Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Just For You.. Mak


Post kali ni khas untuk my emak...


Happy birthday!!!... 

semoga di panjangkan umur... murah rezeki dan happy selalu..

To emak,,
thanks because always share the laugh with me,
thanks because always give me the shoulder when I sad,
thanks because always support me when I down,
thanks because always congrate me when I success,,
thanks because always tell me to be strong,
thanks because always tell me to be kind,
thanks because always be my light in my dark,
thanks because always be my guide when I lost,
thanks because always be at my side..

thanks for the everything emak...

You're my first woman I love.... and always will be...even till my last breath, it will never end..


Mintak maaf satu-satunya anak lelaki mak ni tak dapat balik cuti mid sem.. doakan anak mak yang kat perantauan ni ye.... #erkkkkk






Monday, January 21, 2013

Review I Miss You


Anyohaseyo peeps! Back to dramaland again.. Baru je berpeluang menghabiskan sebuah drama. Lepas ni aku akan berhenti kejap tengok drama-drama or apa-apa cerita yang panjang memandangkan aku akan mula sibuk dengan perkuliahan.

So kali ni aku akan buat review untuk drama yang baru je aku habiskan tadi. Bogosipda atau dalam english nya Missing You aka I Miss You, ditayangkan di siaran MBC menggantikan slot yang di tinggalkan Arang & The Magistrate.


I Miss You bergenre melodrama, atau ada yang mengklafikasikannya dalam "heavy drama". Drama ni berkisar mengenai seorang gadis berusia 15tahun, Lee Soo Yeon yang dipinggirkan di sekolah kerana dikatakan anak seorang pembunuh. Kerana status nya sebagai anak pembunuh, dia tidak mempunyai walau seorang sahabat. Ibu Soo Yeon juga seringkali bersikap kisar kerana tekanan emosi. Senang cakap, Soo-Yeon adalah seorang gadis yang menyedihkan.

Dalam pada itu, Han Jung- Woo, anak seorang ahli perniagaan telah tertarik dengan Soo-Yeon dan mereka menjalani cinta pertama mereka. Malangnya tidak berapa lama lepas tu, satu tragedi berlaku dan memisahkan Jung-Woo dan Soo-Yeon. Selepas 14tahun berlalu, Soo-Yeon yang selama ini dibawa ke Perancis kembali ke Seoul bersama dengan seorang lelaki, Hyun-Joon yang menyamar menjadi Harry Borrison. Plot berkembang apabila Harry sebenarnya mempunyai perancangan untuk membalas dendam kepada keluarga Wung-Joo atas apa yang berlaku 14tahun dahulu.

Lebih kurang macam tu lah cerita ni. Bagi aku cerita ni agak menarik dengan bayak persoalan-persoalan dan teka teki yang timbul. Permulaan cerita agak menarik, tetapi sedikit membosankan di beberapa episod pertengahan tetapi kembali menarik menuju penghujung. Mempunyai penceritaan yang kuat, just aku rasa kurang chemistry antara dua watak utama, Soo Yeon dan Jung-Woo ketika mereka di pertemukan kembali. Aku lagi menyukai watak Harry. Aku lagi suka kalau Harry yang bersama Soo Yeon,, because he deserve more. and in fact, Harry yang paling menderita antara semua.

Kalau korang tercari-cari cerita apa nak tengok untuk masa lapang korang tu, Missing You ni sangat di recommend. tapi jangan harapkan cerita ni banyak scene-scene yang sweet2 macam kebiasaan drama dari South Korea ye.. cerita ni beratmosphere menyedihkan dan lebih banyak memaparkan penderitaan dalaman watak.. 

satu ayat yang aku paling ingat dalam drama ni:

 "Aku menangis bukan kerana sedih,, tetapi kerana angin yang berhembus"



The words “Be well” seemed so sad
So tears are already welling up
They fill up in between my eyes
So I try to hide it with my hand

I heard you telling me to be happy
But when I said I couldn’t go on without you
You said this is all for me
And I really hated you

Tears are falling – drip drip drip
My smile is disappearing – more and more and more
Because you once lived in my heart that I called love
And you have left me

Rain is falling – drip drip drip
I wonder if the skies know how I feel
I cover my eyes so I won’t hurt more, so I won’t see you anymore

I’m still in the same spot
Because you might turn around and come back
I count the memories one, two, three
As I stand in this place alone









Saturday, January 19, 2013

Hari Yang Malang...



Post pertama sejak aku naik sem.. Well,, i'm too busy.. busy menghabiskan masa... Untuk sem kali ni,, tak tahu lagi flow macam mana. Ada jugak classmate ckap "I'm fall in love with this sem"... !@#$$$#@!!!!!!! totally different from me... I'm only fall in love in holidays... that it and that all... fullstoppp.. 

Malam ni terasa nak lepas geram kejap.. well,, too much things happen to me today,,, and this is the right medium for me to throw all my hatred from heart...

Malam semalam adalah aku menaip sekeping dua mesej and jawab satu panggilan... tiba-tiba bangun pagi tadi,, handset aku tak boleh nak hidup pulak.. okayyy.. mungkin memang dah sampai masanya... 2tahun 11bulan bersama 5800,, masanya untuk kita membuat haluan masing-masing... aku mencari teman baru dan kau akan ke muzium...Salah timing betul telefon aku ni nak rosak... aku baru je habiskan duit sepanjang cuti... Apa boleh buat... 

Tengah hari tadi.,. bukak lah beberapa jaringan sosial.. tujuan asal nak inform akak handset rosak.. tup-tup ada pulakkk one unknown and unfamiliar humo sapien chat.. and guess what... makhluk yang sangat pelik ni talk rubbish to me and menuduh yang bukan-bukan.... last-last dia cakap salah orang.. okayy.. fine.. maybe dia memang tersalah... aku pun tak pernah kenal sapa dia kan... tak apa,, di maafkan..... aku bukan kisah sangat benda-benda macam ni... memang aku rasa aku sering kali di pandang serong... dah lali.... alah bisa tegar biasa. erkkk.

Satu benda yang aku rasa sangat-sangat nak marah hari ni,,, waktu aku berjalan dekat-dekat dengan pump minyak ke kaunter ,, adalah sorang pak cik chinese ni... dalam 40-an I guuess,, or maybe late 30,,melanggar aku dengan agak kuat.. terasa lagi sampai sekarang r kekuatan nye tu...takpe.. mungkin aku yang salah jalan or pakcik tu jalan tak tengok depan.. aku dengan rendah diri dan hormatnya pun senyum kat pakcik tu se-menawan yang mungkin dan meminta maaf walaupun aku tahu dia yg langgar.. manalah tawu kot2 pakcik ni ada anak amoi cun ke kan... boleh dia kenal kan kat aku.. Chinese uncle ni balas senyuman aku sedikit kelat dan meminta maaf lalu pergi tergesa-gesa macam orang tak tahan nak terkencing...Okay.. pakcik ni adahal kot nak cepat sangat... Biasalah.. masa tu kan emas... harga emas 1 gram mahal kowt sekrang..

then, aku pun terus lah berjalan.. tapi aku rasa macam ada something yang tak kene dengan seluar jeans aku yang di label skinny oleh budak-budak berdedikasi.. asal macam tak cukup ketat je seluar ni kat peha... pelik gak.. aku pun masukkanlah tangan aku ke poket seluar,...and...

damnnn..dompet aku dah takde... memang kurang ajar... aku baru je ameq wallet tu dari dalam kereta masuk kat poket aku.. mane pulak perginya.. then I realised... pakcik yang tadi terlanggar aku tu cara langgar dia lain macam je... mesti dia ambil dompet aku masa tu... aku tak nak lah buruk sangka kat orang.. memandangkan ada cctv kat situ,, I just request the workers to play it.. ..and.. right.. tak guna punya pakcikk/// time dia langgar aku tu tangan dia sempat tarik dompet dalam poket seluar aku...

Nak cari pakcik tu memang tak dapat lah.. dia dah bla dengan kereta... dah lah banyak duit dalam dompet tu,, around 5hundred or more...baru pergi cucuk kat bank.. maklumlah orang xberapa kaya macam aku dalam dompet memang beratus-ratus.. kalau kaya, dalam dompet xde duit. ada credit kad je

To that uncle.. seriously,, If you talk to me nicely thar you desperately need money.. I will give some that I have in  my pocket to you with smile in my face... kalau takde duit nak beli makan untuk anak bini,,, at least cakap lah jangan lah main curi camtu je. mintak sedekah lebih terhormat dan membanggakan tahu!!!

I'm really angry.. to that pakcik... and also to myself.. Apasal bodoh sangat aku tak perasan pak cik tu selup poket seluar aku....

orang kata hidup kene memaafkan... tapi sori lah pakcikk/// saya bukan seorang yang pemaaf... go on with what you're doing.. later on, you will face the consequences. hidup ini ada karma.... I will never ever ever forgive you.

somehow.. maybe hari ni tak berapa berpihak kepada aku.. tapi ada ke hari yang malang atau tak.. I don't believe it.. What I believe is everything happen has its own rerason.. maybe reason untuk kali ni ialah lebih berhati akan datang...


sedih tengok nilai murni yang semakin di ketepikan,,., 

sedih kerana ada segelintir orang yg tua tidak lagi boleh di jadikan teladan...

and./.

sedih sebab banyak duit ilang...waaaaaa!!!! 

 

Wednesday, January 9, 2013

Almost End...



Post ke 2 untuk tahun 2013.. 

Agak menyedihkan sebab cuti semester aku hampir berakhir.. 4bulan macam kejap je.. Definitely I will miss you holidays!!.. After this,, 2tahun tak cuti dahh sampai lah grade.. Sound scary..

Aku tersangat lah tak excited untuk balik uni ni.. kan bagus kalau boleh start balik cuti 4 bulan ni... I'm really need time machine noww..

Apa boleh buat, nama pun student. Tapi aku rasa better jadi student dari pekerja ye dakk.. At least I got holidays.. Aku bercadang untuk takkan berhenti selagi aku tak dapat doctorate of philosophy, InsyaALLAH.. angan-angan kene tinggi,,  cuz without dream, you're not really lives.. so.. let dream to fly high =)

kalau ikot structure curriculum tu,, dalam 2 tahun lagi tempoh untuk aku tamatkan 1st degree ni.. I know the 2 years remaining will be tough.. but who care?? there are so much tough things in the world..  just endure it and keep fighting!

Wish the remaining of my life will be success,,, If u dunno what the success mean.. Its when your signature become autograph
 
I have a dream.
I believe in that dream
Please watch over me
Standing in front of that cold wall called fate


 
let show to the world,,, how beauty the teenage chase the dream


#sambung layan mtv taylor swift.. lepas tu layan t-ara pulak..best sikit...haha...k..byee



 

 

Saturday, December 29, 2012

When December End ~Winter Child~



When December end,,
somewhere on earth there still a winter,
somewhere else there is a flood..
there is a part of earth,,
the sun still heat up the sky,

When December end.
its indicator to start of new year,,
maybe the new resolution,,
perhaps the new era,
or increase in the age maybe..

When December end,,
there will be January of new year,,
new age by year approximately,,

yet... I feel like I'm a child

But when someone ask who want to be young,,
then my answer will be myself,,
that make me realise,, I'm not a child,,
because child always want to grow older...


Regardless whether it’s spring,summer,autumn, or winter
Always clear and clean
 
 this beautiful you
clean like snow






Monday, December 3, 2012

Best Korean Drama 2012


Memandangkan aku sekarang mempunyai masa terluang yang sangat banyak.. maka banyak la drama-drama yang berjaya aku habiskan sepanjang percutian ni. Untuk kali ni aku akan recap top 3 drama dari korea yang telah nominated untuk korean drama award yang akan di umumkn keputusan penuh pada tahun hadapan... list ni bukan daripada aku tapi dari undian orang ramai ye =)


1. Faith / The Great Doctor..

Dekat korea drama ni menggunakan nama Shinui,, ataupun faith.. tapi bila di komersialkan, tukar pulak jadi the great doctor. Mendapat undi lebih 4000 dalam masa seminggu undian di buka.. Really tell how strong this drama right?


Bertemakan cinta time travel mengisahkan seorang general dari zaman dinasti Goryea, Choi Yong yang merentas masa ke tahun 2012 untuk mendapatkan seorang doktor demi menyelamatkan nyawa permaisuri yang yang tercedera sewaktu perjalanan untuk pertabalan di raja.. Kalau korang tak pernah mengetahui sejarah General Choi Yong yang terkenal kat korea tu, boleh baca kat sini..

Kalau korang berminat dengan lakonan lee min ho dalam boys Over Flower, Personal Preferance mahupun City Hunter,,dalam drama ni Min ho memegang watak General Choi Yong,, tak banyak bezanya dengan watak Lee Yoon Sung dalam City Hunter,,, masih lagi seorang mesin bunuh yang hebat..

Bagi aku apa yang menarik dalam drama ni ialah chemistry yang di wujudkan antara Dr. Yoo Eun Soo yang di lakonkan oleh Kim Heo Seon dan juga Choi Yong (Lee Min Ho).. tapi ending dia agak twist sikit..



Aku memang recommend cerita ni.. 20 episode yang penuh dengan scene-scene menarik..

2. Arang And The Magistrate..

Akhirnya, sesuatu yang segar dari korea,,, tiada kene mengena dengan time travel mahupun story mengenai raja2,,,  Plot cerita yang sangat unik.. apa tak nya,, pernah tak korang terfikir mengenai cerita dari persepsi seorang hantu??? *penjodoh bilangan untuk hantu "seorang" ke*


Arang and the magistrate (Alangsattojeon)   mempunyai keunikan tersendiri.. Cerita bertemakan romantik, fantasi dan juga supernatural.. berkisar seorang gadis yang merupakan anak hakim di sebuah daerah terpencil yang mati dengan penuh misteri. Selepas kematiannya, roh gadis tersebut bangkit tetapi hilang ingatan, dan di gelar Arang di kalangan hantu-hantu.. hidup sebagai hantu yang berkeliaran selama 3tahun, akhirnya Arang membuat keputusan untuk mencari punca kematiannya dan mengingat kembali kisah hidupnya..

Untuk mendapat pembelaan kepada kematiannya, Arang telah mendampingi seorang hakim yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan hantu ataupun roh.. Setelah itu,, kisah hidup Arang mula terurai sedikit demi sedikit. Arang mula mengingat kisah hidupnya, namanya dan juga perangai nya ketika hidup. Ketika hidup, Arang merupakan gadis yang pendiam, menjaga tertib, dan telah bertunang sebelum di temui mati dengan keadaaan sangat misteri dan  diselubungi perkara-perkara ritual ataupun mistik.Get it??


bagi aku, plot cerita ni sangat menarik,, segar, sesuatu yang unik. Jika anda mengangap drama ini memaparkan kisah hantu yang seram-seram, sangkaan anda meleset. Arang merupakan hantu yang sangat ceria dan degil.,,..dan.... Arang sangat sweet okayy. tema cinta antara Arang ketika hidup dengan tunangnya dan juga Arang yang telah mati  dengan hakim sesuatu yang sangat menarik..

Antara drama korea yang menarik hati aku sepanjang tahun ni. Satu ungkapan untuk cerita ni.. Arang make this drama really beautiful in its own way

3. Innocent Man

Tajuk cerita ni sebenarnya Sesang Eodiedo Eobneun Chakhan Namja (the Nice Guy Never Seen Anywhere In The World), di komesialkan dengan nama Innocent Man.. Mendapat undian 3000++ dalam masa seminggu,., seribu kurang daripada Faith. 

Membawa tema melodrama, berkisarkan seorang lelaki yang ingin membalas dendam kepada perempuan yang di cintai nya melalui perempuan lain. sesuai dengan konsep melodrama, drama ni lebih banyak bermain dengan kata dan emosi.


kalau ikut pendapat aku, cerita ni mempunyai turun naiknya dan aku kategorikan sebagai biasa-biasa je. Episode pertama agak menarik dengan memaparkan watak Kang Ma Ru (Song Joong Ki), seorang pelajar kedoktoran tahun ke 3 meninggalkan pengajiannya semata-mata untuk menyelamatkan kekasihnya Jae Hee (Park Si-Yeon) yang telah membunuh orang dengan tidak sengaja.

Setelah keluar dari penjara, kehidupan Ma Ru mula kehilangan arah dan di takdirkan semula untuk berjumpa dengan Jae Hee tetapi keadaan telah berbeza. Jae Hee telah berkahwin dengan Direktor sebuah syarikat ternama dan mempunyai seorang anak tiri, Suh Eun Gee (Moon Chae Won). Untuk membalas dendam kepda Jae Hee, Ma Ru telah menggunakan Eun Gee, tanpa di sedari dirinya telah jatuh cinta dengan eun Gee. Plot cerita ni berkembang apabila Ma Ru membiarkan dirinya terlibat dalam kemalangan dengan Eun Gee  kerana telah hilang semangat untuk terus hidup. kemalangan tersebut membuatkan Eun Gee hilang ingatan secara total dan Ma Ru mendapat kesan sampingan pada kepala. sehingga akhirnya Ma Ru menyelitkan harapan di dalam hati,  
"semoga di kelahiran yang akan datang, aku akan bertemu dengan Suh Eun Gee lagi dan pada saat itu aku ingin bercinta denganya seperti layaknya orang biasa-biasa, dan mulai nya dari awal" (Innocent Man eps 20,kang Ma Ru,2012)


Perjalanan cerita ni agak lambat berbanding Faith mahupun Arang. Lebih banyak bermain perasaan dan kata. One word untuk cerita ni.... Suh Eun Gee.. Chae Won yang membawa watak Eun Gee yang baru sahaja menerima korean best actress award dan juga best couple award pada tahun 2011 menerusi drama Princess' Man sekali lagi menunjukkan kemampuan berlakonnya. Kali ni Chae Won cuba menonjolkan watak Eun Gee yang degil,mandiri. penuh dengan kebencian dan ketidakpercayaan serta mempunyai pandangan yang menakotkan melalui ekor mata..menggoda tuuu...auwww..


Tapi rasanya watak Princess Se Ryung yang dilakonkan Chae Won dalam Princess' Man tu lagi hebat. Yupp..dalam banyak-banyak drama korea yang aku tengok, Princess' man paling best aku rasa,.. sebab tu lah menang best korean drama award untuk tahun lepas kan..



#aku bukan peminat drama korea ke apa, aku just tengok apa yang best bagi aku.. kalau hari ni aku tengok drama korea, mungkin besok lusa aku tengok drama dari thai, filipine. zimbabwe pun mungkin =)



Wednesday, November 7, 2012

Soar Into the Sun (Must Watch Korean Movie)


Bosan di suapkan dengan kebodohan filem melayu dekat wayang? Tengok senarai tajuk film melayu yg di tayangkan sekarang,, "Budak Pailang",, "Apa Celoq Toqqq",,, tengok tajuk pun dah macam bodoh semacam ye dakk?? nak tengok cerita orang putih pulak dah selalu sangat? Jom kita tukar selera...

Apa kata korang try tengok cerita ni.... Soar into the Sun.. Soar into the Sun ni merupakan film aksi jet fighter dari korea selatan,, yeaa! jom kita teruskan dasar pandang ke timur.


Summary cerita ni :


"A South Korean Elite Black Eagles Air Force pilot Tae-hun finds himself transferred to a combat flying unit after a cocky, unplanned, and dangerous air show demonstration. On the first day of his transfer to F15K, he meets Cheol-hui, the unit's own top gun. Tae-hun is free-spirited, whereas Cheol-hui plays by the rules, and the two come into conflict almost immediately. However, Tae-hun quickly befriends his other colleagues: Dae-seo, Yu-jin, and Seok-hyeon. He also falls in love with Se-yeong, who is in charge of maintenance. Tae-hun continues his free-spirited ways and his antics get suspended from duty. Then one day, reconnaissance mission turns into an unexpected incident, ending in Dae-seo's untimely death and Seok-hyeon's disappearance. Initially blaming Cheol-hui for the tragedy, he and Tae-hun eventually come to an emotional understanding. Now the F15K make preparations to stop a war and rescue their missing comrade."

Macam best kan?? Cerita ni menggunakan konsep yang biasa di gunakan oleh film2 or drama-drama korea yang bijak mewujudkan unsur-unsur konflik dalam plot dan pada masa yang sama menyelitkan kisah cinta yg sweet-sweet sampai boleh kena diabetes tu.

Seperti yang kita sedia maklum, industri hiburan korea telah memberi harapan palsu kepada gadis-gadis seluruh dunia dengan memaparkan lelaki yang memang romantik gila sampai perempuan2  kat luar sana berharap akan berjumpa dengan lelaki yg sweet macam dalam cerita tuu .. lelaki-lelaki seluruh dunia pun turut di beri harapan palsu dengan memaparkan watak-watak awek yang sangat sweet, kebudak-budakan, manja separuh bodoh dan degil tapi pada masa yang sama sangat tabah mengharungi liku-liku hidup.... okayyyyy.. girlfriend or boyfriend macam ni tak wujud kat dunia nyata dan korang tak mungkin jumpa di alam realiti//

Berbalik kepada cerita "soar into the sun",, jom kita tengok muka-muka yang mewarnai film ni..

                                                                  ~rain, hero cerita ni


~so-yeong, who in charge in maintanance~..
tarikan utama untuk ke wayang


okayy.. cukup post gambar..tak boleh post gambar banyak-banyak, korang ni bukan boleh percaya sangat



Kalau anda yang tengah kebosanan tu merasa film ni menarik, serbu lah pawagam-pawagam berhampiran anda







Monday, November 5, 2012

Junko Furota - Mangsa Seks Paling Malang



Junko Furota.. Korang pernah dengar tak nama ni? Entah macam mana aku google-google boleh terkeluar pulak nama ni..Mesti ramai antara engko orang semua pernah terbaca kisah Junko Furota kan..


Junko Furota ni termasuk dalam kes jenayah paling kejam dunia. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh. Aku try search pasal junko furota ni, tapi mostly maklumat pasal dia dalam bahasa inggeris ataupun Jepun.. so aku decide  untuk alihkan ke bahasa melayu dan post kat sini..

Menurut maklumat yang aku google dan aku translate mengikut kefahaman aq, Junko Furota ni dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Pada 25 November 1988, ketika berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo.

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’

Nama penjenayah yang menculik Junko:
  • Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史 Yokoyama Hiroshi))
  • Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲 Kamisaku Jō?))
  • Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
  • Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
  • Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
  • Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)


Sebab apa aku cakap kes Junko Furota ni paling kejam dan sadis??? Cube banyak apa yang di alami Junko Furota dalam tem,poh 44hari penculikannya..lepas tu korang nilai sendiri sadis tak sadis.

HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

Setelah kematian Junko Furota, pembunuh-pembunuhnya menyangkakan dia berpura-pura mati, lalu membalut mayatnya dengan selimut dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. Setelah itu, mereka memasukkan beg itu ke dalam tong dram 55 gelen dan membancuh simen ke dalam tong itu, dan membuangnya ke sebuah saluran di tanah terbiar di Koto, Tokyo. 


Sebenarnya, masa penculikan ni, ramai yang tahu Junko Furota di sembunyikan di mana dan oleh siapa, tapi tiada yang berani tampil kerana salah seorang dari penculik adalah pemimpin rendah Yakuza... Sesipa yang melaporkan kes ini ke pihak berkuasa akan di ugut bunuh oleh pemimpin yakuza tersebut...

Apa yang paling menyakitkan hati, Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal di sebabkan pengaruh Yakuza yang sangat hebat sehingga undang-undang Jepun tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu.. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut.

 So, absolutely-is memperingatkan pembaca semua supaya melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.




Saturday, July 28, 2012

Spectra Tune Up Test - The Power To Surprise






Okay, semalam aku dah cakap akan update blog ni after aku test drive balik kereta aku tu...
so, siang tadi aku dah pun test drive sejauh 50km and aku rasa kereta aku dah kembali seperti normal.. kecuali allignment mungkin lari sikit.

Memang aku berniat nak test high speed kia aku ni.. so nak tengok hasil tune up dia???



Aku telah memecut lebih 170km sejam dengan "overdrive button". Untuk capai kelajuan 170km/h ni, memang overdrive button dekat bawah gear kereta spectra ni perlu di on.. erkk.. Dia bila tekan tulis Overdrive off.. Function button ni untuk naikkan rpm. Tapi memang minyak jadi mangsanya.. 

Ok.. aku rasa drive shaft dah berfungsi dengan betul. Tak de lagi bunyi pelik.. Kereta pun dah balance walaupun pada kelajuan mencapai 170km/h.. Tapi bila dekat-dekat dengan 180km/h tu, aku dah tak berani nak push lagi  walaupun aku tahu engine Kia ni masih boleh menampung untuk takat kelajuan seterusnya.


HID headlamp pun dah pasang. So,warna nyalaan lampu pun dah berubah.. Sebenarnya bercadang nak pasang LED Daylight.. Tapi cina tu cakap takut leak nanti.. So tak jadi.... Aku rasa cukup dah tune up untuk spectra aku tahun ni.. Kalau total dah lebih MYR4000 dah pun.Masa untuk berjimat pulak. =)










Friday, July 27, 2012

Spectra Tune Up Part 1


Pagi tadi pergi ke bengkel.. ambil barang yang aku order macam aku cakap dalam post lepas.... Beberapa komponen dalam spectra tu pun aku dah tukar.. dan tuning balik.... list barang - barang yg di tukar :

2 drive shaft original by kia (import from Korea ) - MYR 2500
drive shaft oil seal by kia - MYR95
Sumo Synthetic Pro Auto Transmission Fluid Type 4 - MYR 180
Balancing 4 wheel - MYR 20
Shogun Battery NS70 - MYR250
Castrol Fully Synthetic Oil engin - MYR 209
Oil Filter by Kia - MYR 15
Flush gear + Labour - MYR 280

Engine Tune Up Setting

Total - MYR3549
          ~MYR3550


Ok... dah mcam harga beli motor baru dah rasa.. besok merancang untuk test drive balik spectra ni... test top speed sekali.. hasil tune up akan di update...



Saturday, July 21, 2012

Demam, RM2500, Putus,, Ramadhan....


menaip dalam keadaan pening sambil membayangkan katil....dari semalam lagi, badan aku dah rasa lain macam.. bangun pagi, aku dapati suhu badan dah sampai takat demam manusia.. dan aku telah disahkan demam oleh diriku sendiri.... Badan panas, sakit tekak, selesema, pening kepala.. satu pakej yangg agak lengkap..... tak apa.. terhapus jugak dosa-dosa kecil ni kan...

Lepas waktu solat jumaat, macam biasa, berlegar-legar dekat kawasan parking hostel dengan kereta kesayangan ku untuk mencari tempat parking... Nampak satu ruang parking kosong, aku pun try parking kat situ.. Tapi aku rasa macam pelik sikit,.. kenapa aku tak boleh masuk parking straight padahal selama ni tak ada masalah pun parking celah mana?? susah bebenor rasa nak masuk parking kali ni... sebab kepala aku pening ke? cuba punya cuba, baru aku perasan,, tayar kereta aku tak bergerak selari dengan stereng.. Bila aku pusing stereng tu, tayar dia tak berapa nak terpusing.. macam lari sikit.patut la susah sgt nak masuk parking tuu...

sebelum ni pun aku memang ada feel lain macam sikit dekat kereta aku ni. Masa aku drive dekat highway time balik rumah dulu,, aq dah perasan lain macam sebab biasanya kalau aku bawak spectra ni, meter sampai 140km/h baru terasa gegar sikit.. bawah 140km/h, okay je,, takkan ada masalah. tapi masa tu, bila aku exceed 110km/h je,, dah terasa lain macam.. bila aku tambah lagi sampai 120-130km/h,,, dah terasa macam duduk dalam jet pejuang pulak.. lepas tu, masa aku keluar dengan budak-budak cousemate aku pulak, aku rasa macam ada something dekat kereta ni sebab time buat uturn sambil pedal minyak ditekan, akan ada bunyi something yg terhasil...dalam hati aku, mesti drive shaft dia problem ni.

Dalam keadaan aku yg demam-demam sambil berhingus ni, aku pun bawak lah kereta aku tu ke bengkel. Seperti tilikan aku sebelum ni, memang tauke bengkel tu pun cakap drive shaft problem.. dua-dua drive shaft kiri dan kanan problem.. Means kene tukar dua. dalam hati aku, melayang lagi berapa ratus ni, hari tu tukar bateri dah rm250// kali ni tak tahu pulak berapa ratus..  and barang pun perlu di order dulu.. maklumlah sparepart kia, memang biasanya kereta buatan korea ni sparepart dia kene order dulu.. tauke tu pun tanya lah pengedar kia untuk memastikan harga driveshaft tu,,, and u know what... harga sebatang drive shaft original dari KIA korea, RM1250.. dua batang mean RM2500.... Tahniahhhh... duit aku melayang lagi... bukan ratus2 dah.. beribu-riban terus.. Kalau proton punye driveshaft boleh dapat dalam rm300-400 je.. and kalau honda dan toyata berharga linkungan rm400-500..... tapi KIA punye ni..... RM 1250 SEBATANG...so dua batang...RM2500. no deny.. memang aku tahu, sparepart dari korea tersangat lah mahal..memang tak boleh nak di banding dengan kereta buatan malaysia. dengar-dengar gearbox kia spectra ni je berharga rm16000..okayy..memang sparepart model korea ni 2 hingga 3 kali ganda lagi mahal dari model negara lain. sebab tu lah resell value dia menjunam berbanding harga beli..macam kereta aku, beli dengan harga rm89000 kalau tak silap.. mahal sikit dari honda city dan toyata vios pada masa tu, tapi sebaik sahaja di beli, resell value akan jatuh mendadak..tapi tak apa, if u want satisfaction and comfortability during driving,, and ready and dare to spend more money for every kilometers, definitely KIA is what u looking for..


Okay..selepas rm2500 aku melayang, dan barang yg diorder hanya akan sampai dalam tempoh seminggu, aku pun pergi ke tesco berdekatan untuk mendapatkan minuman penyejuk badan. Yelah.. aku dapat rasakan suhu badan aku terus menaik,,, nak pergi jumpe doktor, malas, sebab aku yakin doktor tu meniru time exam dowg,,, lepas tu grade,, dan bukak klinik... charge aku berpuluh-puluh sampai nak seratus hanya untuk paracetamol, antibiotik dan 12biji ubat selesema diringi dengan sedikit nasihat "minum air banyak-banyak bulan puase ni".. 

Sampai je dekat tesco, sebaik aku melangkah, tiba-tiba selipar aku tak mengikut gerakkan kaki aku,, okk... tadi dah RM2500 aku melayang.. kali ni selipar aku pulak putus.. kene  beli selipar pulak; Beli selipar ni kene hati-hati sebab nanti ada orang cakap pulak dengan harga selipar yang aku beli tu dia boleh dapat 10pasang...hahah..just joke.. tu baru bab putus selipar, ada banyak lagi kisah putus memutus yang berlaku minggu ni,, malas nk story sebab tak seronok,,,

Okay.. agak malang hari ni aku rasa... tapi bila aku balik ke bilik, duduk sebentar dengan kepala yg pening dan hidung yang berhingus, aku rasa hari ni bukan malang... hari ni sesuatu yang bermakna.. sebab apa? sebab malam ni ialah malam pertama 1 Ramadhan.. ye.. langit ramdhan telah datang.. masa yang terbaik untuk aku menginsafi apa yang telah berlaku, mencari kelemahan diri dan memperbaiki, menahan segala sifat marah dan sebagainya, serta,,,, menolak dari minda tentang konsep malang..

SELAMAT DATANG LANGIT RAMADHAN





Monday, July 16, 2012

"Aku Dapat Cambridge"


Result upu untuk untuk lepasan-lepasan stpm dgn matrik dah di umumkn beberapa hari yg lalu,,

so, melambak lah share dan tweet yg berbaur macam ni...

"yea!! dpt UPM....tapi kos permakanan.. tak minat lah...macam mana erk?...erm.."
#tak payah nak ber erm2 la,, clu da course tu dlm offer, memang ko kene amek kos tu pun minat tak minat...

"dpt UNIMAS,,,,tapi I dduk KL...jauh la, rasa macam xmo g pulak.boleh x dpt dekat sikit"...
#xpayah nak berasa-rasa lah.. dah U tu yg ameq ko, pegi je la

 "Tahniah!..Nama bla bla bla, IC xxxx-xx-yyyy.Sukacita dimaklumkan anda di tawarkan bidang pengajian perubatan selama 5tahun di UNIVERSITI MALAYA.sila sahkan surat penerimaan sebelum xx"...
#baru belajar copy paste ke sampai semua nak di copy..

" Akhirnya.....dapat USM,,, pergigian,, Yea Kubang Kerian... I;m coming on september!!"
 #  semangat nye, jgn sampai bulan 12 nanti ko ckp kenapalah aku ada kat sini bukan kat sana..


Ada yang lagi advance ni....

"Dapat UKM,,, tapi dapat offer scholarship pergi cambridge jugak,,, LAW...agak-agak nak terima mana erk,," 
dalam hati si peng-update (mesti ramai comment ni jap lagi)

 ..... selang beberapa saat....

"waaa...pandainyaaa... tahniah awak.." (puji banyak2 la lagi)

" pergi lah cambridge tu,, bukan sng nak dpat taw...." (of course,I know it)

"awak,, awak pergi cambridge tu ye,, bukan calang-calang orang boleh dpt,, u're really selected u know "  ( aku tahu la,, saje je update nak markett)

"law tuu......cambrdge lagi...confirm dpt kerja t nih...dah pergi oversea jgn lupe owg2 dekat m'sia ni pulak ye... (ehemmm..ko dpt mane??)

segala comment pun di balas,,,

"thanzz uolss for the advices.. really appreciate it..=)   (I don't even need ur advice)


See,,benda yang selalu berlaku...
berapa ramai yg hipokrit terutama dalam mengupdate status atau men tweet... 

kalau boleh nak satu alam tahu....apa yg dia dpt, buat2 bingung dgn pilihan,,, lpas tu ayat biasa,,, "tengss semua untuk nasihat kowg..,,, ".....

Sebagai perkongsian,, 
#tak perlu nak di hebohkan kepada seantaro dunia dan semester alam apa yang anda kecapi or sebagainya.. sebab bukan semua orang di luar sana bergembira dengan kejayaan anda dan bersedih atas kegagalan anda..
# kalau buat sesuatu, jangan ada sikap hipokrit dan seangkatan...=)))





Monday, July 9, 2012

Original Beat Tour


Baru-baru ni aku telah mendapatkan original earphone beat tour by dr dre ni..ok. sekali lagi duit telah di bazirkan..



Mungkin ramai yang mempertikaikan kenapa harga earphone ni sampai separuh daripada harga newipad tu.. Sedangkan produk tiruan monster beat tour ni melambak dekat pasaran dan di katakan mempunyai kualiti hampir 90% sama dengan original dengan harga pun murah 90%.. Boleh percaya ke????


ok..setelah mencuba beat tour ni, aku rasa aku tahu sebab apa harga nya agak mahal... kualiti bunyi yang di keluarkan beat tour ni aku rasa sangat hebat dan mustahil untuk mendapatkan kualiti sound yang seumpama dengan nya dari earphone murah dan sangat jauh berbeza dari produck tiruan monster beat walaupun grade oem. Lagi-lagi apabila membuat sound check dengan ipod... kualiti sound dari beat tour ni tak berkurang walaupun volume di buka sampai maksimum..

walaupun harganya agak mahal,, tapi aku rasa sesuatu yang berbaloi..ada warranty by monster beat lagi setahun untuk apa jua kerosakan..

 trust me you get what you pay... every single cent have a value..



 



Life too short to to listen to bad earphone.





Monday, June 18, 2012

Apple iWatchz


Hari ni seharian mengadap laptop ni cari maklumat untuk assignment. Penat rasanya. dah lama-lama ngadap laptop tu apa salahnya cuci mata kejap kan...

nak keluar melepak dekat pasar raya memang tak ada masa je sejak-sejak ni. so tengok kedai-kedai online je la.. Try usha zalora... dorang tak restock lagi barang baru..boring sama je.. Bukak apple store... okay, I catch something interesting.



Apple iWatchz. Jam tangan apple. tapi bukan macam smartwatch sony tu. Apple iWatchz ni sebenarnya adalah watchband khas untuk ipod nano. Kat depan iWatch ni ad klip yang memang fix untuk ipod nano gen ke 6..Nak ubahkan ipod nano korang tu jadi jam tangan, guna lah iWatchz ni. 


So function ipod nano tu dah tambah lagi satu, jadi jam tangan..cool kan?? aku rasa product dari apple ni memang cool-cool.


harga untuk iWatch ni bergantung kepada material dia. Untuk yang rubber, harganya myr64 je. kalau stainless steel or leather pulak ada yang myr290.. senang cerita range iWatch ni dari myr64 sampai la myr290. kalau korang berminat, boleh usha apple store ye=)


Aku rasa product-product apple ni dah tak mahal macam dulu. Harga barang-barang apple dah semakin mampu milik. mac pro dengan ipad dah lebih kurang sama je dengan produk lain. kalau mahal pun, sikit je lebihnya.. tapi aku rasa apple tetap produk yang terbaik, dari kategori ultrabook sampai lah smartphone, tablet dan pemain muzik ni...

#ios6 akan dilancarkan tak lama lagi.. iphone4, ipad2, new ipad dan ipod 4th gen ke atas akan menerima update dari apple ni tak lama lagi =) 





Sunday, May 27, 2012

3 Benda Kegilaan ku


Baru week-week first kuliah start ni rasa macam rajin pulak nak update blog... tak apa.. lepas ni mungkin lama menyepi.. tengok jadual dan nama subjek yang daftar sem ni, rasa macam tak kan berpeluang je nak update entry lagi...

Entry kali ni, aku just  nak list out  benda apa yang membuatkan duit-duit aku sentiasa mengalir keluar..untuk panduan aku jugak nanti..haha.... Bila aku fikirkan, aku ni sebenarnya banyak habiskan duit dekat 3 benda.... Apa boleh buat.... Aku memang gila  kan ketiga-tiga tu!!!


PAKAIAN

Ok..siapa cakap lelaki akan pakai pakaian yang sama untuk hampir setiap masa dan tak suka habiskan duit kat pakaian??? Aku rasa benda ni lah yang paling banyak menghabiskan duit aku.Dah la kat kedai tu baju lelaki susah nak jumpa yang murah berbanding perempuan..


Aku memang suka beli pakaian. tak kira lah baju ke seluar ke... Walaupun dah banyak, aku tetap akan membeli yang baru, sampai ada tu aku pakai tak sampai 3 kali pun,, terus terperuk kat almari..sampai lah satu almari besar kat rumah aku,yang sizenya untuk menyimpan pakaian suami isteri penuh dengan pakaian aku seorang je... Kat hostel pun lebih kurang jugak, tapi memandangkan almari yang  ada kat hostel ni kecil dan rumah aku pun memang jauh yang teramat dari universiti ni, so aku hanya mampu membawa tak sampai dari satu persepuluh dari pakaian kat dalam  almari tu ke sini......



One day nanti kalau aku kahwin, aku tak kisah kalau isteri suka stop dekat kedai baju.. Sebab aku pun suka jugak!Tempat yang memang jadi favourite aku untuk habiskan duit bab-bab pakaian ni ialah romp boutique dan zara boutique.. rasanya koramg pun tahu mana ni...Selalu jugak aku dapatkan online je especially dari http://www.zalora.com.my/


Bagi aku, pemakaian adalah salah satu cara ekspresi diri... Atau perkataan lain, diri itu di eksperesi kan melalui pakaian... apa kau belit2 ni Is.. Tapi aku rasa memang kebiasaan masyarakat Asia memang suka kumpul pakaian.. Not like american yang boleh pakai satu t-shirt or singlet then pergi berjalan tak kira lah masuk hutan ke masuk shopping complex sama ja.. Orang Asia memang suka kan fesyen dan menganggap fesyen adalah satu cara ekpresi yang terbaik.


GADJET

Gadjet  aku rasa memang jadi kegilaan ramai, termasuk lah aku, tapi sayang, budget tak pernah nak cukup...sebab tu lah handset nokia 5800 yang dah masuk dua tahun setengah tu tak bertukar-tukar dan takde niat pun nak tukar. Harap-harap tak rosak dalam2,3 tahun lagi..=)

Gadjet memang aku tak boleh nak elak,, sebab kebanyakkan kan nya bagi aku memang keperluan macam laptop, handset, kamera, GPS untuk orang yang selalu sesat jalan macam aku memang lah penting..

Tapi ada dua gadjet yang memang menjadi kesayangan selepas laptop dan handset yang memang bertahta di hati dan sentiasa jadi peneman terutamanya waktu nak tidur dan dalam perjalanan jauh yang membosankan...iaitu ipod nano dan juga original monster beat studio by dr dre...



ipod dengan monster beat ni memang gabungan yang aku rasa berbaloi aku spend duit.. Monster beat ni aku dapat kan dekat official website monsterbeat malaysia.. Klik sini kalau korang berminat...... Ada dua je tempat yang boleh dapatkan monster beat yang original,, iaitu dari Apple store or IMAC,, n dari website dia..




BUKU..

Wahhh,, bagusnya giler buku.. tapi  sayang bukan semua buku yang aku beli aku baca sampai habis..hahaa..




Buku memang jadi favourite aku untuk di beli tapi tak semstinya untuk di baca... Sama jugak macam pakaian tadi,, satu bilik kat rumah aku tu dah di penuhi dengan buku sampai aku susah dah nak susun... Kebanyakan buku yang aku beli biasanya dalam genre novel tarbiyyah dewasa. Ada jugak yang bukan fiction macam "Iskandar adalah Zulqarnain', 'Why Men Don't Listen' and 'Women Don't Read Map' dan macam-macam lagi lah...

kalau genre novel, buku Habiburrahman El Shirazi memang pilihan utama, Dari dalam mihrab cinta sampai bumi cinta, aku rasa garapan dia sangat menarik... Kalau aku kira-kira,, buku yang aku beli boleh buat perpustakaan mini dah.. Tapi ada jugak dari buku-buku tu aku tak habis baca, baca suku n etc.. Macam Sebarkan Cinta tulisan Fatimah Syarha.. Fatimah Syarha ni penulis popular malaysia rasanya tapi mungkin cara dia menulis tak sama dengan cita rasa aku,,, so aku baca 100muka surat je buku tu dari 700++.. tapi bukan bermakna tak best ye..Lain orang kan lain cita rasa.. Ada satu buku yang di tambah kat koleksi aku, "Pemilik cintaku Setelah ALLAH dan Rasul",, ni pun tulisan Fatimah Syarha jugak tapi yg ni cormform habis baca.hee


3 kategori benda dekat atas ni memang susah aku nak resist.... Tapi apa-apa pun, jangan sampai terlebih membazir,.tak elok... pesanan dari diri sendiri untuk diri sendiri dan sesiapa yg sudi di pesan.



    



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...