Friday, June 3, 2011

Mengimbas Masa Lalu - Suatu Ketetapan.. (utk mereka yang merasakan tidak berada di tempat yg sepatutnya)


Bismillahirahmanirrahim.

In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...

#entri ini akan menggantikan kata nama 'ana' kepada aku'...

Membuka berita harian online untuk mengetahui berita2 terkini(dah lame tak baca surat khabar sebenarnye). Scroll dari satu tajuk ke tajuk yang laen.. Tiba-tiba terbaca pasal luahan seorang pelajar pasal biasiswa JPA..ok... surat pelajar yang di publish tu lebih kurang macam kat bawah ney..

"Kami pelajar2 spm 2010 berasa amat kecewa kerana tidak terpilih untuk mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN) walaupun keputusan kami 8A+ dan ke atas... Kami merasakan tidak bermakna keputusan spm kami apabila keputusan rayuan yg di keluarkan JPA mengatakan 98 orang pelajar 9A+ akan ditaja ke IPTS dan pelajar 8A+ di taja di Matrikulasi.......bla......bla....bla.........."

Pelajar yang hantar surat ni mesti rasa tak puas hati dan kecewa kan.. Apa2 pun, pendapat aku secara persendirian, pelajar2 ni perlu belajar sesuatu yang lebih bermakna...dan belajar menerima,, ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Apa-apa pun, persepsi setiap orang tu berbeza.

Sebagai perkongsian, aku telah melalui zaman persekolahan aku. Alhamdulillah, sewaktu zaman persekolahan aku tidak la berhadapan dengan banyak masalah.. Dengan izin dan nikmat dari-Nya, aku menamatkan zaman persekolahan aku dengan keputusan 10A1 dalam SPM..tapi aku takde lah pandai mane pun, melambak lagi orang yang dapat jauh lagi bagus. 21A pun ada time aku SPM tu dulu..

So..lepas SPM, macam biasa,, masa memohon apa2 yang patut. Seriously, aku pun tak taw sangat apa yang aku nak lepas SPM dulu..so aku apply je apa2. Biasiswa JPA aku apply perubatan, aku mohon biasiswa kementerian pelajaran malaysia (KPM) untuk study oversea kos biologi dan pendidikan (KPM ada untuk pendidikan je, sebab tu aku mohon pendidikan). UPU dengan matrik tu standard la memang dah isi awal2 dah. Tapi
sume kos yang aku mohon ni relate dengan sains hayat.. Bukan sebab aku minat sangat biologi, tapi sebab aku amat tidak meminati physics. Time sekolah dulu, physics ni dah jadi macam waktu tido aku dah. Tapi entah kenapa, tangan aku ni gatal je nak isi borang Universiti Teknologi Petronas(UTP). dah tahu UTP tu ada engineering je., aku memang sangat2 allergic dengan engineering2 ni (tak minat) tapi aku apply jugak... saja je nak test2..(niat awal dah tak baik)..

Ok,,di pendekkan cerita,, aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Johor(KMJ), Asasi Sains Hayat UM (PASUM), program alpha MMU.. asasi UniKL kat kolej mara Kuala Nerang under mara (yang ni aku pun pelik macam mana boleh dapat,tak de apply pun), Biasiswa KPM untuk ke United Kingdom..biasiswa petronas untuk kejuruteraan kimia UTP......dan JPA-perubatan Ireland..

Bila dapat sume tu,, aku pun tak tahu nak pilih mana satu. Waktu pendaftaran Matrik dengan UM tu awal dari yg len.. UniKL dengan MMU pulak aku dah tolak awal2. Entah mengapa dan entah
bagaimana, tiba-tiba hati aku kuat mengatakan..."Is....MATRIK".... So, aku pun pergi mendaftar kat KMJ,,, Kenapa matrik yang dipilih??? why must matrik?? why that? why this?? kawan2 aku dan masyarakat sekeliling mula mempersoalkan kemasukan aku ke matrik. bagi budak-budak asrama penuh, matrikulasi ni merupakan tempat SPM leaver yang tak dapat tawaran mana-mana melainkan diploma. Kalau aku masuk matrik, sama lah macam result SPM aku teruk giler,,pastu nak repent dekat matrik. Kira result SPM aku tu sia-sia je (ni pandangan orang ramai, student2 matrik jgn mara ye=).

Ok..sebenarnya aku niat nak masuk matrik ni pun sekejap je.. Bagi aku ruang dan masa untuk aku berfik
ir jalan untuk aku.Lepas aku dapat jawapan, aku keluarlah.Tapi entah kenape dekat matrik, aku rase satu kelainan. Aku berkenalan dengan ramai kawan yang baik dan sama perangai macam aku, kehidupan pun sangat teratur. Bagi pendapat aku, tanggapan masyarakat terutamanya budak2 yang sangat cemerlang waktu SPM dulu mengenai program matrikulasi adalah salah sama sekali.. Lama-kelamaan hati aku semakin terpaut dengan matrik. Tapi aku terus berfikir, perlukah aku duduk di matrik ini dan menerima apa yang orang kata dan mensia-siakan result SPM aku? (mcm yang orang selalu ckap, matrik ni untk orang yang takde choice)..aku mula memikirkan tawaran JPA medic ireland. tawaran bernilai jutaan ringgit yang memang susah nak dapat. kalau memang betul2 pandai baru boleh dapat Ireland ney (tp aku xpandai mana pun!)

Then, after 2weeks dkat matrik. surat UTP sampai ke rumah aku. Ye,,aku mendapat tawaran Kejuruteraan Kimia UTP biasiswa PETRONAS.. Kejuruteraan?? NO! Aku apply ni dulu saja nak test je..tak de niat pun nak pergi (benda ni tak elok sbab ttup pluang orang lain nak dpt UTP,tp aku tak pikir pun sume tu dulu). Dalam hati aku mula timbul satu rasa seolah-olah aku sangat bagus (sekarang dah berubah..ni masa zaman tak matang dulu).. aku mula terfikir,, ye..memang orang cakap UTP susah nak masuk..tp aku kan dpat 10A1 SPM..PMR aku 8A..UPSR aku 5A dan seumur hidup aku.. dari aku darjah satu sampai tamat form5, no yang paling teruk pernah aku dapat ialah no 3 dalam keseluruhan..tu pun masa aku darjah 1.. yang laen sume dapat no 1... so.. why I must go to UTP??? Bagi aku UTP hanya lah sebuah IPTS yang tak ada unik nya melainkan nama "PETRONAS" dekat ujung. Aku sepatutnya berada dekat UK ke AUSSY ke IRELAND ke..(aku tulis benda ni bukan untuk ap,, aku just nak tunjuk macam mana fikiran aku yang mula di hasut oleh rasa bangga dan seumpama dengan nya yang tak sepatut nya ada pada diri seorang hamba sperti aku...sbgai iktibar utk aku dan anda smua). Masa aku masuk matrik. aku tak fikir pulak sume ney.. tp waktu tu, aku telah mula kehilangan diri aku yang sebenar..Alhamdulillah sekarang tak lagi=) Surat tawaran UTP tu aku tak bukak pun..aku just ambil lepas tu biar je surat tu kat atas meja tanpa terusik...

Lepas hampir sebulan dekat matrik..aku masih lagi tidak menjumpai jawapan yang aku cari. Mungkin bagi sesetengah orang..adalah amat bodoh untuk memikirkan antara matrik dan JPA...mesti la jawapan nye JPA... tapi tidak bagi aku...Aku mula berasa selesa belajar di matrik tu...penuh kesederhanaan. Hati aku hari ke hari semakin berbelah bagi.. Jauh di sudut hati aku,, aku amat menginginkan untuk meneruskan program matrikulasi.. tapi lama-kelamaan..oleh kerana terlalu ramai yang mengatakan keputusan itu sangat bodoh dan tidak berasas..aku pun semakin lama semakin menafikan rasa di hati ku untuk terus di matrik...



Akibat banyak mendengar suara2 kenalan dan masyarakat am nya.. aku pun keluar dari matrik.. dan menerima tawaran JPA untuk ke Ireland... ternyata itu bukan lah jawapan yang ad dalam hati ku,,tetapi kaki ku tetap bergerak ke arah jalan itu.. Kehidupan aku yang sangat mencabar bermula selepas aku mendaftar program tersebut.. di situ aku mulai merasai pahitnya kegagalan dan manisnya kemenangan... aku merasai jatuh bangun nya hidup aku...dan mula belajar pengalaman baru yang mematangkan diri.,.serta mula merasai deraian air mata yang menguatkan hati.

Dan akhirnya...............entah kenapa dan entah bagaimana, jalan ini membawa aku ke bumi ini.......




Tempat yang tidak terfikir oleh benakku,,,
tempat yang suatu ketika dahulu surat tawarannya aku hanya mencampakkan ke meja.,, tempat yang sememangnya tidak mahu ku langkahkan kaki ke situ,,,...

Apa yang aku ingin sampaikan dari entry yang panjang lebar ni...

"Kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kita... Kadang-kadang kita merasakan kita sepatutnya berada di tempat yang jauh lebih baik...tapi takdir mengatakan kita harus di sini"

Hanya Pengatur Sekalian Alam yang Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya..... Ketentuan-Nya adalah satu rahsia.... yang penuh hikmah,,agar kita berfikir dan belajar menerimanya...sesuatu yang hebat pasti menanti di sebalik ketentuan itu......



15 comments:

  1. tak kisah la belajar mana..asalkan kita dapat kerja dan dapat membantu keluarga kan..:)

    follower 99

    ReplyDelete
  2. pergh!!! masuk awai2 kn bagus..xyah nk pikir semua 2...

    ReplyDelete
  3. ayie : btul... ap g penting ialah diri kite...=)
    aswad : haha..tu la pasal...mcm mne nak msuk awal..dulu xde niat pun nak msukk..haha

    ReplyDelete
  4. Sebab mungkin Allah nk mengajar kite sesuatu yg bru dan xpernah terlintas di benak fikiran kite..Nak latih kite akan mnjadi hamba yg lebih kuat :)Wallahulam.

    ReplyDelete
  5. Tapi mcm mana Dari jpa sampai ke utp ???

    ReplyDelete
  6. iya la...mcmmana dari program ke Ireland ke UTP... menarik ni...sambung la cerita lagi....

    ReplyDelete
  7. iya la...mcmmana dari program ke Ireland ke UTP... menarik ni...sambung la cerita lagi....

    ReplyDelete
  8. ramai mengutuk matrik, tapi hakikatnya matrik membawa saya kepada ijazah, saya habis belajar degree umur 22 tahun, saya boleh dapatkan pengalaman lebih banyak selepas belajar, saya boleh lihat kebaikan berada di matrik, hasutan orang lain saya tak endahkan, sekarang saya bahagia, keputusan ke matrik bukan satu keputusan yang bodoh bagi saya, semuanya niat hati dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan. apa-apa pun, tahniah dan semoga berjaya.

    ReplyDelete
  9. iya laa..dh ke ireland,camna boleh ke utp pulak??

    ReplyDelete
  10. Salam Is.... Anak akak pun dalam dilema sekarang ni nak memilih yang mana satu. So pandangan IS mengenai UTP macamana?

    ReplyDelete
  11. Abang, bolehke kalau cemerlang asasi sains hayat di UM masuk UTP?

    ReplyDelete
  12. ni plot twist ni. mcm mana from ireland kemudian utp pula

    ReplyDelete
  13. As salam..
    situasi saya sekarang same dengan penulis tap yang bezanya saya mendapat tawarn jpamara medic tapi ke india dan dpt tawaran PETRONAS ke UTP. boleh x sy nk tahu knp pilih utp berbnding pergi ke ireland. mungkin pendapat penulis dapat mmbntu sy mmbuat pilihan anatra dua tawarn ini.. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan course kat utp sy dapat ialah chemical engineering.. frst bace artikel mmg terekejut sebb same fate tapi beza jgk r sikit

      Delete
  14. wow saya pun dapat 10A dan saya masuk matriks. Alhamdulillah berjaya di matriks dan kini mengambil farmasi :)))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...