In the Name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..
Alhamdullillah...berkesempatan untuk kembali ke absolutely-is blogspot... Meneruskan kembara mencari Illahi. Suatu pengembaraan yg sering kali terganggu..
Entah kenapa dan mengapa,, hati ini sering kali merasa kesedihan. Suatu kesedihan tanpa sebab dan alasan. Apakah makna setitis air mata yg mengalir dalam kesedihan itu? Bercakap tentang kesedihan dan air mata, tergerak untuk ana kongsikan tentang makna setitis air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.
 Namun  setitis air mata  kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya  gemerlapan. Penghuni  Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di  dunia. Tidak berkumpul  dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira  di dunia akan  berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak  dukacitanya di dunia  akan gembira di akhirat.
Namun  setitis air mata  kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya  gemerlapan. Penghuni  Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di  dunia. Tidak berkumpul  dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira  di dunia akan  berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak  dukacitanya di dunia  akan gembira di akhirat. Pencinta  dunia  menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis  kerana dunia  yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang  Abid. Alangkah  sedikitnya hartaku,kesal si hartawan. Dari mata yang  mengitai setiap  kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah  air  kecewa kegagalan.  Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang   dirasakan dekat,   mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup   dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan   tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa   untung atau merugikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan   seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

 

No comments:
Post a Comment