Sunday, June 27, 2010

Kembali Ke Dunia Ku....

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.


Menjengah jendela bilik,,melihat renyai hujan turun membasahi bumi..Percikan air tasik di panah deraian hujan yang turun jelas kedengaran.. Hujan rahmat memberi seribu erti kepada tumbuhan yang dahagakan air dari langit, Menjadi penyegar kepada tanah yang kontang.. Menjadi penyejuk kepada cuaca terik dan suhu kepanasan..

Dari dalam bilik P-01-03 blok Propana village6 Universiti Teknologi Petronas,, seorang remaja sesat dalam lamunan nya,,di buai bunyi deraian gerimis yg baginya amat menenangkan. Melapangkan fikirannya sejenak,Membuka satu lembaran baru dalam benaknya. Membawanya kembali ke dunia yang amat dirindui nya.

Sudah lama remaja itu menyepi. Ketandusan ilham, kekeringan kata-kata atau sentiasa di cemburui masa. Sungguh, banyak perkara yang ingin di kongsi,, tetapi tidak pula diluahkan dengan rantain huruf dan bait suku kata.

Dalam kedinginan yang menyegarkan, cuaca mendung yang mendatangkan ketenangan,dan kesunyian yang melimpahkan ilham,, remaja itu tergerak untuk menaip 'www.absolutely-is.blogspot.com' di tabs url.

Remaja itu ialah diri ana, Diri ana yang merindui dunianya, Dunia yang menyaksikan ungkapan kata hati, dunia yang berjaya mendefinasi suatu perasan dan diterjemahkan dalam untaian alphabet,, dunia yang telah menemaninya untuk sekian lama.

Ana amat merindui blog ini. mungkin telah lama ana tidak mengendahkannya,,tetapi bukan bermakna ana telah melupakannya. Akhirnya ana kembali ke dunia ana. Dunia luahan monolog. Dunia curahan inspirasi, dunia yang membantu ana untuk lebih mengenali diri ini.......dunia blogging......ABSOLUTELY-IS.....


# entry ini menyaksikan ana kembali ke dunia blogging. Mungkin post2 selepas ini akan disampaikan dalam gaya yg sedikit berbeza dari post2 terdahulu..,dengan secara rasminya kembali aktif dalam 'versi ke-2' blog ana



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...