menaip dalam keadaan pening sambil membayangkan katil....dari semalam lagi, badan aku dah rasa lain macam.. bangun pagi, aku dapati suhu badan dah sampai takat demam manusia.. dan aku telah disahkan demam oleh diriku sendiri.... Badan panas, sakit tekak, selesema, pening kepala.. satu pakej yangg agak lengkap..... tak apa.. terhapus jugak dosa-dosa kecil ni kan...
Lepas waktu solat jumaat, macam biasa, berlegar-legar dekat kawasan parking hostel dengan kereta kesayangan ku untuk mencari tempat parking... Nampak satu ruang parking kosong, aku pun try parking kat situ.. Tapi aku rasa macam pelik sikit,.. kenapa aku tak boleh masuk parking straight padahal selama ni tak ada masalah pun parking celah mana?? susah bebenor rasa nak masuk parking kali ni... sebab kepala aku pening ke? cuba punya cuba, baru aku perasan,, tayar kereta aku tak bergerak selari dengan stereng.. Bila aku pusing stereng tu, tayar dia tak berapa nak terpusing.. macam lari sikit.patut la susah sgt nak masuk parking tuu...
sebelum ni pun aku memang ada feel lain macam sikit dekat kereta aku ni. Masa aku drive dekat highway time balik rumah dulu,, aq dah perasan lain macam sebab biasanya kalau aku bawak spectra ni, meter sampai 140km/h baru terasa gegar sikit.. bawah 140km/h, okay je,, takkan ada masalah. tapi masa tu, bila aku exceed 110km/h je,, dah terasa lain macam.. bila aku tambah lagi sampai 120-130km/h,,, dah terasa macam duduk dalam jet pejuang pulak.. lepas tu, masa aku keluar dengan budak-budak cousemate aku pulak, aku rasa macam ada something dekat kereta ni sebab time buat uturn sambil pedal minyak ditekan, akan ada bunyi something yg terhasil...dalam hati aku, mesti drive shaft dia problem ni.
Dalam keadaan aku yg demam-demam sambil berhingus ni, aku pun bawak lah kereta aku tu ke bengkel. Seperti tilikan aku sebelum ni, memang tauke bengkel tu pun cakap drive shaft problem.. dua-dua drive shaft kiri dan kanan problem.. Means kene tukar dua. dalam hati aku, melayang lagi berapa ratus ni, hari tu tukar bateri dah rm250// kali ni tak tahu pulak berapa ratus.. and barang pun perlu di order dulu.. maklumlah sparepart kia, memang biasanya kereta buatan korea ni sparepart dia kene order dulu.. tauke tu pun tanya lah pengedar kia untuk memastikan harga driveshaft tu,,, and u know what... harga sebatang drive shaft original dari KIA korea, RM1250.. dua batang mean RM2500.... Tahniahhhh... duit aku melayang lagi... bukan ratus2 dah.. beribu-riban terus.. Kalau proton punye driveshaft boleh dapat dalam rm300-400 je.. and kalau honda dan toyata berharga linkungan rm400-500..... tapi KIA punye ni..... RM 1250 SEBATANG...so dua batang...RM2500. no deny.. memang aku tahu, sparepart dari korea tersangat lah mahal..memang tak boleh nak di banding dengan kereta buatan malaysia. dengar-dengar gearbox kia spectra ni je berharga rm16000..okayy..memang sparepart model korea ni 2 hingga 3 kali ganda lagi mahal dari model negara lain. sebab tu lah resell value dia menjunam berbanding harga beli..macam kereta aku, beli dengan harga rm89000 kalau tak silap.. mahal sikit dari honda city dan toyata vios pada masa tu, tapi sebaik sahaja di beli, resell value akan jatuh mendadak..tapi tak apa, if u want satisfaction and comfortability during driving,, and ready and dare to spend more money for every kilometers, definitely KIA is what u looking for..
Okay..selepas rm2500 aku melayang, dan barang yg diorder hanya akan sampai dalam tempoh seminggu, aku pun pergi ke tesco berdekatan untuk mendapatkan minuman penyejuk badan. Yelah.. aku dapat rasakan suhu badan aku terus menaik,,, nak pergi jumpe doktor, malas, sebab aku yakin doktor tu meniru time exam dowg,,, lepas tu grade,, dan bukak klinik... charge aku berpuluh-puluh sampai nak seratus hanya untuk paracetamol, antibiotik dan 12biji ubat selesema diringi dengan sedikit nasihat "minum air banyak-banyak bulan puase ni"..
Sampai je dekat tesco, sebaik aku melangkah, tiba-tiba selipar aku tak mengikut gerakkan kaki aku,, okk... tadi dah RM2500 aku melayang.. kali ni selipar aku pulak putus.. kene beli selipar pulak; Beli selipar ni kene hati-hati sebab nanti ada orang cakap pulak dengan harga selipar yang aku beli tu dia boleh dapat 10pasang...hahah..just joke.. tu baru bab putus selipar, ada banyak lagi kisah putus memutus yang berlaku minggu ni,, malas nk story sebab tak seronok,,,
Okay.. agak malang hari ni aku rasa... tapi bila aku balik ke bilik, duduk sebentar dengan kepala yg pening dan hidung yang berhingus, aku rasa hari ni bukan malang... hari ni sesuatu yang bermakna.. sebab apa? sebab malam ni ialah malam pertama 1 Ramadhan.. ye.. langit ramdhan telah datang.. masa yang terbaik untuk aku menginsafi apa yang telah berlaku, mencari kelemahan diri dan memperbaiki, menahan segala sifat marah dan sebagainya, serta,,,, menolak dari minda tentang konsep malang..
SELAMAT DATANG LANGIT RAMADHAN
tuka kete len je a...pasni rosak laen plak...ko bkn tau seliper ape bleh dpt 10 pasang tu...soh yg pakar je belikan...tengok dpt x die beli spoloh....hahaha
ReplyDeleteDah tgk 2nd opi ipinion ke, mcam kena kencing je ngan harga tu
ReplyDeleteGearbox baru 7k je je,, kedai tu mark up lebih sgt tu
ReplyDelete