Friday, September 14, 2012

Setelah 9 bulan Pembedahan Tertangguh..


Cuti semester perkuliahan telah bermula,. Satu kehidupan yang bebas dari segala macam tekanan perasaan, jiwa dan emosi pun dimulakan.. Kalau tengok list post dekat blog ni,, tiada satu post pun yang di buat pada bulan 8 dan awal bulan 9.. Aku tak berpeluang pun menjengah blog ni beberapa minggu lepas di sebabkan minggu peperiksaan yang memaksa aku berusaha separuh mati..

Sesiapa yang pernah baca blog ni mesti tawu kan aku telah menundakan pembedahan di tapak kaki aku ni selama lebih 9 bulan sebab aku malas nak extend sem. Terima kasih kaki sebab telah bertahan walaupun aku terpaksa meminimum kan aktiviti pada sem lepas dan terpaksa beberapa kali berhadapan dengan pak guard universiti yg kurang sifat empati apabila melihat aku memakai selipar ke kuliah.

So sekarang tiba masa nya untuk rawatan kaki kiri ni di mulakan.. menurut doktor yang aku selalu jumpa tu, pembedahan harus dilakukan dalam masa terdekat sebab dah lama sangat aku tunda..mungkin pembedahan nya akan di lakukan minggu hadapan. Semoga segala urusan di permudahkan.. InsyaALLAH... and sepanjang aku berehat takde kerja ni,, blog ni akan kembali di update seperti dulu.. =)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...