Sunday, October 25, 2009

'Hoedown Throwdown' Dance

Assalamualaikum..
In the name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful..

Had a story, don't know whether its nice, very nice or not nice at all..
Its ko-PLN (kokurikulum pelajar luar negara) time.
don't know what to do to fill the precious 2hours....
an order from Mr Ridhuan, ko-pln lecture strikes to me..
something 'weird' order.....grrr...

Mr.R : Alright class. This time we do the country side American dance.. you lead..
Me : Hahhhh?? Me??? Why me???
Mr.R: Of coz you lead.. You're the most 'slumber' (said with joking tone) right?. ALM must lead!!
Me : hmmmmm....ok, ALM must lead..(answer insincerely)...so, what need I do sir?
Mr.R : We do like the Americans..HOEDOWN THROWDOWN!!!
Me : grrrrrrrrrr.......that was not Americans' dance.. That Miley Cyrus' style..fuhhhhhhhh


"1, 2, 3,!!
Everybody come on, off your seats
I'm gonna tell you about a beat
That gonna make you move your feet

I'll give the BBQ
show and tell you how to move
If you're 5 or 82

this is something you can do"






Wednesday, October 21, 2009

Suara Siswa - Ubahkan Paradigma Itu

Kali ney ana nak membahaskan isu yg hangat diperkatakan dikalangan pelajar2 tajaan JPA, MARA n PETRONAS.. Dah lama xmembincangkan isu2 bersifat akademik ney....huhu

PERCEPATKAN USIA PERSEKOLAHAN......relevan kah ia??
Ermmmm....satu persoalan yg ana rase agak menarik(maybe untuk segelintir orang agak membosankan)..

Orait...rasenya semua orang pun tahu peljar di malaysia akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada usia 7tahun(darjah 1)......
Berbeza dengan negara2 maju.....United Kingdom..US.. Ireland... Canada..Australia...arrrr.....byk lagi lah ... usia persekolahan disana bermula seawal 5tahun(standard1)....clu kendergarden tu 3taon kot..huhu.....

Even India and Indonesia pun menggunakan sistem yg sama.....
Bg student2 negara2 ney...mereka akan menduduki peperiksaan yg setaraf dgn PMR pd stndard7(umur 13taon)....
Menduduki peperiksaan
O-level (O-level ney kat Malaysia kire SPM lah) pd usia 15tahun....
dan A-level (yg ney plak sama taraf ngan STPM science) seawal u
sia 17tahun....(clu pelajar m'sia bru nak ameq SPM wktu ney)..
Student2 negara maju ney akan memasuki 1st degre
e pd usia 18tahun....berbeza dengan pelajar m'sia...umur 20tahun baru msuk 1st degree.....
clu pelajar matrikulasi tu 1st degree umur 19taon....t
api program ney byk kena complain lah plak(ana malas nak ulas pasal ney)......
So.........tidak keterlaluan ke kalau ana(actually bkan ana sorang, hampir semua student kat tempat ana ney) katakan kita telah tertinggal 1
7520jam daripada mereka??!!!.....
teori........2tahun=24bulan=104(app)minggu=730hari.....

so...Secara formulanya, kita telah ketinggalan 17520jam(a precious time) daripada negara2 maju!!!!
kite telah 2tahun terkebelakang/ditinggalkan(dari semua aspek) hanya kerana alasan rakyat malaysia belum cukup matang!!!! (you never try...you never know)
Bukankah ianya satu kerugian yg cukup besar???
!!!!
Seorang pelajar tahun 4 fakulti perubatan sepatutnya telah berkhidmat untuk ngara 2taon dahulu......
Ahli biotech seharusnya telah menemui teng
a alternatif 730hari dulu......
pelajar architecture tahun3 sewajarnya telah mereka bangunan kebanggaan negara 17520jam yg lalu!!!!!!!!





#entry ini sekadar pandangan pembuka mata dan minda#






Monday, October 19, 2009

++Tahniah Buat Mereka++

-Salaam Alayk-

First sekali ana nak mintak maaf sebab terlambat post entry ney...
walaupun result a-level dah keluar beberapa bulan lepas...
rasenya belum trlambat lagi untuk ana ucapkan tahniah...
kepada pelajar2 a-level batch 2007-2009, congrats to you all atas result yang tip top tu...
especially senior2 ana...pelajar ALM dan semua pelajar A-level yang lain....
pengorbanan selama 2tahun tu terbalas akhirnya...
Tahniah kepada kenalan2 ana yang dah pun berangkat ke destinasi masing2:


IRELAND.....Dublin..Cork..Galway..Belfast....
INDIA.....Manipal..Bangalore...
MESIR.....Kairo..Alexandria..Mansoura..
AUSTRALIA....
INDONESIA.....
RUSSIA.....
CZECH REPUBLIC.....
POLAND.....
KOREA.....
JAPAN.....
FRANCE.....
NEW ZEALAND....
GERMANY.....
UNITED KINGDOM....
UNITED STATES....
hoho.......byknye.................


"SELAMAT BERTEBARAN DI MUKA BUMI DEMI MEMPERJUANGKAN ILMU YANG KALIAN DAHAGAKAN"


#yang dah ada kat perantauan tu..jangan lupe doakan kejayaan adik2 ney(a-level batch 2009-2011)..hehe



Ketika Cinta Bertasbih.....melihat permata di dasarnya

Entry kali ney aku nak ubah perkataan 'aku'/'saya'/'I'/'me' kpd 'ana' (pengaruh bdak mansoura ngan kairo ar ney)..

ok... kali ney ana nak bercerita tentang sebuah buku karya penulis yang tidak asing lagi dalam dunia novelis.. nama Habibburahman El Shirazy mula2 dikenali di Malaysia melalui karya nya Ayat-ayat Cinta yg mendapat best seller....

Ketika Cinta Bertasbih
.....melihat tajuk ini, ana yakin ramai penggemar2 novel genre sebegini telah khatam membaca nya.... Novel ini sebenarnya ana baca setelah 'dipengaruhi' oleh seorang kenalan ana...credit kepada kak Ida Aisyah..hik3..

Bai
klah....kalau ana nak mengupas pasal novel ney ana rasa nanti jadi terlalu panjang pulak entry ney..jd ana cerita kan sedikit je lah ye..clu nak taw lebih lanjut baca novel ney sendiri...

Dwilogi Ketika Cinta Bertasbih menceritakan kan tentang seorang mahasiswa Indonesia yg menuntut di Kairo, Mesir.. beliau terpaksa menundakan kuliah dan mencari rezeki di bumi Mesir setelah kematian bapanya..dalam pada itu beliau dipertemukan dengan seorang gadis cantik dan moden..

Dwilogi ini lebih berkisar kepada perjalanan kehidupan yg berliku...sekaligus memberi pencerahan jiwa dan mendalami rahsia Illahi... Tidak dapat ana sangkal novel ini sememangnya memberi kesan kepada ana....tapi bukan kesan dominan lah...mungkin kerana ana ney masih remaja...cetek lagi pemikiran bak kata pepatah 'masih setaon jagung'.. Disebalik semua itu ana dapat merasai erti pengorbanan dalam kehidupan. realiti masyarakat sekarang yg tidak lagi peduli tentang kefahaman ISLAM dalam kehidupan. Perasaan ingin kasih dan dikasihi dalam diri manusia.......




Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
Dan percintaan!”


- Anna Althafunnisa' : Ketika Cinta Bertasbih..



Monday, October 12, 2009

Ianya Sebuah Melankolik!!!


Memang aku tak nafikan entry2 aku lebih menjurus ke arah pengertian sndiri......
sengaja aku menyelitkan unsur2 simile yang tak jelas....
sama ada menjadikan sesuatu yang mudah itu sangat membosankan......
atau menjadikan sesuatu yg complicated tu menjadi menarik dan mudah....
semuanya bergantung kepada cara dan pemikiran anda ketika membaca dan menilainya....

Bagi aku ianya sesuatu yg melankolik!!.......
sememangnya setiap orang mempunyai cara penyampaian yg berbeza-beza....
dan ini adalah genre ku....
sama ada ianya membosankan,,,bersifat 'syok sendiri' ataupun sgt menarik dan mempunyai perpektif yg tersendiri, ianya bergantung kepada kefahaman dan sudut pandangan masing2.....

Memang ada beberapa perkara dalam kehidupan ini yg sukar ditafsir dan diperjelaskan....
itulah proses mencari erti kehidupan....
ABSOLUTELY-IS...


++Kisah Yang Tak Sempurna++


*another entry that out of understanding..
Back again to something unpredictable...



Dalam seminggu lepas aku terpaksa ke kolej matrikulasi johor/ KMJ untuk menduduki MUET paper 2...
Al maklum lah MUET aku berdaftar kat situ...
Tp bkan pasal MUET yang nak aku ceritakan...
Sebenarnya MUET tu aku saje jek ameq..... nak puas kan hati..

So, at that moment, kembali ke kolej yg dah aku tinggalkan lebih kurang 5bulan......
Secara zahir nya tujuan utama untuk 'sit for the MUET'......
But that zahir only......
Boleh aku katakan aku ke KMJ tanpa tujuan yang pasti........
Aku cuma ikut kata hati aku yg menjadi kan muet sbgai alasan utama...
Apa yg jelas MUET bukan jawapan sebenar!!!

So,, apa tujuan yg sebenarnya????!!!
Aku pun xtahu....
untuk membuang masa???......jelas tu bukan aku.....
kat tempat yg dah berbulan aku tinggalkan tu....
aku mencari susuk2 tubuh yg penah ku kenal.....
kawan2 aku masih mcm dulu...so cheerful...
yup....they are the best 4ever!!!

Tup2(suddenly) aku ternampak bayangan seorang gadis yg sememangnya aku kenali.....
mkin bercelaru fikiran aku.....
seperti mereka yang baru berjinak2 dengan Hess' Law....
semakin tersesat dari pencarian aku.....
Pencarian mencari tujuan sebenar aku kembali ke KMJ...
sama seperti tersesatnya John Newlands mencari rahsia periodic table...
sehingga membawa kepada penemuan law of octave yg ditolak....
jauh menerusi dendrone yg tak jelas...
"Ko tengok apa tu Is,,,,,,,,,'She'???"
one of my frenz teased at me...
"xde lah.........memandai jek ko...xde maknenya!!"jawabku selamba sambil berlalu pergi....
meninggalkan KMJ dengan satu kisah yg tak sempurna..

So, in the nut shell aku masih tak mengerti dengan diri aku...
apa tujuan hati aku yg membawa aku ke KMJ....
kekal sebagai persoalan yg tak mampu aku jawab...




Aku Amat Merindukannya..............



Memang aku akui dah lama aku tinggalkan 'dia' yang telah menjadi teman setiaku lebih 10tahun lamanya..Kali terakhir aku bersua dengannya adalah kire2 4bulan lepas, iaitu sewaktu di matrikulasi..Bermula dari detik pendaftaranku di INTEC, aku sudah mula rengang dengan dia..tak seperti dulu2 lagi..aku dan 'dia' memang tak dapat dipisahkan..
Dah berbulan lamanya aku tidak bersua dengannya.. Perasaan ku semakin meluap-luap untuk melihatnya.. suatu keinginan tanpa batas!!!!.. Aku ingin meluangkan sedikit masa demi melepaskan rinduku yang semakin tak terkawal.. Akhirnya aku mengambil keputusan mengurungkan diri di dalam bilik sambil membelek-belek sebuah buku berwarna merah menyala yang tertulis "ALGEBRA & TRIGONOMETRI"


MATHEMATICS..... itulah yang aku analogikan sebagai 'dia'.. Sejujurnya aku akui aku memang penggila math(walaupun xde lah teror mane).. Sejak bergelar pelajar INTEC, aku mula berjinak-jinak dengan physic tapi seperti yang aku katakan, aku dan math tak dapat dipisahkan..so demi kerinduan yg semakin meluap2..aku meluangkan sedikit masa untuk bermain2 dengan mathematics walaupun subjek tersebut tidak didaftarkan dalam A-level ku..

Mathematics boleh aku definasikan sebagai sebahagian dari jiwaku.. mungkin sebab waktu aku kecik2 dulu mak asyik suruh aku layan math jer...inilah kesan jangka panjangnya..hehe... sejujurnya aku tanpa mathematics adalah seperti Albert Einstein yang kehilangan formulanya, Pythagoras yang masih mencari-cari teorinya, Aristotle yang kehilangan kata-katanya.

Tanpa aku sedari, dah lebih setengah hari aku berdampingan dengan math.. Suatu kepuasan yang tidak terhingga..... sebagaimana Pascal membuktikan teori F
1/A1=F2/A2 nye yang tak dapat di sangkal!!!







Sunday, October 11, 2009

+Antara Abjad dan Bicara+




"you've got to get up every morning with determination if you're going to go bed with satisfaction"

-george horace lorimer

"If your head doesn't get there first' you never will"
-ernie larson

"One good head is better than hundred strong hands"
-thomas fuller

"well begun is half done"
-aristotle

"so do not become weak,nor be sad, and you will be superior if you are indeed believers"
-Qur'an 3:139

"whether you think you can or you can't - you are right"
-henry ford

"great is the art of beginning, but greater is the art of ending"
-lazarus long

"don't ask for an easier life;ask to be a stronger person"
-kristen goeser

"vision without action is a daydream.action without vision is a nightmare"
-adapted from Japan quote

"a book is the only place in which you can examine a fragile thought without breaking it, or explore an explosive idea without fear it will go off in your face"
-edward p.morgan

"shot for the moon, if u miss, u'll land among the stars"
-university of mansoura student

"the hardest thing to learn in life is which bridge to cross and which to burn"
-david russell

"in the middle of difficulty lies oppurtunity"
-albert einstein

"never let your memories be greater than your dreams"
-doug ivester(president of Coca Cola)




Thursday, October 8, 2009

Don't Be Sad....

Nak bercerita cket tentang satu buku ney....Melihat tulisan yg tertera kat cover buku ney.. confirm peminat2 buku berunsur religion n penggemar2 international book knal sgat ngan buku ney....


DON'T BE SAD-ALLAH WITH US.. tajuk yg diberi untuk sebuah buku yg kukira penuh dgan ayat2 yg memberi keinsafan. Kalau bahasa arab dia aq xtaw!

Buku ney sebenarnya merupakan hadiah dari SPRM time aq SPM dulu.. Dah lebih kurang 6bulan buku ney tersimpan rapi kat rak buku aq tanpa disentuh.. Tak pandai menghargai langsung!!!

Tp alhamdulillah lah sejak seminggu lepas hati aq terbuka gak untuk membelek2 buku ney.. Ternyata buku yg disempurnakan oleh 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni dan diterbitkan oleh International Islamic Publishing House Riyadh, Saudi Arabia ney mampu menarik perhatian aq untuk memahami dan menafsir setiap untaian kata hinggalah ke muka surat yg terakhir.. Memang aq tak nafikan buku ney secara langsung mengajak kita sama2 memahami erti Islam yg sebenar... Kenapalah setelah 6bulan buku ney terperap barulah aq perasan kewujudan buku ney dalam koleksi aq??!!!!!!



"O' Allah, I seek refuge in you from anxiety and grief, from inability and laziness, from avarice and cowardice, from being engrossed by debt, and from being overpowered by men."


"Allah is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)."



Friday, October 2, 2009

Kekalutan Fikiran - Ku Jua Tidak Mengerti...

Tiada ap yg jelas ingin ku coretkan sebenarnya...kerana aq sendiri sdg mencari jawapan kepada persoalan yg terapung2 tanpa paksi. Persoalan yg tdak dpt ku kenal pasty ttapi ingin ku cari... Ntah kenapa aq rase hari ini sperti ad sesuatu yg tdak kena.....ssuatu yg tdak sempurna...sesuatu yg belum ku sempurnakan.

Aq pun tdak tahu ap yg sdg aq fikirkan.. Aq cuba mncari jawapan kpd prsoalan2 yg tdk wujud itu....dan akhirnya aq sesat dlam neuron2 ku sendiry.. Aq tdk mngharap 'pendatang2' memahami entry ini.. kerana aq tahu narrator nya sendiry tdak mmpu untuk menafsir dgn tpat.

Ntah ap yg 'mengalutkan' fikiran ku.. Aq ggal menumui jwpnnye. Tp ap yg jelas kekalutan semakin memenuhi cerebrum ku. Kekalutan yg tdk dpt ku ungkapkan... Kekalutan yg tdk dpt ku kenal pasty punca nya...kekalutan yg ggal ku definisikan.....KEKALUTAN FIKIRAN

Buat pertama kaly nye aq rase aq ggal menyelami hati sendiry...ggal mentafsir fikiran sendiry...ggal memahami kehendak sendiry.... Aq mencari2 punca kekalutan ini, dan ap yg pasty jwpnnye ialah sesuatu yg buntu...


'Ya Allah, berikanlah ketenangan fikiran, kecerdasan akal, dan kelapangan hati agar aq dpt menempuhi hidup dgn penuh ketaqwaan kpd Mu.. Sesungguhnya Engkau lah yg Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana'



Balasan Suratmu Hawa........dariku Adam

Ya Hawa...

Tidak pernah terlintas hati ini untuk marah tatkala membaca teguranmu. Sesungguhnya Hawa aku tidak pernah berasa sesal kerana memintamu sebagai temanku.Engkau penghilang kesunyian hatiku, tiada ruang untuk aku menafikannya.

Aku kenal benar bengkokmu kerana engkau adalah dariku. Aku juga tidak pernah lari dari amanah untuk membimbingmu kerana pesonganmu bererti pesonganku jua.

Hawa...

Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya yang mentakdirkan bilangan kaumku kurang berbanding kaummu. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu nescaya kaburlah matamu untuk mendampingi rusuk-rusuk disisiku, dunia dibanjiri tangisan air matamu, Hawa sesama Hawa bermusuhan kerana Adam.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Yusuf dan Zulaikha sehinggalah pada zaman keturunannya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tetapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu

Hawa...

Bukan kerana ramai isteri yang menyusahkanku. Bukan juga kerana ramainya bilanganmu yang mencabarku. Tapi, aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dahulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti membimbingmu ketika menjadi suamimu.

Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...

Hawa......

Kau juga pasti tahu bahawa al-Quran juga menyatakan tanggungjawab kaum Hawa dalam mematuhi kaum Adam. Kau diberi amanah untuk mendidik zuriatku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.

Tapi Hawa, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaummu kini, kamu dan kaummu telah ramai menderhakaiku. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki kamu tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatmu. Jika terpaksa kamu keluar dari rumah mesti berizin dan seluruh tubuhmu mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa...kau telah lebih dari sepatutnya.

Hawa... Mengapa kamu begini? Aku jadi guru kaupun menjadi guru. Aku berceloreng ke perbatasan, kau meyingsing lengan sama-sama keperbatasan. Kekadang aku duduk bersahaja, memerhati gelagat kaummu... Ku perhatikan saja kau panjat tangga di pejabat bomba, kainmu tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Bukan niatku tidak mahu bekerja tapi katamu ”kau boleh buat semua perkara”. Kenapakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang hormatmu terhadapku?

Hawa…

Aku tidak pernah marah mahupun sakit hati andainya aku yang dipersalahkan. Kenapa? Mengapa begitu Hawa? Benar…ramai orang berkata anak jahat itu anak si bapak, jika murid nakal, ustat yang tidak pandai mengajar! Hawa, kau selalu berkata, Adam memang ego, sombong tidak mahu dengar teguran, kepala angin. Pada hemat diriku yang lemah ini, Hawa, seharusnya kau tanya dirimu, Apakah ketaatanmu terhadapku sama seperti ketaatan Khadijah kepada Rasulullah? Adakah engkau Hawa melayan aku sama seperti layanan Fatimah kepada Ali karamAllahhuwajjhah? Adakah kata-kata dan perilakumu Hawa boleh dijadiakan penenang dan penyejuk mata kaum Adam?

Hawa...

Aku sedar diriku imam dan engkau makmum, aku adalah pemimpin kerana engkau perlukan pimpinan. Jika kau taat, maka mudahlah urusanku. Jika kau berkeras, keraslah lidahku menasihatimu. Kau dicipta nafsu beribu, aku dicipta nafsu nan satu.

Akalmu satu, nafsumu beribu. Aku...nafsuku satu akalku bercelaru! Dari itu Hawa...genggamlah tanganku, kerana aku juga sering lupa, lalai dan alpa, sering aku terlepas genggamanku dirasuk oleh akal yang bercelaru dan ber-ibukan nafsu.

Taatilah daku untuk memudahkan aku memimpinmu, perdengarkanlah kata-kata manismu agar sejuk mataku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.

Hawa…

andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah. Malulah engkau Hawa, malulah engkau kepada diriku, semalulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..

Wallahu a'lam.


Warkah Untuk Kaum Adam........

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.

Wallahualam.




*untaian kata dari Nur Zahidah Syazayana....
Imperial University, UK




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...