Thursday, September 29, 2011

Monolog Manifestasi Jiwa

Bismilahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,


Sekian lama meninggalkan blog ini. Kembali dengan entri yang tidak perlu di fahami oleh sesiapa pun. Sekadar monolog diri jiwaku yang kian lemah terheret oleh pelbagai rasa.

Duduk menghadap laptop. Hati terkurung oleh jasad yang lemah longlai. Mencari jalan keluar dari seribu perasaan yang membelengu. Cuti semester telah bermula 2minggu yang lalu. Mungkin di luar sana sesi perkuliahan baru masuk minggu ketiga bagi kebanyakkan siswa. atau mungkin minggu keempat. Perkuliahan yang setara oleh kebanyakan universiti sama sekali tidak teraplikasikan di tempat ku belajar.

Lupakan sahaja soal sistem itu. Terima apa adanya kerana belajar menerima itu adalah yang terbaik untuk setiap insan yang bergelar hamba. Menerima satu suratan takdir dengan penuh keikhlasan. Pada saat matahari baru menampakkan sinarnya di pagi hari ini, hatiku sama sekali tidak tenteram. Merasai sakit yang tak menentu. Dan aku sendiri tak dapat menentukan apakah kesakitan itu. Yang pasti ianya lebih menyakitkan dari tapak kaki ku yang tertusuk objek asing yang tajam,, jauh lebih menyesakkan dari kesesakan pagi hari di metropolitan.

Memandang keluar dengan pandangan kosong. Ingin ku isi sesuatu untuk hari ini. Sesuatu yang lebih bermakna.

"DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN"

Ingin ku hidupkan kerinduan di hati,, ingin ku selami makna cinta. Cinta yang di ajar kan oleh junjungan ku dan junjungan seluruh umat Islam di muka bumi. Cinta hamba kepada Pencipta. Pencipta kepada segala penciptaan. Pencipta apa yang ada di langit dan di bumi, mahupun di antaranya.

"KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLIH"

Ingin ku nasihatkan hati ini. Nasihat untuk melakukan jihad yang terbesar. Bukan seperti jihad yang di fahami oleh kapitalis mahupun penganas tanpa akal waras. Tetapi jihad dalam mengatakan yang benar. Yang benar dalam setiap perkataan yang diucap, setiap langkahan oleh kaki, mahupun dalam setaip hembusan nafas.

"DAN MEREKA SALING MENASIHATI DALAM KEBENARAN"

Ingin ku ajarkan hati ini sebuah pengertian. Seribu satu erti kesabaran. Kesabaran dalam apa jua keadaan. Kesabaran yang menangkan hati yang tak keruan. Kesabaran yang membawa kepda keikhlasan jiwa.

"DAN MEREKA JUGA SALING MENASIHATI DALAM KESABARAN"


Semoga pada akhir penghidupan ini,, aku tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...