Tuesday, June 28, 2011

Fakta : Lelaki Lebih Ramai Berbanding Perempuan??




BILANGAN LELAKI BUJANG DI MALAYSIA LEBIH RAMAI BERBANDING PEREMPUAN...
.


..mesti ramai yang tak percaya dengan statement kat ats tu kan... Korang mesti rasa bilangan perempuan dekat Malaysia ni melebihi bilangan lelaki...betul tak?? tak taw la pulak kalau aku je yang rasa macam tu...

ok...takpe..untuk membetulkan pandangan tu,, secara realiti nya bilangan lelaki dekat malaysia adalah melebihi bilangan perempuan dengan nisbah nasional 105 lelaki berbanding 100 perempuan.. Termasuklah bilangan lelaki yang belum berkahwin juga melabihi bilangan perempuan yg belum berkahwin.
. Banyak negeri yang melebihi nisbah nasional ney.. contohnya.. Pahang.. nisbah lelaki : perempuan ialah 113:100 dengan lelaki berumur 20-34 tahun seramai 198600 orang berbanding 188900 perempuan... kalau tak percaye.. klik sini

gambar ney takde kene mengena dgn entry


Mungkin kalau kita lihat dekat IPTA bilangan perempuan jauh melebihi lelaki terutamanya dekat UM, UPM, UKM n UPSI... Statistik kementerian pengajian tinggi menunjukkan bilangan kemasukan lelaki ke IPTA adalh 30-40 peratus dan selebihnya perempuan...(ni bukan maksud lelaki ramai tak pandai ye...ramai yang pergi oversea!) Tapi benda ni tak valid untuk IPTA yg berorientasikan teknikal macam UTEM dan sememangnya tak valid untuk IPTS especially UTP!!

..benda ni sekadar informasi... Lepas ni lelaki tak boleh la cakap "tak pe,,,laki lagi ramai dari perempuan".....(rasanye ayat ni aku baru cakap dekat lab organic chemistry 2minggu lpas)..(__!







Sunday, June 26, 2011

Mengalah atau Berputus Asa????

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful...


Masuk minggu ke enam untuk sem ni. Sem yang agak memenatkan berbanding sem-sem yang lepas.. Mungkin juga sem yang agak tough bagi orang yg allergic dengan physics, air pressure apa sume benda nak alah kejuruteraan tu macam aku... tapi tak pe..adat belajar kan.. Kalau semua nak senang and rilex je baik tak yah belajar!!

Berbalik kepada topik.. MENGALAH atau BERPUTUS ASA.. Mesti semua makhluk dekat dunia ni penah rasa "down" and macam rasa putus asa je kan.. Tak kira la dari segi pelajaran ke,, pengurusan kewangan, pengurusan rumah tangga,,,pengurusan diri,,, pengurusan awek....ehh...ad ke??? Mesti pernah rasa mengalah dalam kehidupan ni. Kalau semua orang tak pernah rase putus asa sikit pun.... tak kan lah muncul perkataan LIFE IS SUCK... betul tak??



Rasa mengalah dan putus asa ni sebenarnya lumrah manusia.. Sememangnye manusia ini hanyalah makhluk yg tidak lepas dari sifat-sifat ketidaksempurnaan. Kalau korang rasa "down" sangat, ap yg korang nak wat?? Kalau korang kurang cerdik,, mungkin ni alternatif2 yg akan di pilih untuk lari dari masalah:

1. Telan racun or ubat penenang banyak2 macam makan gula2
2. pura-pura gila..nanti kene hantar tanjung rambutan,, kire dah lari dari masalah la tu kan??
3. makan banyak2.. bia obesiti,, lepas tu peratusan kene penyakit kronik akan menaik dengan
banyaknya.. tinggi sikit chance nak tinggalkan dunia ni..
4. Terjun laut..
5. Alternatif terakhir, kalau takut air nak terjun laut, bukak mr. google.. cari lokasi sebenar KB
MALL ..... pastu terjun kat situ (jgn lupe panggil bomba dulu ramai2)

Tu alternatif kalau korang rasa korang kurang cerdik la.. Tapi cuba fikir balik kenapa mesti rasa putus asa?? Kenapa mesti mengalah?? susa sangat ke hidup korang?? Masalah takde duit?? Cuba kau tengok bangsa rohingnya yang jadi pelarian dkat Myanmar tu,,, nak makan sekeping roti yang 60sen(sekarang da 70sen) tu pun susa.. Tak de pun dorang tu putus asa.. Masalah gagal test?? Bukan ko sorang je yg gagal.. Kalau kumpul pelajar2 universiti satu dunia ni yg penah gagal,, rasa2 nye melambak kowt.. Masalah dengan kawan-kawan? Pergi la cari kawan lain. Masalah peribadi?? Okey...jangan biarkan ianya peribadi,,kongsi masalah dengan orang yg boleh percaya.... Masalah dalam percintaan?? Pergi la kawen.. Masalah dengan awek/pakwe???? Pergi cari yg baru... mana lah tahu ley jumpe lisa surihani ke tiz zaqyah ke..betul tak? hee

Ok... cara sebenar nak atasi masalah putus asa tu selain dari alternatif yang kurang cerdik di atas.......... cuba fikir sejenak....

17tahun/20 tahun/30tahun/40tahun (ikut umur korang ea) dahulu,,, kau adalah 1 dari berjuta2 sperma yang masuk ke dalam rahim mak kau... Untuk menjadi seketul darah dan segumpal daging,,, kau telah membunuh dan memusnahkan berjuta-juta harapan adik beradik kau yang lain untuk melihat dunia ni....



Ye.....kau adalah seorang pemenang.... Kau bercambah menjadi fetus.... Dan apabila tiba masanya,,, kau lahir ke ke dunia ini,,, laungan azan menyambut kelahiran engkau.. Kau membuka mata untuk melihat wajah mereka yang membawa engkau ke dunia ini.. Kau mula mengenal cahaya... kau mula merasai angin...




....kau adalah yang TERPILIH..... yang terpilih untuk meneruskan harapan berjuta-juta adik beradik kau yg terkorban semata-mata untuk memberi peluang kau bernafas!!!!!

Tetapi mengapa setelah berbelas-belas/berpuluh-puluh tahun,,, kau semakin lemah????!! Mengapa baru sekrang kau mengalah???? Berpuluh2 tahun dahulu kau adalah juara,,,, sekarang kau tak lebih dari seorang pecundang?????

Hidup ini satu ujian dan cabaran.... walau sebesar mana pun masalah yg kau hadapi,, ingatlah

TUHAN TIDAK AKAN MENGUJI MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBANYA...


Kau rasa hidup kau susah??kau rasa kau banyak masalah????

Macam mana dengan mereka yang duduk di kaki lima untuk mengharap sesuap nasi???
Macam mana pulak dengan mereka yang berada di dunia ini sebatang kara?????
Macam mana dengan mereka yang pergi ke dewan kuliah tanpa tangan atau kaki??????

Pernah kau fikir ke... sebesar mana masalah yg engkau hadapi,, serumit atau sepahit mana,,, ramai lagi yg kurang bernasib baik dari engkau.. Mengapa mesti putus asa?????

Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat ALLAH ialah orang yang kafir..

Walau apa jua rintangan yang mendatang,, percayalah ianya adalah untuk menguatkan hati yang kian rapuh.. Jika ingin mencari sebuah ketenangan...yakinlah yang anda cari itu ada dalam zikrullah dan ayat-ayat ALLAH yang indah.... semoga segala masalah yg di hadapi di dunia ini di lalui dengan penuh ketabahan dan kekuatan hati...


#teknik penulisan telah diubah berbanding post2 terdahulu,,,sebuah transformasi ke arah penulisan yg baru,,,apa2 komen dengan penulisan yang baru,,boleh ditinggalkan di ruangan yg di sediakan....tq



Friday, June 3, 2011

Mengimbas Masa Lalu - Suatu Ketetapan.. (utk mereka yang merasakan tidak berada di tempat yg sepatutnya)


Bismillahirahmanirrahim.

In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...

#entri ini akan menggantikan kata nama 'ana' kepada aku'...

Membuka berita harian online untuk mengetahui berita2 terkini(dah lame tak baca surat khabar sebenarnye). Scroll dari satu tajuk ke tajuk yang laen.. Tiba-tiba terbaca pasal luahan seorang pelajar pasal biasiswa JPA..ok... surat pelajar yang di publish tu lebih kurang macam kat bawah ney..

"Kami pelajar2 spm 2010 berasa amat kecewa kerana tidak terpilih untuk mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN) walaupun keputusan kami 8A+ dan ke atas... Kami merasakan tidak bermakna keputusan spm kami apabila keputusan rayuan yg di keluarkan JPA mengatakan 98 orang pelajar 9A+ akan ditaja ke IPTS dan pelajar 8A+ di taja di Matrikulasi.......bla......bla....bla.........."

Pelajar yang hantar surat ni mesti rasa tak puas hati dan kecewa kan.. Apa2 pun, pendapat aku secara persendirian, pelajar2 ni perlu belajar sesuatu yang lebih bermakna...dan belajar menerima,, ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Apa-apa pun, persepsi setiap orang tu berbeza.

Sebagai perkongsian, aku telah melalui zaman persekolahan aku. Alhamdulillah, sewaktu zaman persekolahan aku tidak la berhadapan dengan banyak masalah.. Dengan izin dan nikmat dari-Nya, aku menamatkan zaman persekolahan aku dengan keputusan 10A1 dalam SPM..tapi aku takde lah pandai mane pun, melambak lagi orang yang dapat jauh lagi bagus. 21A pun ada time aku SPM tu dulu..

So..lepas SPM, macam biasa,, masa memohon apa2 yang patut. Seriously, aku pun tak taw sangat apa yang aku nak lepas SPM dulu..so aku apply je apa2. Biasiswa JPA aku apply perubatan, aku mohon biasiswa kementerian pelajaran malaysia (KPM) untuk study oversea kos biologi dan pendidikan (KPM ada untuk pendidikan je, sebab tu aku mohon pendidikan). UPU dengan matrik tu standard la memang dah isi awal2 dah. Tapi
sume kos yang aku mohon ni relate dengan sains hayat.. Bukan sebab aku minat sangat biologi, tapi sebab aku amat tidak meminati physics. Time sekolah dulu, physics ni dah jadi macam waktu tido aku dah. Tapi entah kenapa, tangan aku ni gatal je nak isi borang Universiti Teknologi Petronas(UTP). dah tahu UTP tu ada engineering je., aku memang sangat2 allergic dengan engineering2 ni (tak minat) tapi aku apply jugak... saja je nak test2..(niat awal dah tak baik)..

Ok,,di pendekkan cerita,, aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Asasi Sains Hayat UM (PASUM), program alpha MMU.. asasi UniKL kat kolej mara Kuala Nerang under mara (yang ni aku pun pelik macam mana boleh dapat,tak de apply pun), Biasiswa KPM untuk ke United Kingdom..biasiswa petronas untuk kejuruteraan kimia UTP......dan JPA-perubatan Ireland..

Bila dapat sume tu,, aku pun tak tahu nak pilih mana satu. Waktu pendaftaran Matrik dengan UM tu awal dari yg len.. UniKL dengan MMU pulak aku dah tolak awal2. Entah mengapa dan entah
bagaimana, tiba-tiba hati aku kuat mengatakan..."Is....MATRIK".... So, aku pun pergi mendaftar kat KMJ,,, Kenapa matrik yang dipilih??? why must matrik?? why that? why this?? kawan2 aku dan masyarakat sekeliling mula mempersoalkan kemasukan aku ke matrik. bagi budak-budak asrama penuh, matrikulasi ni merupakan tempat SPM leaver yang tak dapat tawaran mana-mana melainkan diploma. Kalau aku masuk matrik, sama lah macam result SPM aku teruk giler,,pastu nak repent dekat matrik. Kira result SPM aku tu sia-sia je (ni pandangan orang ramai, student2 matrik jgn mara ye=).

Ok..sebenarnya aku niat nak masuk matrik ni pun sekejap je.. Bagi aku ruang dan masa untuk aku berfik
ir jalan untuk aku.Lepas aku dapat jawapan, aku keluarlah.Tapi entah kenape dekat matrik, aku rase satu kelainan. Aku berkenalan dengan ramai kawan yang baik dan sama perangai macam aku, kehidupan pun sangat teratur. Bagi pendapat aku, tanggapan masyarakat terutamanya budak2 yang sangat cemerlang waktu SPM dulu mengenai program matrikulasi adalah salah sama sekali.. Lama-kelamaan hati aku semakin terpaut dengan matrik. Tapi aku terus berfikir, perlukah aku duduk di matrik ini dan menerima apa yang orang kata dan mensia-siakan result SPM aku? (mcm yang orang selalu ckap, matrik ni untk orang yang takde choice)..aku mula memikirkan tawaran JPA medic ireland. tawaran bernilai jutaan ringgit yang memang susah nak dapat. kalau memang betul2 pandai baru boleh dapat Ireland ney (tp aku xpandai mana pun!)

Then, after 2weeks dkat matrik. surat UTP sampai ke rumah aku. Ye,,aku mendapat tawaran Kejuruteraan Kimia UTP biasiswa PETRONAS.. Kejuruteraan?? NO! Aku apply ni dulu saja nak test je..tak de niat pun nak pergi (benda ni tak elok sbab ttup pluang orang lain nak dpt UTP,tp aku tak pikir pun sume tu dulu). Dalam hati aku mula timbul satu rasa seolah-olah aku sangat bagus (sekarang dah berubah..ni masa zaman tak matang dulu).. aku mula terfikir,, ye..memang orang cakap UTP susah nak masuk..tp aku kan dpat 10A1 SPM..PMR aku 8A..UPSR aku 5A dan seumur hidup aku.. dari aku darjah satu sampai tamat form5, no yang paling teruk pernah aku dapat ialah no 3 dalam keseluruhan..tu pun masa aku darjah 1.. yang laen sume dapat no 1... so.. why I must go to UTP??? Bagi aku UTP hanya lah sebuah IPTS yang tak ada unik nya melainkan nama "PETRONAS" dekat ujung. Aku sepatutnya berada dekat UK ke AUSSY ke IRELAND ke..(aku tulis benda ni bukan untuk ap,, aku just nak tunjuk macam mana fikiran aku yang mula di hasut oleh rasa bangga dan seumpama dengan nya yang tak sepatut nya ada pada diri seorang hamba sperti aku...sbgai iktibar utk aku dan anda smua). Masa aku masuk matrik. aku tak fikir pulak sume ney.. tp waktu tu, aku telah mula kehilangan diri aku yang sebenar..Alhamdulillah sekarang tak lagi=) Surat tawaran UTP tu aku tak bukak pun..aku just ambil lepas tu biar je surat tu kat atas meja tanpa terusik...

Lepas hampir sebulan dekat matrik..aku masih lagi tidak menjumpai jawapan yang aku cari. Mungkin bagi sesetengah orang..adalah amat bodoh untuk memikirkan antara matrik dan JPA...mesti la jawapan nye JPA... tapi tidak bagi aku...Aku mula berasa selesa belajar di matrik tu...penuh kesederhanaan. Hati aku hari ke hari semakin berbelah bagi.. Jauh di sudut hati aku,, aku amat menginginkan untuk meneruskan program matrikulasi.. tapi lama-kelamaan..oleh kerana terlalu ramai yang mengatakan keputusan itu sangat bodoh dan tidak berasas..aku pun semakin lama semakin menafikan rasa di hati ku untuk terus di matrik...



Akibat banyak mendengar suara2 kenalan dan masyarakat am nya.. aku pun keluar dari matrik.. dan menerima tawaran JPA untuk ke Ireland... ternyata itu bukan lah jawapan yang ad dalam hati ku,,tetapi kaki ku tetap bergerak ke arah jalan itu.. Kehidupan aku yang sangat mencabar bermula selepas aku mendaftar program tersebut.. di situ aku mulai merasai pahitnya kegagalan dan manisnya kemenangan... aku merasai jatuh bangun nya hidup aku...dan mula belajar pengalaman baru yang mematangkan diri.,.serta mula merasai deraian air mata yang menguatkan hati.

Dan akhirnya...............entah kenapa dan entah bagaimana, jalan ini membawa aku ke bumi ini.......




Tempat yang tidak terfikir oleh benakku,,,
tempat yang suatu ketika dahulu surat tawarannya aku hanya mencampakkan ke meja.,, tempat yang sememangnya tidak mahu ku langkahkan kaki ke situ,,,...

Apa yang aku ingin sampaikan dari entry yang panjang lebar ni...

"Kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kita... Kadang-kadang kita merasakan kita sepatutnya berada di tempat yang jauh lebih baik...tapi takdir mengatakan kita harus di sini"

Hanya Pengatur Sekalian Alam yang Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya..... Ketentuan-Nya adalah satu rahsia.... yang penuh hikmah,,agar kita berfikir dan belajar menerimanya...sesuatu yang hebat pasti menanti di sebalik ketentuan itu......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...