Saturday, September 29, 2012

...Result...


Keputusan peperiksaan akhir semester bagi perkuliahan semester lepas dah di keluarkan beberapa hari lalu sebenarnya... tapi memandangkan amat susah nak cari masa terluang untuk bukak blog ni, update ni dah tertunda beberapa hari sebelum di post..

Cerita pasal keputusan sem lepas, Alhamdulillah..  walaupun bukan yang terbaik pernah aku dapat sepanjang pengajian dekat universiti ni, tapi jauh lebih baik dari apa yang aku jangkakan dan mencapai target aku di permulaan sem. Lepas ni aku tak boleh berhenti setakat Dean List, mesti berusaha untuk mendapatkan 4flat sebanyak mungkin. InsyaALLAH.

Subjek sem lepas nak kata susah tu, takdelah terlalu susah, pun bukan terlalu senang,,, antara faham dengan tak la senang cerita. Ada lagi 4sem dan satu sessi praktikal tinggal untuk aku menamatkan pengajian.. Harap-harap aku mampu mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama untuk ku hadiahkan kepada ibu bapa ku, kepada mereka yang pernah mengajarkan secara langsung mahupun tidak, dan kepada penaja ku.. Ameenn..

Apa-apa pun.. ingat satu perkara,

"Jika kita berusaha dan menyerahkan yang selebihnya pada Penulis Takdir, pasti bantuan  dari NYA akan datang.. jika berasa lemah di pertengahan jalan, yakinlah rezeki ALLAH itu pasti datang dari arah yang tidak di sangka-sangka"



Sunday, September 23, 2012

Kau Belum Kenal Aku Siapa



Perkara yang memang selalu sgt berlaku. korang jumpa sorang mamat or minah ni. Nampak memang sombong haram la.. tapi lama-lama kalau korang kenal dgn dia, perangai dia pun 2 kali 5 je dgn korang... betul tak? Sebab mula-mula kau tak kenal pun dia siapa dia dan terus membuat kesimpulan..

Kalau nampak lelaki muda yang nampak kaya, memandu kereta fairlady........ mesti korang cakap dia ni anak orang kaya..kan? tapi korang sure ke dia ank orang kaya,, ke dia pengedar dadah sebab tu muda-muda dah kaya raya... zaman sekarang bukan boleh percaya kat orang sangat..

Lepas tu, kalau korang tengok orang yg berjubah.. siap berserban lagi, lilit berpusing2.... boleh buat tutorial pakai serban dah kat youtube. terdetik dalam hati korang, mesti dia ni orang alim2..  ustaz ke.,. tak pun budak belajar kat mesir balik cuti sem. Betul ke anggapan korang? mungkin betul, or mungkin jugak sebenarnya dia baru je beli baju tu.. lepastu  saja pakai, sebab nak ngurat sorang awek ni menggunakan teknik yg nampak islamik dan suci.. maklumlah, awek sekarang ni bagi ayat copy paste dari Iluvislam je, terus cair macam ais krim,, terus la cakap "awaklah imam saya, sayalah makmum awak''..,,,erkkk

lepas tu kalau korang tengok ada mamat ni dgn baju shirt corak ap ntah pelik je, dengan seluar jeans koyak sikit kat lutut, kuar malam2, mulalah korang cakap teruk betul dia ni,,, apa kuar malam2 gi mana tak tawu.nak rempit la tu.. ntah dah solat isyak ke belum... bla.....bla...... bla...... terus lah korang buat andaian macam-macam.. manalah lah tawu kot2 dia keluar tu nak ameq kawan dia,, seluar terkoyak tu sebab tadi balik masjid jatuh motor.. terkoyak sikit,, tak sempat salin rushing nak keluar... korang tak tawu kan???

kalau nampak pekerja buruh buat bangunan pulak, takpun tukang potong rumput, mulalah korang anggap diorang ni bodoh. sebab tu angkat batu batu. kalau korang ada anak pulak, mulalah lah cakap kat anak. " anak mummy belajar elok2 taw, jadi orang pandai,, leh jadi doktor, jangan malas, ti bodoh, besar keje buat banggunan"....... ok.. korang sure ke orang yg buat bangunan tu bodoh.. manalah tawu kecik2 dulu dia takde peluang nak belajar sebab kesempatan hidup. korang tak tahu kan..tak tahu jangan memandai.

Kita takkan pernah tahu sesuatu selagi kita belom mengenal orang itu, Even orang yang paling rapat dengan seseorang pun belom pasti mengenal siapa sebenarnya orang tu. Apa yang kita tahu adalah bayang-bayang,,, bak kata orang yang putih2 hidung mancung tu, we only see the grey... 

Oleh sebab pengetahuan kita adalah sangat terbatas terhadap apa yang kita lihat dan pemikiran kita tertutup dalam lingkungan yang kita fikir, adalah sangat tidak adil bagi kita jika kita terus membuat kesimpulan terhadap sesuatu..

Kita tidak pernah tahu secara mutlak sama ada benda yang kita lihat baik itu sebenarnya benar2 baik atau sebaliknya dan benda yang teruk pada pandangan kita itu benar2 teruk atau sebaliknya..

Oleh itu, tidak layak untuk kita membuat penilaian jika kita tidak mengetahui perkara yang sebenar-benarnya... 

.....................dan.................................

tidak layak bagi kita untuk menilai seseorang jika kita tidak mengenali orang tu dengan sebenar-benarnya.. =)




Monday, September 17, 2012

New Stuffs for Holidays


 2 barang baru untuk mengisi cuti ni...


 

gitar baru Ibarra.. boleh tahan gak harga gitar ni,, kurang sikit je dari biasiswa sebulan... tapi puas hati..



Asus Republic of gamers... ASUS ROG ni menggunakan processor 3rd gen i7 dgn  3770K 3.50GHz... kalau tekan satu button kat atas dia, boleh overclock sampai 4.5-4.6 GHz.. dengan graphic card NVIDIA GeForce GTX680 2GB GDDR5 serta RAM 16gb ddr3, dan led monitor 24inch memang puas hati untuk orang yg suke main game macam aku ni... satu je masalah dia,, cooling system dia, walaupun guna liquid, temperature processor kejap je dah over 80 degriced






Friday, September 14, 2012

Setelah 9 bulan Pembedahan Tertangguh..


Cuti semester perkuliahan telah bermula,. Satu kehidupan yang bebas dari segala macam tekanan perasaan, jiwa dan emosi pun dimulakan.. Kalau tengok list post dekat blog ni,, tiada satu post pun yang di buat pada bulan 8 dan awal bulan 9.. Aku tak berpeluang pun menjengah blog ni beberapa minggu lepas di sebabkan minggu peperiksaan yang memaksa aku berusaha separuh mati..

Sesiapa yang pernah baca blog ni mesti tawu kan aku telah menundakan pembedahan di tapak kaki aku ni selama lebih 9 bulan sebab aku malas nak extend sem. Terima kasih kaki sebab telah bertahan walaupun aku terpaksa meminimum kan aktiviti pada sem lepas dan terpaksa beberapa kali berhadapan dengan pak guard universiti yg kurang sifat empati apabila melihat aku memakai selipar ke kuliah.

So sekarang tiba masa nya untuk rawatan kaki kiri ni di mulakan.. menurut doktor yang aku selalu jumpa tu, pembedahan harus dilakukan dalam masa terdekat sebab dah lama sangat aku tunda..mungkin pembedahan nya akan di lakukan minggu hadapan. Semoga segala urusan di permudahkan.. InsyaALLAH... and sepanjang aku berehat takde kerja ni,, blog ni akan kembali di update seperti dulu.. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...