Saturday, September 29, 2012

...Result...


Keputusan peperiksaan akhir semester bagi perkuliahan semester lepas dah di keluarkan beberapa hari lalu sebenarnya... tapi memandangkan amat susah nak cari masa terluang untuk bukak blog ni, update ni dah tertunda beberapa hari sebelum di post..

Cerita pasal keputusan sem lepas, Alhamdulillah..  walaupun bukan yang terbaik pernah aku dapat sepanjang pengajian dekat universiti ni, tapi jauh lebih baik dari apa yang aku jangkakan dan mencapai target aku di permulaan sem. Lepas ni aku tak boleh berhenti setakat Dean List, mesti berusaha untuk mendapatkan 4flat sebanyak mungkin. InsyaALLAH.

Subjek sem lepas nak kata susah tu, takdelah terlalu susah, pun bukan terlalu senang,,, antara faham dengan tak la senang cerita. Ada lagi 4sem dan satu sessi praktikal tinggal untuk aku menamatkan pengajian.. Harap-harap aku mampu mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama untuk ku hadiahkan kepada ibu bapa ku, kepada mereka yang pernah mengajarkan secara langsung mahupun tidak, dan kepada penaja ku.. Ameenn..

Apa-apa pun.. ingat satu perkara,

"Jika kita berusaha dan menyerahkan yang selebihnya pada Penulis Takdir, pasti bantuan  dari NYA akan datang.. jika berasa lemah di pertengahan jalan, yakinlah rezeki ALLAH itu pasti datang dari arah yang tidak di sangka-sangka"



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...