Wednesday, November 18, 2009

Sebuah Cerita - Utuhnya Ukhwah Manisnya Islam

Bismillahirrahmannirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious The Most Merciful.

~salam alayk~


Hanya ingin berkongsi pengalaman ana yang tidak seberapa baru-baru ini. Masih lagi berkisar tentang pengembaraan di kota Melbourne. Selepas menarik nafas lega kerana telah menyempurnakan amanat yang diberikan, ana decide untuk menggunakan 2hari terakhir ana untuk beriktikaf di salah sebuah masjid di Melbourne (Londsdale mosque kalau tak silap). Actually ney bukan planning pertama ana..tapi oleh kerana ana rasa kurang bermaya untuk menyertai rakan2 ana yang bertebaran di sekitar Royal Park, so ana decide untuk mengikuti pelajar2 malaysia di fakulti perubatan melbourne untuk beriktikaf di salah sebuah masjid di kota ini.

Pada malam yang sejuk membeku itu, kami turut disertai oleh jemaah dari Monash. Mereka terdir
i daripada remaja belasan tahun dan sekitar 20-an. 2 orang daripada mereka merupakan HAFIZ 30juzuk Al-Quran. Seorang 15tahun dan seorang lagi 18tahun.Apa yang menariknya, mereka bukan lah dari kalangan bangsa Australia, British mahupun mana-mana bangsa yang berkulit putih. Mereka hanyalah berkulit ala2 hitam....kaum Rohingya yang didiskriminasi di negara sendiri. Sejujurnya mula2 ana berasa kurang selesa untuk bergaul dan bermalam dengan mereka apatah lagi makan dan minum bersama. Namun, selepas 1malam, ana mendekati beberapa dari mereka.

Apa yang ana nak kongsi disini ialah mengenai seorang hafiz 18tahun...HAFIZ 30juzuk Al-Quran....warganegara Myanmar yang terpaksa lari kerana pergolakan negaranya. Melarikan diri ke bumi Australia 6bulan lepas..dengan pengetahuan yang sangat sedikit tentang Australia, juga dengan penguasaan bahasa Inggeris yang sangat lemah. Beliau menceritakan perjalanan berlikunya ke bumi Australia. Mendengar ceritanya, berbisik dalam hati ana....Ya Allah...inikah balasanMu terhadap HAFIZ yang mana Kalam-MU tersemat dihatinya? Seolah-olah merasakan suatu ketidakadilan..Mengapa seorang Hafiz perlu menjalani hidup sebegitu??? Tidakkah ada pertolongan dari Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani??

Persoalan dalam hati ana terjawab apabila beliau menceritakan kisah beliau setelah tiba di Australia 6bulan lepas. Dari tidak tahu bertutur bahasa Inggeris, kini beliau petah berbicara. Beliau diberi sewa sebuah apartment dengan kadar yg cukup murah..mendapat pertolongan dari kerajaan...juga dapat menggunakan kefasihan berbahasa Arab untuk diajarkan kepada orang awam dan mendapat bayaran daripadanya.Beliau juga banyak menyertai pertandingan tilawah, dan memenanginya.

Selain itu, beliau juga mendapat tajaan untuk belajar. Apa sahaja yg beliau ingin belajar, kos tersebut akan ditanggung.. begitu juga dengan kos2 perubatan yg di tanggung sepenuhnya. MasyaAllah. Tersentak dalam hati ana. Bet
apa adilnya Allah. Ini semua adalah 'kerja' tuhan yang Maha Penyayang. Walaupun di Myanmar mereka diherdik, dihina, dihalau,di caci......tetapi ternyata rezeki mereka ada di bumi australia. Begitulah cara Allah membahagikan rezeki kepada makhluk-makhluknya. Dengan penuh hikmah dan bijaksana. Suatu pertolongan kepada hamba-Nya yang mana tersemat ayat suci di hati. Jika pelajar2 malaysia yang nak ke Australia terpaksa melalui SAMSA dan exam A-level, IELTS yang semestinya menguji kemampuan minda dan disulami dengan interview yg tak terduga..Maha Kuasa Allah telah menghantar mereka tanpa perlu melalui sebarang exam. Yang dilalui ialah ujian kehidupan yang tidak tertulis di atas kertas.

Selepas 2hari bersama, ana dapat merasakan ukhwah itu kian terjalin. Merasakan mereka seperti keluarga sendiri. Makan bersama, beramai2 bersama dan di akhir pertemuan tidak lebih 48jam itu, terasa sesuatu yg amat sedih bagaikan kami telah lama mengenali. Bilakah kami akan bertemu lagi???Ukhwah terjalin kerana Allah..hanya Allah yg tahu. Inilah kemanisan Islam dan keutuhan ukhwah.Walaupun kita berbeza warna kulit, berbeza bahasa,namun kita mempunyai TUHAN yg sama, NABI yang sama dan AGAMA yg sama..kita adalah sekeluarga........




Ukhwah yg terbina,,
persis sekuntum bunga,,
Meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya,,
Bersama memijak onak duri,,
di tanah gersang mengutip semangat suci,,
kini tersemat di sanubari...
Bertemu berpisah kerana Allah,,
lumrah kehidupan insan beriman.....


~salam ukhwah~









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...