Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..
Dah banyak kali dah ana try, akhirnya ada pun peluang untuk post entry pasal novel ney. Kalau mention je pasal novel mesti kedengaran suara kat luar sane "ape kes novel2 ney., tak layan ar". dan kalau anda dilahirkan untuk menjadi seorang yang berjiwa lembut, mesti terdetik dalam hati "emm,dah berpuluh2 novel aku baca, malas ar nak baca entry ni!" Seperti biasanya ana langsung tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu. Tiada kaitan dengan ana.
Minat ney sebenarnya bermula dari ana sekolah menengah lagi. Kalau tak silap masa form3. Memang tak dapat ana nafikan ana dilahirkan untuk tertarik dengan huruf2 dan nombor2(ecece, tp seriusly..xtpu). Minat terhadap dunia pembacaan ini bermula daripada pengruh yang dibawa oleh senior ana (asyraf and k.ila). Diorang ney memang banyak giler koleksi novel. Dah tiap2 hari ana tengok diorang membaca,satu hari tu ana memberanikan diri untuk mencuba. Maklumlah jiwa muda remaja, sentiasa bergolak untuk mencuba sesuatu yang baru. Tp ana sangat bersyukur, walaupun ana sama dengan remaja normal yg lain yg sentiasa cenderung untuk mencuba, tidak pernah terdetik di hati ana untuk mencuba rokok or pape je yg terlarang seperti segelintir teman2 ana. Ana masih dikurniakan kewarasan akal.. Adalah lebih baik untuk tertarik dengan huruf2 yang bersusun berbanding dengan benda2 yg merosakkan diri sendiri. Betul x? hehe.
Berbalik ke topik asal.Bila ana mintak pinjam, senior ana syorkan satu buku ney. Setulus Janji karya Aina Emir. Bila ana bace sinopsis nye, berkata dalam hati ana, "cis, cerita jiwang rupenya"..Dengan hati yang berat ana pun membelek muka pertama...kedua....ketiga.....dan tanpa ana sedari, ana telah terjebak! kini di muka 90. nak tak nak ana teruskan jugak pembacaan sebab dah tersangkut. Lepas tu, ana pulangkan balik n mintak pinjam buku lain. Kali ney dia kasi buku Gerimis di Hati.. Ternyata pengalaman dulu tidak dapat menyelamatkan ana. Sekali lagi ana terjerat bila selakan demi selakan ana lakukan. Apakan daya, ana hanyalah manusia biasa..hehehe
Lepas tu ana pinjam sebuah lagi. Yang Teridah dan juga Hatiku di Harajuku. Kali ney ana betul2 terkesima dan terpana. Hebat betul idea2 yang cuba disampaikan oleh pengarangnya. Tidak! ana telah terperangkap. apa yang menjadi igauan kini menjadi kenyataan. Tu lah, siapa suruh gatal2 try..kan dah kena. Ana telah mula terperangkap dalam dunia pembacaan novelis. Mulut kata tak suka citer2 jiwang ney.. tp dalam hati jauh menyimpang. Satu demi satu buku ana habiskan..
Apabila memasuki f4, minat ana terhadap dunia pembacaan telah berkurangan dan hampir terkubur. Ana lebih menumpukan kepada pembacaan akademik dan ilmiah. Maklumlah nak SPM lah katakan.. hehe..
Sehinggalah tiba hari itu............
2tahun kemudian...
Usiaku menjangkau 18tahun..tidak lagi bergelar pelajar sekolah.. Alam persekolahan telah ana tinggalkan selepas ana tidak layak lagi bersekolah di mana2 sekolah. Ana membawa diri ke Institusi Pengajian Tinggi,,,hehe.. satu hari ketika ana melawat kedai kegemaran ana, yakni kedai buku (ecece...tp mmg betul lah)..sejarah berulang kembali.. Bagai terserempak dengan kenangan lama.. novel Bagaikan Puteri menjadi mangsa ana. Pabila bergelar pelajar INTEC, ana dapati ramai pula yang berkongsi minat dengan ana.. Budaya membaca merupakan budaya yang popular sekali..walaupun pembacaan nya benda2 yang jiwang..hik3.. Selepas itu KetikaCinta Bertasbih(yg ney pengaruh dari ida aishya n zahidah) pula menjadi mangsa, diikuti Adam dan Hawa (ney plak pngaruh dari fara..) dan Ungu Karmila.. Pada ana, semuanya amat menarik dengan gaya penceritaan yang berbeza dan mengangkat perspektif yang berlainan. semua buku2 ini mempunyai nilai2 estetika tersendiri. mungkin ada yang memperlekehkan hobi ana ini dengan mengatakan "it just a story..untuk mereka yang suka berfantasi"..tp ikut suka hang la. Ana langsung tak peduli. Bagi ana adalah lebih baik ana bersama dengan buku2 ney daripada menghabiskan masa mengadap game seperti yang dilakukan oleh kebanyakan remaja kini. Ternyata pendapat ana ney dikongsi oleh kebanyakan kesatria2 INTEC.
Daripada kita membuang masa tak tentu hala dengan berbuat benda2 tak berfaedah, kan elok kalau kita memantapkan pemikiran kita. Kita adalah aset negara. Kalau berkualiti asetnya, di hormatilah pemiliknya, kan? Andai kita lalai serta lupa, masa akan lari sia2, jiwa kosong tak berharga,dunia bukan syurga..
No comments:
Post a Comment