Bismillahirahmanirrahim,
In the name of ALLAH the most Gracious the Most Merciful...
kepada seluruh umat Islam di muka bumi tidak kira di benua Asia, eropah, afrika, amerika utara dan selatan, oceania mahupun antartika, absolutely-is mengucapkan selamat menyambut aidil adha pada 10 Zulhijjah esok hari..
Kepada sesiapa yang menunaikan ibadah haji,, semoga mendapat keberkatan dan keampunan Ilahi... kepada sesiapa yang akan melakukan ibadah korban, lakukanlah seikhlas hati kerana Nya dan ketahuilah dan yakinlah bahawa setitis darah yang mengalir dari leher haiwan korban itu, dosanya dan dosa ahli keluarganya akn di ampunkan oleh Yang Maha Pengampun.. InsyaAllah...
dan kepada yang berpuasa pada hari ini, 9 zulhijjah, 'hari Arafah' atau erti lainnya 'Hari Tahu', iaitu hari di mana Nabi adam a.s mengerti akan jati dirinya, hari di mana Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahwa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari Nya dan juga hari dimana ayat Al-Quran yang terakhir turun, semoga dosa kita semua akan di ampunkan Allah s.w.t.
Walaupun warna kulit, rambut dan mata kita mungkin berbeza,, tapi warna darah, daging dan tulang kita tetap sama.. Kita percaya akan kebenaran yang sama, dan kita mencari keberkatan yang sama... semoga di jalan kebenaran itu kita akan menjadi umat Islam yang bersaudara..
"hidup indah bila mencari keberkatan"
happy eid adha and salam ukhwah people! =)
Selamat Hari Raya AidilAdha iskandar!^^
ReplyDelete