Friday, March 30, 2012

AMPUNKAN AKU

Bismillahiirahmanirrahim,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,,


Baru balik dari test. Ekotkan planning asal kat otak, lepas balik nak buat assingment sikit. Nak free kan weekend, tak plan pun nak bukak blogspot ni, tapi bila habis test hilang semua mood.

Rasa sangat2 down sekarang ni. Kecewa dengan kesilapan sendiri. Aku rasa tak pernah aku buat silap macam ni. Nak kata soalan test tu susah, biasa je soklan tu. Tak susah pun. Tak mustahil untuk dapat markah penuh. Tapi entah kenapa dengan aku ni.

Benda yang paling penting sekali dalam test tu aku dah tersalah kira. Rasa-rasanya 80% of my mark will be lost just because of that mistake. Tak tahu macam mana boleh silap padahal aku tahu benda tu siap ajar orang lagi. Dah berkali-kali buat benda yang sama. Dah ingat dah pun flow nak jawab soklan. Seriosly rasa sangat kecewa. 1st time dalam hidup rasa sangat kecewa dengan kesalahan yang bodoh di lakukan dalam exam.

Balik-balik aku terus capai handset. Scroll sampai no yang di save dengan nama 'rumah'... Nothing can make me calm except my parent voice.. Really miss them...really miss home..

Aku mula berfikir, kenapa aku boleh buat silap yang besar time test tadi. Kenapa bila aku rasa aku dah bersedia, aku rasa aku paham semua benda untuk subtopic tu, aku masih terlepas pandang dan melakukan kesilapan. Mengapa mesti ada seolah2 satu hijab yang menghalang aku membuat pengiraan dengan betul sewaktu dalam dewan peperiksaan???

Cuba untuk menenangkan diri. Let bygone be bygone. Aku yakin ada sesuatu yang Penguasa Alam nak sampaikan pada aku.Aku tahu ada hikmah di sebalik kesalahan tu. Sesuatu benda itu pasti tertulis dengan penuh hikmah.

Seorang sahabat berkata pada aku "Tuhan nak bagi tahu tak kan setiap masa kita akan betul".. Ya, mungkin itulah hikmahnya. Kadang-kadang kita perlu berada di bawah untuk menghilangkan semua keegoan kita sewaktu berada di atas.

Selama ni, kalau aku dengar orang salah jawab time exam, lepas tu dia cakap tersalah kira or ter careless and seumpanya, aku hanya mendengar tanpa perasaan dan terdetik sinis di hati, betul ke TERsalah or sememangnya salah. Salah tetap salah. hari ini TUHAN tunjuk kat aku apa orang tu rasa. Tuhan tunjuk kat aku dengan jelas. Betapa aku selama ini menongkah langit. Betapa sombong aku memijak bumi. Jelas di tunjukkan kepada aku.

Silap itu datang dari diri. Kesalahan itu berpunca dari diri. Ye selama ini walaupun bibir aku cakap test itu ini susah, tapi di hati kadang2 bercanggah.Tapi kali ini, walaupun test itu senang, tapi aku yang silap. Hari ini aku dapat satu pengajaran yang berharga. Pasti ada sebab di sebalik yang berlaku. Mungkin balasan dari dosa-dosa ku yang mungkin lebih banyak dari pepasir. Dosa dengan ibu bapa, sahabat handai, kenalan, alam sekeliling dan lain-lain. Dosa yang tidak terhitung dan tidak pula di akhiri dengan taubat.

Ambil masa untuk merefleksi diri. Tiada yang berkuasa melainkan Yang Pencipta. Tiada yang menentukan melainkan Pengatur Alam. Tiada yang lebih mengetahui dari Pemilik segala Ilmu.

Tiada yang pemurah melainkan Yang Maha Pengumpun...

Izinkan aku untuk mengucap kata taubat ke hadrat MU....









Wednesday, March 21, 2012

...21...


Bismilahirrahmanirrahim..

In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Post pertama pada usia 21tahun secara official.. dah tua dah aku ni..dah lebih dua puluh...

Dah 21kali hari jadi aku lalui...Apa maknanya 21 tu??

bagi aku,,semakin banyak hari jadi yang di lalui,, bermakna semakin pendek masa kita untuk tinggal di dunia ini,,, semakin hampir kita dengan penamat kepada hidup.

Hari jadi itu satu peringatan. Peringatan untuk kita lebih memperciapkan diri untuk menempuh hari2 yang mendatang..



Hari jadi itu satu simbolik.. Simbolik kepada tanggungjawab yang semakin bertambah. Tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH.. tanggungjawab sebagai seorang muslim, tangungjawab sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang adik kepada 3orang akak, tanggungjawab sebagai seorang pelajar,tanggungjawab sebagai seorang pemegang biasiswa yang menggunakan duit rakyat, tangungjawab sebagai seorang sahabat, tanggungjawab sebagai belia,, tanggungjawab sebagai seorang warganaegara malaysia (wajib daftar mengundi untuk plihanraya ni).....dan...tanggungjwab sebagai seorang lelaki...

Hari jadi lambang kematangan. Kematangan dari segi pemikiran, tingkah laku dan akhlak.Tidak seharusnya berperangai seperti kanak-kanak baru masuk sekolah menengah. Tahu untuk membawa diri sesuai dengan keadaan..

Hari jadi waktu yang sesuai untuk menrefleksi diri. Lihat diri sendiri. Berapa banyak dosa dan maksiat yang di lakukan. Berapa banyak menyusahkan keluarga dan orang lain. Berapa banyak menguris perasaan orang..


tak tahu la ni masa tahun bila

Semoga dengan bertambahnya usia ini, semakin hampir hati ini dengan Pencipta..

Masa kian berlalu. semoga masa yang berbaki di atas bumi ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya..=)







Friday, March 16, 2012

Bergelandangan di sebalik Kemajuan Selatan..

Salam and hi to all readers. Lama menyepi dari blog ni. Peredaran masa menjadikan hidup lebih sibuk.. sampai tak tahu nak curi masa kat mana lagi.. Untuk entry kali ni,, aku nak kembali ke negeri kelahiran ku.. Back to the south of Malaysia.


Mesti korang tahu negeri apa yang dekat selatan tanah air sebelah singapore tu kan.. ok.. kalau tak tahu jangan jadi rakyat Malaysia. Johor... yang semakin sinonim dengan projek mega Iskandar Malaysia. Antara projek pelaburan terbesar dekat Malaysia. Dengar2 nye nak jadi hub sektor pendidikan or edu city,, hub sektor pelancongan, pelopor industri minyak dan gas Asia dan macam-macam hub lagi..


Ok..memang aku tak nafikan sesekali menjengah kembali ke johor bahru tu,, semuanya dalam construction and every things keep changing,.. Baru semalam jalan ni boleh lalu,, besok pergi dah tak boley da..(__!). Satu ibu negeri yang sangat maju. Aku tak nafikan. Mungkin sebab tempias kuasa beli yang tinggi dari masyarakat negara jiran.


Tapi sayangnya di sebalik semua kemajuan tu, dari pemerhatian aku, bukan semua masyarakat sekitar mendapat faedah. Dalam keghairahan mereka-mereka yg bertaraf profesional meningkatkan taraf hidup, beribu-ribu lagi yang terpinggir. Contoh yan g paling mudah, kalau berada di larkin sentral atau terminal bus utama johor bahru pada pukul 1 hingga 4 pagi.. perasaan tak berapa ramai yang tidur beralaskan lengan di bawah eskalator? Perasan tak berapa banyak kanak2 berbaring di atas kotak? Perasaan tak berapa bilangan warga emas yang menyelongkar satu persatu tong sampah hanya untuk mencari tin buangan... PERASAN ATAU TAK??? Kalau sesiapa yang pernah pergi ke situ dan katakan "TIDAK..YANG ADA CUMA MERCEDES BRABUS putih bercermin hitam di tempat parking" pasti orang itu buta or maybe tak bermata.



Tempat membeli belah tumbuh dengan pesat. Si kaya mengeluarkan sejenis kad ajaib untuk membeli seutas beg tangan berharga 7000MYR yang tertera lambang GUCCI sebesar alam, di tambah dengan perfume dari itali yang sama harga dengan makanan si miskin untuk sebulan. Di sebalik keangkuhan mempamerkan kuasa beli, berapa ramai yang perasan ramai manusia yang menadah tangan meminta wang dan tersenyum walaupun hanya di campakkan dengan seringgit wang kertas? Mereka tuduh orang ini pemalas. Mereka tuduh orang ini hanya tahu meminta,, sedang mereka terlupa diri mereka termasuk di kalangan yang bernasib baik daripada orang-orang yang terpaksa bersusah payah hanya untuk membeli roti 70sen..






hub pendidikan lambang keunggulan bandar dengan ilmu. Univeriti bertaraf dunia mula bercadang membuat pelaburan. Lambang Universiti of Newscastle mula diangkart dengan gah membenamkan simbolik penerokaan teknologi Malaysia, UTM. Masyarakat mengatakan universiti swasta luar negara yang membuka cawangan itu memberi impak kemajuan pendidikan negara, memberi peluang kepda cerdik pandai malaysia mendapat kehebatan pendidikan luar.. Mereka terlupa nak tambah satu perkataan lagi. cerdik pandai dan kaya.. ya.. manakala cerdik pandai tetapi kurang berkemampuan atau sama sekali tak mampu membayar yuran pengajian ratusan ribu ringgit hanya mampu tengok pintu pagar sahaja.



Projek perumahan semakin rancak. nilai hartanah melambung. Si professional memandu nissan ladybird melihat brochure dan tersenyum sinis sambil berkata " ada yang internatinal lot tak?' manakala si sederhana yang memandu persona ataupun saga flx mencemik kan muka simbol ketidakpuasan hati. Dahulu rumah teres dua tingkat 22x70 dalam lingkungan 200ribu tetapi sekarang nilai yang tertera di brochure ialah myr800,000.. Rumah mececah lebih satu juta menjadi perkara biasa bagi pelabur... Lalu mereka katakan orang2 yang berbaring di jalanan itu pemalas padahal mereka terlupa bagaimana si pemungut tin mahu mengumpul 1 juta tu????


Itulah apa yang aku lihat di sebalik kepsatan kota iskandar yang semakin gah. Di sebalik kuasa beli yang tinggi, di sebalik keangkuhan kedai2 berjenama, jangan di lupa mereka yang kurang bernasib baik... Satu pembangunan mapan ialah pembangunan yang tidak meminggirkan sesiapa..

#sekadar pandangan dan pentafsiran peribadi diri yang cetek ilmu pengetahuan. Tidak ada kaitan dengan mana2 =)

Friday, March 2, 2012

Ingatkan Engkau Kepada Embun Pagi Bersahaja



Petang terasa cukup dingin. Atau aku je yang rasa sejuk sampai baju sejuk ni tak lepas dari pagi? Dah berhari-hari dah demam ni tak nak berkurang. Makin teruk rasanya. Next week ada test untuk empat subjek. Tak tahu nak belajar macam mana demam macam ni. Haisshh... Itu lah sifat manusia kan. Selalu sangat merungut bila ada masalah. Di beri nikmat kesihatan berdekad, rasa sakit sebentar dah merungut. Bukan ke sakit itu penghapus dosa kecil? Dosa yang mungkin lebih banyak dari pepasir di pantai.

Lupakan soal demam. Setiap sakit ada penawarnya.Kita di uji dengan berbagai cara sebagai tanda cinta NYA. Okay.Post kali ni. Sebelum menaip dengan lebih panjang dan membosankan akibat amat merindui subjek bahasa malaysia dan komsas waktu sekolah, aku nak tanya, korang masih ingat tak lagi kawan-kawan lama korang? Sekolah rendah,, sekolah menengah,universiti, kawan satu taman ke, tak kisah lah kan. Kalau korang still ingat dan masih berhubung, thumb up untuk korang. Jangan sesekali memutuskan ukhwah yang terbina. Selain kawan, macam mana pulak dengan cikgu-cikgu korang dulu? Ingat tak? kalau aku, aku rasa aku ingat dengan cikgu2 tertentu je dan dengan hampir semua cikgu aku dah terputus hubungan.

Mungkin dah lama tinggalkan zaman sekolah and zaman kanak-kanak kan. Kalau dekat universiti pulak, pernah tak korang bersahabat dengan seseorang hanya untuk 1sem or untuk subjek tertentu. Abis je sem tu,or lulus je subjek tu, mula lah act like a stranger. Pernah tak? aku jawab pernah. Ye, tu lah sifat manusia, mudah melupakan yang lama apabila ada yang baru.

Apabila kita masuk ke sekolah menengah, kita melupakan cikgu kita di sekolah rendah, apabila kita masuk universiti, kita melupakan sahabat kita yang bertahun-tahun duduk sebelah kita waktu sekolah menengah dulu. waktu kita masuk ke alam pekerjaan, kita melupakan mereka-mereka yang pernah membantu kita waktu belajar dulu,, kita lupakan orang yang tolong kita waktu kita sakit, kita lupakan orang yang bagi kita tiru assignment, kita lupakan orang yang teman kita sewaktu bersendirian.

Macam tu jugak bila kita berkahwin. Sedikit-sedikit kita mula melupakan orang yang membesarkan kita, kita mula melupakan adik beradik yang selalu menceriakan hidup kita. Kita Sangat pentingkan diri betul tak?

Kenapa mesti kita melupakan orang-orang yang berjasa kepada kita? Lupakah kita pada mereka yang menenangkan kita sewaktu kita bersedih? Lupakah kita pada mereka yang selalu menyelamatkan kita apabila kerja sekolah or assignment kita tak sempat siap? Lupakah kita pada mereka yang sedia memberi bantuan kepada kita waktu kita memerlukan? dan lupakah kita pada tangan yang memberi kita makan sebelum kita pandai menyuapkan makanan ke mulut sendiri???

Masa telah membuat kita berubah. Tapi bukan bermakna kita perlu melupakan semua yang lalu dan berjalan dengan angkuh tanpa menghirau kan mereka yang selama ini telah membantu kita untuk mengenal kehidupan. Yakinkah kita selepas ini kita tidak memerlukan bantuan orang-orang yang telah kita lupakan ini? Mengapa perlu kita putuskan ukhwah itu..

Jadilah orang yang mengenang jasa. Walau tak mampu membalas. Kenang lah dalam hati. Walau sejauh mana kita pergi atau sehebat mana kita sekarang,jangan pernah kita lupakan mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup kita, membantu kita dalam kesusahan, mengajar kita erti kematangan.


"INGATKAN ENGKAU KEPADA EMBUN PAGI BERSHAJA YANG MENEMANIMU SEBELUM CAHAYA"


Happy ukhwah people (^^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...