Sunday, November 27, 2011

Di Subuh Itu

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Di saat subuh yg penuh ketenangan,,
ada manusia yg sedang menaiki motor
mahupun menggunakan kaki menuju tempat azan dilaungkan,,
ada manusia sedang mengalunkan irama indah ayat2 suci Illahi,
tidak kurang juga yg tidak henti2 memuji penciptanya melalui zikrullah,,
ada manusia yg larut dalam kenikmatan bersujud pada pemilik alam,
ada yang sedang menangis menadah tangan mengharap pengampunan Yang Maha Pemaaf.

Di saat subuh yang penuh ketenangan itu juga,
ada manusia yang larut di dalam selimut di buai angin subuh,
ada manusia yang sudah berada di depan komputer riba
hingga tidak mendengar azan yg memanggilnya,
ada manusia sibuk menghafal rumus dan segala teori serta falsafah
hingga terlupa mengingati penciptanya,
tidak kurang juga yang sedang menonton movie yang baru di download
hingga terlupa bersujud pada pemilik alam,
ada manusia yang sedang bersiap2 ke kerja mencari rezki
tetapi sama sekali tidak terfikir untuk melaksanakan subuh nya,
ada yg telah bangun tetapi kembali meliputi tubuhnya dengan selimut,
ada manusia yang merenung jauh tetapi bukan pada sejadahnya.

Di subuh itu,,
di manakah kita tergolong??
ingatkah kita untuk bersujud merendah diri??
ingatkah kita menadah tangan memohon ampun??
ingatkah kita untuk mengingati zat yang berkuasa??

semoga kita sama2 tergolong di kalangan yang mengimbangi dunia dan akhirat...



Sunday, November 20, 2011

Galaxy Note - Reflect Your Desires



Mesti ramai yang dah tahu and try smartphone terbaru samsung ni kan. Galaxy note. Mula-mula tgok rasa konfius pulak gadjet ni dalam kategori tablet ke smartphone. Apa tak nye, skrin HD super AMOLED yang pertama dihasilkan sebesar 5.3 inches. Size terbesar untuk smartphone. Bila genggam gadjet ni, rasa macam pelik je. Kalau letak dalam poket seluar jeans yg ketat tu rasa sgt2 tak selesa, tp nasib baik galaxy note ni nipis je. Lama-lama ok la kot.

Menggunakan platform android 2.3 Gingerbread 1.4GHz pemprosesan dwi-teras, sikit pun tak jadi masalah bagi galaxy note untuk run pelbagai application dalam satu masa. Application boleh di aktifkan dalam masa 0.2-o.3 saat. Laju tak?? tapi ni bukan yang terhebat dalam dunia smartphone kini...HTC sensation xe masih lagi yang terpantas dengan 1.5GHz.

Kalau tengok dari kamera 8mp mahupun kualiti audio yang di hasilkan, mungkin kualiti galaxy note sudah banyak ada pada smartphone2 yg lain. Tapi ada yang sangat special pada galaxy note ni - stylus Smart pen (S-pen). Waktu gune S-pen ni dekat skrin sebesar 5.3inchi tu, serius rasa macam tulis dekat notepad. Rasa dan hasil nya sama dengan menggunakan pen carrera rm1.50 yang cepat habis dakwat tu dkat atas memo pad. Siap boleh sketch2 lagi. Kalau tak percaya. boleh la beli galaxy note ni, pastu skecth la puas-puas dekat skrin dia. Kalau handwriting korang lawa macam handwriting awek-awek yang cun tu (boley percaye ke handwriting awek yg cun tu lawa?),, lawa la jadi hasil yang korang dapat lihat dekat skrin tu,,, tapi kalau tulisan korang buruk macam tulisan aku,, insyaALLAH korang boleh baca jugak apa korang tulis dekat skrin tu selepas bersusah payah merenung..haha




Keunikan S-pen ni diperkuat lagi dengan S-memo, built in software pada smartphone ni. Untuk mereka yang suka mencatat, memang sesuai sangat la.. Nak hantar email pun boleh guna handwriting sendiri je.. Tapi perlu diingatkan sekali lagi ye... pastikan handwriting korang tu mestilah tersangat2 lawa...

Kalau ada sesiapa nak beli smartphone ni, adalah di syorkan untuk menggunakan bersama dengan smarphone plan mana-mana telco. Takpun pastikan kawasan kediaman anda or universiti2 ataupun office2 yang anda duduk tu ada wifi yang laju sebab galaxy note mampu menyokong HSDPA sehingga 21 Mbps!! tapi malangnya, tak taw nak duduk dekat mana dalam malaysia yang boleh dapat internet laju macam tu....gadjet2 semua dah maju n hebat2, tapi bila lah provider internet kat negara ni nak upgrade kan. Kalau kat universiti tu,, pihak universiti jangan la kedekot sangat sampai amek plan wifi yang murah.. Lembap taw x!!

ok..in a nutshell, galaxy note is one of the brilliant choice to those who want the high end exclusive smartphone...(pehal tibe2 kuar bhasa orang putih lak ni)... Galaxy note merupakan smartphone yg berbaloi-baloi.. Ciri nya sangat unik dan tak ada pada smartphone lain setakat ni. Gadjet yang dijamin oleh samsung malaysia selama setahun ni boleh di dapati pada harga MYR2299..
#Kalau nasib baik dapat lah free skrin protector 8ringgit tu ye dengan satu phone case....

Wednesday, November 9, 2011

Di Mana Tuhan??

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Seorang pemuda yang segak terpelajar., bekerjaya, mempunyai kereta dan rumah mewah, di temani oleh kekasih hatinya yang tidak kurang jelita. Pada zahirnya sangat sempurna di mata sesiapapun. Mampu memukau bukan sahaja mana2 gadis yang memandangnya, tetapi juga ibu dan bapa mana2 gadis. Cukup sempurna pada mata kasar.

Tetapi bagi pemuda itu, ada sesuatu yang kurang dalam dirinya. Ada yang hilang atau mungkin langsung tidak pernah di temui. Cukup sempurna pada luaran, tapi batinnya kosong. Berjalan memijak bumi menongkah langit. Pemuda itu sering tertanya, wujudkah tuhan? jika wujud seperti yang diperkatakan kepadanya sejak kecil, di manakah tuhan?? Atau mungkin tuhan hanya wujud dalam cerita masyarakat kuno hingga terbawa2 ke alaf ini.

Pemuda itu melihat burung berterbangan di langit. Pemuda itu berfikir adakah itu bukti kewujudan tuhan? teknologi kini telah mencipta aircraft yang jauh lebih besar dari burung itu dan mampu meluncur jauh lebih laju. Pemuda itu melihat ke lautan. Jauh di dasar lautan itu ada ikan berenang dengan tenang melengkapkan ekosistem dasar laut. Pemuda itu bertanya adakah itu bukti kewujudan tuhan? teknologi kini telah mencipta kapal selam yang beratnya bertan2 dan mampu membawa manusia ke dasar laut seperti ikan itu. Pemuda itu berjalan lagi merentas bumi Ilahi. Tertangkap oleh mata pemuda itu pohon yang sangat indah dengan bunga menguntum dan di basihi titisan embun pagi.. Sekali lagi pemuda itu bertanya di dalam hati, adakah itu bukti adanya tuhan? Teknologi kini telah berjaya mengklon bunga-bunga tersebut bahkan juga haiwan-haiwan. Pelbagai proses pembakaan mampu dilakukan sehingga menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari baka asalnya. Itulah yang difikirkan oleh pemuda tersebut.

Pemuda itu berkata. Jika benar itu semua bukti kewujudan tuhan, maka tuhan adalah teknologi!! Teknologi telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari burung dan ikan itu, sesuatu yang lebih baik dari bunga itu bahkan teknologi telah mencipta jantung berkuasa bateri untuk terus menghidupkan manusia. Dengan angkuhnya pemuda itu mengatakan tuhannya ialah teknologi lalu berlari pulang ke rumah. Pemuda itu mencapai tablet samsung 10.1 nya lalu membuka berita dengan hanya menyentuh skrin tablet. Sangat hebat yang dikatakan teknologi. Swap2 ke paparan seterusnya sehingga ke news hari ini. Pemuda tersebut membaca. GADIS DI CHINA MELAKUKAN APA SAHAJA UNTUK MEMILIKI IPAD2.. membaca berita seterusnya... REMAJA MEMBUNUH IBUNYA DAN MENCURI BARANG PERHIASAN UNTUK MEMBELI IPHONE4S...... siapa pula tuhan bagi mereka ini??? Mereka bertuhankan IPHONE dan IPAD dan itu adalah cara pengabadian diri mereka kepada tuhan????

Pemuda itu mula terfikir, jika tuhan itu adalah teknologi... mana pergi sifat tuhan yang di katakan Maha Adil??? Teknologi hanya untuk si kaya.. si miskin di tinggalkan. Teknologi hanya membuatkan yang berkuasa lebih berkuasa, dan yang tertindas makin tertindas. TEKNOLOGI BUKAN TUHAN.. Teknologi hanya mampu mengisi masa, tetapi sama sekali tidak mengisi rohani dan jiwa yang kosong!!

Pemuda tersebut membuka jendela...tertangkap oleh matanya sinaran matahari terik, secara automatik matanya tertutup. Siapakah yang menjadikan spontaneos process itu??? Isyaratnya di hantar oleh otak. Siapa pula yang menjadikan matahari yang sinarannya cukup terik itu?? Sama sekali bukan otak. Siapa pula yang menjadikan langit biru yang di lihatnya itu??? Sama sekali bukan teknologi. Benarkah yang menciptakannya adalah tuhan.. Jika benar, di mana tuhan???

Tiba-tiba terdengar satu seruan memecah langit senja...

ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR,,,
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,,,
AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH,,
MARILAH SEMBAHYANG,,
MARILAH KEPADA KEJAYAAN,,
ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR,,
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH...


Bergetar hati itu. Tuhan yang di cari pemuda itu telah di jumpai. Tuhan yang di cari itu ada dalam getaran nadi....Tuhan yang di cari itu ada dalam hembusan nafas... Tuhan yang di cari tu ada dalam jaringan2 yang tersambung dalam minda....


Sesungguhnya tuhan itu lebih rapat dari biji mata hitam dan mata putih...

Sesungguhnya tuhan itu lebih dekat dengan kita dari urat leher.....


#sehebat mana pun kita, memijak tanah menongkah langit, kita tidak lebih dari seorang hamba. Walau kita hebat di mata dunia, belom tentu kita hebat pada Pencipta.. begitu juga sebaliknya, walau kita hina di mata dunia, belom tentu kita hina pada Pencipta. Dekatkan diri pada Pencipta, isi kan jiwa yang kosong dgn ayat-ayat NYA,, semoga nur yang kian malap dalam diri akan kembali memberi cahaya yang benderang..InsyaALLAH.....
=)

Sunday, November 6, 2011

Happy Eid Adha!!

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,


Alhamdulillah, tahun ini kita sama2 lagi dapat meraikan Aidil Adha.. Satu perayaan yang memberi makna kepada seluruh umat Islam.Tahun ni aku di beri kesempatan untuk terlibat dengan aktiviti sembelihan ibadah korban...cehh..ayat macam aku yang sembelih je.....padahal duduk tepi tengok je...pemalas punya budak!




ok.....di kesempatan in, absolutely-is mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha.. semoga perayaan ini memberi erti dalam jiwa setiap di antara kita, mengajar makna keikhlasan, kesederhanaan dan kesyukuran kepada Pencipta atas nikmat-Nya yang tak terkira pada semua makhluk.

semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok jauh lebih baik dari hari ini..=)


Saturday, November 5, 2011

Dunia Kini - Pensyarah Rogol Pelajar?

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Kalau ada sesiapa baca surat khabar Metro 2hari lepas, mesti jumpa tajuk ni. Sebenarnya dah lali dah baca masalah-masalah kriminal yang berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara. Manusia sekarang otak asyik fikir nak buat jenayah je..

Kes pensyarah rogol pelajar ni dah di laporkan dua kali dari dua institusi pengajian tinggi yang berbeza. Kes yang berlaku pada dua hari lepas dilaporkan di sebuah kolej swasta di Cheras, yang satu lagi pulak dilaporkan minggu lepas, berlaku di sebuah IPTA di lembah Klang. IPTA di lembah klang? Ok... IPTA ni merupakan IPTA yang ternama dan dalam kelas tersendiri. Macam mana lah lecturer yg bodoh ni boleh sesat kat IPTA ternama macam tu.

Apa yang aku nak highlight kat sini bukan pasal kes jenayah yg memang berlaku hari2, tapi pasal betapa runtuhnya nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Macam dunia ni dah tak selamat kan? Tu belom masuk lagi masalah perhimpunan besar-besaran yang ingin diadakan oleh golongan songsang(homoseksual)... Uishh..macam2 masalah sekarang,,dunia2

#kepada siswi2 di luar sana,, memandangkan lecturer anda mungkin tidak boleh dipercayai, kalau nak jumpa lecturer tu ajak lah kawan ye..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...