Monday, November 5, 2012

Junko Furota - Mangsa Seks Paling Malang



Junko Furota.. Korang pernah dengar tak nama ni? Entah macam mana aku google-google boleh terkeluar pulak nama ni..Mesti ramai antara engko orang semua pernah terbaca kisah Junko Furota kan..


Junko Furota ni termasuk dalam kes jenayah paling kejam dunia. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh. Aku try search pasal junko furota ni, tapi mostly maklumat pasal dia dalam bahasa inggeris ataupun Jepun.. so aku decide  untuk alihkan ke bahasa melayu dan post kat sini..

Menurut maklumat yang aku google dan aku translate mengikut kefahaman aq, Junko Furota ni dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Pada 25 November 1988, ketika berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo.

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’

Nama penjenayah yang menculik Junko:
  • Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史 Yokoyama Hiroshi))
  • Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲 Kamisaku Jō?))
  • Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
  • Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
  • Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
  • Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)


Sebab apa aku cakap kes Junko Furota ni paling kejam dan sadis??? Cube banyak apa yang di alami Junko Furota dalam tem,poh 44hari penculikannya..lepas tu korang nilai sendiri sadis tak sadis.

HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

Setelah kematian Junko Furota, pembunuh-pembunuhnya menyangkakan dia berpura-pura mati, lalu membalut mayatnya dengan selimut dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. Setelah itu, mereka memasukkan beg itu ke dalam tong dram 55 gelen dan membancuh simen ke dalam tong itu, dan membuangnya ke sebuah saluran di tanah terbiar di Koto, Tokyo. 


Sebenarnya, masa penculikan ni, ramai yang tahu Junko Furota di sembunyikan di mana dan oleh siapa, tapi tiada yang berani tampil kerana salah seorang dari penculik adalah pemimpin rendah Yakuza... Sesipa yang melaporkan kes ini ke pihak berkuasa akan di ugut bunuh oleh pemimpin yakuza tersebut...

Apa yang paling menyakitkan hati, Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal di sebabkan pengaruh Yakuza yang sangat hebat sehingga undang-undang Jepun tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu.. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut.

 So, absolutely-is memperingatkan pembaca semua supaya melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...