Thursday, October 7, 2010

Saatnya ku Menoleh - Apakah yang di kejar 2-

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Dingin malam mencengkam tubuh..melonglaikan jiwa yg sedia lemah. membekukan hati yang kian rapuh. Dalam gelap mencari sinar. Sebuah makna kehidupan di sebalik imbasan memori.

Saat nya menoleh kebelakang. Bukan untuk berundur,,bukan juga mengalah. Lebih 19tahun mencari definisi hidup. Definisi yg berlainan dari sekadar dalam sebuah kamus tak bernyawa. Sebuah perjalanan di lalui di belakang. Ana rindu akan perjalanan itu. Perjalanan yg mengukir senyuman, membasahi pipi, mencipta luka di hati, menzahir sebuah riang tawa.


Perjalanan seorang budak mentah yg menjejakkan kaki ke tadika 13tahun dahulu. Mula mengenal zaman persekolahan 12tahun dahulu. Tangis dan tawa mengiringi langkah budak yg manja itu. Budak yg selalu mencari ibunya ketika menangis.,, budak yg selalu berkongsi rasa dengan ayahnya,,budak yg selalu berkata-kata dengan akak nya. Seorang budak yg hidup dalam dunianya. Seorang budak yang dikelilingi timbunan buku. Seorang budak yg suka memegang pensel. Seorang budak yang giler kan pengiraan!!!



Masa berlalu begitu pantas. Tetapi kadang-kala difikirkan terlalu lama oleh budak itu. Budak mentah itu mula melangkah ke sekolah menengah. Masih lagi sama seperti sebelumnya. Budak yg akan mencari keluarganya apabila gembira dan kecewa. Meneruskan perjalanan hidup seorang pelajar apabila menolak pelawaan Maktab rendah Sains Mara mentah2. Budak yang lebih rapat dengan timbunan buku daripada barisan manusia


Budak itu melangkah setapak lagi. satu langkahan yang longlai, budak itu bergelar seorang SASERian. Sains Seremban...boarding school yg tak mungkin di lupakan oleh budak mentah itu.


Budak itu mula belajar sesuatu. Belajar dalam mencari dirinya. Mula mengenal kehidupan matrikulasi.Walaupun tak sampai sebulan,, cukup untuk merubah dirinya. Memberi impak yang besar baginya. Satu kenangan yg segar dalam memori nya. Tak mungkin dilupakan selagi ada ingatan pada dirinya. Di situ, budak itu belajar memendam rasa. Belajar menangis keseorangan. Belajar mencari kegembiraan.


Budak itu meninggalkan matrikulasi dengan hati yg berbelah bagi,,,menuju ke sebuah tempat yang sangat sinonim nama nya dikalangan golongan tertentu. Mula mengenal bangunan yang berdiri teguh dengan nama INTEC. Disitu, satu cabaran yg sangat berat di lalui budak itu. Tangis tawa berselang seli dengan pantas. Belajar banyak perkara dan melupakan banyak perkara juga.. Semakin mahir dalam memendam rasa. Semakin pandai menangis dalam kesendirian. Seorang budak yang tidak pernah merasa kegagalan itu semakin lemah untuk melangkah.Budak itu mula terpesona dengan kerdipan bintang malam.. mula belajar untuk menafsir rasa hati..


Akhirnya, budak itu membentuk diri ana. Diri ana yg tak mungkin akan berhenti untuk mencari erti dirinya. Melangkah di sebuah tempat yang tak pernah terfikir oleh nye.Masih wujudkah lagi budak mentah dahulu?. Budak mentah yg teruja dengan pengiraan?. Budak mentah yg sering berkongsi rasa?. Yang wujud ialah seorang remaja yg lemah untuk melangkah,, yg terikat oleh masa.. yg terbelenggu oleh rasa.

Kedinginan malam terus mencengkam. Apakah yg dikejar oleh diri ini? Samakah seperti yg dikejar oleh budak mentah tu dulu? Melihat kerdipan bintang di langit. Jelas terasa budak itu masih terdapat dalam diri. Jauh di sudut terdalam. Menyeka deraian air yg mengalir lemah di pipi. Melihat jalan penuh pengharapan di hadapan. Semoga tolehan kebelakang itu adalah untuk mengutip semangat yg tertinggal semasa melalui jalan itu.bukan untuk melemahkan langkahan kaki.

#rindukan masa2 di rumah, zaman persekolahan, matrik johor n INTEC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...