Bismillahirrahmanirrahim,,
In the Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..
Kesejukan malam mencengkam tubuh. Kepenatan setelah membelek-belek helaian demi helaian buku. Sebulan lagi, final akan bermula. Sungguh ana tidak mahu lagi seperti baru melangkah masuk ke UTP beberapa bulan dahulu. Waktu itu, ana kehilangan diri ana. Kehilangan dalam pencarian mencari erti sebenar-benarnya diri ini. Alhamdulillah,kini ana dipertemukan kembali dengan diri ana. Diri ana yang dulu. Diri ana yang ana rindui.
Kembali kepada tajuk entry. Kenapa air mata itu mudah mengalir? Ana tiada idea untuk menjawab soalan ney. Ada sesetengah orang yang amat sukar sekali untuk menitiskan air mata,walaupun setitik, tapi jelas tu bukan ana. Secara jujurnya ana memang mudah menitiskan air mata. Cuma orang2 di sekeliling ana yang tak tahu dan tak perasan. *biasa la, pandai cover..hee*
Cukup dengan memandang langit malam yang gelap boleh membuatkan air mata menitis di pipi ana. Cukup bersendirian di dalam bilik merenung ke arah air tenang di tasik membuat kan jiwa ini tersentuh. Kenapa begitu? Kerana itu adalah ana. Sebenar-benarnya diri ana. Ana tiada jawapan kenapa ana begitu mudah tersentuh dengan alam sekeliling ana. Ana mudah disentuh oleh gelap malam, mudah di sentuh oleh langit berhiaskan bintang, mudah tersentuh dengan alunan tenang air, mudah tersentuh dengan pandangan langit membiru dan mudah tersentuh oleh pandangan hijau melapang.
Begitu lemah diri ini. Begitu lalai hati ini. Ana mengharapkan pandangan langit biru menyentuh hati ana ke arah keinsafan, gelap malam membuai jiwa ana ke arah ketenangan, hiasan bintang benderang memacu diri ana ke arah impian, alunan tenang air membawa fikiran ke arah kedamaian dan lapangan menghijau mencetus pengharapan dalam diri. Pengharapan semoga diri ini sentiasa bersedia di tarbiyyah dan mentarbiyyah.
Wahai tuhan pencipta alam, pegangi lah hati hamba Mu ini ke arah jalan yang di redhai Mu
cukup syahdu sekali
ReplyDeleteyeke?
ReplyDeletethanz!!!