Sunday, May 16, 2010

Langit Maghrib dan Isyak...

Bismillahirrahmanirrahim..
In the Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Sudah lama ana tidak menjengah ke blog ini. Kehidupan yang agak sibuk kebelakangan ini. Akhirnya dapat meluangkan sedikit masa untuk kembali ke dunia blogging....dunia curahan inspirasi ana..dunia bicara hati ana.

Ntah kenapa sejak2 ini ana lebih suka menyepi keseorangan.. Melihat dunia disekililing ana berputar..menyaksikan waktu demi waktu berganti. Menjengah ke dada langit, merenung jauh ke kehijauan bumi, melihat arus air tenang di tasik, menatap bintang dan bulan bercahaya dalam kepekatan malam..

Selepas selesai mendirikan solat maghrib, ana akan mengambil masa untuk bersendirian. Di masjid universiti yg dianggap sgt berprestij dalam bidang tersendiri, ana sesat dalam fikiran sendiri. Satu demi satu perkara bertukar-tukar dalam fikiran ana. Detik demi detik peristiwa muncul di benak ini.

Kadang-kadang terasa lesu jiwa ini,terasa bergenangan air di mata, titis demi titis membasahi pipi. Seperti ada kesedihan di sebalik wajah yang cuba tersenyum, seperti ada sesuatu bersembunyi di hati.

Ya ALLAH, begitu lemah hati hamba Mu ini, begitu lalai fikiran hamba Mu ini. Berikanlah kekuatan kepada hamba Mu ini, Berikanlah cahaya petunjuk pada jiwa yang lemah ini.

~Ameen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...