Sunday, February 12, 2012

First LOVE


Salam and hai to all readers. Korang yang bace entry ni konfem gatal kan.. nampak perkataan love je terus klik. Entry ini di taip dalam keadaan kaki yang tengah sakit so tak kan ada double check or pembetulan tatabahasa yang akan di buat., Kalau ada salah-salah tu paham-paham je la ye.... btw cakap pasal kaki sakit ni,, merujuk post sebelum ni. klik sini, korang mesti tahu kaki aku ni tak berapa nak sihat kan... and I don't know now it become worst or not. sekarang aku mula terfikir patut tak next sem aku bercuti and settle all the things first, then bulan september baru masuk sem balik. yang pasti kesakitannya makin terasa,, sebab tu aku sangat malas berjalan,, aku cuma berjalan untuk pergi kuliah,balik bilik,pergi cafe dan untuk benda-benda penting je.. kalau ada kawan-kawan kuliah aku yang perasan, sem ni aku cume pernah sekali je pakai kasut ke kuliah, lepas tu semua selipar... bukan sebab aku seorang pelajar yang tidak berdisiplin dan selalu menaikkan nafsu pak guard untuk menyaman okeyy...... erkk.. entry intro engkau melalut sudah IS!!

Jom kita kembali pada topik entry kali ni.. dalam bahasa gadis blonde, first love or dalam bahasa gadis ayu bertudung pink, cinta pertama.. korang semua ingat bila first time korang rasa cinta yang konon-konon nya cinta pertama korang? sekolah rendah sebaik sahaja akil baligh? sekolah menengah or kat pengajian tinggi? atau mungkin waktu korang isi minyak kereta then ada mamat bangla tegur?? ok.. aku langsung tak berminat nak tahu... Aku tak perlu tunggu lama-lama nak rasa cinta ni.... lama sebelum aku mumaiz aku dah rasa... amacam? advance takk??

ok..actually,, sebaik sahaja aku lahir aku dah rasa cinta.cinta pertama untuk diri aku bukan cinta pertama aku untuk orang sebab waktu lahir tak oleh differentiate rasa. waktu aku menangis dengan mata yang belum terbuka betul, dengan penglihatan dunia yang masih kelam,, then seorang wanita memelok lembut tubuh ku,,, aku dah rasa CINTA!!!! Ya... cinta seorang ibu... then bila kedengaran satu suara indah di telinga ku,, aku sekali lagi merasa CINTA..... jari-jemari yang sedikit kasar tetapi menyenangkan, dengan alunan perkataan yang indah di bisik ke telinga ku, terus menular rasa cinta dalam diri.... cinta seorang ayah yang sedang membisikkan bait-bait indah azan ke telinga ku!



Semua ibu bapa telah membuktikan cinta itu buta,,, bak kata perempuan bermata biru berhidung mancung dan berkulit putih,,, love is blind.. mereka telah jatuh cinta kepada anak-anak mereka sebelum mereka melihat anak-anak mereka lagi...cinta bagi ibu bapa adalah anak-anak mereka... cuma anak-anak yang buta tak rasa cinta mereka masa dalam kandungan...

LOVE = blind
LOVE = son and daughter
by conclusion, son and daughter = blind...

see..anak-anak yang buta..it prove mathematically and scientifically!!!

Korang tahu tak sebab cinta pertama tu lah korang dapat membesar dan merasa cinta yang ke 3, ke 4 dan seterusnya. Walau berapa banyak cinta yang hadir dalam diri selepas tu, cinta pertama tu tetap sangat kuat,,, believe me, even cinta antara suami isteri itu kuat,, cinta mak dan ayah dekat korang jauh lagi hebat.kalah cinta shah jahan kepada mumtaz. Mak dan ayah adalah kekasih, sahabat, pendidik, pengasuh dan penjaga yang terbaik untuk korang sepanjang hayat.Bila kita gagal, mak ayah kita la yang paling sedih,,bila korang berjaya mak ayah kita la yang paling gembira... dan bila kita sakit, mak ayah kita la orang yang paling risau dekat dunia ni.. tak percaya??? try la korang sakit.. sejak kaki aku tak berapa nak okey ni mak dan ayah sentiasa call aku hari-hari untuk tanya sakit lagi ke tak... nak mak abah datang tak..nak ambil kereta tak and so on...aku sangat terharu dengar suara mereka dekat telefon....see.... parent are the one and only who are worried about you the most in the world....they are the one who love you since you're in womb,,so appreciate it!!! Appreciate the first love you get!

Kepada anak-anak kat luar sana yang berfikiran barat serta mengaku diri moden dan versatile serta ada niat nak sambut valentine day tu,, apa kata korang pergi cakap dekat mak ayah korang dulu,,," I LOVE YOU MOM AND DAD"... "SAYA CINTA MAK DAN ABAH"...mesti mak dan ayah korang terharu,,, Tak perlu nak tunggu hari bapa atau hari ibu baru nak beli kek, kiss-kiss and wish2 tapi hari-hari lain berjalan dengan angkuh sekali depan mereka... Ingat masa kita baby dulu mak dan ayah tak tunggu birthday kita baru nak belikan kite pampers. Kan??? mereka pun tak tunggu hari kanak-kanak untuk tunjuk kasih sayang mereka dekat kita....

Kasih ibu membawa ke syurga,,kasih ayah membawa bahagia...

to all the readers,,,

LOVE YOUR MOMS AND DAD THROUGH ACTION,WORDS AND DOA..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...