Sunday, July 10, 2011

Bercinta di Kampus??

Bercinta di kampus?? Kampus tempat mencari jodoh?? Mesti banyak persepsi yang berbeza mengenai tajuk ney kan... Entah kenapa hari ni rasa macam nak mengulas isu ni je (mesti kes lama tak buat karangan fakta BM ni)

Kajian yang di keluarkan kaunselor Universiti Putra Malaysia menunjukkan lebih 80% pelajar universiti mempunyai pasangan masing2 sama ada di universiti yg sama atau berlainan.woww..banyak tu. Mungkin ada masyarakat di luar sana mengatakan perkara ini adalah tidak patut kerana universiti seharusnya menjadi tempat mahasiswa menimba ilmu pengetahuan.. Ada juga yang memberi pandangan universiti adalah tempat yg strategik untuk mencari pasangan kerana pada waktu itu saham sedang melonjak tinggi....lagipun universiti bukan hanya terhad untuk mencari ilmu,, tetapi mengajar penuntutnya cara menghadapi kehidupan...


Ok...biasa la sume benda ada pro dan cons nya.. Betul tak? Mungkin kalau cakap bercinta di kampus tiada salah nya asalkan tahu cara.. ada yang akan membantah.. Kalau cakap bercinta di kampus adalah salah,, ramai juga yang akan mengatakan sebaliknya.. Apa2 pun ia adalah bergantung kepada individu sendri..


Sebenarnya aku tak tertarik sangat dengan fenomena yang telah berlaku berpuluh2 tahun ini.. Tapi aku lebih tertarik dengan kenyataan yang di keluarkan seorang profesor sains kemanusian Universiti Malaya... Ok..beliau mengatakan kebanyakan pelajar yang masuk ke universiti sebenarnya telah terlibat dengan percintaan sebelum melangkah ke universiti lagi...tetapi bukan dari sekolah,,,apa maksudnya???



Maksudnya ialah...........sebenarnya kebanyakkan siswa/siswi di universiti mula bercinta dengan pasangan mereka sejak mereka berada pada tahun peralihan antara universiti dan sekolah...atau kata lainnya sewaktu di MATRIKULASI.....yea!!!... aku sangat bersetuju dengan statement prof tu 99.99%... aku taw kalau korang bdak2 U especially IPTA yg merupakan ex2 matrix.. mesti korang pun bersetuju dengan statement ney...btul x???mengaku je lah..haha

Memang dari pemerhatian aku, ramai siswa di universiti bukan mencari awek or pakwe mereka di universiti tetapi hanya meneruskan cinta mereka dari matrik...cewahhh..... ney pemerhatian ke pengalaman sendiri..uishhh!!! tapi kat sini kenapa aku katakan IPTA??? berat sebelah betul.. ap cerita dengan IPTS????

Aq tidak mengatakan benda ini tidak berlaku di IPTS,,,,sama sekali tidak...mana2 pun adalah sama... tapi kan..yang ney jugak dari pemerhatian aku,, beberapa IPTS yg mempunyai program foundation sendiri.. terutama yang mengambil pelajar fresh dari SPM kemudian mengikuti program foundation di universiti,apatah lagi yg memasuki kehidupan universiti dengan result trial spm, mereka agak lain sikit... mungkin kerana mereka tidak pernah berada di mana2 universiti lain atau pun tempat lain selain dari sekolah mereka dahulu dan juga universiti mereka sekarang. Bukan bermakna mereka tidak terlibat dengan couple ye....tetapi cara mereka melihat isu2 sebegini adalah berbeza... Mungkin orang tidak melihat perbezaan yang aku katakan...mungkin juga tidak merasa.... tapi secara jujur aku dah lama perasan perbezaan pemikiran dan juga pandangan mereka..

Mungkin post selepas ney aku akan senaraikan apakah perbezaan ketara antara pelajar yang masuk ke universiti dengan usia yang sangat muda dan juga pelajar yang masuk ke universiti setelah melalui stpm or matrikulasi dan sebagainya...kalau rajin... aku akan cuba update mengenai perbezaan IPTA dan IPTS mengikut pandangan aku setelah aku pergi ke kedua2 tempat tersebut dan bercampur gaul dengan pelajar dari dua institusi pengajian tinggi ini...


#rasa2 macam lari topic sikit je...tak pe lah..sebagai kesimpulan kepda "becinta di kampus", sebenarnya ia lebih bergantung kepda individu itu sendiri...benda ni sangat subjektif.. ada yang mengatakan salah,,ada yang mengatakan tidak... bergantung kepda cara pemikiran individu... setiap orang bebas menentukan hala tuju mereka...betul x?? Apa pandangan korang?



7 comments:

  1. aku setuju ade perbezaan pemikiran antara student yg masuk pra-U guna trial SPM and yang masuk lepas SPM. Dah lama aku nmpak jurang neh. cuma xtau nak sbb kenapa..

    ReplyDelete
  2. yuppp...btul..nanti aq post ap perbezaan yg aq nmpk..

    ReplyDelete
  3. hek eleh ckp je la is yg tgh citer psl dr sndr.... aduyai wat ayat berlapik lak.....muahhahahaha

    ReplyDelete
  4. satu perbezaan yg ko nmpk kn is ialah ko jmpe BASTARD cam aku sorg...muahahahaha...

    ReplyDelete
  5. ....slah...1 perbzaan y aq nmpak..pertama kali aq jumpe orang ngaku diri dia bastard..hahahaa

    ReplyDelete
  6. saya baru hendak memulakan perjalanan di IPTS ni. saya tak faham. perbezaan apa yang dimaksudkan tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...