Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Soar Into the Sun (Must Watch Korean Movie)


Bosan di suapkan dengan kebodohan filem melayu dekat wayang? Tengok senarai tajuk film melayu yg di tayangkan sekarang,, "Budak Pailang",, "Apa Celoq Toqqq",,, tengok tajuk pun dah macam bodoh semacam ye dakk?? nak tengok cerita orang putih pulak dah selalu sangat? Jom kita tukar selera...

Apa kata korang try tengok cerita ni.... Soar into the Sun.. Soar into the Sun ni merupakan film aksi jet fighter dari korea selatan,, yeaa! jom kita teruskan dasar pandang ke timur.


Summary cerita ni :


"A South Korean Elite Black Eagles Air Force pilot Tae-hun finds himself transferred to a combat flying unit after a cocky, unplanned, and dangerous air show demonstration. On the first day of his transfer to F15K, he meets Cheol-hui, the unit's own top gun. Tae-hun is free-spirited, whereas Cheol-hui plays by the rules, and the two come into conflict almost immediately. However, Tae-hun quickly befriends his other colleagues: Dae-seo, Yu-jin, and Seok-hyeon. He also falls in love with Se-yeong, who is in charge of maintenance. Tae-hun continues his free-spirited ways and his antics get suspended from duty. Then one day, reconnaissance mission turns into an unexpected incident, ending in Dae-seo's untimely death and Seok-hyeon's disappearance. Initially blaming Cheol-hui for the tragedy, he and Tae-hun eventually come to an emotional understanding. Now the F15K make preparations to stop a war and rescue their missing comrade."

Macam best kan?? Cerita ni menggunakan konsep yang biasa di gunakan oleh film2 or drama-drama korea yang bijak mewujudkan unsur-unsur konflik dalam plot dan pada masa yang sama menyelitkan kisah cinta yg sweet-sweet sampai boleh kena diabetes tu.

Seperti yang kita sedia maklum, industri hiburan korea telah memberi harapan palsu kepada gadis-gadis seluruh dunia dengan memaparkan lelaki yang memang romantik gila sampai perempuan2  kat luar sana berharap akan berjumpa dengan lelaki yg sweet macam dalam cerita tuu .. lelaki-lelaki seluruh dunia pun turut di beri harapan palsu dengan memaparkan watak-watak awek yang sangat sweet, kebudak-budakan, manja separuh bodoh dan degil tapi pada masa yang sama sangat tabah mengharungi liku-liku hidup.... okayyyyy.. girlfriend or boyfriend macam ni tak wujud kat dunia nyata dan korang tak mungkin jumpa di alam realiti//

Berbalik kepada cerita "soar into the sun",, jom kita tengok muka-muka yang mewarnai film ni..

                                                                  ~rain, hero cerita ni


~so-yeong, who in charge in maintanance~..
tarikan utama untuk ke wayang


okayy.. cukup post gambar..tak boleh post gambar banyak-banyak, korang ni bukan boleh percaya sangat



Kalau anda yang tengah kebosanan tu merasa film ni menarik, serbu lah pawagam-pawagam berhampiran anda







Friday, November 2, 2012

Upgrade To Windows 8 Done


Seperti yang korang sume dah tahu, microsoft telah melancarkan versi OS terbarunya, Windows 8..
Rasanya tak perlu nak buat review pasal windows 8 ni.. Microsoft dah buat review yang lengkap dah.

Memandangkan sekarang ni microsoft buat promosi untuk windows terbarunya tu,, aku yang mudah terpengaruh dengan iklan ni pun mengupgrade OS 7 ke 8.





Tak susah pun nak upgrade ni kalau OS asal korang tu windows 7.. Korang boleh terus upgrade tanpa kehilangan setting mahupun software yang dah di install. Tapi sebelum tu check la dulu compatibility hardware dengan software korang tu dulu ye. Windows upgarde assistant untuk check compatibility ni dah di sediakan dekat laman web rasmi microsoft.

Lepas tu korang boleh lah decide nak upgrade tak.. tapi kalau rasa-rasa pc or laptop korang tu dah macam semacam je,, better format dulu.. baru smooth sikit..

Hasil selepas meng-upgrade  



User interface yang sangat meyejukkan mata memandang... Agak moden sikit.. Start menu dah takde.. Logo dia pun hilang. Start menu ni dah di ganti dengan start skrin... Kekok sikit nak guna untuk kali pertama.. tapi basically benda yang sama..

Windows store berasaskan apple store dan google play pun ada.. Untuk korang muat turun app yang korang suka.. 

Agak annoying sebenarnya kalau guna mouse dengan keyboard. Kalau AIO tak pun laptop korang tu ada multi touch skrin, baru terasa apa yang menariknya windows 8 ni.. tapi apa yang paling ketara selain start skrin ni ialah boot time.. Ok.. tak di nafikan.. sangat pantas walaupun anda menggunakan HDD.. kalau guna SSD confirm lah lagi best.. Kelip mata sekali je kowt dah boot..haha

Tapi bila aku pandang skrin pc ni, dengan skrin telefon aku atas meja.. dan juga skrin tablet ats riba... aku rasa macam.......... pehhhhhh.. bosannnnnnnnnn... sume barang samaaaa jee... Pc dah macam tablet.. tablet dah macam phone.... suck..... watpe habis duit untuk benda lebih kurang sama, size je lain..








Monday, September 17, 2012

New Stuffs for Holidays


 2 barang baru untuk mengisi cuti ni...


 

gitar baru Ibarra.. boleh tahan gak harga gitar ni,, kurang sikit je dari biasiswa sebulan... tapi puas hati..



Asus Republic of gamers... ASUS ROG ni menggunakan processor 3rd gen i7 dgn  3770K 3.50GHz... kalau tekan satu button kat atas dia, boleh overclock sampai 4.5-4.6 GHz.. dengan graphic card NVIDIA GeForce GTX680 2GB GDDR5 serta RAM 16gb ddr3, dan led monitor 24inch memang puas hati untuk orang yg suke main game macam aku ni... satu je masalah dia,, cooling system dia, walaupun guna liquid, temperature processor kejap je dah over 80 degriced






Monday, July 9, 2012

Original Beat Tour


Baru-baru ni aku telah mendapatkan original earphone beat tour by dr dre ni..ok. sekali lagi duit telah di bazirkan..



Mungkin ramai yang mempertikaikan kenapa harga earphone ni sampai separuh daripada harga newipad tu.. Sedangkan produk tiruan monster beat tour ni melambak dekat pasaran dan di katakan mempunyai kualiti hampir 90% sama dengan original dengan harga pun murah 90%.. Boleh percaya ke????


ok..setelah mencuba beat tour ni, aku rasa aku tahu sebab apa harga nya agak mahal... kualiti bunyi yang di keluarkan beat tour ni aku rasa sangat hebat dan mustahil untuk mendapatkan kualiti sound yang seumpama dengan nya dari earphone murah dan sangat jauh berbeza dari produck tiruan monster beat walaupun grade oem. Lagi-lagi apabila membuat sound check dengan ipod... kualiti sound dari beat tour ni tak berkurang walaupun volume di buka sampai maksimum..

walaupun harganya agak mahal,, tapi aku rasa sesuatu yang berbaloi..ada warranty by monster beat lagi setahun untuk apa jua kerosakan..

 trust me you get what you pay... every single cent have a value..



 



Life too short to to listen to bad earphone.





Monday, June 18, 2012

Apple iWatchz


Hari ni seharian mengadap laptop ni cari maklumat untuk assignment. Penat rasanya. dah lama-lama ngadap laptop tu apa salahnya cuci mata kejap kan...

nak keluar melepak dekat pasar raya memang tak ada masa je sejak-sejak ni. so tengok kedai-kedai online je la.. Try usha zalora... dorang tak restock lagi barang baru..boring sama je.. Bukak apple store... okay, I catch something interesting.



Apple iWatchz. Jam tangan apple. tapi bukan macam smartwatch sony tu. Apple iWatchz ni sebenarnya adalah watchband khas untuk ipod nano. Kat depan iWatch ni ad klip yang memang fix untuk ipod nano gen ke 6..Nak ubahkan ipod nano korang tu jadi jam tangan, guna lah iWatchz ni. 


So function ipod nano tu dah tambah lagi satu, jadi jam tangan..cool kan?? aku rasa product dari apple ni memang cool-cool.


harga untuk iWatch ni bergantung kepada material dia. Untuk yang rubber, harganya myr64 je. kalau stainless steel or leather pulak ada yang myr290.. senang cerita range iWatch ni dari myr64 sampai la myr290. kalau korang berminat, boleh usha apple store ye=)


Aku rasa product-product apple ni dah tak mahal macam dulu. Harga barang-barang apple dah semakin mampu milik. mac pro dengan ipad dah lebih kurang sama je dengan produk lain. kalau mahal pun, sikit je lebihnya.. tapi aku rasa apple tetap produk yang terbaik, dari kategori ultrabook sampai lah smartphone, tablet dan pemain muzik ni...

#ios6 akan dilancarkan tak lama lagi.. iphone4, ipad2, new ipad dan ipod 4th gen ke atas akan menerima update dari apple ni tak lama lagi =) 





Sunday, April 1, 2012

New Stuff...

Last saturday bought a new stuff for my car... Audio head unit.. For replacing the old ones...




At first I want to go for a detailing spa for car which offer autoglym or meguire (how to spell it) polishing and wax but cannot find it. So decide to go to brothers accessories center and got this. Kenwood KDC U353R. Since my car get a double din in dash to be fit, I bought together cd tray and place at bottom of it. All together, it cost me myr363.

Choose to go for a branded one although it cost slightly more compared to JVC and pioneer and much bucks compared to non-branded because as if I choose the cheap one, it definitely cannot beat the original KIA head unit. What the point of me to replace it if the old ones will be much better...

This head unit comes with 4gb flash drive and compatible with usb and aux input as well as in steering drive control. After trying playing the music, I agree what people said about KENWOOD. The sound is nice to hear although I just play the free mp3 download from internet. Really like the illumination red light especially in the dark.

If anyone want to replace the head unit, recommend this type. Or maybe try sony and jvc as all of this are famous for in car audio..



Sunday, November 20, 2011

Galaxy Note - Reflect Your Desires



Mesti ramai yang dah tahu and try smartphone terbaru samsung ni kan. Galaxy note. Mula-mula tgok rasa konfius pulak gadjet ni dalam kategori tablet ke smartphone. Apa tak nye, skrin HD super AMOLED yang pertama dihasilkan sebesar 5.3 inches. Size terbesar untuk smartphone. Bila genggam gadjet ni, rasa macam pelik je. Kalau letak dalam poket seluar jeans yg ketat tu rasa sgt2 tak selesa, tp nasib baik galaxy note ni nipis je. Lama-lama ok la kot.

Menggunakan platform android 2.3 Gingerbread 1.4GHz pemprosesan dwi-teras, sikit pun tak jadi masalah bagi galaxy note untuk run pelbagai application dalam satu masa. Application boleh di aktifkan dalam masa 0.2-o.3 saat. Laju tak?? tapi ni bukan yang terhebat dalam dunia smartphone kini...HTC sensation xe masih lagi yang terpantas dengan 1.5GHz.

Kalau tengok dari kamera 8mp mahupun kualiti audio yang di hasilkan, mungkin kualiti galaxy note sudah banyak ada pada smartphone2 yg lain. Tapi ada yang sangat special pada galaxy note ni - stylus Smart pen (S-pen). Waktu gune S-pen ni dekat skrin sebesar 5.3inchi tu, serius rasa macam tulis dekat notepad. Rasa dan hasil nya sama dengan menggunakan pen carrera rm1.50 yang cepat habis dakwat tu dkat atas memo pad. Siap boleh sketch2 lagi. Kalau tak percaya. boleh la beli galaxy note ni, pastu skecth la puas-puas dekat skrin dia. Kalau handwriting korang lawa macam handwriting awek-awek yang cun tu (boley percaye ke handwriting awek yg cun tu lawa?),, lawa la jadi hasil yang korang dapat lihat dekat skrin tu,,, tapi kalau tulisan korang buruk macam tulisan aku,, insyaALLAH korang boleh baca jugak apa korang tulis dekat skrin tu selepas bersusah payah merenung..haha




Keunikan S-pen ni diperkuat lagi dengan S-memo, built in software pada smartphone ni. Untuk mereka yang suka mencatat, memang sesuai sangat la.. Nak hantar email pun boleh guna handwriting sendiri je.. Tapi perlu diingatkan sekali lagi ye... pastikan handwriting korang tu mestilah tersangat2 lawa...

Kalau ada sesiapa nak beli smartphone ni, adalah di syorkan untuk menggunakan bersama dengan smarphone plan mana-mana telco. Takpun pastikan kawasan kediaman anda or universiti2 ataupun office2 yang anda duduk tu ada wifi yang laju sebab galaxy note mampu menyokong HSDPA sehingga 21 Mbps!! tapi malangnya, tak taw nak duduk dekat mana dalam malaysia yang boleh dapat internet laju macam tu....gadjet2 semua dah maju n hebat2, tapi bila lah provider internet kat negara ni nak upgrade kan. Kalau kat universiti tu,, pihak universiti jangan la kedekot sangat sampai amek plan wifi yang murah.. Lembap taw x!!

ok..in a nutshell, galaxy note is one of the brilliant choice to those who want the high end exclusive smartphone...(pehal tibe2 kuar bhasa orang putih lak ni)... Galaxy note merupakan smartphone yg berbaloi-baloi.. Ciri nya sangat unik dan tak ada pada smartphone lain setakat ni. Gadjet yang dijamin oleh samsung malaysia selama setahun ni boleh di dapati pada harga MYR2299..
#Kalau nasib baik dapat lah free skrin protector 8ringgit tu ye dengan satu phone case....

Saturday, November 5, 2011

Dunia Kini - Pensyarah Rogol Pelajar?

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Kalau ada sesiapa baca surat khabar Metro 2hari lepas, mesti jumpa tajuk ni. Sebenarnya dah lali dah baca masalah-masalah kriminal yang berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara. Manusia sekarang otak asyik fikir nak buat jenayah je..

Kes pensyarah rogol pelajar ni dah di laporkan dua kali dari dua institusi pengajian tinggi yang berbeza. Kes yang berlaku pada dua hari lepas dilaporkan di sebuah kolej swasta di Cheras, yang satu lagi pulak dilaporkan minggu lepas, berlaku di sebuah IPTA di lembah Klang. IPTA di lembah klang? Ok... IPTA ni merupakan IPTA yang ternama dan dalam kelas tersendiri. Macam mana lah lecturer yg bodoh ni boleh sesat kat IPTA ternama macam tu.

Apa yang aku nak highlight kat sini bukan pasal kes jenayah yg memang berlaku hari2, tapi pasal betapa runtuhnya nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Macam dunia ni dah tak selamat kan? Tu belom masuk lagi masalah perhimpunan besar-besaran yang ingin diadakan oleh golongan songsang(homoseksual)... Uishh..macam2 masalah sekarang,,dunia2

#kepada siswi2 di luar sana,, memandangkan lecturer anda mungkin tidak boleh dipercayai, kalau nak jumpa lecturer tu ajak lah kawan ye..=)

Wednesday, October 26, 2011

Game Review - Pro Evolution Soccer 2012

Kali pertama membuat review untuk game. Game yg di pilih - Pro Evolution Soccer (PES 2012). Game football keluaran konami yang tidak asing lagi terutama bagi gamers asia. Kalau di euro, fifa jauh lebih popular.

Aku try game ni dalam platform PS3 dan juga PC tapi aku lagi berminat buat review untuk platform PC. Menggunakan ASUS Republic of Gamers G74SX, aku rasa tak de masalah untuk run game ni pada spec yg maksimum.


Lepas aku try, bagi aku KONAMI telah membuat beberapa kesilapan dalam PES2012. Memang gameplay PES2012 lebih realistik dari versi terdahulu,tapi malangnya tak disokong oleh grafik yang berkualiti. Kualiti grafik PES2012 bagi aku sekadar memuaskan, tidak banyak perubahan dari versi terdahulu, atau mungkin lebih rendah dari keluaran 2010. Untuk game yang lahir pada 2011-2012, ianya agak mengecewakan.


Kesungguhan KONAMI untuk membawa PES ke arah lebih realistik harus di puji dengan beberapa gesture baru oleh pemain dapat di lihat. Suatu penambahbaikan, tapi kesilapan yang sama masih lagi di lakukan dala
m pengawalan "power gauge" seperti PES2011 yang mernerima kritikan hebat. Suatu lagi kesilapan besar dapat di lihat apabila bermain dengan menekan button "run" secara konsisten, player yang di kawal mungkin akan tiba2 berhenti berlari untuk seketika. Kesilapan ini di akui KONAMI, n kalau tak silap, mereka akan fix error ni dan mereleasekan 1 update dalam bulan november. So kita tunggu je.





Apapapun, bagi aku overall game genre sukan bola sepak ney agak memuaskan. Terdapat banyak kekurangan yang harus di baiki untuk versi akan datang. Berbaloi untuk MYR12 versi cetak rompak, dan sesuatu yang kekurangan value of money utk MYR142 versi original.

Personal rating - 3.8/5.0








Monday, October 10, 2011

Review Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Bismillahirahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...



Review sikit pasal satu cerita dari indonesia ni. Sebenarnya aku bukanlah peminat cerita2 dari negara seberang...lebih tepat lagi aku bukan peminat cerita..semua cerita pun aku tak de la minat sangat..just tengok sikit-sikit je...tapi kenapa aku rasa terpanggil untuk tengok cerita ni.



Ku Pinang Kau Dengan Bismillah,, satu tajuk yang aku rasa cukup istimewa.. cerita ni or lebih tepat lagi sinetron ni bernuansa islamik, mengisahkan tentang seorang siswa, Amar (Dimas Anggara) yang mengikuti perkuliahan dalam bidang agama di kota Istanbul, turki. Demi mendapat wang tambahan yang akan dikirimkan untuk orang tuanya, Amar sering menerima pekerjaan sambilan.Di Turki, Amar tinggal di bersama teman kuliahnya, Nordin(Ramzi), mahasiswa yang berasal dari Malaysia .Amar menyikapi agama dengan pemikiran-pemikiran modern dan liberal, sebaliknya Nordin menafsirkan ilmu agama Islam dengan cara yang cenderung kepada fundamental. Sikap yang berlawanan itu kerap menimbulkan konflik di antara Amar dan Nordin.


Watak utama lain ialah Nirvana(Natasya Rizki),merupakan seorang fashion designer yang sudah memiliki nama dan pelanggan tersendiri. Nirvana adalah lulusan London College of Fashion. Malangnya Nirvana sama sekali tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai agama yg di anutinya, agama Islam. Oleh itu sinetron yang bertemakan keagamaan dan percintaan ini lebih memaparkan dua insan yang berbeza latar belakang mencari erti sebuah ketenangan hati dengan mengenal Pencipta dan juga erti kesabaran dan keikhlasan. Konflik yang di ungkap dalam cerita ini jelas memaparkan keyakinan hamba kepada takdir Ilahi.. sesungguhnya ALLAH itu lebih dekat dengan manusia dari urat leher.

Sinetron ini di tayangkan setiap hari di saluran SCTV pukul 1900 waktu Indonesia barat.. erkkkk... sinetron ni tak masuk malaysia rasanya. Aku boleh tengok pun sebab dekat johor boleh dapat siaran indonesia n singapore dengan jelas tanpa memerlukan ASTRO..haha... so sesiapa dari malaysia yang rasa2 nak tengok cerita ney,, boley la ke johor ye,....pp



Thursday, August 11, 2011

11% Pelajar KELANTAN Hadapi Masalah Mental????



opss..Orang2 Kelantan kalu bace tajuk post ni jangan mara dulu ye... Itu adalah fakta yang di keluarkan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian(HUSM). Antara 10-11 peratus remaja khususnya pelajar di negeri Kelantan menghadapi masalah mental dan menerima rawatan di HUSM.Lebih 700orang pelajar negeri ini menerima rawatan di klinik psiakitri HUSM setiap minggu dengan kes berulang... ramai kan??? Kalau tak percaya klik sini.

Tapi bukan bermakna mereka yang menerima rawatan psiakiatri tu semua mempunyai masalah mental disorder ye... Mungkin di sebabkan tekanan dari dunia yang kian mencabar...(yeke??)
Maklumlah sistem pendidikan semakin berkembang sekaligus memberi impak kepda pelajar2 untuk terus bersaing agar tidak ketinggalan dalam apa2 jua bidang sekalipun..

Tapi,, betul ke tekanan pelajaran dan sistem pendidikan kini yang menyebabkan pelajar2 ney terpakse menerima rawatan dari klinik psiakiatri?? Tak tahu la kan...apa2 pun semoga mereka yang mengalami gangguan mental mahu pun emosi dapat mengatasi nya dengan bantuan rawatan yg disediakan..


#kalau dah lecturer bagi 61 soklan assignment suruh siapkan waktu ujung minggu...3 soklan nak buat ambil mase 1jam.....sapa yang tak mengalami tekanan mental, betul tak???



Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday - Di Sebalik Bersih 2.0








Hahahaha

#wordless wednesday ialah hari di mana blogger2 akan post gambar tanpa explanation apa2...

Sunday, July 10, 2011

Semakan UPU Lepasan Matrikulasi/ STPM ambilan 2011..


Sekadar perkongsian dan pemberitahuan kepada adik2,, akaq2, abang2 dan sahabat2.. semakan pengambilan UPU ambilan September untuk Ijazah Sarjana Muda IPTA kategori lepasan matrikulasi/stpm dan setaraf boleh di buat melalui laman web rasmi UPU mulai 15Julai, 12tengah hari





Semoga berjaya kepada sesiapa sahaja yg terlibat...=)




Sunday, July 3, 2011

Sabar......Sabar...Sabar...


Ye....saya bersabar.....sabar itu separuh dari iman kan...


#apa maksud pembayaran secara manual tu..huuuu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...