Saturday, January 2, 2010

Duhai......

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Duhai Iskandar,
perjuangan itu masih panjang,
cabaran itu tidak akan habis,
halangan itu tidak mungkin kering,
cubaan itu tidak mungkin tehenti..

Duhai Iskandar,
tabahkanlah hatimu menempuh ranjau,
perkasakan lah semangatmu melalui halangan,
kuatkan hatimu dengan iman,
ajarkanlah dirimu menghayati kalam Allah.

Duhai Iskandar,
dunia ini semakin pantas,
yang kuat akan terus berdiri,
dan yang lemah akan terus tersungkur,
ikutilah gerak pantas dunia,
istiqamahkanlah setiap kebaikan,
sesungguhnya kejayaan itu milik orang yang sabar.

Duhai Iskandar,
sedarlah bahawa dunia ini bukan segala-galanya,
di sana ada sesuatu yang pasti,
di penghujung ini ada sesuatu yang menanti,
carilah keredhaan itu,
semoga esokmu adalah lebih baik dari hari ini..

Duhai Iskandar,
Ingatlah........................
jika kamu tersungkur bukan bererti kamu gagal,
jika kamu berundur bukan bererti kamu kalah,
selangkah kamu kebelakang,
tiga langkah kamu kehadapan..

Duhai Iskandar,
hidup ini satu perjuangan,
hidup ini menuntut pengorbanan,
hidup ini perlu kekuatan,
menempuh kehidupan penuh dugaan..

Duhai Iskandar,
19tahun dahulu kamu dilahirkan di dunia,
19tahun dahulu kamu menjejakkan kaki ke alam ini,
jangan lah kamu melakukan kerosakkan di bumi Allah,
sesungguhnya hanya pada Nya lah kamu akan kembali..

Duhai Iskandar,
jika kamu menyayangi seseorang,
sayangi lah dia kerana Allah,
kerana Allah jua lah yang Maha Penyayang,
lagi Maha Mengasihani..

Duhai Iskandar,
ajarkanlah jiwamu mengenal erti tarbiyyah,
bentuklah hatimu menghargai ikatan ukhuwwah,
tanamlah sifat mahmudah dalam dirimu,
jangan biarkan diri tersasar dari jalan Nya...





INSPIRASI HATI,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...