye to primary school.oh ya.. aku pernah burn satu joystick member.Member bawak joystick main PS, tertinggal kat rumah aku, aku buat tak tawu je. Kalau member tu terbaca blog ni, mintak di halalkn or sila kemukan account bank. Aku akan bayar balik. Asal kan jangan tuntut aku kat akhirat nanti. Masuk sekolah menengah. First sekolah menengah aku, aku dapat Sekolah Menengah Agama Segamat.. Memang tak kene betul dengan jiwa aku. Seminggu je aku terus bla.. Aku masuk lah sekolah harian biasa, SMK Bandar Tenggara. Tapi tak lama lepas tu, aku dapat offer MRSM Batu Pahat pulak.. Okk.. ni macam kene sikit dengan jiwa aku... Aku pun mendaftar lah kat sekolah tu. Habis orientasi, memandangkan aku ni anak yang sangat menyayangi ibu bapa, aku pun membuat permohonan keluar dari MRSM tu.. guwa homesick beb...haha.. So kembalilah lah aku ke sekolah harian biasa... Sebelum tu aku sempat pergi sekolah lain.. Tapi aku bla gak.. Kesian abah aku dapat anak macam ni, sebulan kene 4 kali pindahkan aku sekolah.. erkk..mungkin lebih..

Memandangkan member-member aku yang pandai-pandai sekolah rendah dulu dah masuk sekolah yang namanya hebat-hebat belaka sampai susah nak sebut, tinggal lah aku sorang berkawan dengan kawan-kawan baru yang aku tak pernah kenal dulu. Aku daripada tak suka bersukan,, tiap-tiap minggu main bola kat sekolah.. padang sekolah aku dah la baik sikit je dari old trafford zaman 70-an.. Abis baju senam aku penuh dengan kesan tanah bagai. Aku mula mengenal kawan dari bermacam latar belakang.. Member-member aku yang dah bla pergi sekolah asrama yang konon-kononnya hebat tu mula lost contact dengan aku satu persatu.. Well,, sape nak kawan dengan budak dari sekolah harian biasa.. ye dok?? Mereka mula memandang rendah kat aku.. Ciss, aku peduli apa.. Aku dah katakan aku sangat ego.Sifat aku zaman kanak-kanak, aku takkan pernah membiarkan orang lain mengatasi aku tak kira apa yang aku lakukan.. Tak kira aku berada di pelusuk dunia mana, aku pasti takkan menyerah macam tu je.. owhh/ tu dulu... sekarang tak lagi..haha.. So hidup aku kembali macam biasa, aku terus belajar dan bermain..Waktu sekolah menengah rendah dulu, abah aku hantar aku pergi sekolah pukul lebih kurang 6.30 pagi lagi, lepas tu aku balik pukul 2.30 petang, abah aku jemput.Tak kira abah aku kat tempat kerja ada kerja ke apa, mesti akan jemput aku.. macam anak raja aku ni.. Terima kasih abah..I love you.,. Jasamu di kenang sepanjang hayat ni.. I promise it with my heart and my blood.. 

Masa aku kat sekolah menegah rendah dulu, sorry to say, aku rasa bukan semua cikgu aku rajin nak mengajar. Ada lah sorang cikgu ni, masa form 2,subjek sains. dah nak periksa akhir tahun, 2 bab je dia cover.. tak sampai separuh pun.. Oleh itu, aku nak menyeru kepada mereka-mereka yang memilih professi perguruan, jadi lah guru yang bertanggungjawab pada murid-murid dan subjek yang di ajar. Jangan hanya memilih proffession perguruan sebab tak dapat kos lain, sebab anggap belajar mudah or sebab rasa kerja cikgu kerja paling senang dengan gaji yang banyak dan cuti yang banyak. Pilihlah kerana anda memang minat mengajar dan di lahirkan dengan naluri seorang pendidik!! ok.. sambung cerita..Lepas tu, masa aku form 3,, cikgu aku bagi aku buku teks sejarah dari form 1 sampai form 5. Dia suruh aku masuk kuiz sejarah.. Paling tak guna nya,... semua budak yang masuk kuiz tu budak form 5.. aku sorang je form 3.. tapi tak pe.. dapat jugak aku dapat pergi sampai peringkat negeri..

Masa berlalu.. PMR aku alhamdulillah.. aku dapat menutup kembali mulut-mulut yang memandang rendah kat aku waktu aku balik asrama dulu// Waktu tu, kalau di tanya mengenai cita-cita, aku akan cakap aku nak jadi doktor.. padahal aku tak berminat pun.. Aku cakap macam tu sebab aku rasa tu course paling susah dekat muka bumi setakat ni, n aku memang suka satu cabaran. Waktu sekolah rendah dulu kalau di tanya, aku akan cakap aku nak jadi seperti Dr. Mahathir Mohammad.haha...

Lepas PMR.. aku dapat masuk SBP.. sekolah sains seremban nama di beri untuk SBP tu.. nak nampak versatile, di panggil SASER. Di khabarkan aku ni batch ke 6 sekolah tu.. tapi waktu aku daftar aku tengok bangunan nya.. Buruk yang amatt.. Waktu tu dorm dia katil double decker.. Bawah katil aku budak form 5.. pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya,, baik betul abang tu.. senior paling baik pernah aku jumpa.. Aku ni bukan suka duduk-duduk asrama ni.. aku follow the flow je lah...

Form 4, form 5,, pergaulan aku mula meliputi pelbagai latar belakang masyarakat.. Aku ada member gila buku,, aku pun kawan dengan member yang gila motor.. waktu tu lah aku mula mengenal istilah-istilah seperti lumba 5tiang dan sebagainya.. Aku ada sorang member baik dari form 1 lagi.. kelas dengan aku sampai form 5. duduk sebelah aku dalam kelas lebih kurang 3 tahun.. Aku rasa tu lah member paling baik dan paling memahami sikap aku sampai sekarang. Kat UKM dia sekarang.. Gud luck in ur life my friend.

#selepas 5tahun, duit seringgit yang yang di koyakkan dua ni aku still simpan lagi,, tak tahulah kau simpan lgi ke tak wahai sahabat =)


Waktu menengah atas, semua cikgu memang kenal aku. aku boleh jamin. Tapi bukan semua cikgu memandang aku sama dengan pandangan cikgu lain. Ada cikgu mengenal aku sebagai pelajar yang pandai waktu  itu dan juga baik,, rajin,,,, bla,, bla,, bla.. Pendek kata yang baik-baik belaka je. Tapi ada jugak cikgu yang memandangku sebagai seorang pelajar yang pandai tapi kurang ajar, sombong, dan segala yang buruk-buruk je.. Mana tak nya, aku dalam kelas memang lah tak berapa nak dengar cikgu ajar.. Aku bukan paham pun apa yang di bebelkan dalam kelas.. Lepas itu, aku cuma rajin buat kerja matematik, matematik tambahan, dengan kimia, bio and fizik je.. Subjek lain belom tentu aku ada dalam kelas dan buat kerja. Masa form 2 aku pernah kene rotan sebab tak siap kerja sejarah.. waktu form 4 aku pernah kene halau dari kelas sebab aku ponteng kelas sejarah dan mengajak kawan-kawan ponteng kelas katanya..form 5 aku pernah kene siapkan kerja sekolah kat koridor. Mana taknya cikgu sejarah masa tu anggap aku kurang ajar dan sombong.. sampai waktu nak SPM, cikgu aku cakap aku wajib mintak maaf kat dia sebab buat dia terasa.. Owhhh... maafkan saya.. tak sengaja semua tuuu..hee.. 

 
#tak banyak gambar zaman sekolah yang di simpan

Waktu sekolah dulu aku tak tahu apa itu tanggungjawab.. aku tak tahu.. yang aku tahu sifat ego dan ingin menjadi yang terbaik.. Aku berusaha demi maruah aku dan bukan tanggungjawab aku sebagai pelajar, anak mahupun kerana masa depan. Yang aku tahu aku mahu menjadi yang terbaik,, dan aku akan terus berusaha menjadi lebih baik lagi jika aku tahu ada orang lebih baik dari ku.. Kerana maruah,,, aku berjaya menyempurnakan SPM aku tanpa cacat cela dan mendapat anugerah pelajar cemerlang peringkat negeri.. 

Tamatlah zaman persekolahan aku lebih 4 tahun dulu... Untuk zaman selepas persekolahan,, tunggu lepas aku grad nanti baru aku layak bercerita mengenainya...

Masa telah berubah.. Kini aku lebih mengerti dan memahami apa itu tanggungjawab.. Apa yang aku lakukan dan akan aku lakukan adalah demi tanggungjawab bukan lagi maruah mahupun sifat ego..

Kini aku adalah belia yang terperangkap dalam jiwa kanak-kanak ataupun kanak-kanak yang terperangkap dalam jiwa belia...

Aku makan sayur dan lauk yang dahulunya aku ketepikan dan tak pernah aku jamah,,
tapi kalau orang bagi chups chups tak pun lolipop,, aku tetap dengan lajunya menyambar...

Aku layan video klip T-ara-day by day mahupun SNSD-All my love for you...
tapi lagu opening dragon ball GT yang "DAN DAN Kokoro hikarete 'ku,,Sono mabushii egao ni
Hatenai yami kara tobidasou,,, Hold my hand
" pun aku layan jugak..

Aku tengok drama-drama yang memainkan perasaan macam Faith tu,, dan juga drama-drama bergenra melankolik,,
tapi kalau ada pokemon ke dragon ball kat tv,, aku tetap suka... kalau ada sailormoon tu lebih terbaik..haaha

Aku baca novel-novel berunsur islamik dan romantik,,
tapi kalau ada komik doraemon,, aku takkan lepaskn sebelum khatam..

Aku main permainan video games bergenre agak berat seperti assasin creed, prototype mahupun call of duty,.
tapi game mario kat tab pun aku layan berjam jam...


Tak kira ke mana hala tuju hidup ini, selagi jantung itu masih berdetak dan darah itu masih mengalir mengikut aturan,,, aku tetap akan memperjuangkan kehidupan...

Although I don't know the end of the dark tunnel,, I will life to the fullest...





Aku mula percaya dan terus percaya... hidup indah bila mencari berkah...

dan kepada calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan,, buatlah yang terbaik,, jika anda memang seorang yang cemerlang dari kecil dulu, teruskanlah kecemerlangan anda,,, dan jika anda seorang yang seringkali gagal dari kecil,, bangkitlah dari tidur,, kenakan sepatu mu,, dan berlarilah ke arah kecemerlangan.... Jangan biarkan anda terus kecundang..

Jika tidak melakukan sesuatu kerana tanggungjawab... lakukanlah kerana maruah..




 

 

Friday, March 16, 2012

Bergelandangan di sebalik Kemajuan Selatan..

Salam and hi to all readers. Lama menyepi dari blog ni. Peredaran masa menjadikan hidup lebih sibuk.. sampai tak tahu nak curi masa kat mana lagi.. Untuk entry kali ni,, aku nak kembali ke negeri kelahiran ku.. Back to the south of Malaysia.


Mesti korang tahu negeri apa yang dekat selatan tanah air sebelah singapore tu kan.. ok.. kalau tak tahu jangan jadi rakyat Malaysia. Johor... yang semakin sinonim dengan projek mega Iskandar Malaysia. Antara projek pelaburan terbesar dekat Malaysia. Dengar2 nye nak jadi hub sektor pendidikan or edu city,, hub sektor pelancongan, pelopor industri minyak dan gas Asia dan macam-macam hub lagi..


Ok..memang aku tak nafikan sesekali menjengah kembali ke johor bahru tu,, semuanya dalam construction and every things keep changing,.. Baru semalam jalan ni boleh lalu,, besok pergi dah tak boley da..(__!). Satu ibu negeri yang sangat maju. Aku tak nafikan. Mungkin sebab tempias kuasa beli yang tinggi dari masyarakat negara jiran.


Tapi sayangnya di sebalik semua kemajuan tu, dari pemerhatian aku, bukan semua masyarakat sekitar mendapat faedah. Dalam keghairahan mereka-mereka yg bertaraf profesional meningkatkan taraf hidup, beribu-ribu lagi yang terpinggir. Contoh yan g paling mudah, kalau berada di larkin sentral atau terminal bus utama johor bahru pada pukul 1 hingga 4 pagi.. perasaan tak berapa ramai yang tidur beralaskan lengan di bawah eskalator? Perasan tak berapa banyak kanak2 berbaring di atas kotak? Perasaan tak berapa bilangan warga emas yang menyelongkar satu persatu tong sampah hanya untuk mencari tin buangan... PERASAN ATAU TAK??? Kalau sesiapa yang pernah pergi ke situ dan katakan "TIDAK..YANG ADA CUMA MERCEDES BRABUS putih bercermin hitam di tempat parking" pasti orang itu buta or maybe tak bermata.



Tempat membeli belah tumbuh dengan pesat. Si kaya mengeluarkan sejenis kad ajaib untuk membeli seutas beg tangan berharga 7000MYR yang tertera lambang GUCCI sebesar alam, di tambah dengan perfume dari itali yang sama harga dengan makanan si miskin untuk sebulan. Di sebalik keangkuhan mempamerkan kuasa beli, berapa ramai yang perasan ramai manusia yang menadah tangan meminta wang dan tersenyum walaupun hanya di campakkan dengan seringgit wang kertas? Mereka tuduh orang ini pemalas. Mereka tuduh orang ini hanya tahu meminta,, sedang mereka terlupa diri mereka termasuk di kalangan yang bernasib baik daripada orang-orang yang terpaksa bersusah payah hanya untuk membeli roti 70sen..






hub pendidikan lambang keunggulan bandar dengan ilmu. Univeriti bertaraf dunia mula bercadang membuat pelaburan. Lambang Universiti of Newscastle mula diangkart dengan gah membenamkan simbolik penerokaan teknologi Malaysia, UTM. Masyarakat mengatakan universiti swasta luar negara yang membuka cawangan itu memberi impak kemajuan pendidikan negara, memberi peluang kepda cerdik pandai malaysia mendapat kehebatan pendidikan luar.. Mereka terlupa nak tambah satu perkataan lagi. cerdik pandai dan kaya.. ya.. manakala cerdik pandai tetapi kurang berkemampuan atau sama sekali tak mampu membayar yuran pengajian ratusan ribu ringgit hanya mampu tengok pintu pagar sahaja.



Projek perumahan semakin rancak. nilai hartanah melambung. Si professional memandu nissan ladybird melihat brochure dan tersenyum sinis sambil berkata " ada yang internatinal lot tak?' manakala si sederhana yang memandu persona ataupun saga flx mencemik kan muka simbol ketidakpuasan hati. Dahulu rumah teres dua tingkat 22x70 dalam lingkungan 200ribu tetapi sekarang nilai yang tertera di brochure ialah myr800,000.. Rumah mececah lebih satu juta menjadi perkara biasa bagi pelabur... Lalu mereka katakan orang2 yang berbaring di jalanan itu pemalas padahal mereka terlupa bagaimana si pemungut tin mahu mengumpul 1 juta tu????


Itulah apa yang aku lihat di sebalik kepsatan kota iskandar yang semakin gah. Di sebalik kuasa beli yang tinggi, di sebalik keangkuhan kedai2 berjenama, jangan di lupa mereka yang kurang bernasib baik... Satu pembangunan mapan ialah pembangunan yang tidak meminggirkan sesiapa..

#sekadar pandangan dan pentafsiran peribadi diri yang cetek ilmu pengetahuan. Tidak ada kaitan dengan mana2 =)

Wednesday, November 18, 2009

Sebuah Cerita - Utuhnya Ukhwah Manisnya Islam

Bismillahirrahmannirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious The Most Merciful.

~salam alayk~


Hanya ingin berkongsi pengalaman ana yang tidak seberapa baru-baru ini. Masih lagi berkisar tentang pengembaraan di kota Melbourne. Selepas menarik nafas lega kerana telah menyempurnakan amanat yang diberikan, ana decide untuk menggunakan 2hari terakhir ana untuk beriktikaf di salah sebuah masjid di Melbourne (Londsdale mosque kalau tak silap). Actually ney bukan planning pertama ana..tapi oleh kerana ana rasa kurang bermaya untuk menyertai rakan2 ana yang bertebaran di sekitar Royal Park, so ana decide untuk mengikuti pelajar2 malaysia di fakulti perubatan melbourne untuk beriktikaf di salah sebuah masjid di kota ini.

Pada malam yang sejuk membeku itu, kami turut disertai oleh jemaah dari Monash. Mereka terdir
i daripada remaja belasan tahun dan sekitar 20-an. 2 orang daripada mereka merupakan HAFIZ 30juzuk Al-Quran. Seorang 15tahun dan seorang lagi 18tahun.Apa yang menariknya, mereka bukan lah dari kalangan bangsa Australia, British mahupun mana-mana bangsa yang berkulit putih. Mereka hanyalah berkulit ala2 hitam....kaum Rohingya yang didiskriminasi di negara sendiri. Sejujurnya mula2 ana berasa kurang selesa untuk bergaul dan bermalam dengan mereka apatah lagi makan dan minum bersama. Namun, selepas 1malam, ana mendekati beberapa dari mereka.

Apa yang ana nak kongsi disini ialah mengenai seorang hafiz 18tahun...HAFIZ 30juzuk Al-Quran....warganegara Myanmar yang terpaksa lari kerana pergolakan negaranya. Melarikan diri ke bumi Australia 6bulan lepas..dengan pengetahuan yang sangat sedikit tentang Australia, juga dengan penguasaan bahasa Inggeris yang sangat lemah. Beliau menceritakan perjalanan berlikunya ke bumi Australia. Mendengar ceritanya, berbisik dalam hati ana....Ya Allah...inikah balasanMu terhadap HAFIZ yang mana Kalam-MU tersemat dihatinya? Seolah-olah merasakan suatu ketidakadilan..Mengapa seorang Hafiz perlu menjalani hidup sebegitu??? Tidakkah ada pertolongan dari Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani??

Persoalan dalam hati ana terjawab apabila beliau menceritakan kisah beliau setelah tiba di Australia 6bulan lepas. Dari tidak tahu bertutur bahasa Inggeris, kini beliau petah berbicara. Beliau diberi sewa sebuah apartment dengan kadar yg cukup murah..mendapat pertolongan dari kerajaan...juga dapat menggunakan kefasihan berbahasa Arab untuk diajarkan kepada orang awam dan mendapat bayaran daripadanya.Beliau juga banyak menyertai pertandingan tilawah, dan memenanginya.

Selain itu, beliau juga mendapat tajaan untuk belajar. Apa sahaja yg beliau ingin belajar, kos tersebut akan ditanggung.. begitu juga dengan kos2 perubatan yg di tanggung sepenuhnya. MasyaAllah. Tersentak dalam hati ana. Bet
apa adilnya Allah. Ini semua adalah 'kerja' tuhan yang Maha Penyayang. Walaupun di Myanmar mereka diherdik, dihina, dihalau,di caci......tetapi ternyata rezeki mereka ada di bumi australia. Begitulah cara Allah membahagikan rezeki kepada makhluk-makhluknya. Dengan penuh hikmah dan bijaksana. Suatu pertolongan kepada hamba-Nya yang mana tersemat ayat suci di hati. Jika pelajar2 malaysia yang nak ke Australia terpaksa melalui SAMSA dan exam A-level, IELTS yang semestinya menguji kemampuan minda dan disulami dengan interview yg tak terduga..Maha Kuasa Allah telah menghantar mereka tanpa perlu melalui sebarang exam. Yang dilalui ialah ujian kehidupan yang tidak tertulis di atas kertas.

Selepas 2hari bersama, ana dapat merasakan ukhwah itu kian terjalin. Merasakan mereka seperti keluarga sendiri. Makan bersama, beramai2 bersama dan di akhir pertemuan tidak lebih 48jam itu, terasa sesuatu yg amat sedih bagaikan kami telah lama mengenali. Bilakah kami akan bertemu lagi???Ukhwah terjalin kerana Allah..hanya Allah yg tahu. Inilah kemanisan Islam dan keutuhan ukhwah.Walaupun kita berbeza warna kulit, berbeza bahasa,namun kita mempunyai TUHAN yg sama, NABI yang sama dan AGAMA yg sama..kita adalah sekeluarga........




Ukhwah yg terbina,,
persis sekuntum bunga,,
Meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya,,
Bersama memijak onak duri,,
di tanah gersang mengutip semangat suci,,
kini tersemat di sanubari...
Bertemu berpisah kerana Allah,,
lumrah kehidupan insan beriman.....


~salam ukhwah~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...