Monday, May 21, 2012

Lantera Cinta Albaicin

Bismillahirrahmanirahim
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Rasa macam dah lama tak buat review untuk buku kan. So post kali ni story pasal buku sikit.

Lantera Cinta Albaicin., judul yang keberapa tak tahu dah,,., rasa macam dah penuh je rak buku kat rumah tu.... Tak sangka sejak dari sekolah menengah sampai sekarang banyak jugak novel yang aku beli n baca.. Memang kalau aku masuk kedai buku, area first yang aku akan pergi and melekat paling lama ialah kawasan novel... Satu-satu novel aku tengok cover dia,,, lepas tu diri lama-lama kat situ..ahha



Ok...berbalik kepada review buku. Lantera Cinta Albaicin ni novel dari genre tarbiah dewasa. Aku tambah novel ni kat koleksi aku sebab genre dia and aku tertarik dengan cover dan perkataan "Albaicin" kat tajuk tu. Novel ni sebenarnya berkisarkan tentang pandangan sinis masyarakat barat yang menganggap Islam sebagai agama yang mengekang hak asasi manusia dan keghairahan mesyarakat barat yang melabelkan Islam sebagai agama teroris dan agama ortodoks. Islam di anggap sebagai agama yang memundurkan peradaban dan pemikiran. Tema ini diangkat melalui watak Muhammad Salehuddin yang ingin memerdekakan pemikiran orang-orang yang skeptical terhadap Islam.

Cerita ini berlatarbelakangkan bumi Granada, Sepanyol. Permulaan cerita ni mengisahkan Muhammad Salehuddin menjejakkan kaki ke bumi Granada untuk melunasi ikrar yang sudah terpateri untuk membantu memastikan cahaya dari obor Islam terus menerangi lorong suram di tanah al- Andalus.

Bagi aku, penceritaan dalam cerita ni boleh dikatakan biasa sahaja. Teknik penceritaan agak mudah.Tapi penulis banyak cover kelemahan yang ada dengan cuba menghidupkan suasana di Granada.. Secara overall sebuah buku yang agak bagus... tapi bukan yang terbaik pernah aku baca untuk genre macam ni... mengangkat tema yg menarik dan menggunakan tagline "dalam berkongsi cahaya, dia di uji dengan persona" ,, tapi aku rasa macam momentum dia tak berapa sampai.. atau aku yang tak hayati..haha... Aku rasa untuk genre ni, buku terbaik yang pernah aku baca ialah Bumi Cinta karya Habiburrahman El- Sharazi.. Mungkin sebab aku membandingkan buku ni dengan karya best seller Bumi Cinta dan teknik pencerirtaan di bumi Russia,, so aku rasa buku ni berada pada tahap memuaskan.. 

Ayat yang paling sesuai boleh aku rumuskan untuk menggambarkan keseluruhan buku ni...

"Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji ALLAH kadangkala penuh teka-teki".



 




4 comments:

  1. wahhh.. kau baca jugak ek bumi cinta.. haha.. tu superb kottt.. hehe..
    p/s: gambar amek kat dalam bilik je..
    dan satu lagi pasal tunggu lame2 nak tengok ada awek amek jugak?? haaa.. kantoi.. haha.. XD

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    thax 4 sharing..
    pas ni nak cari buku nie lah ;)

    ReplyDelete
  3. 'dengan harapan ada awek datang ameq satu novel yang tajuknya sama and diri kat sebelah'..taktik y bgos..xde y special blh la bt mcm nie..nice..

    ReplyDelete
  4. Syorkan juga Cinta Granada dan Rindu Andalusia. Novel pertama dan kedua dalam The Granada Trilogy.

    Dua novel ini bawah Telaga Biru. Masih berbahasa Indonesia tapi mudah faham.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...