Seperti yang korang sume dah tahu, microsoft telah melancarkan versi OS terbarunya, Windows 8..
Rasanya tak perlu nak buat review pasal windows 8 ni.. Microsoft dah buat review yang lengkap dah.
Memandangkan sekarang ni microsoft buat promosi untuk windows terbarunya tu,, aku yang mudah terpengaruh dengan iklan ni pun mengupgrade OS 7 ke 8.
Tak susah pun nak upgrade ni kalau OS asal korang tu windows 7.. Korang boleh terus upgrade tanpa kehilangan setting mahupun software yang dah di install. Tapi sebelum tu check la dulu compatibility hardware dengan software korang tu dulu ye. Windows upgarde assistant untuk check compatibility ni dah di sediakan dekat laman web rasmi microsoft.
Lepas tu korang boleh lah decide nak upgrade tak.. tapi kalau rasa-rasa pc or laptop korang tu dah macam semacam je,, better format dulu.. baru smooth sikit..
Hasil selepas meng-upgrade
User interface yang sangat meyejukkan mata memandang... Agak moden sikit.. Start menu dah takde.. Logo dia pun hilang. Start menu ni dah di ganti dengan start skrin... Kekok sikit nak guna untuk kali pertama.. tapi basically benda yang sama..
Windows store berasaskan apple store dan google play pun ada.. Untuk korang muat turun app yang korang suka..
Agak annoying sebenarnya kalau guna mouse dengan keyboard. Kalau AIO tak pun laptop korang tu ada multi touch skrin, baru terasa apa yang menariknya windows 8 ni.. tapi apa yang paling ketara selain start skrin ni ialah boot time.. Ok.. tak di nafikan.. sangat pantas walaupun anda menggunakan HDD.. kalau guna SSD confirm lah lagi best.. Kelip mata sekali je kowt dah boot..haha
Tapi bila aku pandang skrin pc ni, dengan skrin telefon aku atas meja.. dan juga skrin tablet ats riba... aku rasa macam.......... pehhhhhh.. bosannnnnnnnnn... sume barang samaaaa jee... Pc dah macam tablet.. tablet dah macam phone.... suck..... watpe habis duit untuk benda lebih kurang sama, size je lain..
ooo...xtry lg..pakai xp je dr dlu :p
ReplyDeletexpe.. xp stable kowtt..=)
Deletewah advance is..terbaek
ReplyDeleteorder online tuu byr mcm mana?
ReplyDeletemastercard=)
Delete