Tuesday, January 3, 2012

Demonstrasi Simbol Kebangkitan Siswa???



Hari ketiga untuk tahun 2012. Untuk kanak-kanak di luar sana, selamat kembali ke sekolah. Best la kan pakai baju baru kasut baru walaupun perangai tak berapa nak baru. Duit rm100 yang dapat hari tu dah habis beli cd games n top up handset belom? Untuk pelajar-pelajar universiti awam tempatan pulak, dah update status fb dengan tweeter pasal final exam yang susah tu tak??(__!)


Mesti korang semua dah maklum pasal "sambutan ambang tahun baru" yang memang gempak kat depan pintu pagar UPSI tu kan? Lepas tu semalam pulak mesti korang alert dengan pendakwaan gambar di fb Amalina Che Bakri yang dapat 17A1 SPM dulu tu berpakaian seksi. Betul tak?? Kalau cakap pasal berita Amalina tu, aku memang no comment selagi empunya badan tak keluarkan apa2 statement. Sebab dulu pun Amalina ni pernah di kaitkan dengan berita gagal A-level,, tapi ternyata khabar angin je, instead dia buat double degree lagi dekat edinburgh. Untuk berita yang pakai seksi ni pulak, tak tahu la betul ke tak tapi biarlah je kan. Just as Malaysian and Muslim, doakan yang baik je untuk dia. Ada jugak tanya kawan2 dekat edinburgh pasal benda ni tapi tetap tak ada jawapan yang pasti. For me,tak perlu nak kecoh2 orang yang jauh di ufuk UK tu sampai mengaibkan orang. Cerita kat surat khabar Metro pasal budak 13tahun kene tangkap khalwat and seorang ibu bawak anak satu tahun pegi hotel untuk cover line dia buat maksiat tu tak nak kecoh pulak. Bukan ke tu lagi menunjukkan betapa runtuhnya moral masyarakat kini ?? To all Malaysian, jangan jadi seperti kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.....tapi kalau dah memang rabun dekat, nak buat macam mana kan...ok...apa aku mengarut ney?

Stop cerita pasal Amalina Che Bakri. Berbalik pada tajuk asal post....Demonstrasi Simbol Kebangkitan Siswa...sebenarnya dah lama nak lontarkan opinion yang tak bernas ni kat sini, tapi nak buat macam mana, maklumlah musim-musim "exam" ni memang susa nak update..haha... Kalau kita lihat trend baru-baru ni, mahasiswa ataupun golongan-golongan pelajar universiti ini banyak memberontak terutama sekali pasal AUKU dan juga mengenai pucuk pemerintahan negara masa kini. First sekali pasal AUKU. Korang tahu pasal AUKU ataupun nama panjang dia Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan pindaannya pada 1995? Tak tahu?? Kalau tak tahu pergi google sendiri ye. Tapi rasanya kalau korang yang mengaku pelajar mana-mana universiti cakap tak tahu, better renung-renungkan lah..Akta tu terlaksana untuk korang. Bukan untuk adik korang kat sekolah ataupun abang korang yang kat tempat kerja tu.

Ramai yang menganggap AUKU terutamanya pada seksyen 15 ( kalau nak tahu lebih lanjut, cari rujukan sendiri ye) telah membuatkan pelajar universiti tak ubah seperti katak bawah tempurung. Kegemilangan mahasiswa pada zaman 70'an telah terhapus. Tapi sejauh mana kebenaran dakwaan tu? Ok, bagi pandangan aku sendiri yang tak berapa
bernas ni, AUKU sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran siswa seterusnya mengongkong pemikiran dalam satu bulatan sahaja. Siswa sekarang hanya mementingkan akademik. Penah dengar tak pelajar or sesiapa sahaja yang bercakap " belajar la habis dulu, dapat degree, tak payah nak sibuk-sibuk hal politik ni"...tak pun ada yang cakap, "aku tak peduli la dengan apa-apa hal yang berlaku kat luar sana, tengok buku tak pun layan movie lagi bagus"...tak kurang juga yang mengatakan better history than politics. Ok, bagi aku orang yang cakap macam ni tak patut duduk dekat universiti. Sedar tak betapa sempitnya pemikiran tu? Pucuk pimpinan negara akan datang terletak pada mereka yang bergelar pelajar sekarang, tapi kalau pelajar sendiri terlalu pasif dan menutup pemikiran mereka dari realiti dunia sebenar, layakkah mereka meneraju pimpinan negara masa datang? Tepuk dada tanya selera. Anda tahu jawapannya. Keimpulannya AUKU ini perlu di kaji dengan lebih mendalam sebelum apa-apa keputusan di ambil.

Walaubagaimanapun, bukan bermaksud mahasiswa dengan sewenangnya meletakkan kuasa di tangan mereka untuk mendesak masyarakat menerima apa yang mereka anggap perjuangan itu. Konsep negara kita bukan dengan membuat perhimpunan beramai-ramai mahupun menunjuk perasaan yang berkecamuk tu di mana-mana dengan berbaring di jalanan. Bagi aku, apa yang berlaku dekat UPSI baru-baru ni bukanlah satu tindakan matang apalagi diadakan di hadapan universiti yang melahirkan bakal pendidik. Rasanya MQA dah letakkan syarat semua universiti wajib ambil subjek HAKAM.. so, dah terlupa ke macam mana cara menyerahkan memorandum or tak percaya dengan peranan SUHAKAM? Kalau rasa-rasa tak puas hati sangat, tunjukkanlah kuasa anda sebagai pengundi pada masa akan datang. Rasa-rasanya rata2 siswa dah mencapai umur 21..betul tak??hee..

Apa-apa pun setiap yang berlaku menjadi pengajaran untuk semua pihak. Aku tak berpendapat ada pihak yang betul 100% dan sebaliknya. Dunia ini tak ada yang sempurna. Tak perlu untuk aku mengatakan pendirian ke arah mana. Undi itu rahsia,,betul tak?haha... apa yang aku nak sampaikan, setaip yang berdaftar dengan mana-mana pusat pengajian tinggi tu, tak kira lah awam ke swasta, harus lah berfikiran lebih matang dan tidak terbatas oleh dinding-dinding yang membelenggu perkembangan fikiran. Kematangan ini penting untuk pengawalan emosi yang seterusnya di zahirkan dengan tindak tanduk..










2 comments:

  1. u shud watch this..

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=YEpIq3NAP-U

    ReplyDelete
  2. part 2.

    http://www.youtube.com/watch?v=GZZgJ9yhSUw&feature=related

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...