Saturday, April 23, 2011

Life a Rolling Stone

Bismillahirrahmanirahim.
In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful..



LIFE A ROLLING STONE....hidup satu kitaran waktu. Satu pusingan yg tidak pernah berhenti,,dari satu titik permulaan ke satu titik pengakhiran yg lain.. Dari bermulanya tangis seorang bayi yg dilahirkan,pusingan itu terus berlaku, hinggalah ke satu saat bersatunya jasad dengan tanah.

Jika hari ini ada yg mendabik dada ke langit, mungkin esok dia akan menundukkan muka ke bumi. Jika hari ini ada yg menjadi orang suruhan, mungkin esok dia yg menyuruh. Tiada siapa yg mengetahui pusingan itu.

Walau apa pun corak pusingan itu, walau mendongak di puncak., walau tertatih di bawah, biar la pusingan itu membawa kepada penghujung yg indah.

Setiap detik, sesuatu yg baru dipelajari, beberapa ilmu diterokai, segenap pengajaran di ambil dan secebis pengalaman di kutip. Hidup satu akademi bagi mereka yg mahu memperbaiki diri. Dugaan demi dugaan ditempuh, kekuatan hati di uji, untuk membentuk seorang insan yg sentiasa memikirkan hikmah di sebalik setiap pusingan waktu.

Satu ketika dulu pusingan kehidupan pernah meletakkan ana di puncak, pusingan itu juga pernah membiarkan ana tertatih di bwah. Tiada siapa yg tahu pusingan selepas ini. Walau apa pun pusingan itu, berpegang teguh lah pada satu erti kehidupan.....LIFE IS AN ACADEMY


Trust to HIM,
Strive for FINAL..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...