Memandangkan cerita Faith aka The Great Doctor kat SBS tu dah habis,
setiap malam aku akan jadi masa lapang. Aku rasa aku akan ada lebih
banyak masa lagi untuk jengah-jengah blog ni.. Untuk orang-orang yang
banyak masa terbuang tu, boleh la cuba-cuba tengok drama korea Faith ni
kalau korang berminat.. Mendapat rekomendasi dari aku.. Ingat senang ke
nak dapat rekomen dari orang yang suka mengkritik ni??
Intro
aku dah pelik sangat dah ni.. Aku tak berminat nak buat apa-apa review
kat sini.. Macam takde guna sebab ada beribu-ribu dah reviewnya. Kali ni
aku nak conteng pasal diri aku je.. Apa aku peduli kalau korang tak
mahu baca,.. bukan masalah aku..Tak tahu lah apa masalah dengan mental
ni, aku rasa macam nak mengingat kembali masa-masa silam je. Aku sangat
membenci sejarah, tapi aku sangat teror bab2 sejarah ni taw!!..
percayalah..
Down memory lane.. Lebih 20 tahun dulu aku
start ekspedisi aku kat dunia ni,, Tapi aku tak ingat sangat lah
apa-apa waktu kecik-kecik dulu..neuron tak berapa nak bersambung. Aku
cuma ingat aku pernah jatuh tergolek dalam longkang. Tinggal kesan parut sikit kat kepala. Nasib tak pecah tempurung kepala tu..Ntah berapa tahun
ntah masa tu..
Lepas itu aku ingat aku masuk tadika..
Tadika kemas aku dulu tu bertentangan dengan taski.. zaman aku dulu aku
tak pasti lah ada tak smart reader ke apa nak alah.. yang penting aku
tak pergi.. okayy.. waktu zaman tadika dulu,, ada satu benda yang memang
aku ingat,,, waktu tu periksa akhir tahun.. paper apa tak tahu.. yang
aku tahu soalan dia ada berkaitan dengan warnakan gambar la.. So dengan
konfiden dan yakin nya aku ambil pensel warna dan memulakan operasi
mewarna tanpa melihat ke kiri dan ke kanan.. tiba-tiba ketekunan aku
terhenti sebab ada budak depan aku tegur aku gunakan warna yang sama
dengan dia. Kalau tak silap, aku warna gambar baju kaler biru,, sama
dengan budak tu kalerkan gambar baju warna biru.. dengan segala
kebengapan tahap tadika nya,, budak tu pun menuduh aku tiru dia.. haram
jadah... siap dia bagi tahu cikgu tadika tu lagi jerit-jerit cakap aku
tiru.. kurang ajar betul.. Nasib baik aku budak tadika yang masih tak
belajar perkataan-perkataan superb untuk memaki orang.. berkat tuduhan
tak bijak budak tu.. markah aku di tolak 10 oleh cikgu tadika.. owhh..
sangat tak guna!
Aku dapat no 5 time tadika dulu.. ni
sume sebab 10 markah aku kena tolak.. aishh.. so tamatlah tadika aku
dengan majlis konvokesyen nya.. lepas tu aku masuk sekolah rendah..
sekolah rendah bandar tenggara, dalam daerah kulai. sekarang dah tukar
kulaijaya, tak tahulah apa yang jayanya.. Macam biasalah masuk darjah
satu.. beg dah la berat.. nak masuk class pun takot-takot. Lepas balik
class, aku akan kira balik semua buku aku cukup tak.. Kalau buku tak
cukup,, balik rumah aku menangis.haha,.. aku sangat baik dan rajin waktu
sekolah dulu.. masa darjah satu, periksa mid sem aku dapat no 3.. Aku
sangat-sangat tak puas hati.. aku sangat ego untuk mengakui ada 2orang
lagi kat depan aku,..So aku pun start lah belajar.. yeaa!!! periksa
akhir tahun darjah satu aku dapat no 1.... dan no tu berkekalan tak kira
aku di sekolah mana sampai lah aku tingkatan 5..Apa tak nya, start aku
darjah 2, mak aku hari-hari buat soklan matametik untuk aku, satu hari
aku wajib menjawab seratus soalan matematik.tak kurang dari tu. tu tak
termasuk subjek lain..fulamak...nasib baik aku tabah..haha
Dekat
johor, pagi sebelum sekolah biasa or petang selepas sessi sekolah, akan ada sekolah agama..
Sekolah agama ni kalau fail tak boleh naik darjah.. bukan semua negeri
macam tu rasa.. Aku boleh tahan lah jugak suka pergi sekolah rendah,
jarang ponteng, tapi sekolah agama ni aku malas betul nak pergi,., asik
muka aku je ponteng.. Guru kelas aku dah la tak murid friendly
langsung.. Last-last aku sendiri memberhentikan diri dari sekolah
agama...
Waktu darjah dua dengan darjah 3, aku pergi
sekolah dengan van.. waktu balik sekolah,, sementara nak tunggu van tu,
aku akan main bertumbuk-tumbuk dengan sorang budak ni kat tepi
longkang.. macam taekwando lah konon.. abis kotor baju.. haishh.. waktu
darjah 3, aku jadi ketua pengawas untuk sessi petang.. Fulamak.. dalam
sekolah ketua pengawas. keluar gate main tumbuk-tumbuk kejar-kejar,
lompat-lompat longkang.,, Style tak? Zaman aku dulu ada periksa PTS...
kalau korang tak sezaman dengan aku, maybe korang tak tahu, PTS berdiri
untuk Penilaian Tahap Satu. Soalan dia macam uji IQ. siapa lepas periksa
tu, dapat lompat terus darjah 5, skip darjah 4.. Tu lah peksa pertama
dalam dewan secara formal yang aku ambil. Aku lepas PTS tu.. so dapat
lompat darjah 5.. sekolah aku ada 5orang lepas. Tapi bila dah lepas tu
aku tak mau lompat pulak... Damnn.. tak guna punye IS!!! kalau tak bulan
10 hari tu mesti aku dah grade dah, takde nak belajar kat U lagi..dah
boleh kerja.. kumpul wet kawen..lala..
Darjah 4, 5,6
masuk kelas sessi pagi.. Waktu tu aku pengawas.. macam biasa,, budak
baik mesti jadi pengawas kan.. Adalah satu hari tu,, ada perjumpaan
pengawas dengan guru disiplin, Garang tak
bertempat cikgu disiplin ni.. Tak padan dengan ketinggian... Dalam perjumpaan tu,
dia mintak tengok buku laporan pengawas aku.. Adoiii.. aku dah la tak
pernah buat laporan.. kat buku tu cuma 1 muka surat je bertulis.. tu pun
tak penuh.. Amik ko cikgu tu mengamuk kat aku,, siap tarik tali leher
yang abah aku tolong ikatkan lagii.. Ganas betul cikgu tu,, aku buat
muka tak tahu je.. Ada aku kisah nak belasah aku ke apa..Keganasan dan
kegarangan hanya menimbulkan kebencian di hati, aku tetap tak update pun
buku laporan pengawas aku tu//haha.. Waktu berlalu,aku dah darjah 6.
ada periksa UPSR.. cikgu aku cakap UPSR ni ibarat tapak,,, kalau kukuh
tapak tu, maka kukuh lah bangunan yang akan di bina nanti. Terpengaruh
dengan dakyah yang di bawa oleh cikgu aku tu, aku dengan kawan-kawan aku
pun belajar lah dengan rajinnya. Waktu tu, aku tak naik van dah, aku
naik basikal pergi sekolah... Sekolah rendah aku dulu ada buat kelas
malam pukul 8 balik pukul 10.. kelas malam tu pun aku naik basikal
dengan kawan-kawan.. Aku gerak pukul 7.20 malam.. sampai rumah member,,
layan play station one satu round.. lepas tu sambung kayuh basikal pergi
rumah kawan satu lagi.. Nampak rumah orang ada pokok jambu air dengan
mata kucing... kawan aku akan pergi rembat buah tu dari pokok rumah
orang.. lepas tu kongsi makan dengan aku.. tak guna betul... Lepas dah
pergi rumah kawan semua, baru pergi sekolah ramai-ramai.. Sampai sekolah
dah penat.. cikgu ajar kat depan, aku sampai lalaland kat belakang..
Waktu darjah 6 dulu, aku budak yang sangat suka buat bising.. cikgu aku
pindahkan tempat duduk aku 5 kali, tapi tak kira aku duduk sebelah
siapa, or belakang siapa, tahap kebisingan aku tak berubah.. Last-last
cikgu pindahkan aku dekat penjuru kelas.. tempat tong sampah kelas. siut
je.. Ini sangat tidak adil tawu!!!
Berkat kebisingan
aku dan kegigihan aku menghabiskan semua level dalam play station yang
aku main hari-hari waktu tu, aku lepas UPSR dengan cemerlang. Say
bye-bye to primary school.oh ya.. aku pernah burn satu joystick
member.Member bawak joystick main PS, tertinggal kat rumah aku, aku buat
tak tawu je. Kalau member tu terbaca blog ni, mintak di halalkn or
sila kemukan account bank. Aku akan bayar balik. Asal kan jangan tuntut
aku kat akhirat nanti. Masuk sekolah menengah. First sekolah menengah
aku, aku dapat Sekolah Menengah Agama Segamat.. Memang tak kene betul
dengan jiwa aku. Seminggu je aku terus bla.. Aku masuk lah sekolah
harian biasa, SMK Bandar Tenggara. Tapi tak lama lepas tu, aku dapat
offer MRSM Batu Pahat pulak.. Okk.. ni macam kene sikit dengan jiwa
aku... Aku pun mendaftar lah kat sekolah tu. Habis orientasi,
memandangkan aku ni anak yang sangat menyayangi ibu bapa, aku pun
membuat permohonan keluar dari MRSM tu.. guwa homesick beb...haha.. So
kembalilah lah aku ke sekolah harian biasa... Sebelum tu aku sempat
pergi sekolah lain.. Tapi aku bla gak.. Kesian abah aku dapat anak macam
ni, sebulan kene 4 kali pindahkan aku sekolah.. erkk..mungkin lebih..
Memandangkan
member-member aku yang pandai-pandai sekolah rendah dulu dah masuk
sekolah yang namanya hebat-hebat belaka sampai susah nak sebut, tinggal
lah aku sorang berkawan dengan kawan-kawan baru yang aku tak pernah
kenal dulu. Aku daripada tak suka bersukan,, tiap-tiap minggu main bola
kat sekolah.. padang sekolah aku dah la baik sikit je dari old trafford
zaman 70-an.. Abis baju senam aku penuh dengan kesan tanah bagai. Aku
mula mengenal kawan dari bermacam latar belakang.. Member-member aku
yang dah bla pergi sekolah asrama yang konon-kononnya hebat tu mula lost
contact dengan aku satu persatu.. Well,, sape nak kawan dengan budak
dari sekolah harian biasa.. ye dok?? Mereka mula memandang rendah kat
aku.. Ciss, aku peduli apa.. Aku dah katakan aku sangat ego.Sifat aku
zaman kanak-kanak, aku takkan pernah membiarkan orang lain mengatasi aku
tak kira apa yang aku lakukan.. Tak kira aku berada di pelusuk dunia
mana, aku pasti takkan menyerah macam tu je.. owhh/ tu dulu... sekarang
tak lagi..haha.. So hidup aku kembali macam biasa, aku terus belajar dan
bermain..Waktu sekolah menengah rendah dulu, abah aku hantar aku pergi
sekolah pukul lebih kurang 6.30 pagi lagi, lepas tu aku balik pukul 2.30
petang, abah aku jemput.Tak kira abah aku kat tempat kerja ada
kerja ke apa, mesti akan jemput aku.. macam anak raja aku ni.. Terima
kasih abah..I love you.,. Jasamu di kenang sepanjang hayat ni.. I
promise it with my heart and my blood..
Masa aku kat
sekolah menegah rendah dulu, sorry to say, aku rasa bukan semua cikgu
aku rajin nak mengajar. Ada lah sorang cikgu ni, masa form 2,subjek
sains. dah nak periksa akhir tahun, 2 bab je dia cover.. tak sampai
separuh pun.. Oleh itu, aku nak menyeru kepada mereka-mereka yang memilih
professi perguruan, jadi lah guru yang bertanggungjawab pada
murid-murid dan subjek yang di ajar. Jangan hanya memilih proffession
perguruan sebab tak dapat kos lain, sebab anggap belajar mudah or sebab
rasa kerja cikgu kerja paling senang dengan gaji yang banyak dan cuti
yang banyak. Pilihlah kerana anda memang minat mengajar dan di lahirkan
dengan naluri seorang pendidik!! ok.. sambung cerita..Lepas tu, masa aku
form 3,, cikgu aku bagi aku buku teks sejarah dari form 1 sampai form
5. Dia suruh aku masuk kuiz sejarah.. Paling tak guna nya,... semua
budak yang masuk kuiz tu budak form 5.. aku sorang je form 3.. tapi tak
pe.. dapat jugak aku dapat pergi sampai peringkat negeri..
Masa
berlalu.. PMR aku alhamdulillah.. aku dapat menutup kembali mulut-mulut
yang memandang rendah kat aku waktu aku balik asrama dulu// Waktu tu,
kalau di tanya mengenai cita-cita, aku akan cakap aku nak jadi doktor..
padahal aku tak berminat pun.. Aku cakap macam tu sebab aku rasa tu
course paling susah dekat muka bumi setakat ni, n aku memang suka satu
cabaran. Waktu sekolah rendah dulu kalau di tanya, aku akan cakap aku
nak jadi seperti Dr. Mahathir Mohammad.haha...
Lepas PMR..
aku dapat masuk SBP.. sekolah sains seremban nama di beri untuk SBP
tu.. nak nampak versatile, di panggil SASER. Di khabarkan aku ni batch
ke 6 sekolah tu.. tapi waktu aku daftar aku tengok bangunan nya.. Buruk
yang amatt.. Waktu tu dorm dia katil double decker.. Bawah katil aku
budak form 5.. pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya,, baik betul abang tu..
senior paling baik pernah aku jumpa.. Aku ni bukan suka duduk-duduk
asrama ni.. aku follow the flow je lah...
Form 4, form 5,,
pergaulan aku mula meliputi pelbagai latar belakang masyarakat.. Aku
ada member gila buku,, aku pun kawan dengan member yang gila motor..
waktu tu lah aku mula mengenal istilah-istilah seperti lumba 5tiang dan
sebagainya.. Aku ada sorang member baik dari form 1 lagi.. kelas dengan
aku sampai form 5. duduk sebelah aku dalam kelas lebih kurang 3 tahun..
Aku rasa tu lah member paling baik dan paling memahami sikap aku sampai
sekarang. Kat UKM dia sekarang.. Gud luck in ur life my friend.
#selepas 5tahun, duit seringgit yang yang di koyakkan dua ni aku still simpan lagi,, tak tahulah kau simpan lgi ke tak wahai sahabat =)
Waktu
menengah atas, semua cikgu memang kenal aku. aku boleh jamin. Tapi
bukan semua cikgu memandang aku sama dengan pandangan cikgu lain. Ada
cikgu mengenal aku sebagai pelajar yang pandai waktu itu dan juga
baik,, rajin,,,, bla,, bla,, bla.. Pendek kata yang baik-baik belaka je.
Tapi ada jugak cikgu yang memandangku sebagai seorang pelajar yang
pandai tapi kurang ajar, sombong, dan segala yang buruk-buruk je.. Mana
tak nya, aku dalam kelas memang lah tak berapa nak dengar cikgu ajar.. Aku
bukan paham pun apa yang di bebelkan dalam kelas.. Lepas itu, aku cuma
rajin buat kerja matematik, matematik tambahan, dengan kimia, bio and
fizik je.. Subjek lain belom tentu aku ada dalam kelas dan buat kerja. Masa
form 2 aku pernah kene rotan sebab tak siap kerja sejarah.. waktu form 4
aku pernah kene halau dari kelas sebab aku ponteng kelas sejarah dan
mengajak kawan-kawan ponteng kelas katanya..form 5 aku pernah kene
siapkan kerja sekolah kat koridor. Mana taknya cikgu sejarah masa tu
anggap aku kurang ajar dan sombong.. sampai waktu nak SPM, cikgu aku
cakap aku wajib mintak maaf kat dia sebab buat dia terasa.. Owhhh...
maafkan saya.. tak sengaja semua tuuu..hee..
#tak banyak gambar zaman sekolah yang di simpan
Waktu
sekolah dulu aku tak tahu apa itu tanggungjawab.. aku tak tahu.. yang
aku tahu sifat ego dan ingin menjadi yang terbaik.. Aku berusaha demi
maruah aku dan bukan tanggungjawab aku sebagai pelajar, anak mahupun
kerana masa depan. Yang aku tahu aku mahu menjadi yang terbaik,, dan aku
akan terus berusaha menjadi lebih baik lagi jika aku tahu ada orang
lebih baik dari ku.. Kerana maruah,,, aku berjaya menyempurnakan SPM aku
tanpa cacat cela dan mendapat anugerah pelajar cemerlang peringkat
negeri..
Tamatlah zaman persekolahan aku lebih 4
tahun dulu... Untuk zaman selepas persekolahan,, tunggu lepas aku grad
nanti baru aku layak bercerita mengenainya...
Masa
telah berubah.. Kini aku lebih mengerti dan memahami apa itu
tanggungjawab.. Apa yang aku lakukan dan akan aku lakukan adalah demi
tanggungjawab bukan lagi maruah mahupun sifat ego..
Kini aku adalah belia yang terperangkap dalam jiwa kanak-kanak ataupun kanak-kanak yang terperangkap dalam jiwa belia...
Aku makan sayur dan lauk yang dahulunya aku ketepikan dan tak pernah aku jamah,,
tapi kalau orang bagi chups chups tak pun lolipop,, aku tetap dengan lajunya menyambar...
Aku layan video klip T-ara-day by day mahupun SNSD-All my love for you...
tapi lagu opening dragon ball GT yang "DAN DAN Kokoro hikarete 'ku,,Sono mabushii egao ni
Hatenai yami kara tobidasou,,, Hold my hand" pun aku layan jugak..
Hatenai yami kara tobidasou,,, Hold my hand" pun aku layan jugak..
Aku tengok drama-drama yang memainkan perasaan macam Faith tu,, dan juga drama-drama bergenra melankolik,,
tapi kalau ada pokemon ke dragon ball kat tv,, aku tetap suka... kalau ada sailormoon tu lebih terbaik..haaha
Aku baca novel-novel berunsur islamik dan romantik,,
tapi kalau ada komik doraemon,, aku takkan lepaskn sebelum khatam..
Aku main permainan video games bergenre agak berat seperti assasin creed, prototype mahupun call of duty,.
tapi game mario kat tab pun aku layan berjam jam...
Tak
kira ke mana hala tuju hidup ini, selagi jantung itu masih berdetak dan
darah itu masih mengalir mengikut aturan,,, aku tetap akan
memperjuangkan kehidupan...
Although I don't know the end of the dark tunnel,, I will life to the fullest...
Aku mula percaya dan terus percaya... hidup indah bila mencari berkah...
dan
kepada calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan,, buatlah yang
terbaik,, jika anda memang seorang yang cemerlang dari kecil dulu,
teruskanlah kecemerlangan anda,,, dan jika anda seorang yang seringkali
gagal dari kecil,, bangkitlah dari tidur,, kenakan sepatu mu,, dan
berlarilah ke arah kecemerlangan.... Jangan biarkan anda terus
kecundang..
Jika tidak melakukan sesuatu kerana tanggungjawab... lakukanlah kerana maruah..