Friday, November 12, 2010

Khianat Mengkhianati Lumrah Dunia?

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Selepas menunaikan solat subuh...trus membuka laptop..ad sesuatu yg hendak di coretkan oleh budak mentah ini..(ishh..bukan nak bace al-Mathurat dlu..)

Sudah lame tidak berbloging. Sibuk dengan test yg banyak n sekarang mid sem break. Macam yg ana katakan dulu...rumah bukan tempat yg sesuai untuk menghabiskan masa di hadapan laptop.. habiskan masa dengan family lagi bermakna..btul x????


Ada sesuatu yg berlaku membuat kan hati ana menjerit2 hendak mencoretkannya di sini. Nak menconteng2 di dinding..takot nanti di katakan vandalisme..so conteng kat sini je la...
Suatu hari yg amat mengejutkan ana..Kenapa?? Sebab mulai hari ini budak mentah ini mula lebih mengenali dunia.. Mengenali sesuatu benda yg tidak pernah dikenalinya dulu. Ya.. pagi ini mengguris hati ana. Satu gurisan yg tak terlihat oleh mata..tapi cukup untuk dirasai oleh jiwa.

Perkara yg berlaku hari ini mula membuatkan ana terfikir.. Inikah yg di katakan 'dunia'???. Fitnah bertaburan di merata2. Khianat menjadi lumrah bagi makhluk2 perosak bumi ini. Kenapa??? Bersalahkah ana sehingga menjada mangsa kepada pesakit2 psikologi ini??? Pesakit2 yg hilang pertimbangan akal.. pesakit2 yg tidak mampu berfikir.. Pesakit2 yg hilang ingatan sampai lupa bahawa setiap amalan baik buruknye sentiasa di catat..


Tidak kah mereka mengetahui setiap umat Islam itu bersaudara dan menfitnah saudara itu adalah salah satu dari dosa2 besar??????

Dan diantara ciri2 orang fasik ialah:
Apabila berkata mereka berdusta..

Dimanakah hilangnya norma2 kehidupan???
Di manakah wujud nya erti persahabatan???

Disini ana mencoretkan sesuatu buatmu..
untuk disematkan dalam kalbumu..

Duhai sahabat..

Telah lama diri ini meminta maaf darimu..

walaupun kekadang terfikir di benak,

salahkah aku sehingga memerlukan kemaafan mu??????


Duhai sahabat..
sungguh diri ini tidak pernah mengharapkan,,
dirimu meminta kemaafan dariku,,

bukan tiada maaf bagi mu,,
tetapi mintalah keampunan,
dari TUHAN mu,

Duhai sahabat,,
andai dikau terlupa..
sudilah aq mengingatkan nya,

telah dijanjikan tuhan,
apabila fitnah keluar dari mulutmu,
segala amalan mu akan diberikan kepada,
yg menjadi mangsa tomohan mu,
sungguh begitu budimankah dikau wahai sahabat???????


Duhai sahabat,,

tidakkah ada lagi,,
neuron2 di benak mu,,

yg mampu mengingati,,
definasi persahabatan????????

Duhai sahabat,,

teringat akan daku sebuah pesanan,

jika kamu ingin menjadi baik,
bersahabat la dengan orang2 yg baik,
kini aku mulai terfikir,
perlukah aku menukarkan perkataan 'sahabat'
dalam stanza2 di atas dengan sesuatu yg lain?????

Ya..

Di pinggiran ini aku berdiri,
bukan untuk memarahi mu,
apatah lagi menyalahkan mu,

tidak layak bagi ku menasihatimu,,
apatah lagi mengajarmu,,


tetapi ingatlah duhai sahabat,

hidup ini bersifat sementara,,
akhirat jua lah yg kekal buat selama-lamanya,
selagi masih ada molekul2 oksigen
yg bergabung dengan darah2 mu,

selagi itu lah aku mengharapkan dirimu,

tidak tertipu oleh tipu daya syaitan.

Hentikan lah semua ini duhai sahabat ku,

malulah kamu kepada dirimu,
dan kepada tuhan mu,
coretan ini bukan untuk menyatakan kebencian ku kepadamu,

apatah lagi untuk menyakiti hatimu,

tetapi sekadar peringatan untukku,
dan juga untuk diri mu,duhai Sahabatku...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...