Wednesday, September 22, 2010

Pencinta Calculus -Apakah Yang Di Kejar 1-

Bismilahirrahmanirahim.
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...


Melayan perasaan sejenak. Masih memikirkan mimpi yang terkisar..timbul pertanyaan yang berulang-ulang di benak sama seperti mimpi itu yang berulang. Kisah mimpi yang diceritakan dalam post sebelum ney masih menggangu minda yg gagal menjadi pentafsir.

Terlihat buku Chemistry di atas meja. Melihat jadual dihadapan. Calculus yang dirindui. Sudah setahun ana meninggalkan subjek tu. 1st time mengenal calculus semasa di INTEC. Menyaksikan detik terpaut nye hati pada dunia calculus. Tapi hati tiba-tiba meragui. Adakah ana masih mampu mencintai Calculus tatkala di UTP? Adakah cinta itu tetap sama? Setelah setahun ditinggal kan.. Bersua kembali di tempat yg jauh berbeza. Semoga cinta lama itu bersemi kembali.



Melihat VAIO tertera i7 dihadapan, sebuah handset touchscreen di sisi,, Sebuah Sony DSLR di atas meja dan juga buku Chemistry kepunyaan ana. Terdetik di hati. Seorang ahli photography kah yg menghuni bilik ini? Pencinta gadjet? Atau seorang pelajar?? Apa yg ana boleh katakan,, penghuni nya adalah ana sendiri.

Teringat sewaktu zaman persekolah, SMKBT, High School Kluang, Sains Seremban.. tempat2 yg pernah mengajar ana. Terasa begitu mudah. Sehingga lah kepada SPM. Then, kolej Matrikulasi Johor ke INTEC dan dengan kerelaan yg tak pasti akhirnye ke UTP. Tapi mengapa apabila sampai ke destinasi terakhir yg di nyatakan tu terasa begitu sukar??

Terlalai melihat DSLR di atas meja.Terlintas di fikiran, bukankah dulu seorang ahli physic dan kedoktoran, Al-Biruni menuntut ilmu dengan keadaan yg sangat sederhana?. Al Ghazali belajar dalam kemiskinan? al khawarizmi apatah lagi. Di dunia barat Plato mencari falsafah dalam serba kekurangan. Tetapi akhirnya daripada kesederhanaan itu mereka menggegar dunia.

Melihat dunia sekarang. Daripada ana melihat orang lain.. Lebih baik ana melihat diri ana kini. Zaman sekolah dulu pen, kertas, calculator memenuhi meja. Sekarang DSLR, VAIO dan lain2 mengambil tempat. Perlukah DSLR tu untuk menangkap structure ester?Perlukah i7 yg lagi sesuai untuk main game tu untuk menyiapkan sekadar kerja online atau autocad??? (i5 dah la..hee). Melihat keliling, ada yang bekerja sambil belajar untuk menambahkan pendapatan katanya. Ada yang melakukan berbagai2 lagi cara, masuk berbagai2 lagi program untuk menambahkan duit khabarnya. PTPTN sekarang tak cukup beli buku ke?? Biasiswa JPA tak cukup nak bayar hostel?? Atau duit petronas tak cukup nak makan???

Telah di firman kan bahawa sesungguhnya orang yang menuntut ilmu dengan penuh kesabaran dan kesederhanaan adalah orang yang menuju kejayaan.

Wahai Pencipta Alam, aku mohon keampunan Mu. Pegangilah hatiku tuhan yang Maha Penyayang.


Tuesday, September 21, 2010

Mimpi..

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..



Terjaga dari lena dengan fikiran yg tak menentu. Masih terbayang2 ap yg di mimpikan. Entah kenapa baru2 ney ana mendapat satu mimpi yg berulang-ulang. Dah bape kali ulang dah. Tapi yg pelik nye ia berulang bukan dalam tempoh yg singkat.. Tapi berulang selepas setahun.

Terasa sesuatu yg ganjil bagi ana. Sebenarnya, setahun dulu,, sewaktu ana masih di matrikulasi, tidur ana diganggu oleh satu mimpi,,.bukan mimpi seram..tp agak pelik.. Tiga kali mimpi tu berulang sepanjang 3minggu pada tahun tu.....n......kini...setelah lebih setahun masa berlalu.. mimpi tu datang lagi. Walaupun tak berulang seperti tahun sebelumnya.

Ana sering memikirkan maksud mimpi tersebut,. Adakah ia sekadar mainan tidur? Mungkinkah mainan tidur boleh berulang walaupun selepas setahun? Ahhhh.....malas nak fikir.. Semakin memikir kan nye, semakin gagal ana menafsir.

Mimpi berjalan dari hutan ke sebuah apartment.mimpi seorang perempuan tak dikenali menceritakan tentang dirinye. Ahhh....kalau mimpi dilamar puteri kayangan tak pe jugak..hee..

Apa-apa pun..mungkin ana yg gagal menafsir, atau hanya sekadar mainan dalam lena. Jika mimpi itu sememang nye memerlukan tafsiran,,semoga ianya akan terurai dengan kehendak-Nya









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...