Friday, January 28, 2011

Wo Ai Ni ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful..

Alhamdulillah..kembali lagi ke blog ini..meneruskan pencarian realiti kehidupan.. Pencarian kepada makna 'sebuah jiwa' dan mengenal hati..

Entah kenapa sejak kebelakangan ney hati rasa tidak menentu.. kadang2 kegembiraan memenuhi ruang di hati, sering kali pula air mata keresahan memenuhi rongga2 yang kosong.. Cuba mencari jawapan kepada segala persoalan walaupun ana rasa ana taw jawapan nya.

Dapat ana konklusi kan,, ana masih belum benar2 mengenali diri ini. Walaupun yg menggerakan langkahan itu adalah ana sendiri,, yg berjalan dan sesekali menoleh kebelakang itu adalah diri ini.yg mengawal minda itu ialah hati ini,,dan yg mengawal hati itu ialah minda ini,, namun jelas sekali kadang2 hati itu di buai oleh perasaan, minda itu terus di pandu oleh keinginan dan kecelaruan yg bercampur dan langkahan itu sering terkesan dari masa yg lampau.

Tidak dapat ana nafikan,, masa sering kali menyesat kan ana...membuat kan ana larut dalam pemikiran panjang,,dan membuat kan diri terlupa putaran dunia sekeliling yg tidak pernah terhenti. Walaupun minda masih lagi mengatakan yg dahulu itu ialah yg dahulu.. dan sekarang tetap sekarang.,tidak mungkin ianya kembali walaupun berjumpa dengan orang yg pernah berada di tempat dahulu..namun hati masih mempamerkan kontradik nye dengan minda..

Mengapa sering kali begitu???

Jawapan yg tepat ialah.... kerana terlalai dari mengingati "Pencipta Hati"....terlalai dari meyakini takdir yg ditetapkan oleh "Penggengam Takdir" dan terlalai dari memohon kepada Nya supaya tidak tertipu oleh permainan dunia.

Kembara ini harus di teruskan... walau terdapat sedikit gangguan di pertengahan jalan. Pengembaraan menuju "Pemilik Cinta"... pengembaraan yg mengajar diri yg lemah supaya meyakini pertolongan dari Illahi..

Pengembaraan itu menyedarkan ana tentang udara yg di sedut masuk dan bergabung dengan darah,,menunjukkan betapa cintanya "Pencipta Alam" kepada makhluk ciptaan Nya.. Walaupun makhluk itu sering kali ingkar akan perintah Nya, tetap jua di beri peluang menghirup oksigen sekeliling. Pengembaraan itu mengajar ana tentang pertolongan yg di berikan oleh "Zat yg Berkuasa" kepada hamba Nya walaupun hamba itu sering kali alpa dari mengingati Nya... Sama ada hamba itu sedar ataupun tidak, Tuhan Yang Maha Penyayang terus memberi nikmat kepada hamba Nya walaupun hamba itu jarang sekali memuji Nya..


Pengembaraan itu terus berjalan.. Semoga pengembaraan itu membawa ana mengenali jiwa dalam diri ini dan mendekatkan hati kepada Pencipta... semoga pengembaraan itu akan melahirkan rasa cinta yang sebenar-benar Nya kepada Illahi,,,


Wo Ai Ni ALLAH...



2 comments:

  1. salam ziarah.. semoga kita terus istiqamah mencari hidayahNya..

    ReplyDelete
  2. wslam...InsyaALLAH...sme2 mencry keredhaan Nya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...