Baru week-week first kuliah start ni rasa macam rajin pulak nak update blog... tak apa.. lepas ni mungkin lama menyepi.. tengok jadual dan nama subjek yang daftar sem ni, rasa macam tak kan berpeluang je nak update entry lagi...
Entry kali ni, aku just nak list out benda apa yang membuatkan duit-duit aku sentiasa mengalir keluar..untuk panduan aku jugak nanti..haha.... Bila aku fikirkan, aku ni sebenarnya banyak habiskan duit dekat 3 benda.... Apa boleh buat.... Aku memang gila kan ketiga-tiga tu!!!
PAKAIAN
Ok..siapa cakap lelaki akan pakai pakaian yang sama untuk hampir setiap masa dan tak suka habiskan duit kat pakaian??? Aku rasa benda ni lah yang paling banyak menghabiskan duit aku.Dah la kat kedai tu baju lelaki susah nak jumpa yang murah berbanding perempuan..
Aku memang suka beli pakaian. tak kira lah baju ke seluar ke... Walaupun dah banyak, aku tetap akan membeli yang baru, sampai ada tu aku pakai tak sampai 3 kali pun,, terus terperuk kat almari..sampai lah satu almari besar kat rumah aku,yang sizenya untuk menyimpan pakaian suami isteri penuh dengan pakaian aku seorang je... Kat hostel pun lebih kurang jugak, tapi memandangkan almari yang ada kat hostel ni kecil dan rumah aku pun memang jauh yang teramat dari universiti ni, so aku hanya mampu membawa tak sampai dari satu persepuluh dari pakaian kat dalam almari tu ke sini......
One day nanti kalau aku kahwin, aku tak kisah kalau isteri suka stop dekat kedai baju.. Sebab aku pun suka jugak!Tempat yang memang jadi favourite aku untuk habiskan duit bab-bab pakaian ni ialah romp boutique dan zara boutique.. rasanya koramg pun tahu mana ni...Selalu jugak aku dapatkan online je especially dari http://www.zalora.com.my/
Bagi aku, pemakaian adalah salah satu cara ekspresi diri... Atau
perkataan lain, diri itu di eksperesi kan melalui pakaian... apa kau
belit2 ni Is.. Tapi aku rasa memang kebiasaan masyarakat Asia memang
suka kumpul pakaian.. Not like american yang boleh pakai satu t-shirt or
singlet then pergi berjalan tak kira lah masuk hutan ke masuk shopping
complex sama ja.. Orang Asia memang suka kan fesyen dan menganggap
fesyen adalah satu cara ekpresi yang terbaik.
GADJET
Gadjet aku rasa memang jadi kegilaan ramai, termasuk lah aku, tapi sayang, budget tak pernah nak cukup...sebab tu lah handset nokia 5800 yang dah masuk dua tahun setengah tu tak bertukar-tukar dan takde niat pun nak tukar. Harap-harap tak rosak dalam2,3 tahun lagi..=)
Gadjet memang aku tak boleh nak elak,, sebab kebanyakkan kan nya bagi aku memang keperluan macam laptop, handset, kamera, GPS untuk orang yang selalu sesat jalan macam aku memang lah penting..
Tapi ada dua gadjet yang memang menjadi kesayangan selepas laptop dan handset yang memang bertahta di hati dan sentiasa jadi peneman terutamanya waktu nak tidur dan dalam perjalanan jauh yang membosankan...iaitu ipod nano dan juga original monster beat studio by dr dre...
ipod dengan monster beat ni memang gabungan yang aku rasa berbaloi aku spend duit.. Monster beat ni aku dapat kan dekat official website monsterbeat malaysia.. Klik sini kalau korang berminat...... Ada dua je tempat yang boleh dapatkan monster beat yang original,, iaitu dari Apple store or IMAC,, n dari website dia..
BUKU..
Wahhh,, bagusnya giler buku.. tapi sayang bukan semua buku yang aku beli aku baca sampai habis..hahaa..
Buku memang jadi favourite aku untuk di beli tapi tak semstinya untuk di baca... Sama jugak macam pakaian tadi,, satu bilik kat rumah aku tu dah di penuhi dengan buku sampai aku susah dah nak susun... Kebanyakan buku yang aku beli biasanya dalam genre novel tarbiyyah dewasa. Ada jugak yang bukan fiction macam "Iskandar adalah Zulqarnain', 'Why Men Don't Listen' and 'Women Don't Read Map' dan macam-macam lagi lah...
kalau genre novel, buku Habiburrahman El Shirazi memang pilihan utama, Dari dalam mihrab cinta sampai bumi cinta, aku rasa garapan dia sangat menarik... Kalau aku kira-kira,, buku yang aku beli boleh buat perpustakaan mini dah.. Tapi ada jugak dari buku-buku tu aku tak habis baca, baca suku n etc.. Macam Sebarkan Cinta tulisan Fatimah Syarha.. Fatimah Syarha ni penulis popular malaysia rasanya tapi mungkin cara dia menulis tak sama dengan cita rasa aku,,, so aku baca 100muka surat je buku tu dari 700++.. tapi bukan bermakna tak best ye..Lain orang kan lain cita rasa.. Ada satu buku yang di tambah kat koleksi aku, "Pemilik cintaku Setelah ALLAH dan Rasul",, ni pun tulisan Fatimah Syarha jugak tapi yg ni cormform habis baca.hee
3 kategori benda dekat atas ni memang susah aku nak resist.... Tapi apa-apa pun, jangan sampai terlebih membazir,.tak elok... pesanan dari diri sendiri untuk diri sendiri dan sesiapa yg sudi di pesan.
No comments:
Post a Comment