Saturday, July 28, 2012

Spectra Tune Up Test - The Power To Surprise






Okay, semalam aku dah cakap akan update blog ni after aku test drive balik kereta aku tu...
so, siang tadi aku dah pun test drive sejauh 50km and aku rasa kereta aku dah kembali seperti normal.. kecuali allignment mungkin lari sikit.

Memang aku berniat nak test high speed kia aku ni.. so nak tengok hasil tune up dia???



Aku telah memecut lebih 170km sejam dengan "overdrive button". Untuk capai kelajuan 170km/h ni, memang overdrive button dekat bawah gear kereta spectra ni perlu di on.. erkk.. Dia bila tekan tulis Overdrive off.. Function button ni untuk naikkan rpm. Tapi memang minyak jadi mangsanya.. 

Ok.. aku rasa drive shaft dah berfungsi dengan betul. Tak de lagi bunyi pelik.. Kereta pun dah balance walaupun pada kelajuan mencapai 170km/h.. Tapi bila dekat-dekat dengan 180km/h tu, aku dah tak berani nak push lagi  walaupun aku tahu engine Kia ni masih boleh menampung untuk takat kelajuan seterusnya.


HID headlamp pun dah pasang. So,warna nyalaan lampu pun dah berubah.. Sebenarnya bercadang nak pasang LED Daylight.. Tapi cina tu cakap takut leak nanti.. So tak jadi.... Aku rasa cukup dah tune up untuk spectra aku tahun ni.. Kalau total dah lebih MYR4000 dah pun.Masa untuk berjimat pulak. =)










Friday, July 27, 2012

Spectra Tune Up Part 1


Pagi tadi pergi ke bengkel.. ambil barang yang aku order macam aku cakap dalam post lepas.... Beberapa komponen dalam spectra tu pun aku dah tukar.. dan tuning balik.... list barang - barang yg di tukar :

2 drive shaft original by kia (import from Korea ) - MYR 2500
drive shaft oil seal by kia - MYR95
Sumo Synthetic Pro Auto Transmission Fluid Type 4 - MYR 180
Balancing 4 wheel - MYR 20
Shogun Battery NS70 - MYR250
Castrol Fully Synthetic Oil engin - MYR 209
Oil Filter by Kia - MYR 15
Flush gear + Labour - MYR 280

Engine Tune Up Setting

Total - MYR3549
          ~MYR3550


Ok... dah mcam harga beli motor baru dah rasa.. besok merancang untuk test drive balik spectra ni... test top speed sekali.. hasil tune up akan di update...



Saturday, July 21, 2012

Demam, RM2500, Putus,, Ramadhan....


menaip dalam keadaan pening sambil membayangkan katil....dari semalam lagi, badan aku dah rasa lain macam.. bangun pagi, aku dapati suhu badan dah sampai takat demam manusia.. dan aku telah disahkan demam oleh diriku sendiri.... Badan panas, sakit tekak, selesema, pening kepala.. satu pakej yangg agak lengkap..... tak apa.. terhapus jugak dosa-dosa kecil ni kan...

Lepas waktu solat jumaat, macam biasa, berlegar-legar dekat kawasan parking hostel dengan kereta kesayangan ku untuk mencari tempat parking... Nampak satu ruang parking kosong, aku pun try parking kat situ.. Tapi aku rasa macam pelik sikit,.. kenapa aku tak boleh masuk parking straight padahal selama ni tak ada masalah pun parking celah mana?? susah bebenor rasa nak masuk parking kali ni... sebab kepala aku pening ke? cuba punya cuba, baru aku perasan,, tayar kereta aku tak bergerak selari dengan stereng.. Bila aku pusing stereng tu, tayar dia tak berapa nak terpusing.. macam lari sikit.patut la susah sgt nak masuk parking tuu...

sebelum ni pun aku memang ada feel lain macam sikit dekat kereta aku ni. Masa aku drive dekat highway time balik rumah dulu,, aq dah perasan lain macam sebab biasanya kalau aku bawak spectra ni, meter sampai 140km/h baru terasa gegar sikit.. bawah 140km/h, okay je,, takkan ada masalah. tapi masa tu, bila aku exceed 110km/h je,, dah terasa lain macam.. bila aku tambah lagi sampai 120-130km/h,,, dah terasa macam duduk dalam jet pejuang pulak.. lepas tu, masa aku keluar dengan budak-budak cousemate aku pulak, aku rasa macam ada something dekat kereta ni sebab time buat uturn sambil pedal minyak ditekan, akan ada bunyi something yg terhasil...dalam hati aku, mesti drive shaft dia problem ni.

Dalam keadaan aku yg demam-demam sambil berhingus ni, aku pun bawak lah kereta aku tu ke bengkel. Seperti tilikan aku sebelum ni, memang tauke bengkel tu pun cakap drive shaft problem.. dua-dua drive shaft kiri dan kanan problem.. Means kene tukar dua. dalam hati aku, melayang lagi berapa ratus ni, hari tu tukar bateri dah rm250// kali ni tak tahu pulak berapa ratus..  and barang pun perlu di order dulu.. maklumlah sparepart kia, memang biasanya kereta buatan korea ni sparepart dia kene order dulu.. tauke tu pun tanya lah pengedar kia untuk memastikan harga driveshaft tu,,, and u know what... harga sebatang drive shaft original dari KIA korea, RM1250.. dua batang mean RM2500.... Tahniahhhh... duit aku melayang lagi... bukan ratus2 dah.. beribu-riban terus.. Kalau proton punye driveshaft boleh dapat dalam rm300-400 je.. and kalau honda dan toyata berharga linkungan rm400-500..... tapi KIA punye ni..... RM 1250 SEBATANG...so dua batang...RM2500. no deny.. memang aku tahu, sparepart dari korea tersangat lah mahal..memang tak boleh nak di banding dengan kereta buatan malaysia. dengar-dengar gearbox kia spectra ni je berharga rm16000..okayy..memang sparepart model korea ni 2 hingga 3 kali ganda lagi mahal dari model negara lain. sebab tu lah resell value dia menjunam berbanding harga beli..macam kereta aku, beli dengan harga rm89000 kalau tak silap.. mahal sikit dari honda city dan toyata vios pada masa tu, tapi sebaik sahaja di beli, resell value akan jatuh mendadak..tapi tak apa, if u want satisfaction and comfortability during driving,, and ready and dare to spend more money for every kilometers, definitely KIA is what u looking for..


Okay..selepas rm2500 aku melayang, dan barang yg diorder hanya akan sampai dalam tempoh seminggu, aku pun pergi ke tesco berdekatan untuk mendapatkan minuman penyejuk badan. Yelah.. aku dapat rasakan suhu badan aku terus menaik,,, nak pergi jumpe doktor, malas, sebab aku yakin doktor tu meniru time exam dowg,,, lepas tu grade,, dan bukak klinik... charge aku berpuluh-puluh sampai nak seratus hanya untuk paracetamol, antibiotik dan 12biji ubat selesema diringi dengan sedikit nasihat "minum air banyak-banyak bulan puase ni".. 

Sampai je dekat tesco, sebaik aku melangkah, tiba-tiba selipar aku tak mengikut gerakkan kaki aku,, okk... tadi dah RM2500 aku melayang.. kali ni selipar aku pulak putus.. kene  beli selipar pulak; Beli selipar ni kene hati-hati sebab nanti ada orang cakap pulak dengan harga selipar yang aku beli tu dia boleh dapat 10pasang...hahah..just joke.. tu baru bab putus selipar, ada banyak lagi kisah putus memutus yang berlaku minggu ni,, malas nk story sebab tak seronok,,,

Okay.. agak malang hari ni aku rasa... tapi bila aku balik ke bilik, duduk sebentar dengan kepala yg pening dan hidung yang berhingus, aku rasa hari ni bukan malang... hari ni sesuatu yang bermakna.. sebab apa? sebab malam ni ialah malam pertama 1 Ramadhan.. ye.. langit ramdhan telah datang.. masa yang terbaik untuk aku menginsafi apa yang telah berlaku, mencari kelemahan diri dan memperbaiki, menahan segala sifat marah dan sebagainya, serta,,,, menolak dari minda tentang konsep malang..

SELAMAT DATANG LANGIT RAMADHAN





Wednesday, July 18, 2012

Sebut Namamu Saja Ku Tak Sanggup, Bagaimana harus Ku berterus Terang,,


Mencampuri perasaanmu kasih
Tak hentinya aku berpikir keras
Memang salah apa aku hingga kau pergi
Kamu tak sedikitpun mengerti aku luka
Ku merelakan walau pahit

Sebut namamu saja ku tak sanggup
Bagaimana aku berterus terang
Anginmu di hati ini berarak-arak
Menutup semua harapanku pada hidup
Namun cintaku hanya kamu

Di antara awan dan udara
Badai teriak menghantam cinta
Bila aku sanggup menghentikan putaran waktu
Akan ku dekap engkau sampai mati

Bila saja ku bisa menawar
Takdir waktu yang Dia berikan
Akan ku minta segala sisa waktu yang ada
Sehirup nafas pun asal denganmu

Sebut namamu saja ku tak sanggup
Bagaimana aku berterus terang
Anginmu di hati ini berarak-arak
Menutup semua harapanku pada hidup
Namun cintaku hanya kamu

 





Monday, July 16, 2012

"Aku Dapat Cambridge"


Result upu untuk untuk lepasan-lepasan stpm dgn matrik dah di umumkn beberapa hari yg lalu,,

so, melambak lah share dan tweet yg berbaur macam ni...

"yea!! dpt UPM....tapi kos permakanan.. tak minat lah...macam mana erk?...erm.."
#tak payah nak ber erm2 la,, clu da course tu dlm offer, memang ko kene amek kos tu pun minat tak minat...

"dpt UNIMAS,,,,tapi I dduk KL...jauh la, rasa macam xmo g pulak.boleh x dpt dekat sikit"...
#xpayah nak berasa-rasa lah.. dah U tu yg ameq ko, pegi je la

 "Tahniah!..Nama bla bla bla, IC xxxx-xx-yyyy.Sukacita dimaklumkan anda di tawarkan bidang pengajian perubatan selama 5tahun di UNIVERSITI MALAYA.sila sahkan surat penerimaan sebelum xx"...
#baru belajar copy paste ke sampai semua nak di copy..

" Akhirnya.....dapat USM,,, pergigian,, Yea Kubang Kerian... I;m coming on september!!"
 #  semangat nye, jgn sampai bulan 12 nanti ko ckp kenapalah aku ada kat sini bukan kat sana..


Ada yang lagi advance ni....

"Dapat UKM,,, tapi dapat offer scholarship pergi cambridge jugak,,, LAW...agak-agak nak terima mana erk,," 
dalam hati si peng-update (mesti ramai comment ni jap lagi)

 ..... selang beberapa saat....

"waaa...pandainyaaa... tahniah awak.." (puji banyak2 la lagi)

" pergi lah cambridge tu,, bukan sng nak dpat taw...." (of course,I know it)

"awak,, awak pergi cambridge tu ye,, bukan calang-calang orang boleh dpt,, u're really selected u know "  ( aku tahu la,, saje je update nak markett)

"law tuu......cambrdge lagi...confirm dpt kerja t nih...dah pergi oversea jgn lupe owg2 dekat m'sia ni pulak ye... (ehemmm..ko dpt mane??)

segala comment pun di balas,,,

"thanzz uolss for the advices.. really appreciate it..=)   (I don't even need ur advice)


See,,benda yang selalu berlaku...
berapa ramai yg hipokrit terutama dalam mengupdate status atau men tweet... 

kalau boleh nak satu alam tahu....apa yg dia dpt, buat2 bingung dgn pilihan,,, lpas tu ayat biasa,,, "tengss semua untuk nasihat kowg..,,, ".....

Sebagai perkongsian,, 
#tak perlu nak di hebohkan kepada seantaro dunia dan semester alam apa yang anda kecapi or sebagainya.. sebab bukan semua orang di luar sana bergembira dengan kejayaan anda dan bersedih atas kegagalan anda..
# kalau buat sesuatu, jangan ada sikap hipokrit dan seangkatan...=)))





Monday, July 9, 2012

Original Beat Tour


Baru-baru ni aku telah mendapatkan original earphone beat tour by dr dre ni..ok. sekali lagi duit telah di bazirkan..



Mungkin ramai yang mempertikaikan kenapa harga earphone ni sampai separuh daripada harga newipad tu.. Sedangkan produk tiruan monster beat tour ni melambak dekat pasaran dan di katakan mempunyai kualiti hampir 90% sama dengan original dengan harga pun murah 90%.. Boleh percaya ke????


ok..setelah mencuba beat tour ni, aku rasa aku tahu sebab apa harga nya agak mahal... kualiti bunyi yang di keluarkan beat tour ni aku rasa sangat hebat dan mustahil untuk mendapatkan kualiti sound yang seumpama dengan nya dari earphone murah dan sangat jauh berbeza dari produck tiruan monster beat walaupun grade oem. Lagi-lagi apabila membuat sound check dengan ipod... kualiti sound dari beat tour ni tak berkurang walaupun volume di buka sampai maksimum..

walaupun harganya agak mahal,, tapi aku rasa sesuatu yang berbaloi..ada warranty by monster beat lagi setahun untuk apa jua kerosakan..

 trust me you get what you pay... every single cent have a value..



 



Life too short to to listen to bad earphone.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...