In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..
Jalan ini kadangkala membuat ana berasa begitu lemah, begitu tidak berdaya.. tetapi seringkali juga jalan ini membuat ana semakin bertenaga untuk mengetahui penghujung kepada perjalanan ini.
Telah banyak jalan ditujukan kepada ana. Telah banyak persimpangan dihamparkan. Sesungguhnya dunia ini tidak kejam kepada ana, tetapi kadang2 ana yang gagal mengambil kesempatan disebalik ketidakkejaman itu.
Persimpangan yang menjanjikan jalan yang berbeza. Begitu banyak jalan di persimpangan itu, banyak juga jalan yang telah ana padam, tidak kurang pula dengan yang dilalui tanpa sampai ke penghujung. Sehingga akhirnya..hanya satu jalan yang ditinggalkan untuk ana. Mungkin jalan yang tinggal itu paling berliku, mungkin juga jalan itu jalan yang paling panjang dan melelahkan..atau mungkin jalan itu menjanjikan sesuatu pemandangan yang terindah..tiada siapa yang tahu melainkan yang Maha Kuasa.
Banyak yang telah melalui jalan ini. Ada yang tersungkur di tengah2 jalan ini, ada yang menemui jalan mati di akhir perjalanannya, ada yang sesat dalam kelurusan jalan ini, ada yang menempuh kegelapan dalam jalan ini, tidak kurang juga yang menemui cahaya gemerlapan terang-benderang di penghujung jalan ini. Nasib hukum lain untuk setiap insan.
Inilah jalannya..akan ana lalui. walau berliku, walau melelahkan, walau bergelap dalam keterangan, atau mungkin bersinar dalam kesamaran, walau penuh dengan cerun tak terjangka..atau dataran landai yang menggagumkan. Ana tetap disini...disini...dan terus disini...tidak mungkin ana disana...mustahil untuk ana disitu...kerana ana disini. Tidak mungkin ana berpatah kerana telah ana padamkan jalan di belakang, tidak mungkin pula ana menyimpang kerana persimpangan itu telah ana lalui.. Walau jauh ke atas, walau tinggi melangit, ana akan daki.... dan terus mendaki. Ana mahu melihat hasil pendakian itu. Sejauh manakah ana mampu mendaki?. seindah manakah pemandangan di atas?. Terang atau gelapkah cahaya di atas?... mungkin di akhir pendakian ini suatu takdir yang hebat sedang menanti.............................. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment