Tuesday, January 26, 2010

When Things Get Though

Bismillahhirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


When things get though,
I need to hold on,
I need to be strong,
But found out that I'm all alone.

Then I remember Him..

I turned to Him,
I found a sense of stength,
Now I have something to hold on to.
I'm not alone, He is watching me.

When things get though,
I wish I could cry,
stop pretending to be okey,
And wondered why my tears aren't falling?

Then I remember Him..

I recalled all the sins that I've made,
Now I can cry on my knees in repent,
Now I feel much better.

When things get though,
I feel so useless,
I feel so despair,
Why does it have to be difficult?

Then I remember Him..


I remember His words (Kalamullah),
I don't have to feel useless anymore,
Because with every difficulties, there is ease.

When things get though,
I finally sees traces of sunshine,
Black clouds will leave soon,
All I need is HIM.

All I need is ALLAH,
and I'll be just fine!













Sunday, January 24, 2010

Never End..

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..



Dua minggu ana tidak menjengah ke
blog ni. Sejak kebelakangan ni, ana agak sibuk dengan berbagai-bagai hal. Bermula dari minggu mesra siswa UiTM hinggalah ke UTP..huh...sesuatu yang sangat melelahkan. Alhamdulillah, minggu2 yang memenatkan tu telah berlalu.

Disangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah melalui minggu2 yang telah mengerah hampir 80/100 kudrat ana (yeke tu?), tiba2 muncul pula lagi satu masalah. Masalah yang ana kira agak besar.. yang bakal membuatkan ana merasai kepenatan itu sekali lagi.. Apa yang menjadi permasalahannya? Rasanya tak perlu lah ana coretkan disini... Jujur ana letih untuk menaip masalah2 yang tak pernah abes ney..



"Ya Allah, kau lapangkanlah dadaku, kau permudahkanlah perjalananku, kau tabahkanlah hatiku. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Yang menaip,,


Friday, January 8, 2010

Sekilas..

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


"dan apabila manusia di timpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan"
(surah Yunus : 12)


Mengapa begitu cepat berubah??
sekejap ingat, sekejap lupa..iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang di pakai..


Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seorang yang pada waktu pagi dia beriman tetapi pada waktu petang dia kafir, atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia."
(hadis riwayat muslim)


Ya Allah Yang Maha Mencinta,
Air mataku tak pernah sirna,
dalam pekat malam,
hanya padaMU daku meminta..

Duhai Yang Maha Mencinta,
Di hadapanMU aku tetap berdiri,
tiada tempat di dunia ini untuk ku berlari,
ku berdoa dengan lisan harapanku,
jangan pernah Kau tinggalkan daku..


#our Lord! Let not our hearts deviate(from the truth), after you have guided us and grant us mercy from You. Truly You are the Bestower...Ameen


Inspirasi hati,

Saturday, January 2, 2010

Duhai......

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Duhai Iskandar,
perjuangan itu masih panjang,
cabaran itu tidak akan habis,
halangan itu tidak mungkin kering,
cubaan itu tidak mungkin tehenti..

Duhai Iskandar,
tabahkanlah hatimu menempuh ranjau,
perkasakan lah semangatmu melalui halangan,
kuatkan hatimu dengan iman,
ajarkanlah dirimu menghayati kalam Allah.

Duhai Iskandar,
dunia ini semakin pantas,
yang kuat akan terus berdiri,
dan yang lemah akan terus tersungkur,
ikutilah gerak pantas dunia,
istiqamahkanlah setiap kebaikan,
sesungguhnya kejayaan itu milik orang yang sabar.

Duhai Iskandar,
sedarlah bahawa dunia ini bukan segala-galanya,
di sana ada sesuatu yang pasti,
di penghujung ini ada sesuatu yang menanti,
carilah keredhaan itu,
semoga esokmu adalah lebih baik dari hari ini..

Duhai Iskandar,
Ingatlah........................
jika kamu tersungkur bukan bererti kamu gagal,
jika kamu berundur bukan bererti kamu kalah,
selangkah kamu kebelakang,
tiga langkah kamu kehadapan..

Duhai Iskandar,
hidup ini satu perjuangan,
hidup ini menuntut pengorbanan,
hidup ini perlu kekuatan,
menempuh kehidupan penuh dugaan..

Duhai Iskandar,
19tahun dahulu kamu dilahirkan di dunia,
19tahun dahulu kamu menjejakkan kaki ke alam ini,
jangan lah kamu melakukan kerosakkan di bumi Allah,
sesungguhnya hanya pada Nya lah kamu akan kembali..

Duhai Iskandar,
jika kamu menyayangi seseorang,
sayangi lah dia kerana Allah,
kerana Allah jua lah yang Maha Penyayang,
lagi Maha Mengasihani..

Duhai Iskandar,
ajarkanlah jiwamu mengenal erti tarbiyyah,
bentuklah hatimu menghargai ikatan ukhuwwah,
tanamlah sifat mahmudah dalam dirimu,
jangan biarkan diri tersasar dari jalan Nya...





INSPIRASI HATI,

Thursday, December 24, 2009

7 Golongan..

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...


Sedikit perkongsian dari ana..

DARIPADA Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: "tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Nya:

1. Imam yang adil

2. Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada ALLAH.

3. Insan yang hatinya terpaut pada masjid.

4. Dua insan yang berkasih sayang kerana ALLAH, mereka bertemu dan berpisah kerana ALLAH

5. Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takutkan ALLAH.

6. Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan tangan kanannya.

7. Insan yang mengingati ALLAH secara bersendirian, lalu berlinangan air matanya"




~pic dari seorang sahabat di Republic Czech~


Bejalan, melihat, menafsir (^.^)

Ditaip oleh,

Jejak-Jejak Mimpi..

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...


This post is idealist by:
Iskandar, Ida Aisya, Naufal, Nuratiqah

Tiada penceritaan yg ingin dicoretkan hari ini. Sekadar ingin berkongsi rangkain kata. Selami dan hayatilah......


Jalan dakwah ini penuh berliku,
jalan dakwah ini penuh ujian,
jalan dakwah ini penuh dugaan menanti,

akan ada tangan-tangan jahat yang sentiasa cuba menghentikan kita,

akan ada bisikan-bisikan halus yang sentiasa menimbulkan was-was di hati kita,

akan ada cubaan-cubaan untuk menjatuhkan kita,

kita harus bersiap sedia,

kita harus sentiasa berwaspada,

kita harus punya bekalan,
dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa...



Ilmu itu sebaik-baik pusaka,
adab itu sebaik-baik sifat,

taqwa itu sebaik-baik bekalan,

ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan
~Ali Abu Talib~

Jaga IMAN,

Jaga AMAL,
Jaga AKHLAK

InsyaAllah..Allah's willing


Sebuah video untuk dikongsi bersama..Hayatilah.....





Untuk renungan bersama,





Tuesday, December 22, 2009

Harus Ada

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


dalam satu hari
harus ada hati yang dibersihkan
harus ada tilawah dan tadabbur al-quran
harus ada zikir yang dilafazkan
harus ada buku yang difahamkan
harus ada sedekah yang ditebarkan
harus ada keikhlasan yang ditanamkan
harus ada kesabaran yang diteguhkan
harus ada semangat yang dihidupkan
harus ada perjuangan yang diteruskan
harus ada da'wa yang disampaikan
harus ada jihad yang dikembangkan
harus ada, harus ada...

Aslih nafsak wad'u ghairak
-Perbaiki diri dan serulah orang lain

Tegakkan daulah islam dalam diri kamu, maka tertegaklah islam di bumi kamu
-Syeikh Mustaffa
Masyhur


Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (As-syams -91:8-10)

"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah- 2: 45-46)

Moga hari semalam menjadi pengajaran buat hari ini dan moga hari ini lebih baik dari yang semalam, InsyaAllah.
Berhijrahlah kita ke arah lebih baik!

Berhijrahlah untuk mencari makna hidup!



"Ikhlaskan hati untuk sentiasa bersedia mentarbiyyah dan ditarbiyyah"






Friday, December 18, 2009

Ampunkan Aku

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful


Ya Allah,

Sering aku cuba lari dariMu.

Sering aku remehkan arahanMu…

Sering aku rendahkan ayat-ayatMu…

Sering aku pandang enteng pahala dan balasanMu…

Sering aku ragu dengan syurga dan NerakaMu…

Sering aku tidak peduli dengan dosa-dosaku…

Sering aku ambil mudah rahmat dariMu…


Ya Allah,

apakah masih layak aku berada dalam barisan fata pilihanMu?

apakah masih ada tempat untuk manusia sehinaku?


Ya Allah,

aku benci teori,

aku benci retorik,

aku benci cakap kosong,

aku benci falsafah,

yang semuanya tiada nilai kalau tanpa amal…

yang semuanya sampah kalau tidak ditunai…


Tapi ya Allah…

Sering kali akulah yang terjatuh ke dalam lembah itu..

Akulah yang cakap tak serupa bikin

Akulah yang paling kuat membantah

Akulah yang paling melulu menurut hati

Akulah, akulah yang sering ya Allah…..


Ya Allah…

Ampunkan andai darah mudaku pernah menghiris jalan dakwahMu…

Ampunkan kalau darah mudaku pernah melemahkan barisan syababMu…

Ampunkan kalau darah mudaku pernah menghalang rahmatMu turun kepada orang lain…

Ampunkan aku ya Allah…..


Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu,
tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu


p/s:selamat menyambut maal hijrah. Semoga 1431 hijrah ini memberi sesuatu yang lebih bermakna menuju ke jalan Nya




Wednesday, December 16, 2009

Selangkah Sebelum Melangkah

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


"Verily, along with every hardship is relief, Verily, along with every hardship is relief (i.e. there is one hardship with two relief's, so one hardship cannot overcome two relief's)."
[Surah Ash-Sharh 94: 5-6]



Langkah itu,
kadangkala terasa begitu lemah,
mesti di ancam detik waktu,
ianya terus lemah untuk kehadapan,
biar pun dipaksa dengan kerahan..

Telah ku kerah langkah itu,
bergerak laju mengejar waktu,
supaya langkah itu menjadi simbol kelajuan,

supaya momentum nya penuh dengan ketakjuban..

Dalam kelajuan itu ada bahaya,
dalam perjalanan itu ada halangan,
dalam jalan itu ada persimpangan,
dalam langkah itu ada dugaan dan ujian..

Langkah itu,

bergerak melangkaui ujian,
menempuh rintangan di hadapan,
menuju beribu lagi halangan,
semoga langkah itu,
terus bergerak dalam istiqamah..

Langkah itu menyaksikan seribu peristiwa,
langkah itu menjalani jutaan penceritaan,
langkah itu mencipta tangis dan tawa,
langkah itu menyusuri monolog,
langkah itu membentuk ikatan ukhwah,

langkah itu mengenal erti tarbiyyah..

Telah ku gerakkan langkah itu,
kerana langkah itu ialah langkah ku,
mencari cahaya ilmu dan keredhaan,
semoga langkah itu,
tidak tersasar dari jalan Nya


"makin kita mendekati, makin kita di uji, makin banyak kita berdoa, makin banyak ujian menimpa kerana segala yang di pinta tak datang dengan segera tetapi ia diperoleh apabila kita berjaya mangharungi ujian yang diberiNya. Sesungguhnya Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu" - sebagai renungan bersama







Help. They're Ours

December 27th - January 18th

this post is from Adilah Darmawi (UCD Ireland Student)

Marks the first anniversary of the unspeakable brutality committed by the Zionist regime of Israel against the people of Gaza.
For over 22 days, Israel dropped bombs, white phosphorous, used airplanes, helicopters, navy ships, tanks, bulldozers and heavily armed soldiers against a defenseless people. (well, it actually doesn't just started at that time. The suffers had continued since 60 years ago,but last years event was the most remarkable one)

1,400 dead,
5,000 injured,
20,000 homeless
50,000 displaced.

Schools, hospitals, universities, ministries, homes, shops - nothing was spared. The people of Gaza were simply bombed to death.


All around the world civil societies are marking the first anniversary of this cowardly and genocidal crime and Viva Palestina Malaysia (formerly COMPLETE) calls on all Malaysians to stand in solidarity with the Palestinian people by doing the following:

1. Display the Palestinian scarf on 27th December everywhere you go. Drape it around yourself, tie it to your bag, display it in your car. Just let it be seen.

2. Boycott the following companies, supporters of the Zionist regime of Israel, from 27th December to 18th January - Nestle, McDonald's, Coke and Loreal. Do not buy any of their products!(yes, we can make a different. If everyone plays their role..inshaAlla
h. Allah's willing.)



3. Observe one minute of silence at exactly 12 noon on 27th December. Turn this silence into a deafening roar against the injustice suffered by the Palestinians.
(one minute is a bit short. i think. If we can accomplish the earth hour very well, why don't accomplish this as well.=)


Those in Malaysia:

It is highly encouraged that you get together with family and friends on 27th December. Do take pictures and videos of your activities and email them to complete2009@gmail.com. We will be posting them on our website and Facebook. Viva Palestina Malaysia members and volunteers will be at the open court of Mid Valley Shopping Mall at 11 am on 27th December. Do join us.

Gaza is still under a blockade. The attack gave the Palestinian struggle a global dimension and civil societies all around the world are stepping in to bring about a change. In the words of Abraham Joshua Heschel,

"Few are guilty, but all are responsible."


Please circulate this email far and wide. Lets get together and remember a people long forgotten by the rest of the world.

For more information do contact the following

Azra----> azrabanu@gmail.com
Jemaimah----> jemma.mustapha@gmail.com



From Me:

*well, this is a good start for us to help our Muslim families in Palestine. Even this event doesn't seem to bring much different, at least it is SOMETHING. And not to forget, i'm reminding myself and friends, be istiqamah (consistent) in what we're doing. If we've start boycotting, continue boycotting. NO TURNING BACK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...