Friday, October 22, 2010

Tuhan..Beri Aku Cinta..

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Berjalan di sekitar tasik UTP. Terhampar langit biru meluas di atas. Terdampar sebuah pandangan hijau di hadapan. Aliran air tasik yg menenangkan jiwa.

Menyusuri jiwa yg mendambarkan cahaya Nya. Melihat pemandangan matahari terbenam. Indah nya alam yg didiami ini. Alam sewaktu menyaksikan terbenamnya cahaya terang dari sang mentari. Tetapi terbandingkah ia dengan indah nya syurga yg di janji kan yang Maha Pencipta??

Azan maghrib mula berkumandang di segenap alam. Satu seruan ke arah kejayaan. Satu perjanjian untuk mendambarkan diri kepada Al-Khaliq. Tetapi, Sedihnya di hati tatkala melihat bilangan orang yg masih berlegar-legar di sekitar tasik itu lebih ramai dari bilangan jemaah yg mula memasuki perkarangan masjid. Sebuah masjid tersergam indah hanya terletak di seberang, laungan azan nya cukup kuat untuk didengar...tetapi mengapa mereka masih berlari2 anak di tasik itu... tak terdengar kah mereka satu seruan ke arah kejayaan memanggil mereka??. Atau sengaja memekakkan telinga yg telah di kuniakn oleh Pencipta nya.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun , dan Dia memberi kamu pendengaran , penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"
(An-Nahl:78)

Selepas selesai menunaikan Isyak, berjalan pulang ke asrama. Sengaja ana berjalan sendirian. Sengaja juga ana tidak menaiki motor. Ingin melihat langit malam yg bertaburan bintang benderang. Terdengar bunyi bunyian dari serangga memecah sepi. Terasa tiupan lembut angin malam. Ya ALLAH, serangga itu berzikir kepada Mu..setiap hembusan angin itu memuji-muji Mu.. tapi ana?? Hamba yg di pinjam kan dengan akal dan memori yg ana pun tak pasti berapa 'terabyte' nye terlupa untuk menyebut nama Penciptanya. Lalai nya diri ini..Lalai dari mengingati Mu.

Menginsafi kelemahan diri. Merangkak ana melalui liku2 hidup. Menyaksikan dunia berputar. Terbuai oleh permainan yg fana. Tertipu oleh fatamorgana dunia. Dalam pentas duniawi ini mencari jalan.

"Dan tiada lah kehidupan di dunia melainkan senda gurau dan main2.Sesungguhnya akhirat itu lah yg sebenarnya kehidupan.Kalau mereka mengetahui."
(Al-Ankabut:64)


Diri ini perlukan tarbiyyah.
Diri ini dambakan cahaya.
Cahaya Mu yg mampu menerangi jalan2 yg suram.
Diri ini mengharapakn cinta Mu.
Cinta Dari yg Maha Penguasa.


"Jika aku manyembah-Mu kerana takut pada api neraka Mu...maka bakarlah aku di dalamnya, dan jika aku menyembah-MU kerana tamak pada surga Mu,maka haramkanlah aku daripada nya..Tetapi jika aku menyembah Mu kerana kecintaanku pada Mu, maka berilah aku balasan yg besar. Berilah aku melihat wajah Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu"
(Rabiatul Adawiyah)

Menangis diri ini dalam pekat malam itu.
Bantu daku Ya Allah.
Bantu daku dalam perjalanan mencari Mu.
Jangan Kau biarkan daku dengan tangisan hiba
di pinggiran rahmat Mu.
Jangan Kau biarkan diri yg lemah ini
bertatih sendirian di jalan Mu.
Ku mohon rahmat dari Mu.
Tuhan pemberi rahmat.

Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati.
Pegangi hati hamba Mu yg lemah ini.
Jangan Kau biar langkahan ku terkeluar dari jalan Mu.
Jangan Kau biar hati ku terlalai dari mengingati Mu,

Tiada yg lebih mendamaikan dari damai nya mengingati Mu,
Tiada waktu yg lebih menyamankan dari nyamannya 1per3 malam yg akhir itu,
Tiada tempat yg menenangkan dari tenangnye tempat2 orang yg menyembah Mu,
Tiada rintihan yg lebih bermakna dari rintihan kepada Mu,
Tiada permintaan yg didengar dari terdengarnya permintaan kepada Mu,
Tiada percakapan yg lebih baik dari Zikrullah memuji Mu.
Tiada bicara yg lebih indah dari indahnya kalam Mu,
Tiada cinta yg lebih agung dari cinta kepada-Mu...


Tuhan,,jadikan lah aku dari kalangan hamba Mu yg beroleh cinta dan petunjuk dari Mu.


4 comments:

  1. sekadar perkongsian, anta komitlah dgn usrah sebagai pengisi kesunyian jiwa :)

    ReplyDelete
  2. tq..ana mmg komit ngan usrah dkat UTP..alhmdlilah sdkit sbyk mmbntu utk lbih dkat dgn Nya

    ReplyDelete
  3. salam blogger utp.
    nice entry

    visit entri baru saya >> esq best di http://kurikuritersepit.blogspot.com/2010/10/esq-best.html

    ReplyDelete
  4. ESQ best..byk kly dgr ESQ ney..tggu sponsor gak la t g..hee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...