Monday, October 12, 2009

Aku Amat Merindukannya..............



Memang aku akui dah lama aku tinggalkan 'dia' yang telah menjadi teman setiaku lebih 10tahun lamanya..Kali terakhir aku bersua dengannya adalah kire2 4bulan lepas, iaitu sewaktu di matrikulasi..Bermula dari detik pendaftaranku di INTEC, aku sudah mula rengang dengan dia..tak seperti dulu2 lagi..aku dan 'dia' memang tak dapat dipisahkan..
Dah berbulan lamanya aku tidak bersua dengannya.. Perasaan ku semakin meluap-luap untuk melihatnya.. suatu keinginan tanpa batas!!!!.. Aku ingin meluangkan sedikit masa demi melepaskan rinduku yang semakin tak terkawal.. Akhirnya aku mengambil keputusan mengurungkan diri di dalam bilik sambil membelek-belek sebuah buku berwarna merah menyala yang tertulis "ALGEBRA & TRIGONOMETRI"


MATHEMATICS..... itulah yang aku analogikan sebagai 'dia'.. Sejujurnya aku akui aku memang penggila math(walaupun xde lah teror mane).. Sejak bergelar pelajar INTEC, aku mula berjinak-jinak dengan physic tapi seperti yang aku katakan, aku dan math tak dapat dipisahkan..so demi kerinduan yg semakin meluap2..aku meluangkan sedikit masa untuk bermain2 dengan mathematics walaupun subjek tersebut tidak didaftarkan dalam A-level ku..

Mathematics boleh aku definasikan sebagai sebahagian dari jiwaku.. mungkin sebab waktu aku kecik2 dulu mak asyik suruh aku layan math jer...inilah kesan jangka panjangnya..hehe... sejujurnya aku tanpa mathematics adalah seperti Albert Einstein yang kehilangan formulanya, Pythagoras yang masih mencari-cari teorinya, Aristotle yang kehilangan kata-katanya.

Tanpa aku sedari, dah lebih setengah hari aku berdampingan dengan math.. Suatu kepuasan yang tidak terhingga..... sebagaimana Pascal membuktikan teori F
1/A1=F2/A2 nye yang tak dapat di sangkal!!!







3 comments:

  1. ish2...dasat budak ni..budak-budak skrg setengah hari main game..dia setengah hari ngadap buku math.bagus2..kembalikanlah zaman kegemilangan para ilmuan islam...

    ReplyDelete
  2. ohohoho...
    Is..you're same like Ida.when she was in A-level..
    like senior like junior..
    opssssss....
    nope!!!
    like senior like her lovely junior..
    hak3

    ReplyDelete
  3. grrrr....
    nurul...u polute the quotes!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...