Sunday, November 28, 2010

Biarkan Hati Itu Menangis..

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Hujung minggu,,seharian ana di ulik buku yg membentangkan formula2 physics yg x berapa di fahami itu...Membelek-belek subjek yg pernah membuat ana menangis suatu ketika dulu..pernah dahulu ana berhasrat meninggalkan subjek ini..kerana ana mengetahui ana jauh lebih meminati proses imunisasi badan dari proses pergerakan arus elektrik.

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)


Hujan tanpa henti di luar. Membasahi bumi Tuhan. Deraian air yg turun,,hasil dari kondensasi dengan udara sejuk di atas menjadi bukti kekuasaan Yang Maha Mencipta.

Membuka fb sebentar.....rasa nye xingin lagi untuk membuka nya. Tiada sesuatu yg menggembirakan....akan ana deactive fb yg merugikan mse itu..

Menjengah gelap malam.. Tiada satu bintang yg kelihatan.. Semuanya larut dalam gelap. Tiada seorang yang menemani. Sendirian dalam gelap itu, Tapi ana yakin.. dalam kepekatan itu,, ada yg sentiasa menemani.

Malam ini,, seorang anak manja ini terasa ingin menitiskan air mata. Titisan air mata penenang hati. Terkenang akan ana secebis kehidupan. Teringat akan ana suatu destinasi yg diimpikan.

"Ya ALLAH, tidak ada yang mencegah jika Engkau memberi,,dan tidak ada yg memberi jika Engkau mencegah,,tidak ada yang dapat menolak apa yg Engkau takdirkan".

Ana yakin jalan ini yg ditakdirkan utk ana. Suatu jalan yg di takdirkan dengan penuh hikmah. Ana di sini adalah atas kehendak-Nya. Meskipun tidak pernah dilewati akal utk ana di sini. Tetapi hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaik untuk setiap hamba-Nya.

"Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendak ku dalam setiap bahagian hidupku".

Suatu malam penuh misteri. Mengungkap kesedihan hati. Tidak perlu ditafsir kesedihan itu.

"Ingatlah yg menulis ujian atasmu adalah yg menulis nikmat untukmu"

Ingin ana bersujud di gelap malam ini. Mengungkap semua kesedihan yg bersarang di lubuk hati. Ana perlukan ketabahan hati..meneruskan langkah kaki ini. Langkah di tempat yg ditakdirkan.. Ingin sekali ana untuk kedepan. Melupakan segenap kisah di belakang. Bergerak di atas takdir yg ditentukan-Nya.

"Dunia ini untuk kegembiraan. Akan tetapi kegembiraan itu di bungkus dengan kesusahan dan derita. Dunia adalah jambatan yg tidak kekal untuk di lalui ke negeri baqa"
(Imam As-Shafie)

Di bumi ini ana berpijak.Di sini ana berada. Jalan ini ialah jalan ana.. Tidak mungkin ana berpaling. Jangan biarkan ana mengeluh.

Lebih setahun dahulu pernah diri ini berkata,,di sini bukan tempat ana.. Tetapi kini takdir mengatakan,, inilah tempat ana....dan ana mengetahui....yg di takdirkan itu adalah yg terbaek untuk ana.

#walaupun di bibir terukir senyuman,,kedengaran gelak tawa...hanya ALLAH yg mengetahui,,,betapa ana merindui biology 4.00 di atas kertas ana...


Friday, November 12, 2010

Khianat Mengkhianati Lumrah Dunia?

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Selepas menunaikan solat subuh...trus membuka laptop..ad sesuatu yg hendak di coretkan oleh budak mentah ini..(ishh..bukan nak bace al-Mathurat dlu..)

Sudah lame tidak berbloging. Sibuk dengan test yg banyak n sekarang mid sem break. Macam yg ana katakan dulu...rumah bukan tempat yg sesuai untuk menghabiskan masa di hadapan laptop.. habiskan masa dengan family lagi bermakna..btul x????


Ada sesuatu yg berlaku membuat kan hati ana menjerit2 hendak mencoretkannya di sini. Nak menconteng2 di dinding..takot nanti di katakan vandalisme..so conteng kat sini je la...
Suatu hari yg amat mengejutkan ana..Kenapa?? Sebab mulai hari ini budak mentah ini mula lebih mengenali dunia.. Mengenali sesuatu benda yg tidak pernah dikenalinya dulu. Ya.. pagi ini mengguris hati ana. Satu gurisan yg tak terlihat oleh mata..tapi cukup untuk dirasai oleh jiwa.

Perkara yg berlaku hari ini mula membuatkan ana terfikir.. Inikah yg di katakan 'dunia'???. Fitnah bertaburan di merata2. Khianat menjadi lumrah bagi makhluk2 perosak bumi ini. Kenapa??? Bersalahkah ana sehingga menjada mangsa kepada pesakit2 psikologi ini??? Pesakit2 yg hilang pertimbangan akal.. pesakit2 yg tidak mampu berfikir.. Pesakit2 yg hilang ingatan sampai lupa bahawa setiap amalan baik buruknye sentiasa di catat..


Tidak kah mereka mengetahui setiap umat Islam itu bersaudara dan menfitnah saudara itu adalah salah satu dari dosa2 besar??????

Dan diantara ciri2 orang fasik ialah:
Apabila berkata mereka berdusta..

Dimanakah hilangnya norma2 kehidupan???
Di manakah wujud nya erti persahabatan???

Disini ana mencoretkan sesuatu buatmu..
untuk disematkan dalam kalbumu..

Duhai sahabat..

Telah lama diri ini meminta maaf darimu..

walaupun kekadang terfikir di benak,

salahkah aku sehingga memerlukan kemaafan mu??????


Duhai sahabat..
sungguh diri ini tidak pernah mengharapkan,,
dirimu meminta kemaafan dariku,,

bukan tiada maaf bagi mu,,
tetapi mintalah keampunan,
dari TUHAN mu,

Duhai sahabat,,
andai dikau terlupa..
sudilah aq mengingatkan nya,

telah dijanjikan tuhan,
apabila fitnah keluar dari mulutmu,
segala amalan mu akan diberikan kepada,
yg menjadi mangsa tomohan mu,
sungguh begitu budimankah dikau wahai sahabat???????


Duhai sahabat,,

tidakkah ada lagi,,
neuron2 di benak mu,,

yg mampu mengingati,,
definasi persahabatan????????

Duhai sahabat,,

teringat akan daku sebuah pesanan,

jika kamu ingin menjadi baik,
bersahabat la dengan orang2 yg baik,
kini aku mulai terfikir,
perlukah aku menukarkan perkataan 'sahabat'
dalam stanza2 di atas dengan sesuatu yg lain?????

Ya..

Di pinggiran ini aku berdiri,
bukan untuk memarahi mu,
apatah lagi menyalahkan mu,

tidak layak bagi ku menasihatimu,,
apatah lagi mengajarmu,,


tetapi ingatlah duhai sahabat,

hidup ini bersifat sementara,,
akhirat jua lah yg kekal buat selama-lamanya,
selagi masih ada molekul2 oksigen
yg bergabung dengan darah2 mu,

selagi itu lah aku mengharapkan dirimu,

tidak tertipu oleh tipu daya syaitan.

Hentikan lah semua ini duhai sahabat ku,

malulah kamu kepada dirimu,
dan kepada tuhan mu,
coretan ini bukan untuk menyatakan kebencian ku kepadamu,

apatah lagi untuk menyakiti hatimu,

tetapi sekadar peringatan untukku,
dan juga untuk diri mu,duhai Sahabatku...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...